Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 25, 2011

Merah

Setelah selesai prosedur wajib, aku menunggu di atas sebuah katil khas.
Kiri kanan aku diapit dua buah mesin yang pada aku, jika aku tiada asas dalam sains hayat,sudah tentu aku merasakan mesin itu pelik.

Datang seorang perempuan seragam putih bertag nama Salina (bukan nama sebenar) menghampiri.

Dia mengambil buku kecil merah dari tangan aku.
Dibeleknya beberapa muka surat, lalu berkata,

"Wah! Dah banyak kali derma darah. Rajin ye encik derma darah."

Aku senyum tanpa kata.

"Boleh saya tanya kenapa suka derma darah?"

Aku mendiamkan diri seketika. Memikirkan jawapan.

"Dulu, ada seorang budak lelaki ni, dari kecil, dia bercita-cita nak jadi seorang doktor. Semuanya bermula apabila dia kesian melihat neneknya terbatuk-batuk di tangga rumah kampung mereka. Dari situ, budak itu membesar dengan niat mahu menolong manusia yang memerlukan bantuan dengan menjadi seorang doktor."

"Namun, nasib tak selalu menyebelahi kita. Budak tu gagal untuk lulus cemerlang dalam SPMnya. Walaupun bukan teruk, namun keputusannya tidak melayakkannya untuk mendapat biasiswa tajaan bagi meneruskan pelajaran dalam bidang impiannya. Maklumlah, tak mampu, yuran pula mahal, nak biaya sendiri memang mustahil."

"Maka, sejak dari itu, budak itu berjanji, walau apa pun bidang yang diceburinya, dia akan sentiasa berusaha untuk membantu orang yang memerlukan."

"Pada dia, menderma darah adalah sekurang-kurangnya usaha yang dia mampu lakukan untuk memujuk hati yang kecewa tidak tercapai cita-cita."

Cik jururawat itu tergamam. Aku tahu, ayat aku terlalu buku.


Selepas selesai urusan derma darah, ketika aku sedang nak bangun dari katil, Cik Salina jururawat tadi menegur,
"Budak yang encik ceritakan tadi, ialah encik ke?"

"Oh, bukan! Itu orang lain yang saya kenal.
Tujuan saya derma darah sebab makanan yang disediakan selepas derma darah di sini sedap-sedap belaka"
Sambil aku tersenyum, aku beredar.





Dalam jalan keluar aku dari Pusat Darah Negara, aku terserempak dengan seorang doktor yang cun meletup habis. Tiba-tiba kepala rasa tekanan, macam nak tersembur darah dari hidung.
(Itu bukan sebab aku pervert, tapi sebab aku tak minum air milo yang disediakan. Serius! Bukan alasan. Tapi doktor tu memang cun.)




postquam-scriptum:
Aku rasa dah banyak entri aku cerita tentang derma darah dalam blog ni. Tapi, kalau korang nak tahu, perasaan melihat darah yang terisi dalam beg plastik, dan memikirkan darah itu bakal digunakan oleh manusia lain yang memerlukan, dan mungkin bakal menyelamatkan nyawa mereka, adalah perasaan yang membuatkan aku kagum dengan keindahan ciptaan terbaik Tuhan, iaitu MANUSIA.




20 comments:

  1. aku pun baru derma sekali, dan niat kita sama je. bila kita nmpk bag darah tu, rasa kita dapat tolg org huhu.. (aku tak reti nak mem-buku-kan- ayat aku) oh btw, aku suka derma sbb dapat milo ngn biskut tiger. keh3

    ReplyDelete
  2. yep.. suke gak derma darah.(walau br sekali dpt derma-setelah bertahun2 xlepas test utk derma darah) org slalu takot nk derma esp pompn, kononnye,kalo derma darah, berat badan naik..tp x pun sebenarnya.. agree?

    ReplyDelete
  3. huuu teringin lama nak derma darah

    ReplyDelete
  4. abes ok x ko bwk moto mse nk blk tu?
    x psl2 kpale rase tekanan lg kang..

    pengajarannya len kli mnum milo tu..erk

    ReplyDelete
  5. apa lak pervert, kalau lelaki takde nafsu tgk awek cun tu bkn lelaki tulen, hee. Yg part mcm nak 'mimisen' tu mmg ada kat real life ek? aku ingat kartun jek.

    ReplyDelete
  6. aku belum pernah lagi menderma. sebab aku takut tengok darah. huhuhu. nantilah, satu hari aku mesti menderma. berbakti kepada orang yang memerlukan. tahniah cEro!

    ReplyDelete
  7. imaginasi yang terlalu over.

    ReplyDelete
  8. mulianya hati cero..
    bangga ada kwn mcm cero..
    aiyakk.. *jatuh kerusi*..
    kwn ke kta cero?
    cero ngaku atty kwn cero x?=P

    ehehe..comment kali ni nk share info
    derma darah xpe, tp derma organ xblh tau? Islam melarang umatnya menderma organ..baik dr segi niat mahupun suka rela..

    kta kwn kn cero? :)

    ReplyDelete
  9. hohoho aku tak boleh nak derma darah, sebab ada minor high blood pressure. tapi aku memang suka tengok darah. dulu time stadi kalo ada lab yang melibatkan darah untuk mengkaji RBC dengan WBC aku lah penderma yang paling rajin.

    cuma tu lah, darah aku sangat2 pekat, dah macam sos cili pon ada. tatau nape.

    eh derma organ tak boleh ke? dulu2 memang ada percanggahan pendapat tapi lepas tu ada ulama kata dibenarkan.

    cuma satu benda yang orang tak berapa nak tahu, lepas roh terpisah dari jasad, kita akan jadi super sensitif. sebab tu time mandi jenazah kena wat lembut-lembut supaya tak nak sakitkan jenazah. so bayangkan kalo derma organ, kena belah itu dan ini....

    arwah abah aku dulu pon mak aku tak bagi wat post mortem.

    ReplyDelete
  10. aku pon suka derma darah..tapi banyak kali terlepas peluang sbb buku derma darah tertinggal dekat rumah..
    hahahaa

    :)

    ReplyDelete
  11. bagusnya cero derma darah...kat mana ye nak derma darah?aku dulu nak derma kat UIA tak lps sbb *ringan* tmbh tak tidur mlm..huhu

    ReplyDelete
  12. i dont have guts yet to be a donor. perhaps, next 6 month?


    -kudozu

    ReplyDelete
  13. teringt lak dulu..mc tu suh aku pegang beg berisi darah aku sendiri..panas..panas..dan xsangka drh aku sbyk itu....hu~~

    ReplyDelete
  14. kt tmpt blaja aq selalu ad booth derma darah.tp aq xberani nk dftr..xberani weyh.lalu je tmpt tu dh seram sejuk -.-'

    ReplyDelete
  15. tempat study aku pun banyak kali gak wat derma darah..tp aku x brani la nak derma...aku takut jarum..huhu..*sigh*

    tahniah cero..satu hari nanti..kalo aku dah brani aku nak gak dermakan darah..=)

    ReplyDelete
  16. @m i r a f i q a
    sila laa derma darah byk kali...best oo..puas ati oo...

    @~* chirpy_chummy *~
    agree..itu mitos je..aku slalu derma darah, tp badan tak naik2 pon..hahahah

    @.::WaNiE::.
    kalo teringin kenape tak try??
    takut ek??hehehe

    @Al
    hahaha, masa naik moto ok je..aku singgah stesen minyak telan sebotol red bull..hahaha

    @Fisz
    takde laa sampai tersembur cam dlm gambar tu..tp mmg boleh smpai berdarah hidung, pernah nmpak depan mata..hahahah

    @hanaahmad
    try laa try laa..nak aku teman??
    jom pergi pusat darah negara..

    @1096689770723646376.0
    Kenapa ayat ko ringkas dan skema???
    please laa, ganas arr sikit ayat tu..
    tak anon laa kalo bersopan santun..hahaha

    @atty
    jap atty, tak boleh terus letak fatwa haram..ada beberapa ketika derma organ adalah harus...
    cuba baca link ni
    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=183&Itemid=90
    btw, atty is my friend..walaupun tak tau knape stiap kali tekan link id tu, tak kluar profil, mgkin atty nk sembunyikan diri kot..hehehe

    @Shukjessa
    aku ada baca gak kata sensitif tu..tp kalo post mortem tu perlu demi menegakkan yg hak, ianya harus...
    alfatihah utk abah ko..

    @iQbaL HaSBuLLaH
    buat macam aku, selit buku kat dompet..tu yg buku cepat buruk tu..hahahaha

    @airaniez wirdani
    hehehe, tak pe..lain kali cuba lagik...byk lg peluang, kan???

    @Anonymous
    kudozu, why 6 months? Are u underwent any surgery lately??

    @mr delirium
    pegang beg darah adalah nikmat yg hanya org yg pegang sahaja tahu rasanya...

    @iemaZAIMAH
    eleh, try je...takde ape yg perlu ditakutkan pon...

    @tulip
    kalo takut jarum, request kt nurse tu supaya jgn pandang...kalo ko tak pandnag, ko tak rase pape pon..serius..

    ReplyDelete
  17. lama tak komen komen kau..
    apa cerita baru? eh sakit tak derma darah?? tak buat tapi taku sakit laaaa

    ReplyDelete
  18. xpernah sekali pun derma darah walaupun sgt teringin nak buat..

    ReplyDelete
  19. aku harap sgt government dpt buat kalau nk derma darah je scan guna ic r something. It's soo hard nk simpan buku merah kecik tu. Mudah hilang. LOL!.

    ReplyDelete
  20. try tgk jarum yg gabak tu time cucuk lengan kte... syok! hahahaha.... aku pon pnh derma 2 3 kali tp slalu xcukup hemo... sob2!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: