Minggu lepas aku berangan nak jadi vigilante,
minggu ini pula aku kembali berpijak kepada realiti...
Niat hati nak buat komik yang santai,
last-last end up jadi komik yang penuh dengan informasi.
Dah jadi ala-ala flyer untuk kempen menderma darah pulak.
Tak kisahlah...
Berita baik (untuk aku)!!
Salah satu dari azam aku tahun 2014 sudah tertunai.
Aku sudah menderma 12 kali (sehingga tarikh ini).
Kalau boleh menderma setiap dua minggu, maka maksimum setahun aku boleh derma 26 kali.
Tapi agak-agak laa...
Itu tahap berkampung dekat Pusat Darah Negara dah tu.
Ya,
aku menderma darah secara tetap di Pusat Darah Negara, KL.
15 minit dari rumah. Bila-bila pun boleh pergi.
Habis derma dapat makan. Free. Hehehe.
Kenyang perut, suka hati.
Tapi jadi penderma aferesis, pada aku, kena ada komitmen.
Banyak penderma aferesis yang aku kenal memang komited dengan pendermaan mereka.
Mereka jadikannya sebagai satu rutin.
Sibuk tak sibuk, datang juga.
Tapi,
kalau tak mampu nak bagi komitmen,
jadi penderma darah biasa pun sudah cukup bagus.
Semua penderma aferesis bermula dari penderma biasa juga.
Yang selalu singgah blog aku ni pasti selalu baca cerita derma darah aku.
Ini adalah kempen berterusan aku untuk membuka minda semua orang untuk menderma darah.
Nak menderma wang ringgit untuk perkembangan industri kajian perubatan tak termampu pula.
Nak jadi doktor, tak cukup pandai.
Jadi, menderma dan berkempen secara berterusan adalah paling tidak cara aku untuk berbakti kepada yang memerlukan.
Kepada yang nak mencuba menderma darah, silakan.
Anda tak perlu jadi The Error untuk menjadi hero yang menyelamatkan nyawa.
Jadi penderma darah pun kira hero juga.
Kepada yang takut nak mencuba, jangan risau.
Cuba sekali dulu, baru cerita pasal takut.
Semua cerita mitos tentang menderma darah (contohnya lepas derma darah senang gemuk) itu semua tipu belaka.
Yang takut jarum pula, anda ada pilihan untuk tak tengok jarum masa dia cucuk.
Para jururawat yang ada semuanya friendly dan supporting,
so jangan takut.
Siapa ada pengalaman derma darah?
Ceritalah sikit dekat aku...
Lagi cerita tentang derma darah dalam blog ini:
Taknak Derma Darah??? Tak boleh ke, takut???
JOM Menderma!!
Merah
Derma Darah.
.
Wah, aku tak tau plak ada 2 jenis cara derma darah. Aku selalu buat yg derma darah biasa tu. Memang kena tunggu 3bulan baru boleh derma lagi. Tapi biasanya paling kurang aku akan derma setahun sekali la. Itu pun sebab kat opis aku ada event ni. hehe
ReplyDeletebagi aku, derma darah ni salah satu cara sedekah selain daripada sedekah duit. niatkan sedekah, lillahitaala. haaa..sure akan rasa seronok nak buat lagi. :)
Tahniah, Cero! aku masih ingat ini salah satu wish list 2014 ko. hehe. tunggu hujung tahun, aku nak update wishlist aku pulak. tertunai or not :p
@~* chirpy_chummy *~
DeleteBetul2...seronok derma darah ni...
Nanti2 aku pun kena selidik balik list azam aku...kalau yg mana tak tertunai lagi tu, ada lg dua bulan je lagi ni...hehehe
Huhu.. Gune lego cEro untuk buat kempen eh...
ReplyDelete@Zulhizam
DeleteHeh heh heh...gempak kan? :p
Besar mana eh jarum dia? ~ngeee
ReplyDelete@HaSa
DeleteBesar mana aku agak2 macam batang mancis je, cuma hujung dia dipotong leper nak bagi tajam...
tahniah cEro.... tinggi komitmen hang.. koh koh koh
ReplyDelete@Aujinz
Deletekomitmen nak ada rumah sendiri pon tinggi jugak bro...hehehe
berat 40kg takleh derma darah kan?
ReplyDelete@Miss Fireflies
DeleteBerat kena melebihi 45kg baru boleh menderma.
Ringannya ko berat 40 je...
aku tak layak nak derma darah cero.. sob sob sob.. :'(
ReplyDelete@Gee Lion
DeleteTak apa. Nanti satu masa nanti boleh menderma, cuba laa. Best tau...
dah lama tak derma darah. Time nak derma la demam la.. makan ubat la.. pompuan ni lagi la susah sbb ada time2 takleh derma.
ReplyDelete@Dea Day
DeleteFaham. Perempuan memang mencabar sikit kalau nak menderma ni...
Tapi kalau ada masa dan sesuai dengan keadaan, menderma laa yek :)
aku tak mampu nak derma darah, kurus sangat, jd aku derma organ, tapi tu nanti masa dah takde lah. haha. ada yang tak berapa setuju aku register jd penderma organ, tapi nak buat macam mana, organ aku, so, aku rasa takpe kot aku derma.
ReplyDelete@mashy_entah
DeleteAku pon kalau ada peluang nanti nak pledge jadi penderma organ plak...
Tak salah derma organ, malah harus lagi hukumnya...
Cuma kekadang yg sensitif bukannya kita, tapi keluarga kita :)
Haaa..family aku masih belom tau aku jd organ donor. Except cousin aku, sbb dia yg heret aku sama. Tak tau mcm mana nak explain mengapa dan kenapa aku nak derma organ kat mak aku. Hehe
Delete@mashy_entah
DeleteAKu rasa kalau aku pledge jd penderma organ, mak aku mesti bising sikit...dia tu sikit konservatif. Pergi derma darah pun kena terangkan satu-persatu...hehehe
owh.. camtu. baru taw.
ReplyDelete@Gadis Misteri
DeleteBila baru tahu rasa seronok, kan?
derma sekali dapat selamatkan 4 nyawa katanya.. sekian~
ReplyDelete@cinderella besar sikit je
DeleteBetul-betul...
Manusia dah cipta pelbagai organ artifisial macam kaki palsu, tangan tiruan, kulit tiruan, jantung mekanikal dsb..
Tapi darah adalah antara yang manusia belum mampu buat secara artifisial...sebab tu menderma darah sangat membantu mereka-mereka yg memerlukan....
Tahniah atas kesedaran anda. Sehingga kini lebih 18 000 orang sedang menunggu pemindahan buah pinggang. Seorang penderma mati otak yang mendermakan kedua dua buah pinggang mampu menyelamatkan sehingga 4 nyawa ( 2 penerima buah pinggang dan 2 lagi yang mengambil tempat dialisis kedua dua penerima tadi). Bayangkan berapa ramai nyawa yang mampu diselamatkan sekiranya seseorang itu mendermakan kesemua organ (jantung, paru paru, hati, buah pinggang) dan tisu (kulit, tulang, kornea dan injap jantung).
DeleteThanks, Wani.
DeleteEntah kenapa, lepas baca komen kau ni, terus rasa berkobar2 nak derma organ...poyo tak? heehe
dapat makan kacang dengan kek dengan telur 1/2 masak..sedaapp
ReplyDelete@nazha anua
DeleteMenu bertukar2 ikut hari dan supplier, tapi favorite aku mestilah kek...hehehe
oh cEro... janganlah engkau memperkecil-kecilkan mereka yang takut pada jarum... *sobs sobs*, btw tahniah ^^
ReplyDelete@plain83
DeleteTo tell the truth, dulu pon aku takut jarum...Tipu laa kalau org tu kata dr awal dia tak pernah takut jarum..
But we must embrace the fear, jadikan takut kepada jarum itu sebagai cabaran kpd diri sendiri :)
Masa zaman study dulu, aku pernah la pi teman member aku derma darah kat satu dewan yang ada kat uni aku tu, hari itu ialah hari derma darah... skali aku tengok jarum tu perghhhh besar gilak, siap nampak lubang jarum tu dengan jelas... aku rasa macam nak..... pitam, LoL... Muri da yo Muriiiii!!! *geleng kepala laju2 sambil pejam mata rapat2*
DeleteHealth officer yang ada kat situ ada panggil aku untuk measure height and weight, aku kata "eeeh tak tak saya teman kawan sajaaa...", (sambil buat muka cuak)... pastu officer tu gelakkan aku sikit n dia cakap "oh kalau macam tu tolong ukur height kawan2 lain", pastu aku pun "arr ok...", sekian pengalaman aku meneman member menderma darah... huahuah~ X3
kenapa darah yang balik ke badan tu kene campur air dulu?
ReplyDeleteboleh terangkan x yang arif :)
@MS. NO NAME
DeleteDari segi medical, aku tak pasti.
Tapi dari segi logik, aku rasa sebab bila jalani aferesis, plasma yg merupakan cecair dlm darah diambil. Jadi nak kekalkan kepekatan darah kita selepas plasma diambil, air perlu dimasukkan. Kalau tak nanti darah pekat, transportasi oksigen dan CO2 tak efektif. Lagipun itu bukan air biasa, ianya air saline, sekaligus dapat menyeimbangkan elektolit dlm badan ala-ala minum air 100% masa kena serang demam denggi...
Sekian hujah saya...hehehe
woahh bagusnyaa derma darah!
ReplyDeletedulu-dulu masa kat UiTM sibuk nak try derma darah,
tapi mak tak kasi. Tapi takpe, one fine day akan diderma kan jugak darah ni.
Btw, nice entry, penuh informasi. Tak pernah tahu ada jenis apheresis.
@nanadhoi
DeleteAda ruang dan peluang nanti cubalah derma ye...hehehe
the error versi hero cEro la ni kiranya :)
ReplyDeleteaku harap pasni ada la pamplet ala-ala yang ko buat ni. aku yang tak tau pape ni pun dapat info. XD
aku teringin jugak nak try derma darah tapi tiap kali time ada kempen derma darah kat kolej aku dulu mesti aku tak boleh nak derma. haha. biasalah perempuan. huhu.
takpelah nanti kalau ada peluang aku nak cuba. moga ko berjaya mengekalkan momentum sebagai hero sejati. kahkahkah. ko jangan muntah hijau lak. p tukar kaler lain. haha
@Hikayat Seorang Budak
DeletePerempuan mmg selalunya kena cari timing yg kena baru boleh derma...
tapi itulah, kalau ada peluang, cubalah menderma yer...heheh
Aku akan sentiasa akan menjadi hero yg rakyat harapkan..hehehe **muntah hijau betul2***
ohoi cero! ini 1st time aku tawu term ahperesis tu!
ReplyDeleteselama ni mmg aku telah dimomok2kan dgn mitos yg 1 tu je la.
(bahawasanya bila derma drh jadi gemok)
tapi aku berjaya jugakla mnjadi pnderma darah tegar masa 3 tahun di uni dulu. takdelah rasa bersalah sgt kikiki
wahhhhh 15minit je dr rumah ko ke pusat darah negara tu?
aku teringin jugak nk jadi apheresis camtu sbbnye sllu dgr psl
kekurangan stok darah O positif sobss sobsss
@anamizu
Deletemungkin org selalu kata derma darah buat badan jadi gemuk sbbnya lepas derma darah dia bg makan percuma kot...heheheh
Stok darah ikut musim, tp selalunya mmg diorg nak O dan AB banyak sebab darah tu rare dlm populasi kita...
bila tgk header baru ko tu terus paaaappp teringat citer disney yg baru tu ape tah tajuknye big hero ke ape tah =P
ReplyDelete@anamizu
DeleteBig Hero 6!
Nak tengok!!
Macam best je, kan??