Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 12, 2014

Legolized!




Salam, nama aku cEro.

Baiklah, ringkas dan padat.

Aku minat dengan lego.
Pada aku, blok-blok kecil yang dicantumkan menjadi sesuatu berbentuk hasil dari imaginasi adalah agak...magikal.

Naaaahhhh.

Suatu hari dulu aku terserempak satu set Lego dalam sub-produk Lego Architecture.
Lego Architecture ni set lego yang membentuk bangunan terkenal dunia.
Aku kagum. Keinginan memiliki menjadi tinggi.
Tapi bila tinjau harga...aku mencebik muka.
Hampir setengah ribu ringgit hanya untuk satu set.
Memang hobi untuk golongan poket emas.

...dan kemudian datang filem The Lego Movie.

Niat utama nak pergi layan filem tu dengan kawan.
Tapi kawan-kawan penuh dengan komitmen (cinta) masing-masing,
maka sang teruna #sepiselamanya ini tiada peluang menontonnya.
Terlepas begitu sahaja.

Download je mampu, tengok sorang-sorang sambil kesat air mata.

But thanks to The Lego Movie,
kedai-kedai permainan dan kiosk perniagaan di shopping mall penuh dengan mainan Lego.
..atau lebih tepat, Imitation Lego.
Bukan Lego yang original, tapi tiruan.
Tapi still boleh buat main.

Bahkan,
ianya terlalu banyak dijual sampai tahap nak kumpul buat koleksi pun rasa kurang ummphh.
Yalah, bila banyak, nilainya jadi kurang.
Basic rule of marketing value kot...

Bila dah tiruan, yang untungnya ialah ianya murah!
RM5 untuk satu figura Lego (tiruan) boleh dikira murah jika dibandingkan dengan harga sebenar Lego original yang paling rendah boleh dapat RM30 untuk satu figura.
Untuk original, kalau wataknya terkenal (contohnya Darth Vader),
harganya boleh mencecah ratusan ooo..

Jadi,
aku decide untuk buat sesuatu yang rare.
Rare supaya berbaloi untuk disimpan an dijadikan koleksi.
Apa lagi rare dari buat Lego diri sendiri, kan?

Maka,
memperkenalkan, Legolized cEro.



Yup, it is not a perfect cEro, terutamanya part rambut.
Tapi ini version 1.0....
Kalau akan datang jumpa parts yang lagi sesuai,
maka cEro ini akan diupgradekan.

The fun part is, this 'legolized' cEro is actually a chimera from some different parts of other lego figures.

Aku terpaksa korbankan 5 figura Lego untuk buat satu Lego cEro.
Rambut, kepala, badan, tapak tangan, dan kaki datang dari 5 figura Lego yang berbeza.
Paling payah ialah nak cari rambut yang sesuai.
Kepala dengan muka tersenyum pun bukan senang cari tau...

Dengan kata lain,
sekarang aku ada Captain America yang hilang kaki,
SpongeBob yang hilang badan
dan beberapa figura lain yang tak cukup sempurna (termasuklah hilang kepala...eeuuuwww)

Jadi,
itulah ceritanya.
Nak kata narsistik pun ada sikit kot sampai tahap buat Lego diri sendiri.
But the satisfaction is priceless kot...

Aku berniat nak bawa Lego cEro ni ke dalam pengembaraannya sendiri...
Lepas ni mungkin banyak gambar Lego cEro yang akan aku kongsi dalam instagram aku.

Kalau aku offer nak jual Lego cEro ni,
ada orang nak tak? (kriiik kriik kriiik....)

See you next post, BYE!





.




44 comments:

  1. salute to cEro buat lego sendiri. mmg buat research ni cari parts badan tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @modern shakespreare.
      Hail Hydra~! **tetiba**

      Delete
  2. pehhh..pehh..pehhh..power betol!
    aku tak suka sangat lego, sakit mata..lagi prefer puzzle, padahal sama je sakit mata dia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Lego best bila ada banyak...boleh jadi puzzle...
      Macam puzzle, kalau ada satu dua je, tak best, kan? :)

      Delete
    2. Puzzle kalau satu dua je jd best jugak..boleh siap dalam masa 2 saat hahaha :)

      Delete
    3. @mashy_entah
      Puzzle kalau satu dua je tak nama puzzle tau...hehehe

      Delete
    4. Nama pizza..small..ada 6 je..hahahaha

      Delete
    5. @mashy_entah
      Puzzle pizza? tak best arr...pizza makan arr best...hahaha

      Delete
  3. huh tetiba aku teringat kat set lego sekotak zaman aku kanak2 riang dulu... memang best kot main lego, antara mainan zaman kanak2 yg paling aku ingat, lego. agak canggih gak set lego yg aku ada dulu tu, pieces dia ada macam2 saiz (tak sesuai utk budak2 kecik sgt sbb boleh tertelan, aku budak baik so takpa... lol), dan instruction manual dia bagi utk bina macam2 bangunan yg agak complex tu mmg menarik... sekarang ni aku taktau apa dah jadi dengan set lego tu, most probably dah jadi historical artifacts kat dalam stor ^^

    legolized ceRo, kawaiii~ ;3

    eh bukan ke ko jenis tak kisah kalau tengok wayang sorang2? ke aku da conpius dgn perangai aujinz? hahah ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Plain, cari laa set lego tu..pastu bg kat aku...hehehe. Simpan dlm stor pon buat rugi je kan? Hehehe

      Certain cerita mmg aku tak kisah tgk sorang.
      Tapi macam Lego Movie, cerita tu best kalau tgk dgn kawan...
      Contoh cerita macam Annabelle, Avengers, takkan nak tgk sorang2, kan?

      Delete
    2. huhuu aku cuak la nak masuk dan selongkar stor, mcm2 binatang ada kat dlm tu (n i'm an Arachnophobe)... huahua! X3

      hey, kalau aku gi the mines lg nnt, blanja aku tengok wayang? *wink wink* ;3

      Delete
    3. @plain83
      Hohoho, kau bakal ke The Mines sekali lg ke dlm masa terdekat ni?

      Delete
  4. tetap nampak encem ko walau guna lego tiruan je.
    keh keh keh.. poyo sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Hahaha...yg penting hensem (walaupun tiruan...) hehehe

      Delete
  5. aku minat lego...tapi minat je la..nak beli xmampu..

    anak aku pun minat, habis lego yang aku dapat masa isi minyak dulu..

    sekarang, kalau lalu kat tempat mainan, anak aku akan pandang lama je lego..aku cuma cakap kat dia, kita main mainan lain la..dalam hati, itu semua cuma kehendak, bukan keperluan..

    terpaksa la layankan anak aku dengan animasi lego je kat tv...dari lego movie, bawak ke star wars, spiderman n batman..dah jadi siaran wajib hujung minggu aku dengan dia..selain upin ipin n oscar..mujur 2 tu xde dalam bentuk lego, kalau x, mesti aku kena layan gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aku_ein
      Lego best sbb ia menguji daya imaginasi...
      Tapi kalau untuk kanak-kanak, kena hati2 sikit sbb takut2 part2 lego yg kecik tu dimasukkan dlm mulut...ngeri nanti...

      Delete
    2. yup..tapi kalau ko perasan, kepala watak lego ada lubang angin..aku pernah baca satu info tapi xingat kat mana, fungsi lubang tu untuk pengudaraan sekiranya budak tertelan benda tu..

      tapi telan kepala la..benda lain xde rasanya...

      Delete
    3. @aku_ein
      Aku pon pnah dengar gak mende tu...tp entah, tak penah try lagi...hehehe

      Delete
  6. The contest is on!!! Isi Buih-Kata Komik #2!!!
    Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83 lagi
      InsyaAllah nanti aku join...hehehe

      Delete
  7. Boleh tahan tinggi daya imaginasi tu. Nak lagi feel boleh gi legoland

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Keri Ikhwan
      Niat hati mmg nak pegi Legoland...tapi....
      MAHAL!
      Lagipun byk dengar komen negatif dr kengkawan yg pernah pegi...:(

      Delete
  8. Woh semangat nauuu! Rasanya rambut tu daripada Superman, rasanyalah.

    Dulu pernah beli yang Superman dengan Spiderman tak silap. Tapi Superman tu rambut dia dah hilang, jadi botak dah Superman tu. Pastu tangan dia sebelah pun dah hilang masa backpack dekat Penang.
    sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Bukan Superman, sbb rambut dia ada simpul depan, aku tak suka...hehehe
      Hm...kenapa backpack bawak lego? hehehe

      Delete
    2. Oooo bukan eh? HAHHAH

      kengkonon nak berseni lah , tangkap gambar lego berlatarbelakangkan bangunan-bangunan kat Penang.
      sudahnyaa hampehh tak menjadi. Kamera tak power.HAHHAH

      Delete
    3. @nanadhoi
      Woah! Itu macam idea yg sangat best.
      Nak try buat laa nanti...Berbackpack dgn Lego cEro...hehehe

      Delete
  9. cero, aku tolong gelak guling2. haha. cerita kau ini sangatlah memberi inspirasi. ko komitmen kat lego jela bro.
    anak buah aku gila la kalau bab lego ni. baru 6 tahun dah tengok lego the movie, main game lego, pakai baju gambar lego.
    btw, smart r lego ko cero. hemsem baq ang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Mesti laa hensem...macam orang yg buatnye...hahaha
      **muntah hijau**

      Delete
  10. innalillah kepada lego spongebob dan captain america T_T..

    hehe..aku beli lego kat pasar malam yang kiub2 te je mampu masa kecik..lego yg betul tgk iklan tv sambil menelan saliva je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Aku pun!
      Kiub besar2 tu pon okey je, boleh buat dinosaur...
      Tapi kena imaginasi tinggi sikit ar...hehehe

      Delete
  11. kalau nak buat model upin ipin lagi senang kot tak perlu rambut.lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Wahahaha...nice idea! Nak try buat satu laa...hehehe

      Delete
  12. first time aku nampak gambo figure tue, terus aku kabo.. eh sama siot.. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Hahaha...sikit je sama...belum sempurna :)

      Delete
  13. Fuyooh Cero versi lego lah! Realiti itu menakutkan..
    Sama lah teringin juga nak buat lego versi sendiri lepas tengok the Lego Movie tu.. Everything is awesome!

    p/s: Owh macam mana nak pakai yg option comment pakai blogger tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ibnu Ramli
      Try laa buat satu IR..nanti boleh geng..hehehe

      p/s: Aku pon tak tau camne...cer google :)

      Delete
  14. hai! menarik ah, blogger yang boleh buat comic sendiri! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      Kalau menarik rajin2 laa datang blog selalu :)

      Delete
  15. huishhhhh legolized cero ! ini rare ! anak buah aku si Rafael tu pon obses lego. pantang nampak, meraung hendak. adehh ~

    tapi seriyes padu arrr legolized cero tu ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Anak buah umur berapa?
      lego ni utk umur atas 5 tau, sbb pernah ada kes budak kecik tertelan lego.
      Kalau bawah 5 ada lego utk kanak2 bernama duplo.

      Delete
  16. Wahh terernyeeeee. Bole.buat lego muka kita tak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @EZAN IDMA
      Hmmm...setakat aku tgk lego2 ni dkat kedai, aku rasa tak ada lg yg bertudung...
      kalau ada nanti aku try buat. Menarik jgak kan ada lego figure bertudung ni...hehehe

      Delete
  17. Aritu nak komen tapi tak sempat... Nampak rambut tu dah nak same weh... Cube kau beli satu lagi rambut macam tu pastu kau ukir2 la sket bagi jadi sebijik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zulhizam
      Boleh ukir ke plastik tu? Tak terfikir plak...nanti aku try kalo2 boleh...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: