Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 31, 2010

Pulut Udang & Merdeka


One-nine-four
I'm sorry...


Pulut udang.

Al-kisah bermula apabila ayahanda pulang dengan bungkusan kuih pulut udang di tangan di petang hari.
Dengan niat dimakan selepas berbuka,
pulut udang itu disusun rapi di atas satu pinggan dan disimpan di bawah tudung saji.

Azan Maghrib, buka puasa.
Selesai menu utama, semua mahu menikmati kelazatan pulut udang sebagai penutup.
Masing-masing mengupas daun pisang bakar seperti sebiji pisang dibogelkan.
Dan kini, tibanya kedatangan 'pemutus selera'.

Pulut udang yang disangkakan lazat, sedap
kelihatan basah, berlendir, dan berbau.
Bonda mengeluh.
Aku yang hanya tahu masak mee segera pun,
tahu bahawa pulut berlendir bermaksud sudah tidak dapat dimakan.

Lalu Bonda menyeru,
"Anakanda sekalian, usahlah kalian memasukkan makanan itu ke rongga mulutmu.
Kerana kelihatan ianya bukan milik hari ini, ianya milik semalam hari."


Maka, hampalah sekalian keluarga,
kempunan merasa kelazatan pulut udang yang seharusnya dimakan sambil disulami senyuman di rupa.


-----------------------------------

Hanya jauhari yang lebih mengenal manikam.
Tiada alasan penjual kuih itu tidak tahu kuihnya tidak mampu bertahan dua hari.
Mak aku selalu ajar,
makanan bersantan, berkelapa atau berpulut tak tahan lama,
tambahan jika tidak disimpan elok seperti dalam peti sejuk.
Sama ada ianya sengaja atau tidak disengajakan,
perbuatan ini tidak boleh diterima
kerana wang hasil jualan barang buruk itu
akan digunakan untuk menyara keluarganya.
Mahukah dia menyuap mulut anaknya dengan hasil yang tidak berkat?

Inilah dia,
kita selalu dikatakan masih dijajah budaya barat.
Namun, pada pemikiran aku,
musuh utama kita sebagai anak merdeka
bukanlah hanya budaya barat yang dikata terpesong,
malah yang paling utama adalah
DIRI SENDIRI.

Selagi diri dijajah sifat tamak, dengki dan busuk hati.
Selagi itu, janganlah kita sebut tentang kita anak merdeka.

Ini pesanan buat diri sendiri
dan untuk yang sudi membaca.
Moga kita diberi hidayah dari-Nya,
agar benar-benar merdeka.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53.

p/s:
Aku benci bila hal agama dipolitikkan sesetengah pihak berfikiran sekular.
Adakah kalian terlalu bodoh sampai tidak nampak jurang keduanya?

p/s/s:
Best layan Sarjan Hassan semalam kat TV.


p/s/s/s:
Pulut udang juga dikenali pulut panggang (kan?)

Aug 30, 2010

Muzik Yang Sedang Aku Dengari

one-nine-three
I'm sorry...


Roll over mouse at the images to see captions.









Ada tujuh track lagu..
I. Years From Now
II. Mana Oh Mana
III. Senyum
IV. Erti Hari Ini
V. Susun Silang Kata
VI. Emotions
VII. Sungai Lui


Personal favorite aku, EMOTIONS
sebab melodi dia sedap.
Lagu macam Susun Silang Kata, Sungai Lui, Mana Oh Mana dan Erti Hari Ini dah banyak keluar dalam radio.


Serius tak menyesal beb beli walaupun kena gadai satu baju raya.
Sebab kalau bukan kita yang support muzik tanah air,
takkan korang nak harap mamat Indon yang support??
Beb, diorang tengah sibuk bakar Jalur Gemilang sebagai tanda konon hebat diorang.
Yang penting kita tak bodoh sampai nak bakar bendera diorang dan lumurkan najis sendiri kat dinding kedutaan guna tangan sendiri.
Kelakar laa diorang, pandai buat lawak seberang...



Aug 29, 2010

Lagu Chenta Terulung

Hujung minggu,
aku temani kalian dengan
one of the best love song
yang aku pernah dengar.


Your Guardian Angel
by The Red Jumpsuit Apparatus


"I will never let you fall
I'll stand up with you forever
I'll be there for you through it all
Even if saving you sends me to heaven"

Aug 27, 2010

C•I•F

Nine-in-the-middle-of-two-ones
I'm sorry.


OK!
Semalam ada pen, marker, kaler pensil, kertas A4, dan scanner depan mata.
So, aku pun gatal tangan menconteng, dan inilah hasilnya.




klik image untuk pembesaran gajah!!


Ini kerja satu jam, kalo buruk sila bagi aku 25jam sehari.
Sila puji.
atau keji.
Haha..
Terima kasih.

Aug 26, 2010

Erti Dalam Satu Perkataan

one-ninety
I'm sorry.


Ini Azlan,
seorang murid sekolah menengah yang dikehendaki gurunya untuk menyiapkan satu projek sejarah mengenai kemerdekaan.
Kebetulan, berhampiran rumahnya tinggal seorang tua bekas tentera pejuang kemerdekaan dahulu.
Kesempatan itu diambilnya untuk menyiapkan sebuah temuramah.

Azlan ziarah rumah Kapten (B) Manaf, 82 tahun.
Berkerusi roda, dia dikatakan pernah berjuang semasa zaman darurat negara.
Bila diminta keizinan untuk membuat satu temubual,
Kapten (B) Manaf berkata,
"Hari ni hari Jumaat..
Kamu datang balik hari Ahad nanti dengan memberikan atuk satu jawapan kepada soalan ini.
Soalannya, APA ITU MERDEKA?
Jawab dengan hanya satu perkataan.
Jika atuk puas hati, aku izinkan.
Jika tidak, atuk tak dapat membantu."


Dari syarat Kapten Manaf, Azlan sedikit gentar.
Apakah jawapannya?
Apa jadi jika dia salah jawab?
Walaupun masih ada dua hari untuk difikirkan jawapannya,
namun Azlan tidak mahu menanggung risiko.

Esoknya,
dia bertanya ahli keluarganya.
"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
"Bebas..." kata ibu.
"Cuti.." kata abah.
"Merdeka tu...merdeka laa.." kata kakak.

Langsung tak membantu, Azlan berkeputusan mahu bertanyakan kawan sekolahnya.
"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
"Sejarah???..."
"Rehat kat rumah...er, rehat.."
"Tanah tumpah darah bebas dari penjajah. Eh? nak satu perkataan ek?? Sorry!!"


Tidak memberangsangkan, Azlan ke sebuah pusat membeli belah untuk bertanyakan kepada orang awam.
"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
"31 Ogos.." kata seorang remaja perempuan dengan baru ketat.
"Tuanku Abdul Rahman.." balas pasangannya lelaki bersubang di hidung.
"Kedai tutup.." kata promoter kedai pakaian.
"Tiada kongkongan.." kata pekerja restoran makanan segera.

Azlan mendapati MERDEKA boleh diistilah dalam banyak perkataan.
Namun, nak mencari SATU perkataan untuknya,
adalah agak MUSTAHIL.

Seketika,
akibat penat, dia berehat di sebuah tempat duduk.
Datang sepasang ibu dan anak duduk di sebelahnya.
Ibu berusia lingkungan 40-an dan anaknya dalam 4 tahun.
Mencuba nasib, Azlan bertanya kepada si ibu.

"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
Si ibu kemudian berkata kepada anaknya,
"Adik, MERDEKA tu apa?"

"HATI!!!"
Malam tu,
Azlan tak dapat tidur.
Jawapan budak 4 tahun itu berkicau di benak fikirannya.

Keesokan harinya, Ahad.
Azlan ke rumah Kapten Manaf.

"Sudah ada jawapan untuk soalan atuk??" tanya Kapten Manaf.
"Saya cuba.."

"Apakah MERDEKA?"
"MERDEKA itu HATI."

Kapten Manaf tersenyum.
Azlan kelihatan risau.

"Bagus. Mari kita bertemubual." kata Kapten Manaf.
"Jawapan saya betul ke, Atuk?"

"Jawapan kamu tidak salah.
Apapun jawapannya, tidak salah.
Apa yang penting, bukan jawapan.
Tetapi usaha kamu mendapatkan jawapan.
Sama seperti merdeka.
Ianya hanya satu tarikh.
Tapi apa yang penting ialah jalan sebelum kemerdekaan.
Itu yang harus disemai dalam diri setiap individu dan harus difahami masyarakat.
Ya, MERDEKA itu HATI.
Kerana kita tidak merdeka jika hati kita masih dijajah."


Kesudahannya,
Azlan dapat A+ dalam projek matapelajaran Sejarahnya.



-----------------------------------------

Cerita di atas adalah rekaan penulis semata-mata. Merdeka bukanlah berapa jumlah Jalur Gemilang yang kita kibar, tapi untuk apa kita kibarkannya. Merdeka bukanlah betapa patriotik kita nyanyikan lagunya, tapi untuk apa kita nyanyikannya. Merdeka bukanlah betapa meriah kita sambutnya, tetapi untuk apa kita sambutnya.


Aug 25, 2010

Tangan yang Memegang Pensil

One-less-to-one-ninety
I'm sorry...


Tiba-tiba adik aku bertanya,
"Kenapa dah lama tak nampak Alang pegang pensel ek?"


Jika hobi korang mengumpul setem,
dan tiba-tiba hasil setem kumpulan korang hilang,
korang masih boleh mula kumpulnya kembali.

Jika hobi korang bermain bola,
dan tiba-tiba but korang terkoyak,
korang masih boleh beli but baru.

Jika hobi korang blogging,
dan tiba-tiba blog korang diserang virus,
korang masih boleh buat blog yang baru.

Tapi, jika hobi kalian melukis,
dan tiba-tiba kalian hilang kebolehan melukis,
bagaimana kalian nak teruskan hobi kalian??


Pernah aku beritahu di entri terdahulu,
aku kehilangan kebolehan melukis akibat terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
Namun, apa yang aku tak beritahu adalah
tiada seorang pun dari ahli keluarga aku tahu hal itu.

Dalam keluarga, aku mengambil peranan sebagai
'anak yang banyak rahsia'
kerana peranan itu sesuai untuk aku.
Pada aku, selagi aku mampu teruskan hidup sendiri
aku akan sedaya upaya tidak menyusahkan dan membimbangkan keluarga aku.
Termasuklah mereka tidak tahu aku pernah kemalangan motosikal
dan mengakibatkan otot dan pergerakan tangan kanan aku tidak secekap dulu.

Kini, aku nak lukis garis lurus pun satu cabaran besar.

Pernah sekali, aku ke pameran lukisan di sebuah galeri seni.
Aku berdiri di hadapan sebuah lukisan..
Tanpa aku sedari, air mata berlinang,
Aku sedar air mata itu selepas seorang atendan menyapa
"Kenapa adik menangis?"
Mungkin padanya aku menghayati lukisan itu.
Namun, pada aku,
menjadi pelukis adalah cita-cita pertama aku.
Dan sejak kecil, aku berusaha menggapainya.


Sekian lama aku tinggalkan pensel aku.
Sekian lama buku sketch aku tidak diusik.
Beritahu kepadaku,
patutkah aku cuba melukis kembali dari awal?
Seperti kembali mengumpul setem yang hilang?
Seperti kembali membeli but yang koyak?
Seperti kembali membuat blog baru?
Apa jawapan aku patut beri kepada soalan adik aku tu?

untuk kembali melukis
Patutkah aku?
patutkah?

Aug 24, 2010

Tiga L Bawah Satu Bumbung

one-double-eight
I'm sorry...


Kegembiraan aku keluar dari kepompong kebosanan bila dia ajak aku keluar.
Dia, L.
Katanya, besday abangnya bakal tiba,
nak pergi cari hadiah.
Biar apa pun alasan, aku tak kisah.
Tiada jawapan selain 'Ya' untuknya.

Di sebuah butik pakaian lelaki,
L bercadang nak belikan Abangnya set tali leher.
Ini kali pertama aku masuk butik camni.
Penuh dengan mannequin lelaki berpakaian segak,
melangkah masuk ke butik macam ni seolah-olah melangkah masuk ke alam lain bagi aku.



L sibuk berbincang dengan promoter tentang design hapekebendentah.
Aku berdiri di tepi, menjeling harga benda alah tu..
Tertelan air liur beb, nasib baik telan air liur tak batal puasa.
Mahal...

Tinggal kami berdua kerana encik promoter ke dalam mengambil stok.
L bertanyakan aku tentang pilihannya, aku mengangguk.
Siapalah aku nak berdebat tentang benda ni semua.

Tiba-tiba,
kami berdua dicelah seorang wanita.
Berusia awal 40-an, berpakaian eksekutif, ber'perfume' wangi.

Wanita itu berkata,
"Sorry!! You two datang berdua??"
L mengiyakan, aku diamkan diri.

"Boleh tolong saya tak?"
"Yes??" L sedia mendengar.
"Boleh saya pinjam this man sekejap?"
Wanita itu menghalakan tangannya ke arah aku.
L dan aku terdiam.

"Oh, bukan apa..
My husband badan sama macam awak,
I nak belikan suit utk dia,
tapi I tak yakin kalau nak main ambik je...
I nak pinjam U untuk dipadankan..
If only both of you don't mind..."

Wanita itu terangkan..

L tersenyum.
"Ask the man..."
merujuk kepada aku..

Dalam kepala,
"Aku patut tolong, or tolak?"
Ramadhan punya pasal,
"OK!" aku jawab.



Aku dibawa ke satu tempat.
L terpaksa menunggu set tali lehernya, jadi tak boleh ikut.
Seorang promoter sedang menunggu.
Aku disuruh berdiri di satu spot,
ukuran badan aku disukat.
Lalu promoter tu hilang dari pandangan.
Tinggal aku dan wanita itu menunggu.

"Awak student?" wanita itu memecah kesunyian.
"Lebih kurang laa..." aku jawab.
"Tadi tu, girlfriend??"
"Kawan...Saya temankan dia.."
"Aahaaa..." dia senyum lain macam.
"By the way, nama saya Lily.."
Haha, tiga L di bawah satu bumbung..
Whatta day...

Promoter tadi datang kembali, bawa beberapa suit.
Aku disuruh memakainya dalam satu bilik persalinan.
Adus, aku pasrah.
Lagipun, ini kali pertama aku cuba pakai suit.

Seketika,
aku keluar dari persalinan.
Ada encik promoter, puan wanita, dan L.
Semua mata ke arah aku.

"Perfect..." wanita itu bersuara.
L masih memandang aku.
Pandangan dia lain.

"I'll take that.." kata si wanita itu.
Fiuhhhh!!!
Bermakna aku tak perlu cuba suit yang lain.

Selesai tukar balik ke pakaian selekeh aku,
aku keluar dari persalinan disambut encik promoter.
Dia ambil suit dari aku, kau ke arah L dan Puan wanita.

"Thank you young man..
Jasa awak amat dihargai...
Kalau ada apa-apa yang awak nak..."


"It's OK...gembira dapat membantu.."
aku mencelah...

"Ok, kalau camtu..
Ni kad saya, ada apa-apa masalah,
apa-apa pun, silalah ye..."

Wanita itu hulurkan kad kepada aku.
Aku sahut.


=======

Selesai sudah urusan,
aku dan L duduk di satu bangku rehat.

"Boleh saya tanya satu??" L bersuara.
"Hit me..."

"Apa perasaan awak yek...
Selepas tolong puan tadi??"


Satu soalan yang bagus
sebab aku tak pernah terfikir apa perasaan aku selepas tolong orang.

"Ntah laa, saya tak pernah fikir...
Kenapa awak tanya??"

"Takde pape, cuma awak ada satu aura selepas tolong orang..
Susah nak sebut, tapi lepas saya nampak awak tolong orang,
saya akan nampak ekspressi tu..."


Aku kurang memahami.
"Is it good or what??"
"Don't worry, it's good..Always good.."

Aku tetap tak faham,
tapi aku berkeputusan taknak faham.

"By the way, awak nampak lain dalam suit."
sambil L tunjukkan ibujarinya.


=============================
35) [
link] Ceritera Rindu
34) [
link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [
link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
32) [
link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Aug 23, 2010

Reality Check: Hilang Percaya

one-eight-six
I'm sorry..


Masyarakat sekarang terlalu menolak segala perkara dari sudut negatif daripada menerimanya.
Hilang kepercayaan kepada orang sekeliling,
terutamanya orang yang terlalu asing.

Kalian akan faham apa maksud penyataan di atas setelah baca kisah benar di bawah.



Gatal punggung, aku decide nak ke satu tempat ni dengan menaiki LRT.
Haha, kononnya dah lama tak merasa berebut dengan orang awam.

LRT ramai orang.
Ya, aku kurang minat berebut, tapi apa salahnya sekali sekala.
Dalam gerabak, aku berdiri di sebatang tiang.
Di hadapan aku berdiri seorang gadis berkulit putih
membimbit satu fail, menggalas beg
dan membelakangi aku dengan menghadap pintu.

Dari gaya dia, dia tak biasa naik LRT.
Berkali-kali dia jenguk route-map.
Berkali-kali dia jenguk luar pintu baca nama tempat di stesen yang berhenti.
Sekali-sekala menjeling orang sekeliling,
seolah-olah berjaga-jaga dengan sesuatu.

Sampai satu stesen ni, dia bersedia untuk keluar.
Sesuatu jatuh dari fail dia, dan dia tak menyedarinya.
Lebih malang, dari tempat jatuh dia, hanya aku sahaja yang perasan.
Biasa laa, dah ramai orang, jarak penglihatan pun kurang.

Dalam kepala,
"Nak tolong ke, abaikan??"
Bulan Ramadhan, aku tolong.

Pintu sudah terbuka ketika aku membongkok mengambil barang itu dari lantai.
Sepucuk surat belum dibuka, kelihatan penting.
Gadis tu dah keluar sebelum aku sempat nak pulangkan.
Orang ramai bersaing, aku belum sampai destinasi.

Dalam kepala,
"Nak kejar ke, abaikan?"
Bulan Ramadhan, aku keluar kejar.




Orang ramai yang berpusu buatkan aku tak mampu kejar laju.
Beberapa orang sempat aku langgar.
Dia sudah di depan, aku masih di belakang.

"Cik, cik, CIK!!!"
Macam tak malu je jerit tengah orang ramai.
Aku nampak dia berpaling pandang,
tapi seolah dia makin laju ke depan.
Apakah??

Bila aku mula rapat dengan dia,
dia sudah keluar dari post scan tiket sedangkan aku masih di dalam.
Aku panjangkan tangan, tarik beg dia melintasi penghalang.
Dia melatah menjerit, berpusing dan memukul tangan aku.

Gaya dia seolah-olah aku nak rompak dia.
Seolah-olah aku nak ragut beg dia.
Seolah-olah aku nak raba punggung dia.

"Pergilah...." dia menjerit.
Aku terkelu sekejap.
Orang keliling pandang.
Aku terasa dimalukan.

"Cik, ini jatuh dari fail cik tadi."
Aku hulurkan surat tu.
Dia terdiam, ditelitinya surat itu,
lalu dengan perlahan dia hulurkan tangan menyambut.

Aku berpusing dan pergi.
Ada kedengaran dia panggil aku dari luar,
mungkin nak meminta maaf atau apa.

Dalam kepala,
"Nak pusing ke, abaikan?"
Bulan Ramadhan, namun maruah tercalar, aku abaikan.


Aku berlalu dengan mendengar dia memanggil aku dari jauh.
"Encik..encik!!"

Akibatnya, aku terpaksa tunggu lagi 15 minit untuk tren seterusnya.

Aku sedar muka aku muka jahat.
Lagi sedar pakaian aku agak selekeh.
Tapi, aku tahu,
tak ada orang jahat yang nak buat jahat
di tengah khalayak ramai
sambil jerit "cik, cik, cik..."

At least, kalau tak percayakan orang sekeliling,
percayalah diri sendiri
bahawa kita mampu jaga diri sendiri.

Untuk cik Fail,
"sama-sama.."

Tiga dan Dua Ketul Kosong

Assalamualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera.



BEB!!!
Follower untuk Blog ni dah cecah
300.
Gila arr, blog picisan tempelan tak membawa makna dalam diri orang ramai macam ni pun ada 300 orang klik Follow.
Agaknya, dalam 300 tu ada berapa yang betul-betul follow blog ni ek??
Kalau ada 10 orang je pon, aku dah
hOoorayy dah...

Terima kaseh banyak-banyak kepada yang mengfollow..
Kalian dapat kupon peluk percuma..
Kalau kalian jumpa aku, just cakap password 'peluk'
aku akan peluk kalian erat-erat..
Hahaha (ada ke orang nak ko peluk cEro oi...)

Siapa follower ke-300??
Jeng jeng jeng...
Aku laa...
Baru klik tadi...
Sebab aku baru tahu owner blog boleh follow blog sendiri..
Bapak loser gile, dekat 1 tahun lebih blogging baru tahu owner boleh follow gak...
HAhahaha...
Tapi apsal muka aku tak keluar kat tempat follow tu??
Beb? adakah ini balasan kebengongan aku???
Cik
Amie tu follower ke-299 yek...

Aug 20, 2010

Can You Read This?

Aku ada satu rahsia nak berkongsi.



TAK NAMPAK?
Dengan perlahan, dekatkan kepala anda dengan skrin.
Sampai satu jarak, kalian akan nampak dengan jelas..

APA YANG TERTULIS?


Aug 19, 2010

Ketidakpuasan Hati

one-eight-four
I'm sorry..


Ini entri yang bertujuan untuk melepaskan ketidakpuasan hati.
Sila jangan baca jika anda tidak mahu tahu rungutan aku.
Jangan kata aku tak warning...



Entah kenapa tiba-tiba
adik aku yang tengah belajar kat Melaka kirimkan hadiah untuk setiap orang dalam rumah aku.
Abah, Mak, Kakak, Abang, aku dan Adik
Semua dapat.

Arghh!!!
Hadiah!!!
Aku tak berapa gemar hadiah..

Agaknya, untuk lebih buatkan dramatik
adik aku kat Melaka tu beri hadiah lain-lain bagi setiap orang.
Saiz pun lain-lain..

Abah dapat butang baju melayu yang mahal.
Mak dapat kerongsang.
Kakak dapat
Abang dapat baju jersi.
Adik dapat T-shirt kegemaran.

Aku??
Aku dapat TABUNG!
Beb, TABUNG!!!
Kali ketiga, TABUNG!!!

Abang aku dapat jersi MUFC..
Itu aku tak kesah sangat sebab aku tak minat bola pun..
Tapi, yang buatkan aku dengki adalah
jersi tu dibuat nama sendiri dibelakangnya
tertulis nama Abang aku, dengan nombor kegemaran dia sekali.

OK!
Sekarang dah masuk chapter tak puas hati..
Aku yakin, dan amat yakin seyakinnya.
Nak beli abjad dan nombor untuk ditampal dibelakang jersi tu
harganya adalah lebih dua kali ganda dari harga tabung hadiah aku tu.
Walaupun aku tahu aku terlampau banyak berfikir,
tapi aku terasa seolah-olah aku di-doublestandard-kan..

Beb, harga hadiah aku adalah separuh harga dengan tampalan nama dan nombor di belakang jersi..
Aku terasa beb...
Belum masuk harga jersi lagi, yang dah tentu mahal sebab ori..

Owh, ini rupanya harga aku selama ni..
Segala macam dah aku tolong,
ini rupanya harga semua tu..

Kata laa aku tak bersyukur...
Apa signifikan tabung untuk aku??
Nak perli aku suruh simpan duit ke??

Aug 18, 2010

1001 Masalah: Mencintai dan Memiliki

one-eight-three
I'm sorry...



Aku tak tahu kenapa
Tapi ramai kawan-kawan aku suka ngadu kat aku bila diorang ada masalah..
Seolah-olah ada orang buat iklan untuk aku
'siapa ada masalah, kontek budak ni..'

Tapi aku tak pernah merungut...
Aku suka dengar masalah orang..
Paling busuk, ada gak pengalaman orang lain yang aku dapat, kan??



Kali ni aku nak berkongsi satu masalah kawan aku ni,
nama dia AJOI (kompem bukan nama sebenar..)
actually, dia bukan kawan sangat, lebih kepada bekas musuh..
Masa sekolah rendah, aku selaku pengawas selalu tangkap dia rambut panjang..
Padahal aku sendiri pengawas pun rambut panjang gak..
Siot je aku..

Hari Sabtu tu tiba-tiba dia datang cari aku,
dia kata, nak mintak pendapat aku tentang masalahnya..

"Aku suka kat seorang perempuan ni..
Tapi dia tak tahu aku suka dia...
Kami selalu gak chatting FB,
sms kerap dna call sekali sekala..
Dia dulu baru putus cinta dulu,
so aku laa yg support dia baEk punya..
Kira tempat ngadu laa gak..
Demi dia beb, aku sanggup abiskan duit syiling tabung
demi nak call guna public phone yg kompem lagi murah sebab panggilan setempat.

Tapi masalah timbul bila dia baru bertemu seorang lelaki..
Bukan masalah pada dia, tapi pada aku..
Dia jatuh chEnta kat laki tu..
Dia selalu duk cerita pasal lelaki tu kat aku..
Beb, aku panas telinga, tapi tak tunjuk laa cemburu..
Kawal weyh, jatuh kemachoan aku nanti...

Yang jadi masalah adalah
aku suka kat dia..
tapi dia tak tahu..
patut ke aku beritahu dia aku suka dia???
Kalau aku bagitahu, & dia reject aku,
tak ke nanti dia dah taknak kawan dengan aku..
Si hensem, bantulah aku yang hina ini..
(ok ayat diatas aku reka sendiri yek..)"


Kalau ikut buku kaunseling rakan sebaya aku reka sendiri,
jawapan standard bagi masalah Ajoi ini adalah;
"Kau terus terang je kat dia..
Beritahu dia perasaan kau..
Reject ke tidak belakang cerita..
Janji kau tak tanggung sakit derita menahan luka..
Kalau dia reject,
let be clear that kau masih nak kawan dengan dia..
Dan teruskan kawan dengan dia..
GO FOR IT, DUDE!!!!"


Itu jawapan standard,
dalam 92% orang lain akan kata sebegitu..
Tapi hakikatnya, aku jawab lain...

"Do not confess...
Lebih tepat, DO NOT CONFESS YET..
Kalau kau terus terang, dan dia reject
it will never be the same anymore
walaupun ko clear berkata ko nak terus berkawan..

So, aku nasihatkan kau..
Teruskan menyokong dia seadanya...
Kalau dia sukakan lelaki tu, sokong dia..
Sentiasa berada di sisi dia tak kira masa sedih, atau gembira..
Kau perlu tahu,
MENCINTAI dan MEMILIKI
adalah DUA PERKARA BERBEZA.
Percaya pada jodoh,
kalau ada, kau duduk dalam hutan pun akan tetap bersama."


Aku tahu jawapan aku tak seperti apa yang dia harapkan.
Tapi aku yakin dia dapat tangkap point sebenar aku.
Sebab dia berlalu dengan senyuman.
Senyuman seorang lelaki yang menang.



===================================

Oleh kerana itu, jika kalian ada masalah dan mahu meminta pendapat orang luar yang tiada kena mengena dengan kalian, silalah hubungi aku di FormSpring.Me aku...Kalau perlu dirahsiakan identiti, aku takkan dedahkannya.
Haha, dah macam forum selesai masalah pulak.
At least aku boleh bagi telinga aku untuk kalian.

Aug 17, 2010

Ceritera Rindu

one-eight-two
I'm sorry..



Pejam celik, dah dekat seminggu dah masuk bulan Ramadhan.
Maka, seminggu jugalah aku tak bertemu muka dengan dia.
L.
Walaupun ada berbalas
text, sekali sekala call
namun tak seperti dulu, paling kurang seminggu ada sekali bertemu.
Bulan puasa, masa pun terhad.

Akibat dari itu, aku ada terasa satu perasaan.
Perasaan dalam hati ni, lain macam..
Tak dapat aku nak terangkan dengan kata-kata..

Aku ada tanya seorang kawan,
"Haha, ko tengah rindu tu.." katanya.
Tapi aku sangkal,
Ni bukan rindu..
Aku pernah rasa perasaan 'rindu' satu ketika dulu..
Perasaan rindu
buat kita terkenangkan seseorang atau sesuatu
dan mahu bersamanya kembali.
Tapi perasaan ni lain...

Kalau rindu,
kita sangat ingin mahu bertemu..
Tapi aku tak rasa begitu..
Walaupun sentiasa dalam ingatan,
tapi perasaan ingin bertemu tu kurang mendalam.

Kalau rindu,
kita sangat mahu tahu keadaan si dia..
Tapi aku tak rasa begitu..
Sihatkah? Sahurkah? Sibukkah?
Aku tak perlu tanya, seolah-olah aku sudah tahu
dia OK.

Dalam perbualan telefon baru-baru ni,
(
L untuk L, C untuk aku)
L : Lama kita tak berjumpa.
C : Kenapa? Rindu?
L : Kena rindu ke?? Hahaha..
C : Jangan rindu, tak ada keperluan..
L : Haha, dah agak dah awak akan cakap camtu..
C : Awak teruskan hidup macam biasa, ada masa ada peluang, kita berjumpa.
L : Baik..

Dari kata perkataan 'rindu'
aku lebih rasa ianya 'percaya'




=============================
34) [
link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [
link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
32) [
link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Aug 16, 2010

Satu Hari di Bulan Ramadhan 2: Sabar & Bersih

eight-in-between-ones
I'm sorry..


Dalam satu kelas Pendidikan Agama Islam,
1994, Kuala Lumpur.




"Kenapa kelas kamu kotor ni??
Tahukah kamu semua yang 'kebersihan separuh dari iman'?"

Seorang Ustazah dah start membebel sebab kelas ajarannya semak dengan kapal terbang kertas dan berdebu.
Alaa, mengajar budak darjah dua,
what did you expect??

Sebelum Ustazah mulakan kelas,
semua murid diminta kemas sekitar kawasan masing-masing.
5 minit berlalu, kelas kemas laa sikit..
Lagi bagus laa dari tadi walaupun takde laa kemas mana pun.
Ustazah mulakan sessi pembelajaran..

"Rukun Iman ada enam perkara..
Percaya kepada Allah,
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Percaya kepada Malaikat-Malaikat
Percaya kepada Kitab-Kitab
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar"


Tiba-tiba Azman, ketua kelas angkat tangan..
"Ustazah...saya ada formula nak dapat Iman penuh.."

Ustazah pelik dan ingin tahu..
"Kongsilah dengan rakan-rakan.."

"Kita perlu ada dua perkara,
pertama SABAR, kedua BERSIH..
Sebab SABAR SEPARUH DARI IMAN
BERSIH PUN SEPARUH DARI IMAN..
Jadi, separuh campur separuh dapat Iman penuh.."


Satu kelas ketawa...
Ustazah dah muka merah..

"AZMAN, KAMU BERDIRI DI LUAR!!!"
Ustazah herdik Azman sambil tuding jari ke pintu.
Azman bangun dan pasrah..

"Haha, Ustazah dah marah!!
Ustazah hilang sabar..
Iman Ustazah tinggal separuh je..."

kata kawan Azman yang duduk di meja sebelah Azman.

Satu kelas ketawa lagi..
Muka Ustazah bertambah merah..

"KAMU PON!!! KELUAR!!!"




Kawan kepada Azman yang duduk meja sebelah tu adalah aku.
Bila dikenang kembali, jahat betul aku kecik-kecik dulu, ek?
Minta maaf, Ustazah...

Aug 13, 2010

Satu Hari di Bulan Ramadhan

one-eighty
I'm sorry..


Tahun 1991
Ipoh, Perak.


"Emak, penat laa..lapar..."
seorang kanak-kanak lelaki merungut kat ibunya.
Penat berpuasa kononnya.

"Lek arr, dah lepas tengahari dah..
Tahan laa sikit lagi beb..."
ibunya membalas.

Petang,
kanak-kanak itu masih menahan.
budak 5 tahun kot, lunyai badan menahan lapar.

"Abah balik bawak kuih untuk berbuka.."
Nampak kelibat ayahnya di muka pintu, tengah menanggalkan kasut,
sambil menjinjing beg plastik berisi kuih.

Kuih sagu. Warna merah.

"Anak abah puasa ke??
Bagusnya..."

Walaupun dipuji, kanak-kanak itu tetap bermuka monyok menahan lapar.

Tiba-tiba..
BUUUWEEEEEKKKKK!!!!

Kanak-kanak itu muntah angin di atas lantai.
Kosong je, keluar air je..
Tapi merah muka budak tu, tuhan je yang tahu..

"Alaa, sian anak mak..
Dah muntah dah...
Pergi toilet basuh mulut,
pastu minum laa air..
Buka puasa.."


Entah kenapa, dengar je boleh buka puasa, terus kanak-kanak tu bertenaga.
Pergi ke toilet, basuh mulut,
dan minum air masak..

"Mak, nak kuih sagu.."
"Amik laaa, budak tak puasa..satu je tau.."

Kanak-kanak tu dapat kuih sagu.
Pergh!!! Dari muka monyok penat tahan lapar, terus bersemangat macam nak sambut merdeka.

Tiba-tiba, terdengar bunyi azan.
Azan Maghrib.
Kanak-kanak itu terkelu sekejap.

"Haaa, dah waktu berbuka..
Sayang betul, kalo anak mak ni tahan sikit, dah boleh dapat puasa penuh.."


Akibatnya,
kanak-kanak itu tak dapat makan berbuka bersama ahli keluarganya yang lain.
Dia di ruang tamu tengok TV seorangan,
yang lain meriahnya berbuka di dapur.
Sesalan muncul di hati kanak-kanak itu.
"Kenapalah tak tahan sikit tadi... Loser btol" ujar benak kecilnya.


Kanak-kanak itu adalah aku.
Itulah pengalaman terawal aku puasa yang akau masih ingat.

Aug 11, 2010

30 Hari Mencari Berkat



Selamat Menyambut Ramadhan.
Bulan puasa tingkatkan ibadah dan amal.

Aug 10, 2010

Aku yang Tak Pandai Beri Nasihat

one-seven-eight
I'm sorry..



Memang tipikal, tapi dulu aku sendiri pernah melabel orang yang tak bertudung adalah tak baik, yang bertudung tu baik, dan yang bertudung labuh sangat baik tahap alim. Tapi itu dulu..

Hari demi hari, bila angka bertambah satu demi satu dalam umur aku, aku dapati yang tidak bertudung tak semestinya tak baik, dan yang bertudung tak semestinya baik. Mesti kalian pernah dengar cerita perempuan bertudung labuh nak sorok perut boyot mengandung anak luar nikah, kan??



Ini dialog seorang gadis dengan aku.

Gadis : Awak, bulan puasa dah nak dekat. Patut ke saya pakai tudung?
Aku : Kenapa tanya?
Gadis : Saje..sebab kalau awak nak saya pakai tudung, saya pakai..

Aku terdiam sekejap memikirkan jawapan.

Aku : Awak, awak tahu kan saya tak boleh cakap awak patut pakai atau tidak.
Gadis : Kenapa?
Aku : Sebab kalau saya suruh awak pakai, dan awak pakai, saya bakal rasa bersalah seumur hidup sebab awak pakai sebab saya bukan sebab awak memang nak pakai..

Gadis itu menganggukkan kepala.

Aku : Jugak, kalau saya cakap awak tak payah pakai sebab awak nampak lagi hot bila tak pakai tudung, dan awak tak pakai, saya juga akan rasa bersalah seumur hidup sebab buat awak tak pakai tudung.

Gadis itu masih menganggukkan kepala.

Aku : Saya tak suka ditimpa rasa bersalah seumur hidup memandangkan saya ni seorang yang pentingkan diri sendiri. So, jawapan kepada soalan awak ialah...
hanya awak ada jawapannya, BUKAN SAYA.


Gadis itu berhenti menggangguk.

Gadis : Saya faham. Awak memang pentingkan diri sendiri. Tapi saya suka jawapan tu.

Aku sedaya upaya tak nak menunjukkan yang aku sedang beri nasihat dengan berkata 'aku pentingkan diri sendiri', tapi dia terlalu pandai untuk tak menyedarinya. Aku kalah.


------------------------------------------
Basically, pada pandangan aku, berkawan dengan seseorang bukanlah hanya berlandaskan bertudung atau tidak bertudung. Aku pasti mereka sangat tahu hukum pemakaian tudung. Ianya terletak kepada individu itu tersendiri. Memang kita boleh menasihati, tapi MENEGUR bukan hanya satu cara kita ada. Ada beribu cara lain mampu kita lakukan, tanpa meninggalkan kesan malu, sakit hati atau luka kepada individu yang ditegur. Kita ada akal, gunakan.


p/s:
Sudah tentu, kalau gadis tidak bertudung menjadi isteri aku, aku akan suruh dia bertudung ketika keluar dari rumah.

Aug 6, 2010

Reality Check: Harapan

one-seven-seven
I'm sorry..


HOPE!

Entri ini mungkin agak negatif dan sedikit berunsur demotivated.
But, it just my opinion, please do not consider it as one of your life options.




Aku benci HARAPAN.
Setiap kali mengHARAP,
kesudahannya adalah SAKIT.

Semakin tinggi harapan dibina,
semakin teruk sakit diterima,
semakin parah luka di dada,
semakin lama parut bertanda,
semakin buruk hati tercela.

Sekian.


----------------------------------------------
Ada seorang kanak-kanak dipuji gurunya kerana berbakat dalam seni lukisan. Hari demi hari, dia bercita-cita hendak menjadi yang terbaik dalam seni lukisan. Namun, angan-angan melampaui realiti. 10 tahun kemudian, kemalangan meragut bakatnya, tangan tidak sehalus dahulu. Apa dibinanya, sama ada di luar, atau di dalam diri hancur bagai botol kaca dihempas ke batu. Dia hilang identiti pasti. Inilah kerja impian, inilah kerja harapan. Sekian.

p.s: Walaupun aku tak suka pada harapan, namun aku tak pernah tahan orang lain dari mengharap. Ianya keputusan individu. Dan aku memilih untuk tidak.

Aug 5, 2010

JOM Menderma!!

one-seven-six
I'm sorry..



Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan.
Rasa macam baru semalam je makan ketupat.
Oh! Memang laa, semalam makan sate dengan ketupat..
Hahaha..
Kalian dah abis ganti puasa??

Tapi bukan puasa yang aku nak cerita,
tapi satu perkara baik yang selalu orang tak pandang..
DERMA DARAH.


Kalau kalian:

  1. Sihat

  2. Umur antara 18-60 tahun

  3. Berat lebih 45kg

  4. Tidur lebih 5jam

  5. Takde masalah perubatan..

  6. Tak ambil sebarang ubat

  7. Tak lapar

  8. Bukan GAY/LESBO/BISEX atau ZOOPHILE (buat seks dengan binatang, geli!)

  9. Tak tukar-tukar pasangan seks

  10. Tak ambil dadah

  11. Bukan pasangan kepada 3 syarat di atas

maka,
silalah pergi derma darah.
Tak susah, pergi je mana-mana hospital,
atau mana-mana tapak kempen derma darah,
dan jerit, "SAYA NAK DERMA DARAH!!"
Sure ada orang datang kat korang dan bawak korang derma darah.

OK!
Kenapa aku suruh derma darah?

    Bulan Ramadhan bakal tiba,
    aku bukanlah orang yang layak bercakap,
    tapi hasil pembacaan, aku dapati
    derma darah ketika puasa di bulan Ramadhan adalah MAKRUH
    dan boleh jatuh MEMBATALKAN jika ia memudaratkan badan.

    sila baca di sini:
    Derma Darah Di Bulan Ramadhan
    Mengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa
    Hukum Menderma Darah Bulan Ramadhan

    Bayangkan,
    sebulan bulan Ramadhan, kurang orang menderma darah.
    Namun, masa musim tu laa penuh dengan kemalangan.
    Kemalangan, sudah tentu perlukan darah dalam rawatan.
    Maka, tabung simpanan darah di hospital akan menyusut.
    Jadi,
    darah yang didermakan SEKARANG bakal menyelamatkan nyawa manusia.
    Mungkin juga jiwa anda, ataupun orang yang anda sayangi.


Tak nak derma darah sebab takut gemuk?

    Kelakar gila dengar fakta ni..
    Ok, kalau korang nak berdebat pasal derma darah buat korang gemuk,
    aku ON!
    Sebab aku ada 'living proof' yang menunjukkan derma darah tak menggemukkan.
    Bukti itu, adalah diri aku sendiri!!
    Dekat 10 kali aku derma darah,
    aku tetap kurus keding kena kutuk dengan adik aku panggil jerangkung.
    Tapi, aku tetap sihat walupun tak gemuk!
    Alhamdulillah..



"Ramai lagi boleh derma, aku takpe kot.."

    Pemikiran begitu memang bahaya.
    Mungkin kalau seorang, takpe..
    Tapi, kalau 10 orang berfikir camtu?
    100 orang?
    1,000 orang?
    10,000 orang?
    Kalian fikirlah sendiri.


"Saya takut jarum.."

    Beb, antara JARUM dengan KEHILANGAN ORANG TERSAYANG
    Mana lagi TAKUT?

"Apa best derma darah??"

    Kalian yang tak pernah derma.
    Pergi cuba derma dulu.
    Dan masa kakak nurse tu dah nak bungkus darah korang,
    mintak nak pegang beg darah tu.
    Tapak tangan korang akan rasa hangat..
    Kalau boleh, letakkan beg darah tu ke pipi korang,
    perasaan waktu tu, hanya Tuhan Yang Maha Besar sahaja tahu.
    CUBALAH!



"Lama laa derma darah...malas menunggu.."

    Kalau kalian ke tapak kempen derma darah yang terdekat,
    percayalah, paling busuk pon 20 minit je.
    Siap dapat biskut, air kotak dan Vitamin C & Ferrous Fumarate.

    Tapi kalau kalian ke hospital
    atau Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak tu..
    Akan ambil masa 1 jam maksimum..
    Dan siap dapat makan berat macam mee gorang, kuew tiow, air milo, sandwich, biskut.
    Kadang-kadang, siap dapat cenderahati,
    mug, keychain, T-shirt..
    Serius berbaloi..

    Kalau kalian kerja,
    pergi waktu rehat...
    Alaa, sekejap je...
    Kalau lewat pun, kalau bos tanya,
    bagitahu dia korang pergi derma darah..
    Sure dia diam, atau puji, atau naikkan pangkat, atau terus lantik jadi CEO.
    Beb, abang aku pernah bagi alasan derma darah bila masuk pejabat lewat,
    dapat 'employee of the month' tau..



Seriously,
kalau kalian cukup syarat seperti diberitahu di atas,
kalian TAK ADA ALASAN tak pergi derma darah.

Drakula hisap darah pun pergi derma darah..
Korang yang sihat, tak malu ke?

[Aku tak dibayar untuk berpesan kepada kebaikan]

Aug 2, 2010

Tentang Seseorang 5 [The Interlude]

one-seven-four
I'm sorry..




Ketika air jus oren segar tersedut melalui rongga straw
dan masuk ke mulut L akibat beza tekanan atmosfera dan dalaman mulut,
aku bertanya,
"Kenapa awak tak beri sebarang jawapan masa Padi luahkan perasaan hari tu?
Kalau setuju, katakan YA.
Kalau tidak, katakan TAK
Tapi awak diam, dan pergi.."


L berhenti minum.
Nani pandang aku.
Aku berdebar menanti jawapan.

"Jawapannya ada pada awak.."
Aku terkedu.

"Biar saya tanya awak balik..
Kalau awak berada di tempat saya,
seorang kawan satu tempat belajar
hampir setiap hari bertemu muka
tiba-tiba, luahkan perasaan
dengan disaksikan orang ramai
yang juga kawan-kawan dia..
Apa awak akan buat??"


Aku diam
dan cuba untuk memahami apa yang dia mahu sampaikan.

BINGO!

"Ya, saya faham..
Awak memang baik..."


"Awak tu yang hebat,
saya tak bagitahu, awak dah dapat jawapannya."


Lalu,
kami bertiga pun teruskan meneguk minum petang kami.
Teh tarik untuk aku.
Jus oren segar untuk L.
Nescafe ais untuk Nani.

Soalan:
Kalian dapat tangkap tak apa yang L cuba lakukan?
Pada aku, dia amat bijak kerana mampu fikirkan perkara tu dalam masa yang kritikal seperti itu.




=============================
33) [
link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
32) [
link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License