Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 5, 2010

tEka-tEki #6 Santai Je..

this is sixty-seventh
...and I'm sorry...


Kawan-kawan merungut kat aku..
"Apsal tEka-tEki aku sebelum ni susah sangat??"
Most of them takut nak jawab dalam komen sbb kalo salah jawab jadi bahan gelak je...
Ade pulak sorang tu siap perli lagi kat aku, dia kata
"Ko tak rase cam orang bodoh ke,
bagi tEka-tEki tapi takde sape jawab..
Macam syok sendirik je...
Kesian aku tgk, post yang lain sume ade orang komen,
bila tEka-tEki je, 0 komen...
Hahahaha, menyedihkan..."

Frankly,
aku sangat down bila orang yang aku anggap kawan cakap camtu...
Watkan aku rase dah tak nak buat tEka-tEki dah...
Idea banyak, tp apa guna kalo tak dapat sambutan...
cemuhan ada laa..
Baik aku wat post psal citer2 porno,
baru ramai org bace n bagi komen..
Hm...

Baiklah,
dengan hati yang cam bangang,
sebab aku dah janji, aku bagi korang tEka-tEki...
bukan satu, bukan dua..
tapi 10..

Silakan


  1. Ada satu sukukata, bila kita sebut sekali maknanya kita,
    sebut dua kali maknanya ada pada kita,
    sebut tiga kali maknanya kita punya,
    sebut empat kali maknanya benda tu ada banyak,
    sebut lima kali maknanya benda banyak tu kita punya,
    sebut enam kali dah salah tatabahasa,
    sebut tujuh kali orang kata kita gila,
    sebut lapan kali memang kita gila..

    Apakah sukukata itu?

  2. Sebuah tembok pemisah dibina di satu kawasan atas muka bumi ini dengan menggunakan kiub batu yang berisipadu 1 meter padu.
    Setiap kiub mempunyai berat sebanyak 1 tan.
    Jika tembok itu memerlukan 1500 kiub batu, berapakah berat bumi yang bertambah?

  3. Di manakah bila kita simbah air ke dalamnya,
    airnya takkan meningkat walaupun beribu-ribu gelen air disimbah?

  4. Makan apa yang takkan boleh dimakan pada waktu sarapan?

  5. "Aku sedang menipu"
    Adakah penyataan di atas benar?

  6. Tok iman naik lif dengan 5 orang lain iaitu seorang polis, seorang tukang masak, seorang makcik dobi, seorang ahli gusti dan seorang pemain rugbi.
    Sedang lif menuju ke atas, lampu lif terpadam.
    Ketika bergelap, makcik dobi terasa diraba di bahagian dada dan punggung.
    Selepas lampu terpasang semula,
    makcik dobi terus tampar si Tok Imam.
    Kenapakah? Kenapakah bukan yang lain?

  7. Dua adalah nombor yang banyak menjadi faktor kepada nombor lain.
    Namun, tak dapat tandingi satu sebab satu boleh membahagi apa sahaja nombor tanpa meninggalkan baki.
    Tapi, nombor apakah yang tak boleh membahagi langsung mana-mana nombor?

  8. Pergi terbang, balik berenang
    Apakah ia?

  9. Air apakah yang setiap kali diminum, pasti akan diluahkan balik tak kira camne sedap pon air tu?

  10. Perkataan apakah yang bila disebut sekali, maknanya benda hidup..
    Tapi bila disebut dua kali, dah jadi benda tak hidup?


Sekian,
sila laa jawab kalo tau jawapan.
Aku bercadang dah tak nak buat dah post tEka-tEki..
Apa pendapat korang??

sumber gambar: McGlinch, FreeFoto
jawapan di sini


11 comments:

  1. yang no.10 tu orang kot? hihi..
    kalau betul dapat hadiah x?? =P

    ReplyDelete
  2. hahaha, tak terpikir plak nk bg hadiah..
    mcam bernas gak kalo bg hadiah kan??
    topup rm10 pon jadi laa, kan??

    ReplyDelete
  3. cik anne nak jawab
    no 1: cik anne x tau
    no 2:x bertambah sebab berat kiub tu da memang skali ngan bumi
    no 3: er..laut.. sbb laut memang da luas..xkan terjejas dengan segelen air lg
    no 4:
    no 5
    no 6: sebab tok imam berdiri sebelah dia
    no 7:
    no 8:
    no 9:
    no 10:

    err.. xpandai la jawab teka teki..tu jer

    ReplyDelete
  4. salam,bole ke sy nk jwpn2 teka-teki awk??nk mtk izin guna teka-teki utk pgrm sy..bole x???

    ReplyDelete
  5. dpt mane foto2 yg pelik2 nie...hehe

    ReplyDelete
  6. 1)macam pernah dengar teka-teki ni
    2)berat bumi takkan bertambah
    3)laut
    4)lunch & dinner
    5)benar
    6)tok imam dekat dengan makcik dobi
    7)ni pun macam pernah dengar/baca kat mana2
    8)tak sure
    9)pun tak tau
    10)orang..?


    -kudozu

    ps: biarlah buat teka-teki selalu, yang aku tau aku rasa ianya unik.=)

    ReplyDelete
  7. apa kata bgtau je jawapannya wawawawa..mmg xreti nak jwb teka teki

    ReplyDelete
  8. 1. xsure(xyah jwp)
    2. jsim bumi xbtmbah
    3. mangkuk hayun:D
    4. makan malam
    5. benar
    6. tok imamkn slalu dlabel sbgai alim tpi dlm diam ubi berisi(gatal).
    p/s: xreti nk bg jwpn yg tpt.heh2:D
    7. 0
    8. joran
    9. air paip
    10. bunga plastik

    ReplyDelete
  9. suka teka-teki:D
    pada pendapat aku xyah hirau apa owang cakap teruskn.ngeh3
    sekurang2nya aku ada geng..ho2

    ReplyDelete
  10. No 10. Kacang. Kacang-kacang

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License