Namun, harap dapat dibaca hingga ke akhir perkataan.
Saya terpanggil untuk menyuarakan satu perkara.
Belakangan ini, riuh bergema hal tentang isu penggunaan nama 'Allah' oleh bukan Islam.
Mahkamah tinggi telah memutuskan majalah Herald Catholic boleh menggunakan nama 'Allah' menggantikan istilah 'God' dalam terjemahan bahasa Malaysia. Kerajaan Malaysia pula telah berjaya menangguhkan perlaksanaan hukuman dan membawa ke mahkamah rayuan sekarang.
Memang tidak dinafikan di Borneo telah lama digunakan nama Allah sebagai tuhan oleh bukan Islam. Namun, hal ini masih sangat baru di Semenanjung Malaysia.
Bagi orang bukan Islam, itu bukan satu masalah kerana (tegas mereka) Allah membawa maksud tuhan (lihat link). Mereka juga menegaskan bahawa nama Allah digunakan dalam lagu negeri yang dinyanyikan segenap rakyat tanpa mengira agama di beberapa buah negeri dlam Malaysia.
Namun, bagi orang Islam, menggunakan nama Allah oleh risalah bukan Islam bagi menggantikan istilah 'God' bakal mengundang KEKELIRUAN bagi umat Islam. Risalah itu untuk orang bukan Islam. Jika ada orang Islam membacanya (memang ada pun), bukankah boleh mengundang ketidakseimbangan akidah ummah? Malah, hal ini boleh terus menyumbang kepada bertambahnya kes MURTAD yang memang tidak dinafikan semakin meruncing.
Peranan umat bukan Islam, bagi pendapat saya, adalah sangat TIDAK SALAH jika kalian terus menggunakan istilah 'Tuhan' sebagai terjemahan 'God'. Kenapa perlu menggunakan nama 'Allah' dan mengundang kemarahan umat Islam?
Peranan umat Islam pula, cubalah lebih bertenang dan sabar. Bukankah semuanya masih dalam kes mahkamah? Jika anda betul-betul tahu hak anda, bukankah lebih baik kita BERSATU dan berpegang kepada PRINSIP ISLAM? Jika anda merusuh, adakah atas sebab anda dicabar atau hanya mahu terpampang di muka akhbar atas nama POLITIK? Sejak bilakah AGAMA ISLAM membenarkan kekerasan atas nama agama? Bukankah kita di ajar menghormati agama lain?
Peranan ahli politik pula, TOLONGLAH!! Jangan jadikan isu agama ini sebagai mainan politik. Setiap baik kata-kata ahli politik parti lawan diimbas dan dicari kesalahannya dan dibalas dengan kata-kata menjatuhkan dan cemuhan. Bila timbul isu agama seperti ini, bukankah lebih baik kita BERSAMA dan berpegang kepada prinsip Islam yang SATU?
Peranan media pula, sama ada bebas ataupun berpendirian, tolonglah jangan buat SPEKULASI dan PROPAGANDA LIAR. Hentam sini hentam sana. Gereja terbakar terus salahkan umat Islam, adakah itu berdasarkan fakta atau hanya tuduhan sedangkan segalanya masih dalam siasatan?
Peranan saya, tulis artikel ini dan sebarkan pemahaman yang lebih positif.
Fikirkan, kita selalu anggap perbalahan kaum dan politik boleh memusnahkan keharmonian negara. Tapi, SEDARKAH KITA PERBALAHAN AGAMA MAMPU MEMUSNAHKAN SEGENAP TAMADUN MANUSIA DAN DUNIA?
Sejarah telah buktikannya.
Wallahualam..
Terima kasih.
-
biasalah tu, sebab pada aku islam di malaysia hanya akan memuncak jika perkara-perkara sensitif semacam ni tercetus. Tapi kalau melibatkan rasuah, skandal seks, dadah, apa2 jadah lagi diorang takde pulak nak buat macamtu. Takde pulak yang nak sampai putus anak tekak bersuara.
ReplyDeleteDan ada 'pihak' yang dulunya sibuk sokong penyamarataan agama, kini sibuk pula mendesak itu dan ini. Macam lalang.
Jangan hanya menang sorak tapi kampung tergadai, so think utk menjadi umat islam yang tidak dipandang rendah oleh orang lain
Nice post, cal.
ReplyDelete-kudozu
well aku still tak rasa salah kalau orang bukan islam claim Allah is their god.
ReplyDeleteAllah tu bukan milik siapa-siapa mahupun islam. kita yang milik allah :DD
bila kau kaitkan dgn politik, i could say, nice one :)
Allah memang bukan milik sesiapa, dan memang Allahlah pemilik seluruh alam beserta isinya.
ReplyDeletetaspi kita kena tahu, setiap perkara ditentukan berdasarkan ciri2 tertentu. dalam kes ini, rujuk surah al-Ikhlas. kalau Tuhan yang dicanang oleh agama selain Islam tak sama konsep & ciri2 macam apa yang dah dijelaskan, jadi kenapa perlu dibahaskan lagi.
aku cukup tak suka bila ada orang gunakan fakta merepek untuk kuatkan hujah mereka.. sorry to say.