Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 31, 2010

tEka-tEki #8 Masalah Kehidupan Seharian

this is eighty-fifth..
..and i't time for tEka-tEki..
..and I'm sorry!!..



Aku persembahkan,
tEka-tEki yang bersangkutan dengan kehidupan seharian kita.

*****************

Doktor itu tidak boleh membedah

Tahap kesukaran D



Seorang doktor dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Si bapa terkorban di tempat kejadian.
Anaknya dihantar ke hospital berdekatan.

Doktor yang merawat berkata,
"Saya tak boleh bedah dia. Dia anak saya."

Bagaimanakah ianya tak mustahil?




=============================================

Lumba kuda

Tahap kesukaran C



Dua lelaki menunggang kuda ke rumah tukang besi di tengah pekan.
Niat merka ingin meminang anak perempuan tukang besi itu.
Sebagai bapa, tukang besi mengambil keputusan untuk membuat sebuah perlumbaan kuda.
Katanya,
"Kamu akan berlumba dari sini ke tengah bandar dan berpatah balik selepas mengelilingi dewan. Kuda siapa yang sampai TERAKHIR sekali, dia akan menikahi anakku."

Kedua lelaki itu bingung.
Bagaimana nak berlumba siapa yang paling lambat?
Namun, setelah keputusan dibuat, memang segalanya tidak mustahil.

Bagaimanakah halnya berlaku?


=============================================

Pinjam tak pulang

Tahap kesukaran D



Ianya milik anda,
namun orang lain yang banyak gunakannya.
Dan takkan pulangkannya.

Apakah ia?



************************************

Selamat mencuba..
Jawapan sudah dikeluarkan dalam entri #93
Nak klu, ada dlm komen..

p/s:
Waktu terbaik dalam tEka-tEki adalah apabila kita berusaha mencari jawapan.
The enjoyment not in the hand of giver, but in the hand of receiver.

Mar 29, 2010

Cari idea untuk blogging atau ada idea baru blog?

Ini kelapan puluh empat..
..dan maafkan aku..




Just nak tanya,
antara kalian semua musti menganggap diri sebagai blogger tegar..
So, aku nak tanya,

  1. Adakah anda mengorek idea untuk menulis blog? atau...

  2. Anda menulis blog hanya bila ada idea?


Aku cukup taksub baca blog orang len yang update tiap2 hari..
Sebabnya,
1st, diorang ada masa ek nak blog tiap2 hari, takde keje ke??..
2nd, banyak btol idea diorang tiap2 hari mende baru..

abaikan blog yg byk plagiat n
'copy paste' dari wikipedia, aku respek blog personal yang setiap entri musti perkara baru..TABIK!!!

Aku spend dalam 30min hingga 1 jam untuk tulis entri baru..
cukup dengan gambar, link, spellproof dan sebagainya.
Kalian bagaimana???


p/s:
Camne susah nak cari idea baru,
susah lagi nak maintain unique visitors.
Arrggghhh!!!!!!

sumber gambar En. Google

Mar 28, 2010

Earth Hour 2010

this is eighty-third,
and I'm sorry!




Jangan risau, gambar memang hitam dan bukan error, sebagai simbolik sokongan Earth Hour 2010 pada 27 Mac jam 830-930 pm. Ini juga sebagai tanda sinis kepada sekelompok yang tidak menyokong dengan memberi banyak alasan (yang tidak masuk akal termasuk mahu tonton AF8). Juga sebagai luahan tidak puas hati penulis kerana sewaktu berlangsung acara berkenaan, dia di dalam wayang menonton Evolusi: KL Drift 2 dan tidak dapat turut serta menjayakannya.

Bagi yang tidak tahu, semasa Earth Hour, dikehendaki memadam lampu tiada keperluan (non-essential light). Ianya hanya simbolik sokongan dunia terhadap penentangan pemanasan global. SIMBOLIK!! Seperti mengibarkan Jalur Gemilang di Hari Kemerdekaan. Cuma bezanya kibar Jalur Gemilang untuk negara, padamkan lampu untuk BUMI.

Siapa nak berdebat dengan aku tentang Earth Hour, dipersilakan. Tapi pastikan anda isi dada dengan ilmu secukupnya kerana aku sedang menimba segala ilmu tentangnya.

Mar 27, 2010

Sudut Pandangan Berbeza yang Mengkagumkan

this is eighty-second...
...and I'm sorry..


Ombak, cahaya matahari dan pasir..
Tiga entiti yang berbeza...
Namun,
bila eleman ini digabungkan oleh seorang genius menggunakan kamera..
Anda akan dapat ini...








My personal favourite.
Notice the dry sand below...



Clark Little, seorang surf photographer.
Terkenal dengan gambar ombak dari sudut pandangan yang mengkagumkan..
Makluman, semua gambar di atas adalah raw dan tidak diedit LANGSUNG.
Siapa tidak kagum dengan karyanya, sila hubungi aku..
Anda mungkin satu-satunya manusia pelik yang tak pandai menilai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Lagi hasil karyanya di
sini.
Ingin miliki Photobook beliau,
The Shorebreak Art of Clark Little, di sini.

p/s:
Tengok gambar ni buatkan aku nak beli sebijik DSLR dan blajar ilmu photography.
Mana tahu, lepas ni aku tangkap gambar longkang dari sudut pandangan berbeza,
dan aku jadi
the next big thing??
heheheheh

Mar 26, 2010

Dilema Awekku Blogger Terkenal!

this is eighty-first..
..and I'm sorry..


Lepak di Dunkin Donuts The Mines bersama seorang kawan bernama S..

"Woi, aku ada baca blog ko.."
Adus, aku cukup tak gemar bila orang citer pasal blog kat luar blog..

"Memang best arr kisah ko jumpa awek masa tgk wayang sorang-sorang tu.. (refer link)
Aritu aku ada gak gi tengok wayang sorang..
Tapi yang duk sebelah aku sorang mamat bangla busuk.."

Aku tergelak je sambil gigit donut rasberry...

"Meh sini aku ajar ko tackle awek.."
Aku membeliakkan mata...

"Nak dapat nombor awek, ko mesti kasi nombor ko dulu..
Tulis atas kertas, hulur kat awek tu dan kata,
'senang-senang call laa yek'
abes cita.."

Aku terdiam sekejap...

"Kalau dia memang syok dengan ko,
dia akan kontek..
Tapi kalo dia tak kontek, ko tak rugi pape bro..
Sebab dah tentu dia tak syok kat ko, sbb tu dia tak kontek..
Kerja ko tunggu je.."


"Haha, macam laa berkesan.."
Aku mempersoalkan...

"Hahaha, itu laa taktik aku dapat tackle awek aku!!"
"Ko ada awek ke??"
"Apsal ko cakap camtu??"
"Aku ingat ko gay, sebab tu laa aku jarakkan diri satu bangku dari ko.."
"Sialan..." kepala aku kena teleng...

"Tapi bro, aku ada problem sikit arr.."
"Apsal??"
"Awek aku tu sorang blogger cam ko,
tp dia femes lagi...
Follower dekat 4000 tu.."

Aku terbeliak mata sekali lagi...

"Masalahnya, dia suka sangat letak gambar aku dalam blog dia..
Gambar-gambar private aku macam bergambar stail myspace kat tilam, gambar control macho masa tgh naik kete..sume dia letak dalam blog arr.."

"Apa masalahnya??"

"Masalahnya.."sambil si S tu betulkan kerusi,
"Aku agak rimas laa..
Aku bagi gambar tu sebab dia mintak kata nak wat simpanan..
Nak jadi pengubat rindu laa...
Tup tap tup tap, kuar dalam blog...
Segan seyh.."


Aku tertawa kecil sambil sedut kopi Dunkin..
"Ari tu ada sorang mamat ni tegur aku,
dia kata 'ni laa bro femes pakwe [tuuuut] tu..
comel bear pink yg bro peluk dlm gmbar tu..'"


"Hahaha, ko ada bear pink ke??"
"Tu awek aku laa kasi sempena hari konvo aku dulu..
Malu siot, satu Malaya tau aku ada bear pink..
Bagi aku nasihat sket bro..."


Aku tetiba wat muka serius macam doktor chenta..
"Pada aku, senang je...
Takde yang lagi mujarab dari berterus terang..
Bagitau dia apa yg buat ko tak senang..
Bagitau dgn nada yg elok laa..
Aku sure, dia akan faham...
Kalo ko asyik simpan je, kang membuak plak..
Bergaduh besar pulak..."

*******************

Pengajaran:
Aku tahu korang angau berchenta..
Tapi jangan laa sampai memudaratkan hubungan..
Kasih sayang itu suci..
Jangan cemari dgn hal remeh camtu, yek!!

p/s:
Aku kurang pasti kenapa kengkawan keliling aku suka mintak nasihat aku tentang chenta...
Padahal aku pon kena buang macam sampah oleh makhluk bernama perempuan..
Hmmm....

Mar 24, 2010

tEka-tEki #7 Matematik Sekolah Rendah

this is eightieth...
..and it's time for tEka-tEki
..and I'm sorry!

Keluaran kali ini diberi tajuk Matematik Sekolah Rendah
sebab jiran aku sekolah rendah pun boleh jawab..
Sumbernya didapati dalam koleksi tEka-tEki aku,
sumber sebenar aku pun tak tahu..
Selamat Mencuba!!

**********************

Bola Pool

Berkesukaran tahap C


Sembilan bola pool berada di hadapan anda.
Semua bola itu mempunyai berat yang sama kecuali sebiji yang mempunyai berat sedikit lebih dari yang lain.

Berapa kali paling minimum anda perlu timbang guna dacing untuk memdapati mana satu bola pool yang lebih berat itu?



*********************

Matematik Pelik di Pasaraya

Berkesukaran tahap D


Di sebuah pasaraya, anda terdengar perbualan seorang pelanggan dengan seorang jurujual.
"Satu berharga 50sen, sepuluh berharga rm1, kalau seratus berharga rm1.50"

Di luar logik matematik anda,
apakah barangan yang mungkin sedang diperkatakan?



**********************

Katak Dalam Perigi

Berkesukaran tahap D


Seekor katak terperangkap di dalam lubang perigi sedalam 30 kaki.
Siang hari, katak itu akan memanjat 3 kaki ke atas,
namun, malam pula katak itu tidur dan tergelincir 2 kaki ke bawah.

Maka, hari pertama katak itu naik 1 kaki,
hari kedua naik 2 kaki,
Berapa hari kemudiankah katak itu dapat keluar dari perigi?



*************************

GOOD LUCK!!
Jawapan akan dikeluarkan dalam entri #88

p/s:
Aku tak berfikir nak beri hadiah lagi
Tapi kalau aku nak bagi pun,
aku takkan sebut pun...
Jawab je, kalau terbuka hati nak bg hadiah,
aku akan bagi terus masa entri jawapan nanti...

Mar 23, 2010

Lagu yang mengaktifkan amygdala

This is seventy-ninth..
and I'm sorry...

BAU - Warkah





Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

******************************

Pernah dgr lagu ni??
Ye..aku tahu.. drama Sindarela
Tapi aku dah tau lagu ni lagi awal dr ianya keluar kat citer tu..
Pernah gak cari CD kumpulan BAU kt kedai,
tp takde laa plak...
takpe, nanti aku cari lagi..

Bila dengar lagu ni,
rase melayan je..
iramanya ringkas, namun berkesan..
Lirik pon boleh tahan gak..

Just sharing..
enjoy!!!

p/s:
bagi yang tak tahu apa itu amygdala,
Amygdala adalah satu bahagian di otak
yang berfungsi dalam memori dan reaksi emosi.
Apabila kita terdengar/ terlihat/ terhidu sesuatu
dan kita teringatkan satu kenangan
dan kemudian kita sedih/ gembira/ benci/ marah
amygdala lah yang bertanggungjawab terhadapnya.

Mar 21, 2010

Pesanan untuk si Celaka

this is seventy-eighth
and I'm sorry..


Iklan Durex,
ideanya adalah untuk tunjukkan perasaan si pemakai dlm bentuk typographic,
bertemakan
'Don’t tell it, demonstrate it'





klik untuk pembesaran


Pesanan aku:

Dah laa bangang tak tahu zina tu berdosa,
bodoh plak wat seks tak pakai kondom,
pastu bila dah terberanak,
nak buang bayi kudus merata-rata,
memang complete set package dosa,
TIKET KE NERAKA!!
celaka...
(pesanan untuk sesiapa yang terasa)


sumber gambar:
benace.net

Tidak Kesal Tinggalkannya

this is seventy-seventh..
and I'm sorry..


Manusia,
kadang-kadang memikirkan kita lebih faham diri sendiri,
rupanya adakala kita salah,
dan selalunya kita salah..



Kawan yang pernah digelar istimewa
pelawa utk tonton wayang bersama,
aku terima dengan harapan kecil
ingin bertaut kembali
mungkin ini yang dikatakan 'rebound'

namun sejurus aku sampai ke destinasi
hanya ambil masa 2 minit, aku sudah menyesali
mungkin ini bukan keputusan yang hakiki
lebih kepada perasaan ingin mengisi diri..

Aku lebih banyak menyepi
Si dia terlalu banyak ceritera,
Ok,
cuba bayangkan,
setiap kali buka mulut, musti tentang dirinya,
gangguan seksual di tempat kerja?
lelaki ingin ajak bersama?
suami orang nak ajak bercinta?

Adakah kau cuba nak bagitahu aku
"I'm HOT and you are stupid to dump me 5 years ago!!"

Mungkin salah aku,
selalu nampak lebih dari sepatutnya,
namun,
hal demikian membawa aku ke satu keputusan..

Kita untuk bersama adalah MUSTAHIL.
I'm sick of 'all about me' attitude.
I'm sick of 'let me be everything' thing of yours.
Middle fingers are not enough to express my feelings.


Bila diingatkan kembali,
memang tiada manis pun untuk dikenang.
Agaknya, apakah tahap IQ aku masa berpasang dengan dia dulu.
Dan aku nekad
takkan menyesali meninggalkan dia.

p/s:
Maaf kalau pembaca tidak faham,
sebab aku hanya mahu melepaskan perasaan.
Maaf!!

Mar 19, 2010

Bila Nina bertemu Budi (kembali)

this is seventy-sixth..
..and I'm sorry..


"Nina??"
"Budi! Hai..
(pause) How r u?..(pause) Apa Khabar?..(pause)"
"I..um..I'm fine."

Itulah perbualan pertama antara Budi dan Nina selepas 6 bulan 'peristiwa itu'.
Ianya mengambil masa 15 saat walaupun sangat simple.
masing-masing berbaur perasaan.
Hm...
Siapa Budi? Siapa Nina??
Biar aku peringatkan,
BLOGGER BOY


Budi adalah seorang lelaki biasa, punyai kehidupan biasa dan masalah biasa.
Seorang guru tuisyen, menetap di rumah bersama kawan baiknya, Kid.
Namun, tiada siapa ketahui identiti tersembunyinya,
seorang blogger kepada blog komik terkenal, digelar
Blogger Boy.
Suatu hari, selepas ditinggalkan kekasih selepas bertahun-tahun bercinta,
Budi didatangi teman rapat waktu kecil dan remajanya,
si gadis cina manis bernama Nina Koh.
Bibit kenangan bersama kembali menerjah.
Masing-masing tidak sedar, perasaan sayang semakin menjadi-jadi.
Namun, kemuncaknya mendapati Nina sudah bertunang di Australia.
Perasaan remuk dalam hati Budi menyebabkan mereka berpisah semula.
Nina lari ke Australia, Budi kembali menjalani kehidupan biasanya.


Tapi itu musim pertama Blogger Boy.

Musim kedua adalah situasi selepas 6 bulan.
Budi masih cikgu tuisyen, semakin rapat dengan Maya.
Maya gadis carian emak Budi di waktu Budi kecewa ditinggalkan kekasih pertama dulu.
Kebanyakkan episod berkisah tentang Budi, Maya dan pelajar tuisyennya.
Namun, selepas 16 episod, baru laa Nina dan Budi bertemu kembali.


************************

Kenapa aku minat Blogger Boy?

Tak macam drama Melayu yang suka pertengahkan kisah korporat dgn berpemandangan rumah besar-besar,
tak pon kisah cinta yang syahdu-syahdan,
ataupun kisah seram yang sampai tahap aku dah tak takut kat hantu-hantunya,
Blogger Boy lain..

Kisahnya lebih dekat dengan diri penonton
(at least diri aku..)
Kehidupan taraf sederhana orang biasa.
Dengan bahasa yang santai, lawaknya sentiasa menjadi.
Selain dari Nina yang hot, Kid yang lawak,
Budi sangat sempoi.


Jalan ceritanya sangat ringan, tapi tetap sampai mesejnya.
Blogger Boy mengajar aku,
apa yang kita mahukan, tak semestinya kita akan dapat,
walau sekuat manapun kita berusaha.
Dan itulah prinsip yang aku pegang sampai sekarang.
Walaupun dengar macam negatif dan putus asa,
tp ia mengajar aku erti redha dan berserah.
At least it's good for me, right.


***********************

Blogger Boy season 2 still on-going.
Thursday 9.30pm on 8TV.
tapi aku selalu sibuk waktu tu, jadi selalu tengok dalam web je.
Cuma log on 8tv.com.my dan klik
Blogger Boy (1 dan 2) di Catch up TV.
kalau banyak masa nak bace blog,
mesti ada masa nak layan
Blogger Boy, kan??

Nak jenguk Blog Budi di sini.
Nak jenguk website
Blogger Boy di sini (sangat best)

p/s:
Aku tak dibayar untuk promote citer nih..
Just nak sharing, sebab tak banyak citer Melayu best camni.

Mar 18, 2010

Jawapan tEka-tEki #6 Santai Je

this is seventy-fifth
...and I'm sorry.


Ini adalah penyelesaian bagi tEka-tEki #6 Santai Je,
jika anda masih belum ingin diberi jawapan,
sila klik sini [link]


Jawapan;

  1. Ada satu sukukata, bila kita sebut sekali maknanya kita,
    sebut dua kali maknanya ada pada kita,
    sebut tiga kali maknanya kita punya,
    sebut empat kali maknanya benda tu ada banyak,
    sebut lima kali maknanya benda banyak tu kita punya,
    sebut enam kali dah salah tatabahasa,
    sebut tujuh kali orang kata kita gila,
    sebut lapan kali memang kita gila..

    Apakah sukukata itu?

    [ku: ku, kuku, kukuku, kuku-kuku, kuku-kukuku, kuku-kuku-kuku, kuku-kuku-kukuku, kuku-kuku kuku-kuku]

  2. Sebuah tembok pemisah dibina di satu kawasan atas muka bumi ini dengan menggunakan kiub batu yang berisipadu 1 meter padu.
    Setiap kiub mempunyai berat sebanyak 1 tan.
    Jika tembok itu memerlukan 1500 kiub batu, berapakah berat bumi yang bertambah?

    [Berat bumi takkan bertambah]

  3. Di manakah bila kita simbah air ke dalamnya,
    airnya takkan meningkat walaupun beribu-ribu gelen air disimbah?

    [Jamban: Kenapa bukan laut? sebab jawapannya dapat diketahui apabila memahami fenomena air pasang surut.]

  4. Makan apa yang takkan boleh dimakan pada waktu sarapan?

    [Makan tengahari dan makan malam]

  5. "Aku sedang menipu"
    Adakah penyataan di atas benar?

    [Tidak salah dan tidak betul. Penyataan ini disebut paradoks, di mana jika kita menganggap ia salah, maka ianya betul. Tapi jika kita anggap ianya betul, ianya salah. Untuk lebih maklumat, klik
    paradox]

  6. Tok iman naik lif dengan 5 orang lain iaitu seorang polis, seorang tukang masak, seorang makcik dobi, seorang ahli gusti dan seorang pemain rugbi.
    Sedang lif menuju ke atas, lampu lif terpadam.
    Ketika bergelap, makcik dobi terasa diraba di bahagian dada dan punggung.
    Selepas lampu terpasang semula,
    makcik dobi terus tampar si Tok Imam.
    Kenapakah? Kenapakah bukan yang lain?

    [Kerana hanya tok imam seorang lelaki. Polis, tukang masak, ahli gusti dan pemain ragbi semuanya perempuan. Ianya benar dengan menganggap tiada lesbian dalam lif itu]

  7. Dua adalah nombor yang banyak menjadi faktor kepada nombor lain.
    Namun, tak dapat tandingi satu sebab satu boleh membahagi apa sahaja nombor tanpa meninggalkan baki.
    Tapi, nombor apakah yang tak boleh membahagi langsung mana-mana nombor?

    [Nombor sifar (0). Sifar tak boleh membahagi, kerana jawapannya adalah infiniti]

  8. Pergi terbang, balik berenang
    Apakah ia?

    [Tali joran atau jala]

  9. Air apakah yang setiap kali diminum, pasti akan diluahkan balik tak kira camne sedap pon air tu?

    [Air kumuhan. Kalau ditelan, ianya sudah hilang fungsi.]

  10. Perkataan apakah yang bila disebut sekali, maknanya benda hidup..
    Tapi bila disebut dua kali, dah jadi benda tak hidup?

    [Orang: Orang dan orang-orang]


Tahniah kepada;


kerana mereka menjawab dan/atau cuba menjawab walaupun tidak lengkap dan/atau tidak betul..
TAHNIAH!
Komen membina dan menjahanamkan dan ciuman percuma amat dialu-alukan

Mar 16, 2010

Mak aku kata, "Buat baik di balas baik!!"

Salam semua,

dalam entri
I'm Going to the Gatsby Deodorant Street Fair,
aku kategorikan diri sebagai kurang bernasib baik..
Dan akhiri dengan harapan untuk bertukar nasib..

Walaupun tetap bernasib kurang baik selepas terlepas peluang nak tackle
awek kasut converse,
aku dihujani dengan perkara yg baik-baik blaka...

1st,
aku menjadi follower ke-
88 dalam blog cik Amirah Rashid bertajuk
di mana si cik adik manis yg baru dapat result SPM ni meletakkan penghargaan terhadap aku dengan mempromote blog aku dlm blog dia..

Tak caya klik gambar di bawah..




2nd,
Uncle dari Uncle Punya Blog
menjadi follower aku ke
111,
dan aku balas dengan menjadi follower dia ke
999,
by then dia pon jadikan aku follower bertuah atas keunikan nombor2 itu,
dan promote di blog dia jugak..

Tak caya gak?? klik gambar di bawah..




Dan sebenarnya, sebelum dua ni lagi,
ada satu blog tu bertajuk
pelayaran
dari cik
si nelayan yang manis orangnya dah kategorikan blog aku sbg BLOG SERONOK sebab ada tEka-tEki..



Dan hasil dari diorang ni laa blog aku mencacak-cacak visitor walaupon tak gi blogwalking...

Thanks so much...
aku sgt terharu sbb blog picisan camni dpat penghargaan yg hebat dari org luar..(sob..sob..)

Owh ye, kepada yang lain yang ade link blog aku kt blog dia tp aku tak link balik,
sila bagitau aku..
kadang-kadang aku terlepas pandang atau lupa,
biasa laa, aku bukan Superman pon...


***********************

Hahaha, itu kehidupan blog..
Kehidupan sebenar aku tetap macam biasa...
Hari-hari macam biasa...
Pastu baru-baru ni henset kesayangan aku dengan BESTnye memutihkan skrinnya sampai aku tak leh nak tau sape yg call or sms...
TAHNIAH!!!

Takde sape2 nak blanje aku henset ke??
Alaa, N97mini pon dah ok dah!!!
thehehehe...

p/s:
I'm still considering nk hidup tanpa henset buat seketika waktu,
sbb dah terasa yang aku ni sangat bergantung kepada henset..
WHAT SAY YOU??

yang ikhlas,
mr. cEro

Mar 15, 2010

Kalau dah kreatif, lipat kertas pun boleh jadi masterpiece

this is seventy-fourth..
and I'm bloody sorry..

***********************

Sekali pandang nampak mcam gambar kelabu biasa..
Dua kali pandang kita nampak perspektif gambaran dalaman rumah agam dalam gambar tu...
Tiga kali pandang??













Tapi sedarkah anda,
semua di atas hanyalah hasil seni lipatan kertas??
Kita lipat kertas, nampak kesan garis dan buka balik..
Kreatif kan??

Dari hasil seni Simon Schubert,
satu hasil kerja yang (pada aku) sangat di luar kotak..
Pernah korang terpikir nak wat seni macam nih???

Untuk lebih puas melayan hasil seni ni,
klik di www.simonschubert.de

p/s:
Aku ada try buat guna kertas A4 dgn pembaris,
tp hasilnya hanya layak mengisi bakul sampah bilik aku yang penuh tu..

Mar 12, 2010

..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker

this is seventy-third..
..and I'm sorry..


Suatu hari, dah pun aku kat depan wayang TGV Mines,
member aku yang janji nak tgk wayang sama ni tetiba cancel sebab kata ada hal keluarga..
Ok, bab keluarga memang aku takleh nak watpe..
So, alang-alang dah sampai sini,
kat luar pulak ujan, nak redah si rempit cam aku kang basah..
aku pun macam dah takde mende nak buat,
apa lagi, gi laa tgk wayang (sorang-sorang lagi...)

Sebab dah banyak kali,
aku pun dah tak kesah sangat dah tengok wayang sorang-sorang...
macam loser dah sebati dengan diri..(check this entry)

gambar ehsan google

"Cite hape bro?", bro kaunter tiket tanya.
"Percy Jackson.."
"Sorang je"

Dalam senyuman,
"Haah, sorang je..."
"Awek mana?"
"Saya GAY!!"
.
Terkedu muka mamat tu, terdiam...
"Gurau laa, sorang je, member tak datang, ada hal.."
"Hohoho, lawak laa bro nih...Saya cadangkan bro duk kat sini.
Senang masuk, senang keluar, view superb, NAK?"

Dia cuba cadangkan tempat duduk di skrin monitor.
Oleh sebab aku bukan memilih sangat, jadi aku terima je.
"Bro pasti takkan menyesal, saya jamin.."
Walaupun tak paham, aku senyum je...

Masa nak beli popcorn pon sama,
"Sorang je bang?"
"Ha'ah..."
"Awek mana?"
"Baru meninggal semalam..."
aku jawab spontan sambil senyum.
Dia sentap. Terdiam.
Lepas aku amik popcorn, terus blah bagi dia terpinga-pinga...
Hahahaha, syaitan sungguh diri ini...


Dalam wayang,
aku antara yang awal masuk panggung.
Siot, rupanya tempat aku tu memang khusus untuk orang yang datang sorang.
Aku, depan aku, tempat depan kepada depan aku, sampai laa 5 kerusi depan aku semua orang yang datang sorang2...
Semua laki, tapi aku yang paling muda kot...
Tempat lain sume couple atau grup..

Tetiba, tengah adjust bontot nak duduk,
ada sorang awek datang nak lalu depan aku..
Debusshhh, dia langgar popcorn aku, abes jatuh terabur...
Aku pon sempat melatah reflek..
"Eh, mak kau cantik..."
Aku pandang si awek yang langgar tu...konon nak marah...
Aih, mak dia memang cantik laa, sebab anak dia pon cantik gak...
Aku tergamam...

"Ooops, maaf..." dengan muka bersalah yang comel, gadis bercekak hijau berkasut Converse ni terbehenti di hadapan aku.
"Tak apa, dah jadi nak wat camna" aku tak jadi marah sebab dia comel sangat.
Awek tu rupanya duduk sebelah aku, datang sorang gak...
"Gini laa, nak keluar pon wayang dah start..Apa kata kongsi popcorn dengan saya je.."

Pergghh....
Awek comel duk sebelah aku n offer nak kongsi popcorn?
Aku mimpi ke??
Ex-aweks aku dulu pon kedekut nak kongsi popcorn...
But this total stranger (yg super comel) plak siap offer lagi.
Aku bermimpi ke??
"OK" aku setuju dalam kedu...


Sepanjang aku tengok Percy Jackson tu,
agak malu-malu kucing gak laa sebab nak kongsi popcorn dgn awek tu..
Aku amik bila dia hulur offer je...
Seriously, memang aku tak tumpu perhatian pon...
Kepala aku terbang entah ke mana...

Abes wayang, aku ucap terima kasih kat dia..
"It's OK. Saya yang patut say sorry..." jawab dia dengan senyuman...
Sekali lagi aku cair, siott!!!!!

Aku keluar wayang denagn senyuman...
Hanyut dalam angan-angan...
Bila sedar je, dia dah takde kat keliling...
Aku mencari gak, tapi awek tu macam terus lenyap, ghaib...
Aku pergi kat satu dinding, aku hantuk kepala sekali..
"Si bodoh, apsal tak mintak nombor ke, paling kurang tanya nama ke, Facebook ke.."
Arrggghhhh....

Aku pergi kat counter tiket balik...
Cari mamat tadi tu...
Dah takde...Lagipon, aku tak tengok plak nametag dia...
Nak ckap thanks, tapi dia pon takde..
Sama ada dah abes shift, atau dia gi toilet ke..
Aku pon tak tau...


***************

Percy Jackson memang best (walaupun tak fokus)..
Sume dewa-dewi Olympian sume ada..
Bak kata kawan aku dalam Facebook, cite tu wat kita nak tau lebih lanjut semua pasal mitos Greek..
Dari Zeus, Poseidon dan Hades...sampai laa ke Medussa dan Lotus eater..
Tapi, papepon Annabeth Chase lakonan Alexandra Daddario memang HOT..

p/s:
Tapi tak se'cute' awek sebelah wayang aku tu..
Si gadis misteri berkasut Converse.

Mar 11, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Aku kategorikan diri aku sebagai orang yang kurang bernasib baik..
Percaya tak,
dalam beratus-ratus percubaan aku dalam cabutan bertuah,
aku tak pernah kena..
Masa sekolah plak,
bila time cikgu nak suruh buat kerja,
nama aku rajin pulak disebut..
Tak pernah menang peraduan apa-apa pon...
Even gores dan menang yang selalu tipu-tipu tu pon tak pernah nak kena...
Memang luck tak datang kat aku..

Tu laa pasal,
bila aku bukak emel dan baca emel
Nuffnang nak 400 blogger utk satu projek sulit,
aku cuba arr nasib daftar diri..
Padahal 2 hari sebelum tarikh tamat..
Dan aku rase musti laa dah cukup 400 orang dah daftar...
Tup tap tup tap...
Tadi bukak emel skali lagi,
ade emel dari Nuffnang bertajuk
Anda Terpilih Untuk Projek 400..

OOOooo...
Rupanya aku kena promote satu event nih,
namanya Gatsby Deodorant Street Fair..


Sedikit sebanyak pasal event ni:

  • Berlangsung pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur

  • Katanya banyak gerai permainan akan didirikan.
    Dari seringkas membaling getah hinggalah ke yang paling gempak bergusti sumo dalam beg udara. (AKu nak!!!)

  • Peserta permainan ini akan memenangi mata dan korang boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!! (AKu nak gak!!!)

  • Cabutan bertuah pon ada (hahaha, aku terpaksa lupakan) dengan hadiah seperti barangan elekteronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000! (Huyooo, aku nak!!!)

Hmmm..
Aku musti datang sebab aku memang pengguna Deodorant Gatsby..
Haa??
Tak caya??
Ni haa bukti...

Siap ada 2 lagi..


Tengok, berapa banyak sealer sticker aku kumpul kat almari aku..


Korang ingat aku baru beli semata-mata nak promote ke??
Ni haa, bukti aku dah pakai sampai abes siap ada lagi dalam tong sampah bilik aku yang penuh tak terbuang nih..

**********

Camne nak ke Gatsby Deodorant Street Fair tu??
Kalo orang Lembah Klang tak tau nak ke Berjaya Times Square,
sila buang warnanegeri anda...

Cara paling mudah tanpa kesesakan lalulintas adalah dgn menaiki Monorel ke Stesen Imbi..
Area umah takde Monorel takpe,
Kalo pakai LRT Rapid, amik laluan Star boleh turun kat Stesen Hang Tuah (tapi kena jalan sket arr)
Kalo pakai LRT Rapid laluan Putra, singgah transit kt KL Sentral pon okey,
amik Monorel...
Tak tau gak?? Kontek aku dalam Facebook or Twitter..

Okey,
panjang lebar dan bosan dah...
Nak lebih info dan keseronokan,
singgah di
www.gatsby.com.my/streetfair
Gatsby dan Nuffnang menjemput anda semua!!!
Jumpa di sana!!!!

p/s:
Korang akan persoalkan ape kena ngena dgn nasib kurang baik yang aku bebelkan awal entri ni,kan??
Hahaha, sbb aku rasa ni adalah turning point kepada nasib aku..
Lpas ni mungkin aku akan lebey bernaseb baik..
Doakan aku ye kawan-kawan...
Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License