Salam.
Bertemu kita sekali
lagi di dalam Siri Angker.
Seramnya
sesebuah cerita itu tidak hanya bergantung kepada isi dan jalan ceritanya
sahaja. Malah terdapat juga faktor luar lain yang memain peranan. Antara faktor
luar yang dapat aku kenal pasti ialah faktor ketinggian imaginasi pendengar,
suasana persekitaran ketika mendengar, dan juga perasaan ‘dekat’ dengan cerita
yang disampaikan.
Untuk minggu ini, aku akan berkongsikan sebuah cerita yang (pada aku) sangat dekat dengan diri aku. Cerita ini disampaikan oleh seorang kenalan perempuan yang pernah menginap di asrama puteri (aspuri) di sebuah sekolah berasrama penuh.
Untuk minggu ini, aku akan berkongsikan sebuah cerita yang (pada aku) sangat dekat dengan diri aku. Cerita ini disampaikan oleh seorang kenalan perempuan yang pernah menginap di asrama puteri (aspuri) di sebuah sekolah berasrama penuh.
Sudah
menjadi kebiasaan, pelajar di sekolah berasrama akan berkongsi menggunakan
kemudahan yang tersedia ada di asrama untuk kehidupan seharian. Bilik basuh,
bilik TV, bilik mandi dan bilik belajar (bilik study) tidak menjadi hak milik
sesiapa, semuanya dikongsi tidak kira oleh pelajar senior mahupun pelajar
junior.
Semakin
menghampiri waktu peperiksaan, sama ada peperiksaan besar, peperiksaan penggal
mahupun sekadar ujian bulanan, bilik study akan menjadi tumpuan ramai. Dek
kerana peraturan keras asrama melarang sebarang lampu dibuka selepas jam 12
malam, hanya di bilik study sahaja pelajar dibenarkan menyambung usaha menelaah
buku pelajaran dan menyiapkan tugasan persekolahan.
Cerita
bermula apabila Trisha dan Foziah merancang untuk mengulangkaji pelajaran di
bilik study selepas jam 12 malam nanti.
“Kena
cepat tau, Tri. Kalau lambat nanti tak dapat meja bawah kipas,” kata Foziah.
“Alaa,
Fo. Kau pergilah chop dulu letak buku ke, botol air ke. Aku nak lipat baju yang
aku baru angkat dari ampaian tadi dulu,” balas Trisha.
Mereka
berdua bukannya selalu menghabiskan masa di bilik study. Kalau diikutkan, tidur
lebih menyeronokkan. Tapi memikirkan ujian bulanan yang hampir tiba, dan masih
banyak lagi bab dari subjek Sains Tingkatan Tiga yang belum mereka kuasai,
nikmat tidur terpaksa diketepikan dahulu.
Jam
menunjukkan pukul 12.30 pagi.
Bilik
study penuh dihuni pelajar yang ingin mengulangkaji. Hampir setiap kerusi yang
disediakan diduduki pelajar. Meja juga dipenuhi dengan buku-buku pelajaran. Suasana
sedikit hingar-bingar kerana ada pelajar yang masih berbual-bual dan belum
memulakan aktiviti mengulangkaji. Kadang kala terdengar suara meminta keadaan
supaya diam, tapi diamnya takkan bertahan lama. Maklumlah, bila berkumpul
sesama kawan, ada sahaja topik perbualan yang mahu diceritakan.
Trisha
berjalan laju dari dormnya menuju ke bilik study. Dia sedar dia sedikit lewat.
Dalam hatinya terbayang wajah tidak puas hati Foziah dan seribu alasan yang
bakal dikeluarkannya. Sesampai sahaja Trisha di bilik study, merayap matanya
mencari kelibat Foziah. Nampaknya Foziah gagal mendapat kedudukan strategik di
bawah kipas kerana ketiga-tiga spot bawah kipas sudah dikuasai pelajar-pelajar
yang lebih senior. Lalu mata Trisha tertumpu ke arah satu kelompok meja di
sebelah tingkap. Ternampak susuk badan Foziah tertunduk membaca nota dengan
telinganya disumbat fon telinga.
“Woi,
sorry lambat. Banyak pula baju kena lipat tadi,” sergah Trisha. Melihat Trisha
di sebelah kirinya menarik kerusi untuk diduduki, Foziah menanggalkan sebelah
fon telinganya dan kemudian berkata;
“Ah,
banyak kau punya alasan. Sudahlah kita tak dapat tempat bawah kipas. Kena pula duduk
tepi tingkap. Tak best tahu, duduk tepi tingkap. Banyak cicak.”
Ya.
Keburukan duduk di tepi tingkap ialah kewujudan cicak yang kadang kala tak
peduli akan kehadiran manusia. Sama ada mereka mahu bergaduh, bernyahtinja,
mengawan, mahupun sekadar duduk diam tanpa gerakan, langsung tidak dipedulikan
manusia yang berada berhampiran.
Tanpa
membuang masa, Trisha terus membuka buku Sains dan memulakan sesi menelaah.
Secara peribadi, Sains bukanlah satu subjek kegemaran baginya. Dia lebih
gemarkan subjek bahasa dan sejarah. Namun bab pertama subjek Sains Tingkatan
Tiga sangat menarik perhatiannya. Sekali sekala terdengar Trisha tergelak kecil
melihat entah apa rajah di buku rujukannya itu.
Jam
sudah menunjukkan pukul lima minit selepas satu pagi.
Belum
pun habis satu bab, mata Trisha sudah menjadi berat. Syaitan bergayut di bulu
mata membuatkannya terasa mahu memejam. Trisha berpaling ke arah Foziah di
sebelah yang kelihatan sangat fokus dengan apa yang dibacanya.
“Fo,
aku mengantuklah. Ada gula-gula tak?” Tanya Trisha.
“Tak
adalah, Tri. Minumlah air masak yang aku bawa ni.” Foziah menghulurkan botol
air mineral yang dibawanya. Trisha meneguk dua tiga kali dengan harapan dapat
menghilangkan rasa mengantuknya, tapi ia hanya bertahan selama dua tiga minit
sahaja.
“Fo,
aku rasa aku nak nap sekejap. 5 minit. Nanti kau kejut aku boleh?” pinta
Trisha.
“Okey,”
jawab Foziah, ringkas.
Trisha
pun menolak bukunya ke tepi. Berbantalkan lengan, dia merebahkan kepalanya ke
meja dan selepas beberapa saat, hilang diulik mimpi.
Lima
minit sudah berlalu, Foziah mengejutkan Trisha dari tidurnya.
“Tri,
dah lima minit dah. Bangunlah. Kata nak sambung study.”
Merasakan
tidurnya masih belum cukup untuk dihabiskan, Trisha meminta tambahan 5 minit.
Foziah hanya menggelengkan kepala, menurut saja kehendak Trisha itu.
Jam
sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi.
Trisha
terjaga dari tidurnya sendiri tanpa dikejut Foziah. Dengan mata kuyu, dia
memerhatikan sekeliling bilik study. Jumlah pelajar sudah berkurangan, mungkin
sudah ramai yang menghabiskan sesi ulangkaji mereka dan pulang ke bilik dorm
masing-masing. Trisha kemudian menjeling ke arah Foziah di sebelah. Foziah
mengadap ke tingkap sambil bertongkatkan lengan kirinya membaca nota di tangan.
Melihat
Foziah yang tekun mengulangkaji, Trisha senyum seorang diri. Namun desakan
matanya yang semakin layu memaksa Trisha untuk kembali berbantalkan lengan dan
menyambung nap-nya.
“Lima
minit lagilah,” ujar hati Trisha kepada diri sendiri.
Setelah
beberapa ketika, Trisha sekali lagi terjaga dari tidurnya. Melihat sekeliling,
tiada lagi pelajar lain yang berada di bilik study itu selain dirinya dan
Foziah di sebelah.
“Alamak,
aku terlajak tidurkah?”
Trisha
melihat jam di dinding. Jarum pendek ke arah angka tiga manakala jarum panjang
tegak di angka dua belas. Sudah pukul 3 pagi.
“Fo,
dah pukul tiga dah. Kenapa kau tak kejut aku, wei?”
Trisha
menolak bahu Foziah tanda tidak puas hati. Masakan tidak, satu bab pun tidak
dihabisnya mengulangkaji. Sedar-sedar saja sudah pukul tiga pagi.
Tindakan
Trisha itu tidak diendahkan Foziah. Foziah masih lagi bertongkatkan tangan
kirinya mengadap tingkap di sebelah kanan sambil membaca nota.
“Kenapa
kau tak kejut aku, Fo. Habislah aku. Banyak lagi tak baca ni…”
“Kau
dah bangun?”
Suara
garau dari Foziah itu sedikit mengganggu Trisha.
“Aku
bukan tak nak kejut kau, tapi aku suka tengok kau tidur tadi.”
Tangan
kiri Foziah diturunkan ke atas meja. Kepalanya masih memandang ke kanan.
Perlahan-lahan kepala Foziah berpaling ke arah Trisha di sebelah.
“Tapi
malangnya aku tiada mata untuk tengok kau tidur dengan nyenyaknya, Trisha.”
Trisha
terkejut melihat wajah Foziah. Wajah Foziah yang memaling ke arahnya itu tidak
mempunyai mata, hidung dan mulut. Wajahnya kosong. Namun walaupun wajah itu
kosong, tapi jelas di permukaan kulitnya, wajah itu sedang tersenyum dan tepat
memandang ke arah Trisha.
“Kau
sambunglah tidur. Biar aku teman kau di sini lagi.”
Dari
cerita penghuni aspuri yang lain, terdengar jeritan yang kuat memecah hening
pagi dari arah bilik study pada jam tiga pagi. Trisha dijumpai kaku keseorangan di bilik study
keesokan paginya. Foziah tidak pernah datang ke bilik study pada malam itu
kerana tertidur di katil di bilik dorm-nya.
Selamat
mengulangkaji pelajaran di waktu malam. Pastikan anda kenal siapa yang menemani
anda di sebelah.
Lagi di dalam Siri Angker:
#1 Misteri Jiran Rumah Atas.
#2 Misteri Peristiwa Di Koridor Sekolah.
#3 Misteri Bilik Basuh Blok B.
.
Ahahaha ini angker siot!
ReplyDeleteRajin bebenau budak-budak form 3 study tengah-tengah malam
Aku dok umah jek time tuh, dok guling guling tengok tv dengan seronoknya tanpa rasa bersalah..XP
Delete>Mona
DeleteHahaha. Bukan yang selalunya tak rajin ialah lelaki ke?
Sekolah aku dulu ujian biasa je pun budak perempuan semua study tak hengat dunia, yg laki sibuk tunggu giliran baca komik Wira Tunggal. Hahaha
Berdasarkan telahan kau, agaknya aku ni lelaki sebab aku pun tunggu giliran baca komik Jengking Merah time tu. Sambil tu duk giir-gilir baca Siri Maskeret Cinta. Hahahaha.
DeletePendek kata..
Aku pun malas, bro..
Dulu..
Kini..
dan selamanya..
>Mona
DeleteSiri Maskeret Cinta WIN!
Teringin nak baca sekarang, mana boleh dapat entah...hahahah
Aku mengklasifikasikan diri aku sebagai genderless/agender so dedua pun aku ada.. Nak baca, jemputla datang ke rumah..hahaha..
Delete>Lee
DeleteJangan jemput sebarangan Lee.
Aku datang betul2 nanti. Hahahaha
Haha..kau mention wira tunggal teringat pulak dulu aku suka baca. Yang paling aku ingat hero dia mesti leher besar n badan besar pastu awek semua mesti rendah parat dada hero je. Haha..
Delete>Bro Ley
DeletePastu yang perempuan semua muka lebih kurang sama, warna rambut je lain. Pastu semua hot belaka. Hahahah
Another version of hantu bilik study...hahaha..
ReplyDeleteAku tak rasa keangkerannya sangat sebab tak pernah pi stay up study kat bilik study..so tak rasa dekat gittew.. XP
>Lee
Deletehahaha. Aku tau apa yang boleh angkerkan kau. Makcik jual kuih dekat tingkap bilik kau, kan? Hehehe
SALAH..!!! Ahahahaha..
DeletePaling angker pada aku ialah kalau tengah melepaskan hajat, pocong muncul teman kat sebelah.. =~= Angker dari segala sudut weyh..
Aku terbayang hantu kak limah... huhuhu
Delete>Lee
DeleteHahahaha. Mencicit aku lari keluar jamban kalau camtu.
Potong stim je orang nak berhajat, dia pulak buat jahat.
Hahahaha
Warghhh!! meremang bulu tengkuk walaupun membaca di pagi hari..hampes!! seb baik aku dh xsekolah..hahahah!!
ReplyDelete_pu3aan_
>pu3aan
DeleteHahaha. Siapa kata lembaga takde muka tu kacau budak sekolah je? Hehehe
Mak aihhhh, nasib baiklah dulu sekolah harian je. Kalau tak, mahu menangis kalau benda ni terjadi.
ReplyDelete>Farah
DeleteAku ada cerita seram jugak untuk sekolah harian.
Nanti aku try kongsi. Maybe beberapa bulan lagi. Hehehehe
Takpelah cEro. Terima kasih ya. Tak nak dengar or baca cerita seram. *tutup mata dan tutup telinga*
Delete>Farah
Deletehahahaha. Farah jangan macam tu.
Kang nanti sampai sudah tak berkunjung ke blog ni. Hehehe
Sains tingkatan tiga mmg sgt menyeronokkan *ketawa kecil
ReplyDeleteMemandangkan ketinggian imaginasi agak rendah, suasana persekitaran ketika membaca di siang hari, dan juga perasaan ‘jauh’ dengan cerita yang dibaca membuatkan tak rasa seram.
(Poodah Zyra yang kau terketar bawah comforter lepas terbaca novel sambungan the Ring tu pekebende)
>Zyra
DeleteHahahaha Z. Bab imaginasi rendah tu macam tak caya je.
hahahah
Kenapa? :3
Delete>Zyra
DeleteC'mon girl. You read books and you draw yourself blue hair, takkan nak kata imaginasi rendah plak? Hehe
msa form 3 xde nye study tgh2 mlm. haha. form 5 pon berjaga sbb terpaksa je. hihi
ReplyDelete>najwa zahid
Deletehahahaha. Masa sekolah dulu pon sama jugak. Last minit je study tu pon tahan 45 min je. Hahaha
aih.. ni cerita seram lah.. saya baca gelak pulak dah. huhu..
ReplyDelete>Amna Shark
DeleteJahatnya Amna, gelakkan certia seram orang...
Hehehehe
tri dan fo ada tak kawan nama wan, tu dan fai? haha.
ReplyDeletesetiap asrama penuh memang ada cerita angker nya yg tersendiri. histeria berantai la, basuh baju dengan 'kawan'la *meremamang pulak type ni* hahaha.
>NADIA vs BERON
DeleteSebut psal histeria berantai, nak sangat duduk berbual dengan sesiapa yang pernah alaminya. Pernah jugak cari dan nak dapat dah, tapi orang yang pernah alami histeria berantai lebih tak nak mengaku dan sorok kebenaran, so sangat susah nak kaji kes camtu :(
Peh..baru aku perasan lepas baca komen nadia. Hari tu cerita hantu ada Wan & Tu...
DeleteKali ni citer hantu ada Tri & Fo pulak...
Dah boleh agak dah lepas ni mesti Fai & Sik. Hahaha...
>Bro Ley
DeleteHahahaha. Itu semua hanyalah konspirasi teori. Tak ada bukti yang sah. Hahahahaha
err..seram ni, rase mcm takut plak nak tgk muka org sebelah skg ni ;/
ReplyDelete>namy yul
DeleteHahaha. Jangan bayang yang bukan-bukan sudahlah :)
Aku saje jek nak baca time malam supaya aura keseraman itu menusuk jiwa. Dah k bye nk tgk tv. Hahha
ReplyDelete>Miss Fireflies
DeleteHahaha. Jadi? Apa macam penangannya?
Dan aku baca ni tepat pukul 12.24 mlm ditepi sliding door yg masih belum berkunci. Naseb...another tough night! Pakat ramai2 la post cte hantu. TT__TT
ReplyDelete>Yura Yu
DeleteHehehe. Bertabahlah Yus. Kau kena pakai selimut tebal kasi perlindungan kukuh sikit. Hehehe
Hahaha kesian yura. Tak jadi la aku nak up cerita angker malam ni (sebenarnya takut nak lukis hantu lepas baca cerita cero)
Deletenasib hang baik Yura sebab aku takde cite2 angker ni, paling angker pun bila 'ditindih' oleh sesuatu dalam tidur. tp itu pun dah ada penjelasan saintifik jd takdelah angker, wahahaha.
Deletehm, best jugak main tindih2 ni
>ben
DeleteSaiyaa maaahuuu nenek kebaya merah!!!
Hehehehe
>Zyra
DeleteRasanya laa kan, boleh tak nak kata yang saintifik explanation untuk fenomena kena tindih tu sekadar sains cuba nak masuk akalkan apa yang berlaku je, sbb rasanya hanya orang yang pernah kena je tahu bagaimana keadaan sebenar dan betapa helpless-nye waktu kena tindih tu. Hehehe
@cEro
DeleteAku rasa yg kena tindih tu kau kena accept saintifik explanation dia. Sebab aku pernah kena and aku langsung xde rasa mcm aku kena tindih dgn makhluk halus pun.
Tapi, aku still percaya jugak ada org masa kena tindih tu betul2 dia kena tindih dgn makhluk halus la... Cuma aku x pernah kena yg tu..,
>Bro Ley
DeleteAku macam pernah kena tapi tak pasti itukah yang orang kata kena tindih. Pada aku, kena keep calm je bila benda tu berlaku. Kalau lagi gelabah, lagi besar after effect dia nanti...hehehe
my weblog
ReplyDeletehttp://cerolian.blogspot.com
terima kasih...
Aku tak rasa seram, tapi aku rasa kelakar. Huhuhu... sorry C. Aku sebenarnya agak susah nak rasa seram bila baca cerita2 anker, walaupun aku ada pengalaman anker sendiri. Nanti2 lah aku cerita kat blog kalau rajin... tapi aku rasa maybe cerita anker aku pun akan jadi kelakar jugak... meh
ReplyDeleteHati kau keras, Roy!
Delete>plain83
DeleteNeh. Aku study cerita seram dan elemen dalamnya.
Aku tahu medium tulisan (cetak atau elektronik) adalah medium paling lemah dalam penceritaan unsur seram.
Nak tahu apa medium paling berkesan?
Lisan. Hehe
Aku nak tahu jugak cerita angker kau tu.
Seram tak seram itu cerita no. 459, yang utama cerita dulu. Hehehe
Nanti aku cerita pasal opis aku plak.. huhuhuhu
ReplyDelete>Aujinz
Deletehahahaha...
Rasanya dari hari tu kau komen benda yang sama.
Mana ceritanya, mana?
(dlm twitter tak kira...hehehe)
tetiba teringat roomate. hhahhahaha. apakahhhh?? T^T
ReplyDeletesuka betul buat cerita hantu yg dari kawan jadi hantu kan? hahahhaha.
>BV
DeleteBasic plot cerita angker asrama banyaknya berkisar macam tu laa, something biasa dan regular jadi out of expecatation.
Sebab di zaman sekolah, kawan yang paling rapat, so kalau kawan jadi hanti, daya kesanan dia lebih sikit. Hehehe
Rasanya cerita ni x jadi seram sebab yg study tu form 3 kot. Aku rasa time form 3 kebanyakannya belum nak rajin sgt nak stay up lewat2. So, tak berapa nak dekat dgn aku cerita ni.
ReplyDeleteBtw, hostel kau ada sediakan bilik study eh... Aku dulu study waktu prep je la kt kelas, kt hostel utk tido je...Tak pernah pulak aku nak pergi kelas kt sekolah tu malam2. Seram woo..
Tapi yang paling aku seram kat hostel ni ialah kalau air xde, seksa betul..haha...
>Bro Ley
DeleteHahahaha...Sekolah aku form 3 dah study malam dah, tambah2 lagi bila nak dekat test or exam.
Hostel aku ada sediakan bilik study. Dua blok satu bilik bersaiz dua dorm. Tapi limit sampai pukul 2 je, kalau lebih nanti warden marah.
Takde air memang paling seram..Bukan setakat muka seram tak mandi, bau pun tahap angker dah...hahahahaha