Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 5, 2010

Perempuan Makhluk Rumit #5 : Ingin Dihargai? Belajar Menghargai Dulu...

this is fifty-second...
..and I'm sorry...


Sebelum apa-apa, biar aku jelaskan dulu yang entri ini hanya berdasarkan pemerhatian dan memahaman aku sebagai lelaki, tidak ada niat mahu melabel sesiapa..
Seandainya anda terasa, itu hanya kebetulan sahaja..
Kalau marah dan nak lepaskan, silakan bg komen 'membina' anda..




'INGIN DIHARGAI? BELAJAR MENGHARGAI DULU...'

Dari ayat tersebut,
aku seolah-olah mcam tujukan ke perempuan..
Namun hakikatnya, penyataan di atas adalah universal..
Lelaki dan perempuan...

Pengalaman aku,
bila kita bersama seseorang,

bg laki, at least perlu ada rasa hormat pasangan terhadap kita...
Mungkin dari inilah perempuan banyak kata lelaki
'EGOIS' tp tak betul ke penyataan aku tu??

Lelaki (bakal) ketua keluarga,
maka seharusnya lelaki dihormati..
keputusannya didengar, kalo tak setuju, dibincang...
Bukan bererti perempuan sentiasa kena kongkong,
tapi keharmonian perempuan dijaga apabila dilindungi lelaki,
disayangi lelaki,
dibelai lelaki,
dimanja lelaki...

Ok,
aku takmo masuk hal lelaki yang jadikan perempuan tempat lepas amarah..
dilempang, dipukul, disepak, diterajang..
aku sendiri sbg lelaki pon tak setuju,

Namun,
adakah ini bermaksud lelaki tak boleh bertegas dengan perempuan??
Alaaa,
setakat tinggi suara sekali sekala, apa salahnya??
Kata perempuan penuh dengan kesabaran...
So, kalo dah sayang, sabar je laa...




Perempuan,
tepuk dada sendiri,
adakah anda mahukan lelaki yang SENTIASA menurut kata anda??
jika jawapan anda
'YA'
aku ucapan
'GOOD LUCK!' dalam mencari TEMAN HIDUP...
bg yang dah berkahwin dan mahukan suaminya begitu,
juga ucapan '
GOOD LUCK' dalam mempertahankan rumahtangga...
Mungkin ni jugak punca perceraian yang mcam mainan org masa kini..

Aku pernah jumpa orang yg merungut tentang dirinya tidak dihargai..
dan aku tergelak terhadapnya...
Sbb seingat aku laa,
dia susah nk menghargai lelaki..
memaksa orang lain berubah dengan alasan masa depan,
adakah itu perbuatan orang yang menghargai??


Just don't put all the blame on the opposite site,
because one finger points to other is 4 fingers back to you...
Kita manusia, jika kita kata orang salah,
adakah kita tak pernah buat salah??

Yang penting, diberi peluang..


(gambar kredit kepada Ashley Wood)



4 comments:

  1. ape kene mengena menghargai dan dihargai dengan lelaki boleh tinggi suara? bertegas ada caranya, bukan dengan meninggi suara. Lelaki pon tak suka di tinggikan suara bila menegur, apatah lagi wanita yang hatinya sememangnya rapuh dan mudah terguris.

    wanita bukan nak lelaki menurut kata sentiasa. lelaki pon bukan nak wanita yang macam pak turut semata.

    wanita nak lelaki MENDENGAR/ a good listener, tapi itu lah yang selalu tak ada pada lelaki. lelaki jarang mendengar. sebab tu mereka tak paham wanita.

    ;) agaknya penulis blog belum berkahwin..makanya sifat wanita masih janggal dari pemahaman anda

    ReplyDelete
  2. sabar cik anggun,sabar...
    TQ sbb bace entri smpai abes..
    tp cik anggun terlpas stu poin di awal entri,

    aku dh bgtau dh itu adalah pemahaman n pemerhatian aku (sbg lelaki) ttg perkara tersebut...
    dan ia tak bermkna ianya FAKTA!!

    mcam cik anggun,
    ada pndgn terhadap ape yg perempuan mahu...
    itu mgkin utk kebyakan perempuan,
    mungkin diri cik anggun sndri,
    tp ia tak bermakna ianya FAKTA utk sume perempuan..

    btw, thanks 4 d komen..
    u really brighten my day!!

    ReplyDelete
  3. salam,

    izinkan saye sang lelaki bujang trang tang tang yang masih belum berkahwin melontarkan sedikit fakta dan pendapat~~ ngee~~

    1. mostly suara lelaki adalah diciptakan untuk bersuara lantang, kasar, dan nada atau pitchingnye agak tinggi dari perempuan (fakta). Dan bagi saye, maksud si penulis blog adalah kadang-kala si lelaki ni nak bertegas, tapi bukan bermakna dia marah. Dan dari pemerhatian saya, perempuan selalu misjudge dengan suara lelaki. Ini selalu berlaku di dalam perbualan di telefon (pendapat). Abaikan lelaki yang suka maki hamun, atau jenis hot tempered, ni mmg tak boleh diselamatkan dah. Tapi untuk sesetengah lelaki yang jarang-jarang naik marah, bila mereka bertegas kadang-kadang nada agak sedikit lari. Yelah suara adalah dari getaran udara di kotak suara, so kalo terlebih sedikit compression akan menghasilkan runut bunyi yang kuat berbanding perempuan dicampo plak dgn sifat fizikal suara lelaki yang macho garau gitu.

    2. kebanyakan lelaki suaranya di hati, bukan di mulut, ini berbeza dengan perempuan (fakta). So jage-jage dgn lelaki yang bermulut manis sgt (OT). Apa yang saye nak sampaikan adalah, perempuan KADANG KALA menganggap lelaki tidak pernah menghargai mereka, tapi andaian ini sedikit tersasar. Ini kerana lelaki (kebanyakan) lebih suka menghargai perempuan dengan perbuatan dari kata-kata mereka (pendapat).

    tu je la yg dpt dulu dihuraikan, kang pjg sgt bukan komen tapi cerita. Pendek kate, bila ada konflik, cari jalan penyelesaian, bukan saling tuduh menuduh siapa yang patut dipersalahkan. So lihat diri, anda di mana???

    ReplyDelete
  4. oh lupe nak tambah, dah sent baru ingt. Ini yang saye pernah dengar dari rancangan Dr. Fadzilah kamsah, beliau pernah berkata, lelaki mempunyai cara yang berbeza untuk menerima maklumat berbanding perempuan. Mereka menerima maklumat satu-satu dalam satu masa dan tidak boleh disumbat dengan pelbagai jenis maklumat sekaligus. Ini akan membuatkan otak mereka serabut untuk menilai mana satu yang lebih penting utk di digestkan.

    dan satu lagi, beliau juga pernah berkata, kadang-kadang perempuan salah masa untuk meluahkan masalah atau apa-apa maklumat kepada sang lelaki. Tatkala si lelaki bermasalah, atau tengah konsentret pada sesuatu benda. Tidak salah bukan untuk menunggu? Patience is virtue~~~

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License