Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 16, 2010

tEka-tEki #3 - Kes Bunuh Hartawan

this is my forty-fifth..
...and I'm sorry...


Atas rungutan org ramai, aku terpaksa rendahkan sikit kesukaran tEka-tEki nih,
dan mulai sekarang, aku akan rankingkan setiap tEka-tEki yg diudarakan..

tEka-tEki ini dalam senarai kelas B.

Aku dapat idea tEka-tEki ni semasa pandangan ke kiri dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan sebelum lepasi pintu gerbang sempadan KL dan Selangor.

********

Seorang hartawan telah didapati terbunuh dalam pergelutan di rumahnya.
Beliau berumur 34 tahun dan merupakan CEO kepada sebuah syarikat besar milik keluarga.
Berpewatakkan serius, beliau seringkali menjadi tempat pinjam duit bagi rakan-rakannya.

Kesan tikaman bertubi-tubi didapati di bahagian depan badan dan mangsa didapati mati akibat putus bekalan oksigen ke otak akibat tikaman ke dada.
Namun, post mortem dapati dia mati selepas 2 minit tikaman tersebut.

Mayat mangsa dijumpai telentang ke atas lantai.
Mangsa dipercayai dibunuh di tempat dia ditemui.
Lebih menarik, mangsa sempat meninggalkan mesej sebelum kematian (dying message).



Mesej ini di atas lantai, ditindih oleh mayat mangsa yg menelentang.

Dipendekkan cerita,
hasil siatan polis Malaysia yang cekap dan hebat,
tiga (3) suspek utama telah disenaraipendekkan.
Acai, Zack dan Wawa.



1) Mohamed Faizal a.k.a Acai
Adik tunggal kepada mangsa, dan satu-satunya waris untuk keluarga tersebut selepas ibubapa mereka meninggal dalam kemalangan ngeri.
Sangat tidak berminat nak terlibat dalam perniagaan keluarga,
namun beliau meminati motosikal super berkuasa tinggi.

Bila ditanya mengenai mangsa, beliau berkata;
" Dia memang patut terima akibatnya...berlagak macam dewa wang tapi berperangai seperti Ah Long lintah darat. Tapi saya tak kisah pon, asalkan dia terus beri saya duit. Saya lebih sayangkan motosikal Suzuki WXY saya daripada dia. Dulu sewaktu kematian ibubapa saya pon, dia terima dengan senyuman."

Bila ditanya tentang sebarang syak, dia menjawab;
" Pada saya, yang paling saya syak adalah si Zack tu..Nampak je macam kaya, tapi sebenarnya dia hutang keliling pinggang. Abang saya salah seorang peminjamnya. Dia asyik berlagak dengan VolkWagen Beetle baru dia, padahal dia tak tahu satu apa pon tentangnya...menyebabkan keretanya selalu rosak dan perlu dibaiki dengan jumlah wang yang besar. Kalau nak motif, dia lah yang paling besar...sebab dengan kematian abang, dia boleh hilangkan sebahagian besar dari hutangnya."



2) Zakaria Maat a.k.a Zack
'Kawan' mangsa yang banyak berhutang dengannya.
Mempunyai hutang sehingga setengah juta ringgit dan separuh daripadanya adalah milik mangsa.
Ahli perniagaan yang hebat, namun gaya hidup yang tinggi menyebabkan dia sentiasa bermasalah.

" Dia (mangsa) seorang yang baik, banyak bantu saya dalam kewangan...sangat tak ada sebab saya nak bunuh dia. Pada saya, Wawa lah yang jahat. Kononnya kekasih tapi apa yang perempuan muda tu kejar hanyalah harta. Lagipun, dia cikgu tadika, abjad-abjad tu kan seperti untuk dia.. dengar khabar Wawa tu minat dengan Acai, bukan abangnya. Bunuh abangnya dan dapat adiknya dengan harta sekali, bukankah itu berbaloi?"



3) Najwa Salleh a.k.a Wawa
Seorang guru sekolah tadika, berumur 21 tahun.
Merupakan kekasih kepada mangsa,
namun berkali diajak kahwin, dia menolak atas alasan masih muda dan tak bersedia.
Walaupun luarannya lemah, namun dia miliki tali pinggang hitam dalam taekwon-do.

" Saya..(sob sob)..saya sayangkan dia. Kami ada rancang nak kahwin, tapi saya kesal sebab sentiasa menolak dengan banyak alasan...(sob sob)..Abang begitu sukakan kanak-kanak sampaikan dia banyak beri sumbangan untuk tadika saya..(sob sob)..Saya rasa adiknya Acai yang buat..Setiap kali bertemu, mereka pasti bergaduh. Abang pernah mengadu adiknya terlalu boros dengan motosikalnya. Pernah sekali abang dihentak dengan helmet gara-gara tak mahu bagi wang yang diminta Acai.."

********

Persoalannya:
Semua orang ada motif tersendiri.
Tapi si penjenayah ada buat silap yang bakal menjerat dirinya.
SIAPAKAH PENJENYAHNYA??

Hint:
Klu ada diberi dari perkataan pertama entri ini sampailah di penghujungnya.

Nama watak, jalan cerita tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Gerenti.

Jawapan dh dikeluarkan di sini ---> klik sini




7 comments:

  1. macam Zack yang bunuh jer~
    betul x?
    hehew~

    ReplyDelete
  2. huuu..bleh jadik detektif conan ni camni.
    aku nak buat penaakulan kejap.


    -kudozu

    ReplyDelete
  3. salam singgah..dh ade jwpn lum?

    ak rse acai yg bunuh!

    ReplyDelete
  4. yeay! betul. penaakulan yang hampir sama, cuma tidak sedetail yang diber...

    ps: saya peminat Det Conan.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: