Ahad dua minggu lepas kita bertemu dengan Lego cEro.
Ahad baru-baru ni aku cuba nasib dalam contest.
Kali ini, biar aku cerita tentang aktiviti hujung minggu aku.
Bagi yang tak tahu,
Arrow adalah siri TV terbitan DC berdasarkan komik superhero yang dipanggil 'Green Arrow'.
Kini Arrow sudah memasuki musim ketiga.
Kisahnya adalah tipikal superhero/vigilante di mana seorang lelaki memiliki dua identiti: sebagai Oliver Queen, anak orang kaya di siang hari, dan sebagai The Arrow, penghapus jenayah yang memakai topeng mata dan hood hijau serta menggunakan busur dan panah.
Sebab cerita ni tipikallah aku suka.
Arrow ni best (pada aku) sebab jalan cerita dia pantas dan tepat.
Tak meleret-leret.
Yang jadi pelik (dan sedikit geram) ialah kelogikannya.
Dude, pakai topeng mata dan hood sikit je, semua orang dah tak kenal dia siapa.
Logik sangat.
Selesai je layan satu musim Arrow,
aku pun masuk fasa #BeranganItuPercuma aku.
Kalaulah aku juga seorang vigilante, aku takkan pakai warna hijau.
Aku akan pilih warna kelabu sebab kelabu boleh blend dalam gelap dan boleh blend dalam cahaya.
Since aku tak suka sepah-sepah darah, senjata pilihan aku adalah dua batang besi sebab pada aku ambidexterity adalah sangat cool.
Tapi masalah dengan batang besi adalah ianya jarak dekat, jadi aku perlu satu lagi senjata jarak jauh yang senyap dan bersih.
Aku pilih kunai.
Kenapa bukan shuriken? Sebab shuriken tak tusuk dalam.
Aku kan nak senjata yang bersih dan cepat. Hehehe...
Cuma nama The Error tu tak berapa nak komersial. Hahaha.
Okey, cukup berangan.
Back to reality.
Dalam Arrow juga banyak ajar tentang falsafah.
You know, the one yang tak pernah diajar di sekolah.
Sebagai contohnya adalah falsafah tentang rahsia.
Boleh ke sini untuk baca lebih lanjut.
Hmm....
Aku ada satu soalan.
Apa 'vigilante' dalam Bahasa Malaysia ek?
Kamus aku bagi maksudnya sebagai 'sukarelawan', which is pada aku macam kurang tepat.
Google Translate lagi teruk, terjemah jadi 'main hakim sendiri'. WTH?
.
Nak pikir logik, superman lg x logik. Bukak spek mata pastu pakai spender kat luar..dah semua org x kenal dia.
ReplyDeleteBg aku, arrow ni mcm batman. Xde superpower..or bukan alien yg dtg dok kat bumi. Tp hanya depends on combat skills & weapons.
Cuma kdg2 cara dorg berlawan dlm citer tu mcm budak2 tgh berebut sugus je. 😞
Betullll! Superman tu memang tak logic kalau takdak orang boleh notice dia tu Clark Kent... lain la Batman, atau Catwoman, logic gak la orang susah nak notice sape dorang... hahah
Delete@Haryz Khairuddin
Delete@plain83
Ooohhh...aku lupa nak include Superman dlm contoh aku...
Ye laa kan, ko bukak spek, simpul rambut sikit dah semua org tak kenal...kelakar sangat!
Arrow citer dia laju, tp memang betul. Kadang2 bila lawan mcam kelam kabut sikit...hehehe
Aku rasa orang sekeliling dia memang sengaja taknak mengaku clark kent tu superman. Gila malu geng ngan mamat psiko pakai seluar dalam kat luar.
Delete@Dea Day
DeleteGelak berguling aku baca komen ko ni Day...
Boleh bayang kawan2 dia cakap belakang2 Clark Kent sebb malu dgn dia...hahahah
hehehe... klaka la cero ni..
ReplyDelete@Gadis Misteri
DeleteKelakar ke? Kelakar memang ada, tp hensem tu lebih sikit *tetiba*
Wahahahaha
keluangman lagi lah pelik.
ReplyDeletewalaupun dia gila, tapi dia sempat lagi jadi superhero.
errrr.. ko tak macam tu kan cero?
mwahahaha..
vigilante boleh jadi macam istilah pejuang keadilan kan?
@Gee Lion
DeletePeeerrrrgghhhh!!! Rindu keluangman...
Dengar kabo nanti ada yg nak buat remake. Harap betul2...
Vigilante = pejuang keadilan sedikit tepat tp still ada yg tak lengkap. Vigilante ni lebih kepada 'letak hukuman guna undang-undang sendiri' sedangkan polis pun boleh dikira pejuang keadilan jugak, kan? hehehe
adik aku mmg tegar dok folow citer Arrow ni dari 1st season.
ReplyDeletedia dok racun soh tgk gak tp smpai skrg aku x tgk2 lagi =P
hurmm tu lah si superman mmg x logik org xkenal.
keluang man lagi lah hai.
vigilante. hurmm mcm Gee Lion ckp tu sedap gak maksudnye hahaha
@anamizu
DeleteTengok laa Arrow...Best!
Bila dah start tengok mesti payah nak berenti...hehehe
Superman tu siap pakai spender dkat luar, mmg tak logik...hahaha
Adiwira kot. Kot lah. Aku pakai serkap jarang je ni.
ReplyDeleteSapa belakon jd arrow tu, kalau hensem boleh gak aku tgk, buat cuci mataaaa hahahaha
@mashy_entah
DeleteAdiwira lebih kepada superhero.
Vigilante ni jenis yg buat hukuman sendiri, kadang2 sampai membunuh.
Ada vigilante yg jahat, ada yg baik..
Yg jadi Arrow tu namanya Stephen Amell..Try google.
Aku rasa ramai pompuan kata dia hensem walaupun aku lebih sikit hensemnya...wahahaha
Hensem woii hahahaha tp dah kahwin malas ah.
DeleteLgpun aku susah kalau dah start tgk series ni alamat tak tidur empat lima hari
@mashy_entah
DeleteAlaa, jgn habiskan sehari terus...cuba sehari satu episod. Hadam satu-satu...hehehe
Takleh. Tak sabar. Aku tgk suit 3 season 3 hari je. 3 hari tak tidur. Tidur pun siap mimpi lagi. Hahahaha
Delete@mashy_entah
DeleteHahaha...dulu aku layan Criminal Minds back-to-back beberapa season sampai berasap kepala nak hadam...hahaha
Apesal besi tu tak attach pakai dawai... Dari jauh pun boleh attack... Huhu... Vigilante tu rasanya takde lagi istilah dalam Bahasa Malaysia...
ReplyDelete@Zulhizam
DeleteKalau attach pun aku rasa tak boleh pergi jauh. Mungkin jarak sederhana je...
Lagipun, lagi panjang attach dawai, nanti lagi berat. Agility akan jadi kurang...
(Perrrgghhhh...macam serius je perbincangan ni..kekonon)
Err... Bukan Batman pon pakai dawai ke?
Delete@Zulhizam
Deleteoih, Batman lain...Dia hebat!
Batman bawak RPG launcher belakang badan dia pon dia still boleh lari laju dan kalahkan lawan...hehehe
Aku layan 1st season je..pastu hang bila nak masuk 2nd season..
ReplyDeleteOrang umah aku layan separuh je 2nd season..
Sebab: kitorang rasa agak boring..ni pendapat kitorang la..cite2 baru belum layan lagi..err ko xlayan flash ke..tengok teaser dulu muncul masa oliver queen dok memanah..xtau la best ke x..
ps: kalau the error kuar, confirm aku xlayan..hohoho,,kecuali awek dia cun (sambil pandang kiri kanan, takut bini nampak..ahaks)
@aku_ein
DeleteAku faham. Mmg kalau banding season 1 dgn season 2, yg season 2 macam kureng sikit...tp aku dapat rasa season 3 makin best. Jgn jadi macam Smallville dah laa..makin byk season makin ngarut...hehehe
Flash pon aku layan. Crossover dgn Arrow, tu yg buat lg best tu..
p/s: Kalau The Error ada, sure laa awek dia super cun punyer...hahahah
vigilante tu apa? malas pulak nak ambik kamus.
ReplyDeleteseronok betul baca entry ko ni cEro. gelak guling2 aku. haha. #GelakItuPunPercuma
aku rasa tak payah tengok The Arrow, tengok ko jadi The Error pun dah cukup. tapi tolong jangan jadi superhero mcm tipikal meleis please. lulz.
@Hikayat Seorang Budak
DeleteAku ada berangan nak jadikan The Error ni satu watak, tapi berangan je laa...hehehe
Vigilante.. vigilante.. entah apa entah.. hhahahah
ReplyDeleteNama The Error tu macam ok jer.. hahhaha.
@Aujinz
DeleteNama The Error tu macam ala-ala 'kau perasan nak jadi hero tapi asyik buat salah je...'
hahahaah
vigilante tu ialah pejuang keadilan yang main hakim sendiri fulllstop..
ReplyDeletewakaka
@nazha anua
DeleteHahaha...kalau aku ganti vigilante dgn ayat tu maka panjanglah entri blog ni...heheheh
Tak tengok series tu. Tapi nak cakap power gila habiskan 23 episode dalam 1 hari setengah.
ReplyDeleteDiri sendiri tengok drama korea pun paling sempat 6 episode dalam sehari, itu pun tido pepagi buta.HAHHHA
@nanadhoi
DeleteWahahaha...berasap oo layan 23 episod dlm sehari setengah...
Esoknya bantai tidoq seharian...hehehe