Hello,
nama aku cEro.
Sebutannya 'se' (seperti dalam tosey) dan 'ro' (seperti dalam semberono)
Lagi bagus kalau sambil sebut tu kalian masukkan sekali slang Asturian atau Spanish.
Sedap sikit dengar.
Aku adalah pemilik tunggal blog ini.
Jika kalian baca blog aku dari dulu,
kalian akan perasan antara isu yang selalu timbul dalam blog ini selain dari kisah cinta yang tidak kesampaian, entri-entri lukisan yang disulami dengan lawak yang kurang memberangsangkan dan cerita tentang diri yang tidak siapapun peduli
ialah isu rambut.
Di atas adalah karakter yang aku selalu pakai untuk mewakili diri aku sendiri.
Rambut yang aku lukis untuk karakter tersebut adalah yang paling hampir dengan keadaan rambut aku sekarang.
Rambut aku lurus tak lurus, kerinting tak kerinting.
Yang pasti, hujungnya akan bergulung ala-ala r
ambut palsu hakim mahkamah.
Aku suka rambut aku.
Tambahan pula, aku tak berapa minat sikat rambut.
Rambut aku yang tak tersikat masih lagi kelihatan boleh diterima orang.
Jadi, aku OK.
Namun,
aku pun ada rambut idaman.
Rambut Belah Tengah
Rambut belah tengah adalah rambut idaman aku masa sekolah rendah.
Tak salah aku, masa tu memang 'in' habis rambut ni.
Katanya, semua disebabkan BackStreet Boys yang cukup popular waktu tu.
Siapa tak kenal
Nick Carter kan?
Tapi, aku lebih terpengaruh dengan
Future Trunks dari Dragon Ball.
Tapi, sebab masa tu aku sekolah rendah lagi.
Peraturan sekolah rendah, rambut tak boleh lebih kening.
Selaku pengawas yang berdedikasi, aku kena ikut peraturan.
Barulah boleh tangkap budak yang rambut panjang masa perhimpunan.
Hahaha.
Afro
Believe it or not, ada satu tahap dalam hidup aku di mana aku sukakan rambut afro.
Afro, rambut kembang besar bulat yang selalunya bouncy.
Since aku pun tak berapa nak putih, jadi aku rasa rambut afro sangat kena dengan aku.
Ada tengok filem
Ada Apa Dengan Cinta?
Ingat kawan sekelas Rangga yang cool gila rambut afro tu?
Dialah pencetus minat aku dengan afro.
Tapi, malangnya.
Rambut afro kena bermula dengan
kinky hair, rambut kerinting ala-ala orang afrika.
Orang yang tak berambut kinky, kalau nak buat afro, susah nak maintain.
Kena rajin. Aku tak rajin.
Jadi, idaman tinggal idaman.
Dreadlocks
Dari sejarahnya,
Dreadlocks terbentuk apabila rambut yang memanjang tidak disikat dan dibasuh, membuatkan rambut tersebut terbelit dan terlilit sesama sendiri.
Tapi rambut jenis ini juga boleh dibuat di salon.
Dreadlocks mula menarik minat aku selepas aku baca manga
Eyeshield 21.
Salah satu watak dalam cerita tersebut bernama
Agon.
Agon seorang genius dalam sukan American Football, seorang pemain serba boleh, mampu berada di mana-mana posisi.
Disebabkan kegeniusan dia, dia menjadi seorang yang bongkak, sombong dan kaki perempuan.
Agon Kongo berambut dreadlocks.
Aku, sebenarnya, nak jadi macam Agon.
Tapi, rambut dreadlocks untuk orang macam aku,
sama ada akan dihalau keluar dari rumah ataupun kena putus keluarga.
Rambut belah tengah,
rambut afro dan
rambut dreadlocks.
Ketiga-tiganya merupakan rambut idaman aku.
Tapi, ketiga-tiga jenis rambut ini hanyalah idaman yang bermusim.
Sekarang dah tak idaman dah.
Tapi, aku ada satu rambut idaman sepanjang zaman, sampai sekarang....
...iaitu,
Macam kenal je..Macam kenal je..
Mohawk
Semua orang tahu rambut
Mohawk macam mana.
Tapi tak ramai orang tahu, Mohawk ada banyak variasi.
Mohawk yang kononnya orang muda buat ala-ala tarik rambut tegak ke tengah tu dipanggil
fauxhawk, dahulu pernah dipopularkan oleh David Beckham.
Sesetengah peminat mohawk anggap fauxhawk itu bukan mohawk sebenar.
Tapi, mohawk yang aku minat lebih radikal.
Aku minat '
fanhawk', mohawk berbentuk kipas.
Kalau bahasa aku dulu-dulu, aku panggil rambut trojan.
Tapi mungkin tidaklah sebegitu keras macam berus macam kita selalu nampak budak-budak punk buat.
Sekadar cukup selesa untuk berada di atas kepala, sudahlah.
Tapi, aku sudah dewasa.
Apa yang menghalang aku dari memiliki rambut mohawk idaman?
Faux Pas
Dari empat jenis rambut di atas, tiga daripadanya adalah
faux pas.
Rambut afro, dreadlocks dan mohawk secara umumnya tidak diterima dari segi sosial.
Sesiapa yang mempunyai rambut sebegini akan dipandang masyarakat.
Pandangan yang diberikan termasuklah pandangan positif dan (terutamanya) pandangan serong.
Hakikatnya, manusia memang menilai seseorang dari pandangan luaran.
Dengan kata lain, kalau ingin memiliki rambut seperti ini,
keyakinan diri kena tinggi.
Kena tahan pandangan mata yang sentiasa memerhati.
Kena tahan kata cemuh yang sentiasa dilempari.
Selain itu,
di dunia ini seperti ada satu 'unspoken rule'
di mana apabila berbicara tentang lelaki kemas,
kita akan mula terfikir lelaki yang berambut pendek.
Lelaki yang tidak berambut pendek akan dilabel tidak kemas.
Syarikat-syarikat korporat mengkehendakkan semua pekerja lelaki berambut pendek.
Sektor awam ada peraturan tentang tatacara dan etika pemotongan rambut.
Mak mertua sentiasa mencari bakal menantu lelaki yang berambut pendek.
Awek-awek jenis kontrol selalu suruh pakwenya potong rambut bila rambut panjang.
Dengan kata lain,
lelaki berambut afro, dreadlock dan (real) mohawk akan dipandang rendah masyarakat.
Aku pun tak tahu kenapa.
Seperti perempuan dilabel sebagai pemandu yang teruk,
lelaki pula dikehendaki berambut pendek untuk diterima di setiap peringkat sosial.
InsyaAllah,
bila aku berjaya tawan dunia ni,
aku akan ubah peraturan tersebut.
BERIKAN KEBEBASAN RAMBUT KEPADA LELAKI.
Lagi Rambut Oh Rambut:
Rambut Oh Rambut #4 [Diari Rambut Ahad]
Rambut Oh Rambut #3
Rambut Oh Rambut #2
Rambut Oh Rambut
Lagi mengenai rambut:
Cikgu Anita dan Epal Washington
Pendek? Bengong!
'Spiky' jadi 'Spooky'
.