Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 28, 2010

tEka-tEki #5 Permainan Bahasa

this is sixty-third..
and I'm sorry...


Seperti yang dijanjikan
tEka-tEki datang lagi dengan kali ini bertajuk
Permainan Bahasa

Aku bagi DUA
sila jawab dengan sebaiknya...

*********************

Tahap kesukaran C


Mansi adalah satu puak etnik yang (menurut Wikipedia) terletak di sebuah tempat dalam Russia dipanggil Khantia-Mansia. Populasi masyarakat Mansi hanya sebanyak 11,432 orang (2002) dan kebanyakannya mengamalkan shamanism dalam kepercayaan.

Bahasa Mansi ditutur oleh masyarakat Mansi. Hanya 2,746 (2002) orang dipercayai masih bertutur dalam bahasa ini, dan angka itu dijangka semakin berkurang.

Di sini ada sebahagian dari
bahasa Mansi
8: nollow,
15: atxujplow,
49: atlow nopel ontellow,
50: atlow,
99: ontelsat ontellow,
555: xotsatn xotlow nopel at,
900: ontellowsat,
918: ontellowsat nollowxujplow.

Soalannya,
berpandukan di atas, apakah makna bagi

  • atsatn at,

  • nolsat nopel xot,

  • ontellowsatn ontellowxujplow

dan apakah sebutan bahasa Mansi untuk

  • 58,

  • 80,

  • 716

*********************

Tahap kesukaran D

English riddle

What gets wetter as it dries?
(Mengering ia basah?)


*********************

Aku tak pandai sikit bermain dengan bahasa.
Maka, dua tEka-tEki ini adalah hasil carian dalam laman sesawang.
Kalian boleh google jawapan,
tapi, apa seronok main tEka-tEki kalau senang2 je dapat jawapan,
kan?
GOOD LUCK!

Jawapan di sini

resources: akan diberikan dalam entri jawapan

Feb 26, 2010

Feb 25, 2010

'Ajar Melalui Pengalaman', berETIKAkah?

this is sixty-second..
..and I'm sorry..

Mahu bertanyakan pendapat tentang dua situasi ini..

Situasi 1:


Sepasang ibubapa mempunyai anak perempuan dara remaja yang liar,
suka keluar rumah dan balik hampir tengah malam,
berkawan dengan lelaki yang berlumba haram,
bersahabat dengan kawan perempuan yang bagi mereka seks adalah air minuman..

"Alaa, orang tau laa baik buruk...
Selama ni orang tak wat pon mende2 buruk sume tu..
Ni haa, dara lagi tau.."
Itulah jawapan bila dinasihatkan kedua ibubapanya...


Satu malam,
si gadis ni balik tergesa-gesa, termengah-mengah..
Bajunya ada kesan koyak, ditarik dan kotor..
Dia teresak-esak menangis dalam pangkuan ibunya yang menyambut..

Bila ditanya,
katanya dia hampir dirogol oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali..
Namun, akibat bergelut,
dia berjaya lepaskan diri..

"Syukurlah tak berlaku apa-apa"

Esoknya,
kelihatan bapa si gadis ke lorong belakang bangunan rumah kedai..
Bertemu dengan seorang pemuda..

"Kamu buat kerja dengan baik,
Sekarang anak aku dah tidak keluar malam
dan tidak bersama kawan-kawannya yang dulu lagi.."
kata si bapa sambil menghulurkan duit upah..

********************

Situasi 2:



Seorang gadis ditinggalkan kekasihnya
atas alasan yang tidak diketahuinya..

"Kita dah tak serasi dan tidak sehaluan..
Awak terlalu baik untuk saya"
Kata terakhir lelaki itu masih ternyiang-nyiang dibenak kepala si gadis,
sambil diselubungi kekecewaan yang mendalam..

Suatu hari, si gadis dan kawan serumahnya merancang,
mahu si kawan ni menggoda si lelaki ini sehingga jatuh cinta,
dan akhirnya tinggalkan si lelaki dalam keadaan tiada punca
seperti yang pernah dilakukannya ke si gadis itu.

Rancangan berjaya,
lelaki tersebut kecewa dengan teruknya,
dan sejak itu, si lelaki kembali cuba menghubungi si gadis
atas alasan sudah sedar akan kesilapan dirinya...

"Kadang-kala kita lupa nilai sesuatu sehinggalah kita kehilangan ia"
Ungkap si lelaki kepada si gadis.

********************

Dari kedua-dua situasi ini,
dapat disimpulkan bahawa
pengalaman adalah guru terbaik...

Persoalannya sekarang,
adakah ianya perbuatan yang tidak beretika?

Kalian rasa bagaimana?
Adakah matlamat menghalalkan cara?
Akibatnya baik, tapi caranya?

Ada pengalaman begini?
Kalo ada, jom berkongsi...
aku nk tau gak...

p/s:
kenapa tiba-tiba aku cite pasal hal nih?
sbb aku sendiri tgh terpikir nk mengajar org melalui pengalaman.

credit gambar dari wallcoo.net dan jasonbarbacovi.com

Feb 23, 2010

'Two is Better Than One' memang BENAR

this is sixty-first..
..and I'm sorry!!


Bahana Wikipedia,
setelah aku sedaya upaya wat research untuk entri sebelum ni mengenai
tEka-tEki #4 Matematik Mudah,
hidup aku dibayangi dengan nombor..
Setiap apa yang aku lihat dah jadi angka..
Sampaikan ke tahap aku tengok cite Tasbih Cinta kt TV3 pon aku sampai boleh kira brapa kali diorg cakap perkataan 'ngapain' dalam siri tu..


Maka, kali ni, aku akan bercerita tentang nombor 2..



Nombor dua adalah nombor selepas 1 dan sebelum 3 (haha, sume org tau kot hal tu)..
Ada seorang kawan merungut di status Facebook dia yang dia tu asyik2 jadi nombor 2 je,
dia nak nombor 1..
Pada aku,
jadi nombor dua lebih bagus,
sbb dari segi prestasi, di tempat kedua masih ade potensi ke tempat pertama instead of tempat pertama yg dah takde potensi nak ke mana-mana
(takkan nak ke tempat ke-0 plak kan?)



Jangan lihat gambar ini lama-lama

Di sini,
aku nak beritahu beberapa fakta tentang nombor dua:

  1. Angka yang boleh dibahagi dengan 2 tanpa baki disebut sebagai angka genap

  2. Dua adalah nombor perdana yang pertama (nombor perdana adalah nombor yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya dan nombor satu tanpa meninggalkan baki)

  3. Dua juga merupakan satu-satunya nombor perdana yang genap (yang lain semua ganjil seperti 3, 5, 7, 11 etc) dan digelar the oddest prime (perdana terganjil)

  4. Dua sangat istimewa kerana 2+2 = 2·2 = 2², satu persamaan yang takkan berlaku pada nombor lain termasuk 0

  5. Sifir dua adalah yang termudah (selain sifir 1 laa)

  6. Dua digelar magic number kerana dua merupakan nombor nucleons (Proton + Neutron) yang disusun sebagai petala sempurna dalam nukleus atom

  7. Kebanyakan falsafah dunia adalah berdasarkan 2 perspektif dalam satu keadaan. Contohnya, (baik dan jahat), (malam dan siang), (nULL and aLteRnate) [hahaha]

  8. Dua adalah angka yang 'ong' dalam kepercayaan masyarakat China sehinggakan ada pepatah China berbunyi 'Benda baik datang dalam pasangan' ('Good things come in pairs')

  9. Di Finland, dua lilin dihidupkan di hari kemerdekaan dan diletakkan di pinggir tingkap sebagai tanda simbolik bagi pembahagian dan kemerdekaan

  10. Kebanyakan universiti dan kolej di dunia meletakkan pointer 2.00 sebagai kelayakan minimum untuk lulus



Spank Me for $2.00

Ok, kenapa aku cerita pasal dua, dan bukan nombor lain?
Sebab aku tak puas hati
dalam video clip Boys Like Girls ft Taylor Swift - Two is Better Than One takde langsung kelibat Taylor Swift.



Hahahahaha!!!

Feb 22, 2010

Jawapan tEka-tEki #4 Matematik Mudah

this is sixtieth..
..and I'm sorry..

Untuk tahu lebih lanjut tentang tEka-tEki #4 Matematik Mudah
sila klik di sini..



**********

Bagi tEka-tEki #4 berkesukaran D



Jawapan:

Alang mempunyai peratusan saham sebanyak 24.5%


Penyelesaian:

Dengan menganggap Along mempunyai x% saham,

Along = x

Angah
= (x-1)

Alang
= (x-1)-1
= (x-2)

Acik
= (x-2)-1
= (x-3)

Oleh kerana hanya mereka berempat merupakan pemegang saham,

Along + Angah + Alang + Acik = 100
x + (x-1) + (x-2) + (x-3) = 100
4x-6 = 100
4x = 106
x = 106/4 = 26.5

Maka,
Alang
= x-2
= 26.5 - 2
= 24.5%

********************

Bagi tEka-tEki #4 berkesukaran B



Jawapan:

Akhirnya, 10 kotak didapati terbuka.


Penyelesaian:

Jujurnya, tEka-tEki ni bukan dalam tahap B, tapi A..
Sepatutnya tajuk tEka-tEki bukan 'Matematik Mudah', tp Matematik sahaja...
Maaflah..

Sebenarnya,
aku buat live-solving dengan menggunakan kotak mancis..
Tapi aku tak faham kenapa boleh jadi begitu..
Jadi, bermalam-malam aku wat kajian...
Akhirnya, aku dapat sebab kenapa...

Kesemua 10 kotak adalah berlabel nombor kuasa dua sempurna (perfect square)
Nombor-nombornya adalah;
[1, 4, 9, 16, 25, 36, 49, 64, 81, 100]
salah satu properties bg perfect square adalah mempunyai jumlah ganjil nombor faktor (factor).
Factor bagi n adalah angka yang apabila membahagi integer n mempunyai jawapan tidak berbaki,
sebagai contoh,
factor bagi 20 = 1, 2, 4, 5, 10, 20 (berjumlah genap sbb bukan perfect square)
bagi angka perfect square, jumlah factor adalah ganjil.
contoh factor bagi 9 = 1, 3, 9 (berjumlah ganjil)

Dalam usaha mahu dapati kotak terbuka,
maka keadaan sebelumnya mesti tertutup.
Oleh kerana kotak dimulakan dengan membuka (pelajar 1),
untuk memperoleh kotak tertutup sebelum dibuka,
maka factor bagi kotak tersebut haruslah dalam jumlah ganjil
kerana jika (pelajar 1 ganjil = buka)
maka utk kotak terbuka juga mesti (pelajar n ganjil = buka).

Oleh sebab itu,
angka perfect square yang berada dari 1-100
hanya 10 angka iaitu
[1, 4, 9, 16, 25, 36, 49, 64, 81, 100]

OK,
aku tahu ramai tak paham sebab aku agak bengong dlm nak terangkan hal ni..
so, check wikipedia yek..
Perfect Square
Factor (divisor)

Kalo tak paham gak,
boleh kontek aku secara peribadi..
ceroofcerolian[at]gmail.com

kalo korang extra rajin,
wat laa live-solving method...
guna 100 kotak mancis,
or just lukis2 dlm kertas putih je...

Sekian..
sebarang komen, kritik dan pendapat amatlah dihargai!!

Feb 19, 2010

Patutkah aku delete account Friendster?

this is fifty-ninth...
...and I'm sorry...



Baiklah,
aku DULU aktif dlm Friendster...
siap ade blog dlm friendster yg jadi kegemaran ramai...
Kawan aku pon ramai kat situ...

Tp,
sejak belakangan nih,
sejak peristiwa 'ITU',
aku dah tawar hati dengan Friendster..
Sampai skang,
agaknya setahun lebey dah aku tak bukak profile tu..

Aku byk aktif dlm Facebook je...
Facebook best sbb tak pening mcam Friendster..

Now,
I'm considering...
patutkah aku delete je account Friendster aku??
Byk kenangan oo profil tuh..
Manis, pahit sume ade...
Jadi,
aku agak serba salah nak buang profil tuh...

Apa pandangan anda??
Patutkah aku buang??
Dalam hati memang nak buang pon...
Tp,
kalo anda dapat bagi aku satu sebab KUKUH kenapa aku tak patut buang,
akan aku consider sebab tuh...

So??
Patutkah?? Tak patutkah??


p/s:
aku dah tak kesah dah tentang 'Peristiwa ITU'..

really hargai sume pandangan korang!!

Feb 17, 2010

Bila Artis bertemu Saintis, rangka Pacman muncul

this is fifty-eighth...
and I'm sorry...


Mungkin pembaca pernah tengok gambar ni,
maaflah kalau agak ketinggalan zaman..
Aku cuma kagum dengan apa yang terhasil
bila artis bernama
Le Gentil Garcon yang mendalami ilmu anatomi manusia dan haiwan
bertemu paleontologist Francois Escuille
Maka, wujudlah tengkorak
Pacman.



Bagi yang tak tahu Pacman tu ape,
Pacman adalah permainan arked antara yang terawal di dunia,
dan antara game yang terawal aku main (selain Brick Game)...




Dah ingat??

Berdiameter 65 cm dan diperbuat dari resin,
Ianya sangat teliti sampaikan tulang
sacrum kat ujung badan pun ade dibuatnya..
Hahahaha!!





p/s:
Dah takde keje kot diorg nih..
Tp best gak kalau aku ade satu wat hiasan...

resource: Street Anatomy

Feb 15, 2010

Jawapan tEka-tEki #3 Kes Bunuh Hartawan

this is fifty-seventh..
..and I'm sorry!!


Baiklah,
Kepada sesiapa yang tak baca lagi tEka-tEki #3 Kes Bunuh Hartawan,
boleh beralih ke sana dahulu..
Tak rugi pon korang baca tEka-tEki tu sbb jawapan dh pon kuar!

**********

Mangsa terbunuh dengan tikaman di bahagian hadapan badan,
dan terbunuh di dalam rumahnya,
maka pembunuh adalah seseorang yang dikenalinya..




'Dying message' dijumpai di lantai bawah mangsa yang menelentang.
Kalau mangsa mati serta merta selepas tikaman,
mangsa akan dijumpai meniarap kerana menahan kesakitan.
Maka, mesej itu dipercayai ditulis mangsa sendiri dalam keadaan nyawa ikan.

Namun,
tak mungkin pembunuh tak perasan mangsa meninggalkan mesej.
Dia tentu perasan, dan membacanya.
Alasan kenapa dia tak memadam mesej itu adalah,
mesej itu seperti tidak menjurus kepadanya.
Maka, dia boleh bebas dari tuduhan.

'Dying message' adalah mesej terakhir tinggalan mangsa pembunuhan
bertujuan memberi kita maklumat yg menjurus kepada pembunuh.
Seharusnya mesej ringkas dan mudah..
Mangsa pandai,
dia menulis mesej yang tidak difahami pembunuh,
namun boleh difahami orang lain.



Dari kiri; Wawa, Acai dan Zack

Wawa mungkin pembunuh..
Dari '
dying message' yang ditinggalkan,
VWXYZ mungkin merujuk kepada alpabet
dimana
Wawa adalah seorang guru tadika,
yang berkemahiran dalam seni mempertahankan diri..
Motif juga ada, kerana dari penyataan,
Wawa seolah-olah berpura-pura sukakan mangsa..

Namun bukankah lebih senang kalau tinggalkan
ABC sbg mesej yg merujuk kepada Wawa?
Dan kalau betul
Wawa sukakan Acai bukan abangnya,
kenapa dalam kenyataan
Wawa,
dia menuduh
Acai sebagai pembunuh?

*****

Acai juga boleh disyaki,
mesej
VWXYZ boleh merujuk kepada motosikal Suzuki WXY dia..
dan dia bermotif kerana harta..
Pendapat yang berbeza dengan abangnya,
Acai juga bermotifkan dendam terhadap kematian ibubapa mereka...

Namun,
Kenapa
VWXYZ bukan WXY je?
Apa makna V dan Z?
Lagipun adakah orang yang tidak berminat dengan perniagaan
mahu merampas perniagaan dari abangnya?

*****

Jika bukan
Acai, bukan Wawa,
Maka?

Zack,
Motif hutang yang ditanggungnya..
VWXYZ juga boleh dikaitkan dia..
VW adalah utk Volkwagen yang dimilikinya...
oleh sbb dia tak mahir dalam automotif,
kemungkinan dia tak tahu
VW adalah utk Volkwagen adalah tinggi..
Z adalah dia (Zack)
XY pula digunakan bagi mengaburi mata Zack
dan kemungkinan dia faham mesej itu merujuk kepadanya tinggi jikalau dia hanya gunakan
VWZ sahaja...
Lagipun
XY adalah lelaki, menolak kemungkinan Wawa di situ.

Bukti?
oleh kerana pembunuhan berlaku di rumah mangsa,
maka ianya adalah pembunuhan yang tidak dirancang..
Maka,
alat pembunuhan adalah barangan dalam rumah itu,
oleh kerana masa yang suntuk dari masa pembunuhan ke waktu siasatan,
senjata pembunuhan mungkin masih di pembunuh..
Cuba periksa kereta
Volkwagen dia,
mungkin ada jumpa barangan tajam milik kediaman mangsa yang mungkin berlumuran darah..
senjata mungkin bersama dengan baju berlumuran darah yang dipakai pembunuh semasa membunuh...

Sekian!..

Komen, kritikan dan idea amatlah dialu-alukan..

Feb 14, 2010

"Siapa Salah Kena Karan"

This is fifty-sixth and half...
...and I'm sorry!!



Kami 6 orang ahli keluarga keluar makan malam di sebuah gerai makan di pekan Sungai Besi..
Semua sepakat memesan ikan kembung masak tiga rasa..
..juga tambahan lauk sampingan lain..

Setelah menunggu, sampai hidangan..


Emak : Aik? Kita pesan kailan goreng belacan, apsal plak datang kangkung plak?
Abah : Salah sebut kot tadi??
Kakak : Orang tu yang salah buat kot??
Adik 1 : Dia tak kenal kailan dengan kangkung ke??

Setelah separuh hidangan habis,

Adik 2 : Hm, rasenya tau kenapa dia salah hantar kangkung goreng belacan..
Emak : Kenapa?
Adik 2 : Sebab masa dia tulis order Kailan belacan tu, dia musti tulis 'K Blcn'..Orang yang masak pulak bace 'Kangkung belacan'

Semua : Ooooo..(sambil mengangguk!!)
Aku : ... (takde perasaan)

Aku consider sume orang dalam keluarga aku hebat-hebat belaka sbb ade teori masing-masing..
Memang betul.
Susah ke nak tulis
'Kailan Belacan' in full?
Nk kata sibuk sbb kedai ramai pelanggan, sunyi jek..
Yang masak plak, kalo dh tak tau member tulis ape,
TANYE LAA!! Susah ke??
Kalo rase confuse,
tegur laa member supaya tak bg confuse..

Just nk tau,
dalam hal nih, sape yang bengong??
Orang yg amik order ke, yang masak order?

p/s ;
Aku takde mood mase makan tu,
tu yang senyap je tak kuarkan teori sendiri!!

Feb 12, 2010

Pakar Manipulasi Pemikiran dan Perlakuan.

this is fifty-sixth..
..and this is not business.


Ok,
hari ni aku nk cerita sket tentang siri drama TV kegemaran aku.
Jika anda pernah tonton filem
Sherlock Holmes,
suka bace komik
Detective Conan,
kenal
Hajime Kindaichi
dan dah bosan dgn
CSI yg mcam2 tempat dah ade skang,
maka biarkan aku perkenalkan,
The Mentalist.






The Mentalist berkisar tentang Patrick Jane, penasihat bebas bagi California Bureau of Investigation (CBI) berpangkalan di Sacramento, California.

Jane mahir dalam menyelesaikan jenayah serius menggunakan pemerhatian dia yang menakjubkan.
Dia pernah bekerja menipu org dengan berkata sebagai medium psikik kpd org yg telah mati,
namun akibat perangainya yang terlalu menonjol,
isteri dan anaknya dibunuh oleh seorang pembunuh bersiri dipanggil
Red John.




Patrick Jane

Selepas lalui pemulihan dari kekesalan yang besar,
dia sertai CBI sbg penasihat dan mula menjejaki Red John sambil menyelesaikan jenayah yang dilaluinya.

Bersama-sama 4 agen bahagian jenayah serius CBI, Jane serius menjejak kembali pembunuh bernama Red John itu.
Agen Lisbon, Agen Cho, Agen Rigsby dan Agen Van Pelt sudah dianggap sebagai keluarga baginya.




Agen-agen CBI

Setiap episod memaparkan kemahiran Jane dalam memanipulasi keadaan untuk menangkap penjenayah.

Screenshots..







Berminat?
Baiklah,
aku ada complete First season The Mentalist 23 episod 1 jam.
Sekarang tengah on-going season 2, jadi anda takkan ketinggalan..
Aku berminat nak berkongsi The Mentalist season 1 dengan kawan-kawan sekalian.
Dengan masukkan hanya RM20 (Dua puluh ringgit) dalam akaun bank aku,
aku akan hantarkan 2 DVD Data terus ke peti surat korang.
Owh, NI BUKAN BISNES!!
Aku cuma nak berkongsi hobi je...
RM 20 tu hanyalah bayaran sampul pos ekspres, modal burn dan modal DVD..
sbb tu aku bg korg data DVD je..

NAK??
emel aku kat
ceroofcerolian@gmail.com
aku akan terangkan lebih lanjut...

Juga terdapat siri
Dollhouse full season 1 & 2
Heroes full Volume 1,2,3,4 & 5
Supernatural full season 1,2 & 3
Gossip Girl full season 1

Ingat yek,
ni bukan bisnes..
aku cuma nak berkongsi je...
Aku jamin setiap episod The Mentalist akan berikan korang senyuman..
Itu yang penting!!

Feb 9, 2010

Budak Biologi Minat Seni...

this is fifty-fifth...
..and I'm sorry...


Aku ade beberapa koleksi gmbar yg menarik amik dr web..
Aku tunjukkan kt org, diorg akan kata;
"Yee, ape tuh??"
"Geli arr"
"Eeee, gila seks.."

Bla...bla...bla...

Tp kenapa aku tgk tp tak rase pape pon??
Oh! Sbb aku budak Biology...
yang sukakan seni...

Saksikan...







Feb 8, 2010

Larang semua barangan Texas kecuali Kelly Clarkson

this is fifty-forth..
..and I'm sorry..


Ok, aku berminat nk kongsi dengan pembaca tentang sebuah micronation,
Republic of Molossia..

Sebelum ape2, biar aku bgtau..
Micronation ialah sebuah kawasan berkerajaan baru yang meletakkan diri sebagai sebuah negara tp tidak dapat pengiktirafan dari kuasa besar dunia sbg sebuah negara.


President Kevin Baugh

'Negara' kecil ini terletak di kawasan dalam Dayton, Nevada, USA. Diterajui oleh Kevin Baugh sbg presiden (diktator)..


Bendera kebangsaan Republic of Molossia

Di bawah adalah beberapa fakta tentang Republic of Molossia;

1 - Berkeluasan hanya
14.3 ekar.
2 - Mula wujud pd tarikh 26 Mei 1977 hanya sebagai Grand Republic of Vuldstein, hanyalah impian zaman kanak-kanak pengasas dan pd 3 September 1999 menjadi Republic of Molossia
3 - Molossia memiliki harta di 3 tempat;
Harmony Province (terdapat ibupejabat), The Protectorate of New Antrim dan Vesperia.
4 -
Vesperia adalah sebuah kawasan di planet Zuhrah (Venus).
5 - Ketika artikel ini ditulis, hanya
11 penghuni di Molossia.


6 - Purata setahun pelancong yg keluar masuk melalui kastamnya adalah 10 org.
7 - Mempunyai zon masa sendiri,
UTC -7jam 29 minit
8 - berada di koordinat
39°19′14″N 119°32′22″W
9 - rangkaian posnya ada keluarkan setem yg hanya bernilai dlm kawasan mereka.
10 - Terdapat beberapa barangan yang di-ban di Molossia, tp paling menarik ialah Molossia melarang semua barangan dr
Texas untuk memasuki Molossia KECUALI Kelly Clarkson.

Kelly Clarkson yg CUN!!


p/s:
skang nih sape-sape pon boleh buah negara kt mane2 pon..
kalo aku, nk letak name ape ek negara aku tuh??

Feb 6, 2010

Berak Bata!!

this is fifty-third..
..and I'm sorry!!




Gambar di atas diambil dari Facebook seorang kawan kepada kawan aku...
Kat situ tertulis caption di bawah


when i finally 'see' this, i shit brick. i'm sure you will too.. scccaaaarrryyy!!!!!

Ok, mmg scary!! tp takde aarr smpai terberak bata (shit brick)..
Tak nampak pape?? Cuba telengkan kepala...

Adios!!

Feb 5, 2010

Perempuan Makhluk Rumit #5 : Ingin Dihargai? Belajar Menghargai Dulu...

this is fifty-second...
..and I'm sorry...


Sebelum apa-apa, biar aku jelaskan dulu yang entri ini hanya berdasarkan pemerhatian dan memahaman aku sebagai lelaki, tidak ada niat mahu melabel sesiapa..
Seandainya anda terasa, itu hanya kebetulan sahaja..
Kalau marah dan nak lepaskan, silakan bg komen 'membina' anda..




'INGIN DIHARGAI? BELAJAR MENGHARGAI DULU...'

Dari ayat tersebut,
aku seolah-olah mcam tujukan ke perempuan..
Namun hakikatnya, penyataan di atas adalah universal..
Lelaki dan perempuan...

Pengalaman aku,
bila kita bersama seseorang,

bg laki, at least perlu ada rasa hormat pasangan terhadap kita...
Mungkin dari inilah perempuan banyak kata lelaki
'EGOIS' tp tak betul ke penyataan aku tu??

Lelaki (bakal) ketua keluarga,
maka seharusnya lelaki dihormati..
keputusannya didengar, kalo tak setuju, dibincang...
Bukan bererti perempuan sentiasa kena kongkong,
tapi keharmonian perempuan dijaga apabila dilindungi lelaki,
disayangi lelaki,
dibelai lelaki,
dimanja lelaki...

Ok,
aku takmo masuk hal lelaki yang jadikan perempuan tempat lepas amarah..
dilempang, dipukul, disepak, diterajang..
aku sendiri sbg lelaki pon tak setuju,

Namun,
adakah ini bermaksud lelaki tak boleh bertegas dengan perempuan??
Alaaa,
setakat tinggi suara sekali sekala, apa salahnya??
Kata perempuan penuh dengan kesabaran...
So, kalo dah sayang, sabar je laa...




Perempuan,
tepuk dada sendiri,
adakah anda mahukan lelaki yang SENTIASA menurut kata anda??
jika jawapan anda
'YA'
aku ucapan
'GOOD LUCK!' dalam mencari TEMAN HIDUP...
bg yang dah berkahwin dan mahukan suaminya begitu,
juga ucapan '
GOOD LUCK' dalam mempertahankan rumahtangga...
Mungkin ni jugak punca perceraian yang mcam mainan org masa kini..

Aku pernah jumpa orang yg merungut tentang dirinya tidak dihargai..
dan aku tergelak terhadapnya...
Sbb seingat aku laa,
dia susah nk menghargai lelaki..
memaksa orang lain berubah dengan alasan masa depan,
adakah itu perbuatan orang yang menghargai??


Just don't put all the blame on the opposite site,
because one finger points to other is 4 fingers back to you...
Kita manusia, jika kita kata orang salah,
adakah kita tak pernah buat salah??

Yang penting, diberi peluang..


(gambar kredit kepada Ashley Wood)

Feb 2, 2010

Aku demam dan diorg SUKA!!

this is fifty-first...
..and I'm sorry...

Ini adalah entri yg bohsan,
sila beralih arah kalo tak mahu dibebani kebosanan..


Apa yang menarik??1 Februari..

1018: Aku cuba nak bgtau dlm Facebook yg aku demam..
1154: MM click button 'Like'
1316: AY click button 'Like'
1718: Aku bg komen 'kurang asam korg like plak aku demam??'
2004: GC plak click button 'Like'


Pada mulanya memang aku agak bengang sbb diorg 'LIKE' aku demam..
Tp, akal rasional aku berfikir,

"Kalo aku kat tempat diorg pon, aku musti klik button 'Like' tuh"

Sebabnya tak lain tak bukan ialah GURAU!

Aku dapat bayangkan, masa diorg klik 'like' tu, musti ade senyuman di wajah mereka..
Dah tentu laa, takkan diorg nk 'like' tp muka masam...
Dalam hati diorg mesti pikir
"Sure bdak nih akan bengang nih, hahahah"
dr segi positif, aku dh berikan diorg senyuman dengan hanya berstatus '..demam!!'

Lepas je aku pikir mende ni,
aku pulak senyum...


Oh, kawan...
You all really make my day!

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License