Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 29, 2014

Hemo Hemo Hemoglobin!


Minggu lepas aku berangan nak jadi vigilante,
minggu ini pula aku kembali berpijak kepada realiti...









Niat hati nak buat komik yang santai,
last-last end up jadi komik yang penuh dengan informasi.
Dah jadi ala-ala flyer untuk kempen menderma darah pulak.
Tak kisahlah...

Berita baik (untuk aku)!!
Salah satu dari azam aku tahun 2014 sudah tertunai.
Aku sudah menderma 12 kali (sehingga tarikh ini).
Kalau boleh menderma setiap dua minggu, maka maksimum setahun aku boleh derma 26 kali.
Tapi agak-agak laa...
Itu tahap berkampung dekat Pusat Darah Negara dah tu.

Ya,
aku menderma darah secara tetap di Pusat Darah Negara, KL.
15 minit dari rumah. Bila-bila pun boleh pergi.
Habis derma dapat makan. Free. Hehehe.
Kenyang perut, suka hati.

Tapi jadi penderma aferesis, pada aku, kena ada komitmen.
Banyak penderma aferesis yang aku kenal memang komited dengan pendermaan mereka.
Mereka jadikannya sebagai satu rutin.
Sibuk tak sibuk, datang juga.

Tapi,
kalau tak mampu nak bagi komitmen,
jadi penderma darah biasa pun sudah cukup bagus.
Semua penderma aferesis bermula dari penderma biasa juga.

Yang selalu singgah blog aku ni pasti selalu baca cerita derma darah aku.
Ini adalah kempen berterusan aku untuk membuka minda semua orang untuk menderma darah.
Nak menderma wang ringgit untuk perkembangan industri kajian perubatan tak termampu pula.
Nak jadi doktor, tak cukup pandai.
Jadi, menderma dan berkempen secara berterusan adalah paling tidak cara aku untuk berbakti kepada yang memerlukan.

Kepada yang nak mencuba menderma darah, silakan.
Anda tak perlu jadi The Error untuk menjadi hero yang menyelamatkan nyawa.
Jadi penderma darah pun kira hero juga.

Kepada yang takut nak mencuba, jangan risau.
Cuba sekali dulu, baru cerita pasal takut.
Semua cerita mitos tentang menderma darah (contohnya lepas derma darah senang gemuk) itu semua tipu belaka.
Yang takut jarum pula, anda ada pilihan untuk tak tengok jarum masa dia cucuk.
Para jururawat yang ada semuanya friendly dan supporting,
so jangan takut.

Siapa ada pengalaman derma darah?
Ceritalah sikit dekat aku...

Lagi cerita tentang derma darah dalam blog ini:
Taknak Derma Darah??? Tak boleh ke, takut???
JOM Menderma!!
Merah
Derma Darah.




.

Oct 22, 2014

The Error


Ahad dua minggu lepas kita bertemu dengan Lego cEro.
Ahad baru-baru ni aku cuba nasib dalam contest.
Kali ini, biar aku cerita tentang aktiviti hujung minggu aku.








Bagi yang tak tahu,
Arrow adalah siri TV terbitan DC berdasarkan komik superhero yang dipanggil 'Green Arrow'.
Kini Arrow sudah memasuki musim ketiga.

Kisahnya adalah tipikal superhero/vigilante di mana seorang lelaki memiliki dua identiti: sebagai Oliver Queen, anak orang kaya di siang hari, dan sebagai The Arrow, penghapus jenayah yang memakai topeng mata dan hood hijau serta menggunakan busur dan panah.

Sebab cerita ni tipikallah aku suka.
Arrow ni best (pada aku) sebab jalan cerita dia pantas dan tepat.
Tak meleret-leret.

Yang jadi pelik (dan sedikit geram) ialah kelogikannya.
Dude, pakai topeng mata dan hood sikit je, semua orang dah tak kenal dia siapa.
Logik sangat.

Selesai je layan satu musim Arrow,
aku pun masuk fasa #BeranganItuPercuma aku.
Kalaulah aku juga seorang vigilante, aku takkan pakai warna hijau.
Aku akan pilih warna kelabu sebab kelabu boleh blend dalam gelap dan boleh blend dalam cahaya.
Since aku tak suka sepah-sepah darah, senjata pilihan aku adalah dua batang besi sebab pada aku ambidexterity adalah sangat cool.
Tapi masalah dengan batang besi adalah ianya jarak dekat, jadi aku perlu satu lagi senjata jarak jauh yang senyap dan bersih.
Aku pilih kunai.
Kenapa bukan shuriken? Sebab shuriken tak tusuk dalam.
Aku kan nak senjata yang bersih dan cepat. Hehehe...

Cuma nama The Error tu tak berapa nak komersial. Hahaha.

Okey, cukup berangan.
Back to reality.

Dalam Arrow juga banyak ajar tentang falsafah.
You know, the one yang tak pernah diajar di sekolah.
Sebagai contohnya adalah falsafah tentang rahsia.
Boleh ke sini untuk baca lebih lanjut.

Hmm....
Aku ada satu soalan.
Apa 'vigilante' dalam Bahasa Malaysia ek?
Kamus aku bagi maksudnya sebagai 'sukarelawan', which is pada aku macam kurang tepat.
Google Translate lagi teruk, terjemah jadi 'main hakim sendiri'. WTH?



.

Oct 19, 2014

Buih Buih Buih Lagi...



Pendek cerita,
Plain83 sekali lagi menganjurkan contest yang diberi nama
'Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2!!!'.
..dan aku join. Yaay!

Bukannya apa,
macam dah lama sangat tak rasa semangat bersaing untuk memenangi sesuatu.
Hadiah pun menarik :)
Jadi diharap dengan menyertai contest ni,
aku akan bersemangat dalam saingan lumba lari dengan siput belakang rumah aku.
Power betul siput tu. Selalu potong aku. Cis.

Sepatutnya aku ajak kalian sama-sama join,
tapi lagi ramai join, maka lagi kurang peluang aku nak menang.
So, aku harap kalian bagi aku menang...hehehe

Tapi kalau degil juga nak bersaing sama-sama aku juga,
sila klik banner di bawah dan ke blog Plain83 untuk info lebih lanjut.




Dan inilah penyertaan aku:



Aku tengok pesaing-pesaing aku yang lain semua letak lebih dari satu penyertaan.
Aku nak kugak, tapi idea tarak laa...
Aku macam ada deja vu yang aku pernah pakai idea ni dekat somewhere else, tapi faktor usia gamaknya, ingatan taknak refresh...hehehe

Ok. Sekian.
Harap menang.


I surely will get back to you, Si Siput!
*genggam tangan erat*



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License