Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 10, 2010

Aku yang Tak Pandai Beri Nasihat

one-seven-eight
I'm sorry..



Memang tipikal, tapi dulu aku sendiri pernah melabel orang yang tak bertudung adalah tak baik, yang bertudung tu baik, dan yang bertudung labuh sangat baik tahap alim. Tapi itu dulu..

Hari demi hari, bila angka bertambah satu demi satu dalam umur aku, aku dapati yang tidak bertudung tak semestinya tak baik, dan yang bertudung tak semestinya baik. Mesti kalian pernah dengar cerita perempuan bertudung labuh nak sorok perut boyot mengandung anak luar nikah, kan??



Ini dialog seorang gadis dengan aku.

Gadis : Awak, bulan puasa dah nak dekat. Patut ke saya pakai tudung?
Aku : Kenapa tanya?
Gadis : Saje..sebab kalau awak nak saya pakai tudung, saya pakai..

Aku terdiam sekejap memikirkan jawapan.

Aku : Awak, awak tahu kan saya tak boleh cakap awak patut pakai atau tidak.
Gadis : Kenapa?
Aku : Sebab kalau saya suruh awak pakai, dan awak pakai, saya bakal rasa bersalah seumur hidup sebab awak pakai sebab saya bukan sebab awak memang nak pakai..

Gadis itu menganggukkan kepala.

Aku : Jugak, kalau saya cakap awak tak payah pakai sebab awak nampak lagi hot bila tak pakai tudung, dan awak tak pakai, saya juga akan rasa bersalah seumur hidup sebab buat awak tak pakai tudung.

Gadis itu masih menganggukkan kepala.

Aku : Saya tak suka ditimpa rasa bersalah seumur hidup memandangkan saya ni seorang yang pentingkan diri sendiri. So, jawapan kepada soalan awak ialah...
hanya awak ada jawapannya, BUKAN SAYA.


Gadis itu berhenti menggangguk.

Gadis : Saya faham. Awak memang pentingkan diri sendiri. Tapi saya suka jawapan tu.

Aku sedaya upaya tak nak menunjukkan yang aku sedang beri nasihat dengan berkata 'aku pentingkan diri sendiri', tapi dia terlalu pandai untuk tak menyedarinya. Aku kalah.


------------------------------------------
Basically, pada pandangan aku, berkawan dengan seseorang bukanlah hanya berlandaskan bertudung atau tidak bertudung. Aku pasti mereka sangat tahu hukum pemakaian tudung. Ianya terletak kepada individu itu tersendiri. Memang kita boleh menasihati, tapi MENEGUR bukan hanya satu cara kita ada. Ada beribu cara lain mampu kita lakukan, tanpa meninggalkan kesan malu, sakit hati atau luka kepada individu yang ditegur. Kita ada akal, gunakan.


p/s:
Sudah tentu, kalau gadis tidak bertudung menjadi isteri aku, aku akan suruh dia bertudung ketika keluar dari rumah.


9 comments:

  1. aku setuju beb..reality dkt UTM ni..kalau nak carik kawan semua kalau boleh nak cari yg xbetudung..konon baru Up kalau kawan dgn geng2 camni..nmpak town sket kot..bulshit sgt.

    ReplyDelete
  2. aku x fhm nape ade lelaki x suke perempuan bertudung, sakit hati dgr :'(

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. masalah timbul bila orang mula keliru antara hukum agama dan adat..

    bertudung itu wajib..
    takde toleransi disitu..
    adat melayu wanita bertudung dilihat seharusnya lebih sopan sesuai dengan sifat semulajadi wanita bertudung..
    tapi bertudung saje tak cukup..

    bila dah bertudung..
    perangai kena sesuai..
    pakaian kena sesuai..
    aku tak kate kena suci murni naif tulus ikhlas dan bla..bla..bla..
    tapi biar sesuai dengan sifat semulajadi wanita bertudung..

    dan perempuan tak bertudung tak semestinya tak baik..
    cuma mungkin mereka takut untuk memulakan komitmen..(dengan tudung)
    pada aku lagi bagus dari yang bertudung tapi pakai baju lengan pendek..
    mcm xde beza..

    ReplyDelete
  5. aku nak komen mcm cha..sekian komen saya..tq..

    ReplyDelete
  6. aku sokong kata2 ko cero..

    ReplyDelete
  7. yup...tudung x brtdg k....jht n baik de dlm diri msing...
    tp aku pnh igt ayt ustaz aku msa skol dlu...bg die..klu pompuan x brtdg...jht...lku pompuan bertdg...de dua jenis...jht n baik...

    aku pon rase x ksh la pki tdg k x...
    asal hti baik kan...n hrp lm2 tbka hti tok brtdg...x yah la tggu tua bru nk brtdg...hehe3
    btw cma aku mmg x ske org yg brtdg tiba2 nk free...aiseh..kkal kn la brtdg kan elok..

    ReplyDelete
  8. masa kecil, waktu nak mula pakai tudung..aku pakai sebab adik aku pakai..ala, baru darjah 3, rileks la kan..adik aku pakai sbb dia malu rambut dia kerinting, nanti org ejek.so bila dia pakai, aku pn terpaksa pakai. pehal adik pakai, kakak tak pakai kan. hm.

    tp alhamdulillah aku pakai sampai sekarang, dan bkn sbb adik aku lg.

    ReplyDelete
  9. rasanya sume org da bleh pikir sndiri pasal kewajipan brtudung...
    so atas individu sndiri la...
    tp yg wajib ttp wajib...
    jgn nk label yg bertudung baik, x bertudung jahat cz sume org bleh wt kesilapan...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License