Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 1, 2010

TOP HOST 2010 "Why So Serious?"

this is sixty-fourth..
..and I'm sorry.


Penerbit Top Host 2010 ada berkata;
"Ini satu rancangan realiti yang serius, dan dipandang serius oleh semua termasuk peserta, pihak penerbitan dan seluruh pengurusan TV3"
(lebey kurang camtu laa bunyi dia, tp kalau salah sila jangan saman aku yek..)

Tapi, adakah dari penyataan itu, peserta kena buat muka serius sepanjang masa?

"Why so serious?" said Joker

Dari ribuan permohanan, inilah muka 10 peserta yang bakal mengisi persada pengacaraan tanahair.(ayat serius)

Ibu jari ke atas untuk penerbitnya,


Ally Iskandar

Aku memang suka program realiti berformat camnih, ala-ala The Apprentice...
Aku akan follow citer nih kot...
Aku dah pon terpandang orang yang ada 1st impression yang bagus..
Tapi tak mau laa bagitau, hehehehe...
Setiap Rabu, 10.00 mlm di TV3 (dah tentu laa)
memang waktu yang sesuai untuk di tonton seisi keluarga.


Pesanan aku sebagai penonton kepada peserta
(walaupun tahu diorang tu takkan baca pon entri ni)
  1. Tahu beza waktu kerja dan waktu tak kerja. Waktu kerja serius dan fokus, waktu tak kerja, jadi laa peramah dan banyakkan senyum.

  2. Walaupun perlu nampak berkeyakinan tinggi, tapi tak payah laa sampai selalu sangat bercakap besar. Orang tak suka tau.

  3. Jangan ada kontroversi masa program berlangsung. Nanti tup tap tup tap kuar gambar bersosial kat club sambil pegang botol arak n pakaian seksi meksi. Nak mampus?

  4. Respek yang lain. Anda mungkin bagus, tapi anda tentu bukan yang paling bagus.

  5. Banyakkan senyum dalam bergambar (hahaha, ulang skali lagi). Tak suka arr muka serius macam nak pergi perang.

  6. Be yourself, bukan klon kepada host-host yang dah ade. Jadikan mereka idola takpe, tapi takyah arr sampai copy-paste personaliti.


Okay laa, papehal pon ALL THE BEST kepada korang sumer.
Akan datang mungkin ada banyak lagi entri tentang diorang nih.


Saksikan Episod 1 TOP HOST 2010
3 Mac 2010, Rabu 10.00 malam TV3.

Lebih maklumat?

p/s:
Teringin gak nak masuk mase tempoh ujibakat dulu,
tp sedar diri tak bagus, jadi berangan je laa.


resources (pics&info):
TV3/TopHost2010
Facebook/TopHost2010


2 comments:

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License