Salam.
Aku sepatutnya publish entri ini lebih awal,
tapi oleh sebab minggu lepas mood tak berapa nak okey,
jadi aku tak mahu entri ini termasuk sekali ke dalam dark week aku itu.
Maka, terterbitlah entri ini hari ini.
Awal Januari yang lalu (lebih tepat lagi 4 Januari 2016),
Zyra dari blog ZyraRoxx telah menerbitkan satu entri mencabar aku dan Plain83 untuk melukis OC (original character) Zyra si rambut biru.
Baca entri cabaran tersebut di sini.
Zyra juga melukis OC aku dengan comelnya di dalam entri itu seperti gambar yang aku curi di atas.
Untuk nota,
original characters (OC) bermaksud watak rekaan sendiri mengenai sesuatu (selalunya spin-off dan fan fiction untuk sesebuah cerita yang sudah sedia ada). Tapi dalam kes ini, OC adalah representasi diri si pelukis sendiri dalam bentuk maya. Sesetengah kita gelarnya sebagai avatar.
So,
challenge accepted!
*muka Barney Stinson*
Plain sudahpun dengan jayanya menyiapkan cabaran tersebut.
Baca entri Plain di sini.
Sekian introduction, masuk isi utama.
First of all,
I don't usually do tags.
Kecuali bila aku rasa perasaan 'macam menarik je kalau buat', so aku buat.
Untuk tag (aku sebut sebagai cabaran) kali ini, aku diminta untuk melukis.
Disebabkan melukis adalah antara perkara yang aku suka buat, jadi aku buat.
Tapi,
melukis sahaja bukannya perkara mudah.
Apatah lagi aku perlu melukis OC orang lain.
Kalau lukis OC sendiri, pejam mata pun boleh buat.
Tapi sebab kena lukis OC orang lain, banyak perkara aku kena consider.
Berikut adalah cabaran yang aku lalui untuk melukis OC Zyra.
1. Perlu diingatkan, seperti pelukis kartun lelaki yang lain, kelemahan nyata aku ialah aku tak pandai lukis perempuan. (Tapi Aujinz power lukis perempuan. Boleh jatuh cinta oo tengok awek bertudung yang Aujinz lukis) Jadi nak lukis Zyra yang obviously perempuan, itu satu cabaran yang sangat mencabar.
2. Setiap OC, atau mana-mana watak lukisan itu sendiri, terdapat ciri-ciri khusus yang membuatkannya spesifik dan istimewa untuk watak itu. Contohnya, kita kenal Naruto dengan rambut kuning, mata biru dan ada tiga garisan di pipi kiri dan kanannya. Kita kenal Spongebob dengan tubuh kotak berwarna kuning dan badan berporos. Kita kenal cEro (hahaha, siapa 'kita' tu?) dengan rambut pusing di depan dan berbaju kuning.
3. Jadi mula sekali, aku perlu mengenalpasti OC Zyra. Apa yang menjadikan Zyra, Zyra. Setelah beberapa jam mengkaji, pertama yang sudah obvious ialah Zyra berambut biru. Zyra juga keluarkan vibe seorang 'emo girl' dalam OC dia dari cara pemakaian dan rambut yang menutup sebelah mata.
4. Meletakkan pengenalan Zyra itu sebagai penanda aras, aku draft watak Zyra guna komputer dan terhasillah lukisan seperti di bawah:
5. Kalau kalian perasan, lukisan di atas lebih kurang sama dengan lukisan di header blog ni, kan? Sudah tentulah sama, sebab aku guna tracing base lukisan yang sama dan masukkan characteristics Zyra (rambut biru, baju emo dsb) ke dalamnya. Hehehe.
6. Tapi ia tidak habis di situ. Lukisan di atas hanya guna basic profiling dan aku tidak masukkan gaya lukisan aku. Maka aku kembali ke kertas putih kosong dan mula melukis dengan menitikberatkan segala characteristics Zyra yang ada. Lukisan ini perlu ada gaya lukisan aku sendiri tanpa perlu meniru 100% gaya lukisan Zyra.
7. Kalian sedia maklum, aku tidak lukis terus ke komputer (dengan menggunakan tablet atau mouse), sebaliknya proses aku ialah lukis atas kertas guna pen, scan ke komputer guna scanner, edit dan warna guna software. Proses itu makan masa 3-4 kali ganda lebih lama daripada guna tablet dan mouse terus. But I'm okay with it.
8. Hasil bertungkus-lumus beberapa jam kemudian, maka wujudlah lukisan Zyra seperti di bawah:
9. The color is not always true. Gaya lukisan aku kebanyakkannya dipenuhi dengan warna yang contrast dan hue yang tinggi, jadi aku tidak celup direct warna daripada lukisan asal Zyra, sebaliknya aku masukkan warna sendiri namun tidak menafikan warna yang sedia ada. (Aku harap kalian faham dengan penerangan ini sebab aku tak ada ayat yang lebih baik untuk menerangkannya. Maafkan BM saya)
10. Dan lukisan di atas tiada background sebab...penyakit utama aku. Aku pemalas.
Jadi,
apa pendapat kalian tentang lukisan OC Zyra hasil titik peluh masin aku ni?
Yaay or naay?
Challenge accomplished?
Ada ke sesiapa berminat nak lukis OC cEro?
.
Yaaayyyy!!Style la cero.. Gigih sungguh. Dan hasilnya juga cantik
ReplyDelete>Dea Day
DeleteKegigihan kan sentiasa akan membuahkan ganjaran. Hehehe
Thanks Mon :)
Tak pandai komen sebab buta seni. Tapi, rasa lain pula bila tengok OC Zyra tu sebab dah biasa tengok yang Zyra tu punya sendiri.
ReplyDelete>Farah
DeleteFaham. Hehe.
Tapi kalau dapat kenal itu Zyra walaupun bukan dilukis Zyra, kiranya berjaya laa kan? :)
Haaaaa... sebab lukisan gaya cEro kann.. jadi opkoslah approved. Hahahaha
ReplyDeleteAku termiss entri zyra yang itu. Huhuhu...
Walaupun aku suka lukis awek bertudung, tapi melukis awek bertudung paling susah baq angg.. especially awek bertudung bawal. Tapi aku sangat suka awek bertudung bawal, sebab tu aku gigih lukis jugak. Wkwkwkw..
>Aujinz
DeleteHaha. Thanks Jinz.
Kau termiss tapi still boleh buat lagi. Takkan pernah terlambat. Hehe
Baiklah gadis-gadis di luar sana, kita dah tahu Aujinz suka yang pakai tudung bawal, so apa lagi? Tulis dalam buku nota sebagai rujukan. Borang boleh PM aku. Hahaha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewiki wiki wau wau! Aku suka.. cEro lukis zygha jadi ayu! AHHAHA. Terserlah keperempuanan zygha!
ReplyDelete>Yura Yu
DeleteHahaha. Thanks Yus. Susah oo nak lukis perempuan. Aku cukup tak pandai nak lukis perempuan. Hahahaha
yeay
ReplyDelete>atikah hashim
DeleteThanks :)
Zyra ayu gila baq hang. Aku jatuh chentaaaa
ReplyDelete>ben osman
DeleteBen. Kau pun kena lukis Zyra gak...Ngan aku sekali.
Wajib!
Hahahaha
Zyra ayu gila baq hang. Aku jatuh chentaaaa
ReplyDeletemestilah jawapannya yeaa..
ReplyDeleteaku pernah lukis watak ko dulu masa aku promot buku KAMI!
rupanya tu OC..baru tahu huhu..
>nazha
DeleteAku ingat! Aku siap print saiz A4 lagi nak frame & gantung dlm bilik tapi tak jadi sebab takut nanti orang aku cEro. Hahahaha
setiap pelukis memang ada seni tersendiri kan. means aku tgk lukisan zyra ni aku tau kau yg lukis hehe. gambar 1st buat aku gelak sebab kelakar. langsung tak nampak emo girl yg selalu zyra tampilkan sebelum ni.
ReplyDeletelukisan kedua dah mcm avatar kau versi perempuan hehe.
nice job!
>NADIA
DeleteItu orang panggil 'touch', patutnya tiap yang melukis kena ada touch sendiri. Bila orang kenal touch kita, barulah lukis apa pun orang akan tahu itu lukisan kita.
Thanks Nad :)
'Setelah beberapa jam mengkaji'
ReplyDeleteSgt terharu.. haha thanks untuk DUA (2) OC Zyraroxx cEro-style.
Thanks sebab tak giveup lukis perempuan dan thanks sebab 'mengayukan' Zyraroxx. Hahahaha. Baru perasan aura emo. Selama ni bajet rock. Hahaha..
Ingat nak tag Aujinz, tapi dulu dah penah suruh tapi tak dihiraukan *sniff
Thanks again!
>Zyra
Deletehahaha..sendiri punya OC pun tak perasan emo? Nasib tak kulit pale dan mata pakai celak tebal je. Hehe.
Thanks Z atas semua pujian. Kalau nak yang versi HD bgtau laa tau.
Kena desak si Ojin tu. Nanti baru dia buat. Hahaha
Suka dua2 yang cero lukis :D
ReplyDelete>Amna Shark
DeleteThanks Amna. Amna tak nak lukis cEro ke? Hehehe
Cantik! Ni zyra dewasa. Aurmmm~ ^,-
ReplyDelete>~* chirpy_chummy *~
DeleteThanks Mar. Hahaha. Lain macam dah Aum kau tu. hehe
Cantik! Ni zyra dewasa. Aurmmm~ ^,-
ReplyDeletecomel je zyra versi cEro. eh. hahahaa.
ReplyDeletebiasa dengan warna lukisan Zyra yg lembut2 dan bila macam nie, nampak unik dan comel lak. :D keep it up :3
>BV
DeleteSebab kena masukkan gaya sendiri, tu yang tukar warna dari lembut jadi sedikit striking tu. Hehehe
Thanks BV :)
Salam Mr. cEro!!
ReplyDeleteChomey dh cik Zyra version cEro tu..tp disebabkan ko xpandai lukis pompuan Zyra jadik satu mata..(betul ke telahan aku nih??)..Lol!!
aik..nape komen aku xde nama aku kat bawahnye?? anyway that was me..
ReplyDelete-pu3aan
>pu3aan
DeleteThanks Put.
Betul laa tu telahan kau tu. Aku bukannya pandai pun nak lukis perempuan. Sebab tu jadi camtu. Hehehe
Z posing ala2 innocent instead of posing maut kat C. Haha, nice drawings C. Apsal lukis dia pegang daun musim luruh? Ada meaning? :3
ReplyDelete>plain83
DeleteHahaha. Nice observation P.
Aku saja nak ada warna kuning dlm lukisan tu, sebab tu aku taruh daun musim luruh, benda warna kuning yang paling logik boleh aku fikirkan dgn posing macam tu.
Tak ada makna apa sangat pun. hehehe
Comel! Yg 1st tu cam psiko je haha. I am jealous dgn korang2 yg pandai lukis ni. Bak sikit talent tu!
ReplyDelete-Star-
>Star
DeleteHahahaha. Kalau ini kau kata talent, aku tak tau nak kata apa.
Kalau betul2 talent, aku rasa aku buat semua ni dgn satu swift je, tapi untuk hasilkan dua lukisan ni je aku dah penat bersusah payah. Hehe
Thanks btw :)
Mata dia sebelah takde lah..hahahaha ke kau lupa nak warna? Sungguh comel sekali..
ReplyDelete>mashy_entah
DeleteRuang dia terlalu kecik untuk aku lukis, so aku decided untuk tinggalkan je jadi kosong. Heehehe.
Thanks :)
cero sambil aku baca entry ni aku kentut, bau..
ReplyDeleteaku kene pergi berak..
>nelayan
DeleteSungguh tak senonoh kau ni nelayan oi.
Sopan santun laa sikit. Hahahahahaha
CHUMILLLL...!!! Dedua puunn..! Untungla Zyraaaaa.. *mode jeles.*
ReplyDelete>Lee
DeleteHahaha. Thanks Lee. Takde apa yang perlu dijeleskan.
Kau pun boleh kalau nak lukis OC Zyra. Hehehe
Aku jeles tang lain.. Aku TAK NAK lukis, aku NAK dilukis..ahaha..XP
Delete>Lee
DeleteAlaaa, lukis laa dulu baru nanti akan dilukis.
hehehe
CHUMILLLL...!!! Dedua puunn..! Untungla Zyraaaaa.. *mode jeles.*
ReplyDeleteAku suka yg First kau lukis tu. Nampak mcm org x betul je zyra. Hahaha...
ReplyDeleteBtw, memang hebat korg semua ni. Lukis OC org lain pun jadi je...tahniah2.
Tp lukisan kau x obvious la bulu mata lentik zyra tu. Kalau kau bg obvious sikit bulu mata zyra tu, kau rasa jadi pelik x? Huhu..
Btw,baru perasan. skemanya header.. :D
Delete>Bro Ley
DeleteHahahaha. Ya laa. AKu lupa nak tangkap bulu mata lentik dia tu. Lagipun mata memang payah sikit nak lukis sbb aku tak pandai lukis saiz kecik. Hahaha
Thanks Bro Ley :)
pergh zyra yg 1st tu cerilia version eh?
ReplyDelete>budoxe lee
Deletehehehe. Itu saje saje je try.
Sebab dalam laptop dah ada tracing untuk outline dia. Hehehe
Akhirnya berjaya tengok zyraa versi ayu ^^ .. chomeeelll , rasa mcm nak simpan dlm poket jeee zyraa yg pegang daun tuu. Yang mcm psycho tuu menakutkan sikit.haha
ReplyDelete>Kim Chaa
DeleteHahaha. Simpan laa, kalau Zyra benarkan.
Yang psycho tu sesaje je testing power.
Tp betullah, nampak macam nak kerat kepala orang je mukanya...hahahahaha