Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.
Melukis doodle juga (pada aku) bersifat terapeutik.
Bila kita ada satu perasaan dan emosi yang membuak-buak dan tak boleh nak diluahkan, sediakan satu kertas dan keluarkan sebatang pensel. Lukislah doodle. Lukislah apa sahaja yang terlintas di fikiran. Pada waktu itu tiada siapa nak menilai lukisan itu, jadi lukisan tak perlu cantik. Orang tiada bakat melukis pun mampu lukis doodle.
Percayalah.
Lepas penuh kertas tersebut dengan lukisan kita,
perasaan yang membuak-buak tadi akan reda.
Ia tidak akan menyelesaikan apa jua masalah kita
tapi paling kurang ia lagi berkesan daripada menjerit-jerit melolong-lolong.
Malah lebih berkesan daripada kita meroyan di dalam media sosial, kan?
Sekian.
.
jeles degan orang orang berseni ni
ReplyDelete>Aisyah Sukor
DeleteSeni tu semua orang boleh buat, tak kira bakat atau tak.
Cubalah buat satu dulu, mana tahu lagi hebat dan mampu mengagumkan orang lain :)
hehe..betul.tak pandai melukis,tapi bila boring suka doodle ni
ReplyDelete>SalbiahM
DeleteBest, kan? Kadang2 tak sangka apa yang didoodlekan itu jadi cantik dan menarik. Hehehe
Aku jenis tak sabo. Tokleh dodol dodol ni.. koh koh koh ~
ReplyDelete>Aujinz
DeleteFaham sangat Ojin. Aku pun bukannya jenis yang suka buat benda renyah-renyah ni, tapi sekali sekala dapat jugak lepas tensi di diri. Hihihi
Aku jenis tak sabo. Tokleh dodol dodol ni.. koh koh koh ~
ReplyDeleteMD kalau lukis freestyle memang hancuss.. Tetapi penuh ja notes2 kuliyyah dulu dengan doodle2 merapu.. Hahaha.. MD singgah sini.. Ingatkan nak follow tapi dah follow sebelum ni.. Salam kenal..
ReplyDelete>MD
DeleteThanks MD.
Rasanya aku pun dah follow dah dulu tapi nanti check balik laa dah follow ke tidak.
Thanks :)
Untuk orang yang mampu men-doodle ni memang baguslah. Untuk orang tangan kayu macam saya ni, tak dan lah nak men-doodle bagai ni.
ReplyDelete>Farah
DeleteHahaha. Itu keindahan doodling, Farah.
Tangan kayu ke, tak ada bakat ke pun boleh doddle jugak sebenarnya, sebab kita doodle untuk diri, bukan untuk penilaian orang lain. Hehehe
lain orang lain cara terapinya. tapi bagus jugak.. etlis boleh terus baca post dlm blog ni.
ReplyDelete>Haryz Khairuddin
DeleteHehehe. Terima kasih sebab datang dan baca juga.
Blog kau bila nak ber-update?
hehehe
aku pun jenis tak suka nk melalak kat social media.
ReplyDelete>anamizu
DeleteKaaan?
Kekadang orang sampai ke tahap bukak cerita kelambu dlm media sosial. Agaknya apa yang dia dapat? Hehe
Sebab aku takde bakat melulis langsung, menulis melegakan aku. I have one private blog utk tujuan meluahkan perasaan. Coz even i tell people they wont understand.
ReplyDelete*melukis
Delete>NADIA
Deletemelulis = melukis+menulis. Wahahahaha
Okey, joke aside, aku pun suka menulis jugak.
Tapi lebih kepada menulis guna pen/pensil dan atas kertas laa. Hehe
Aku tahu kau geram, x puas hati..tapi please la jangan tgk lama2 bulan tu. Kalau dah menjelma jd gorilla susah nanti. Keep calm bro. Huhu..
ReplyDelete>Bro Ley
Deletehahaha. Kau ingat aku ni Orang Saiya ke?
Nasib baik takde ekor, akalu ada ekor dah jadi gorilla dah. Hehehe