Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 2, 2015

Misteri Peristiwa Di Koridor Sekolah.


Salam.

Biar aku bongkarkan satu rahsia mengenai blog ini. Bila kalian ada terjumpa entri tanpa komik dan panjang lebar macam entri ini, ataupun entri tulis tangan macam entri sebelum ini, maknanya sama ada aku sedang sibuk dengan urusan duniawi ataupun aku malas nak melukis. Sebab entri sebegini aku banyak buat secara bundle dan simpan di dalam draft untuk senang di-schedule di kemudian hari.

Dalam kes kali ini, ianya kedua-duanya; aku sibuk dan aku malas.

Sebagai pendahuluan, aku mahu beritahu bahawa aku dahulu bersekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh yang dikelilingi hutan dan ladang sawit. Juga menurut sejarah, daerah sekolah aku itu memang terkenal dengan cerita askar Jepun potong kepala dan yang paling baru, kisah Mona Fendi. Dengan setting yang sebegitu hebat, sekolah itu mempunyai pelbagai cerita angker dan 'urban legend' yang kebanyakannya diturunkan secara lisan dari para senior. Lagenda Budak Hitam, Lagenda Tangga 13, Perbarisan Askar Jepun, semuanya menarik untuk dicerita, tapi tidak seronok untuk didengar.

Namun, ustaz sekolah aku pernah berkata bahawa orang yang selalu diganggu itu bermakna imannya sedang diuji. Lagi tinggi imannya, lagi kerap dia akan diganggu. Selama 5 tahun aku bersekolah di situ, hanya sekali sahaja aku pernah merasakan pengalaman angker sendiri. Nampak sangat tahap iman aku tak berapa nak tinggi (mengeluh).

Ini adalah kisah pengalaman angker aku sendiri. Tapi tak seseram pengalaman orang lainlah.


Okey, selesai mukadimah. Kita masuk bahagian memperkenalkan watak yang terlibat.

Semasa aku di tingkatan empat, aku dilantik sebagai Presiden bagi Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah. Semasa perlantikan, walaupun berasa penuh bangga tapi jelas kelihatan satu muka yang tidak berpuas hati. Namanya Luqman (nama separuh benar) dan dia memegang jawatan sebagai timbalan kepada aku.

Dari segi fizikal dan kredibiliti, aku rasa Luqman lebih layak memegang jawatan presiden berbanding diri aku. Luqman berbadan sasa dan tegap, sentiasa kemas dengan baju masuk ke dalam seluar sedangkan aku kerempeng, tiada otot dan kurang kacak. Aku rasa satu-satunya kelebihan aku yang membolehkan aku dilantik sebagai presiden ialah aku hafal semua arahan (command) dalam kawad dan aku cepat ingat amali dan teori yang diajar Cikgu Bomba. Oh ya, suara aku juga kuat dan sesuai sebagai komander perbarisan.

Berbalik kepada Luqman, walaupun dia tidak membantah, tapi di wajahnya jelas tidak puas hati. Walaupun aku tidak kisah kalau mahu bertukar jawatan, tapi jawatan itu diamanahkan mengikut kiraan undi dan pemilihan, maka nak tak nak aku terpaksa menerimanya. Jadi, aku berkeputusan ingin berbaik-baik dengan Luqman. Rasanya susah kalau presiden dan timbalan bermasam muka, kan?


Seterusnya ialah isi sebenar cerita.

Ceritanya bermula pada suatu malam pada waktu kelas prep. Bagi yang tidak tahu, kelas prep ialah kelas persediaan (preparation class = prep class) di mana para pelajar sekolah asrama wajib naik ke kelas pada waktu malam (biasanya selepas Maghrib atau Isyak) sehingga ke lebih kurang pukul 11 bagi tujuan menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran ataupun kadang-kadang menghadiri kelas tambahan. Walaupun itu tujuan sebenarnya, tapi kebanyakan pelajar menghabiskan masa dengan berbual sesama rakan, tidur, atau dalam kes aku, baca komik GTO.

Setelah habis satu jilid komik GTO aku baca (aku minat Kanzaki Urumi), aku berasa lapar dan dahaga. Lalu aku keluar ke kelas dengan alasan konon mahu ke tandas, tapi sebenarnya aku menuju ke belakang kantin sekolah dan memesan mee goreng sambal bungkus dalam plastik dan sebungkus air sirap ikat tepi untuk dibedal secara bersembunyi di belakang kelas.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kantin, dengan mata yang melilau mencari takut-takut ada cikgu disiplin meronda, aku ternampak satu susuk tubuh sedang berjalan ke arah bertentangan dengan aku di koridor sekolah. Koridor itu gelap tak berlampu, maka dari jauh memang tak dapat cam siapakah gerangan yang sedang berjalan itu. Setelah diamati, alhamdulillah, pemilik susuk tubuh itu bukanlah cikgu disiplin tapi milik Luqman. Alaa, Luqman si timbalan aku tu...

Jadi aku fikir adalah lebih baik kalau aku bertegur sapa mesra dengan Luqman bagi mengurangkan ketegangan di antara kami, tambahan lagi kami bukan satu kelas yang sama, maka masa itu merupakan masa terbaik untuk berbaik dengan Luqman.

Bila Luqman berada di dalam kawasan julat suara, aku tegur dia.
"Yo, Luqme. Sihat? Pergi mana?"

Luqman dengan muka tidak berekspresi, terus berlalu berselisih dengan aku tanpa jawapan.

"It's okay. Mungkin dia tak sihat kot. Atau mengantuk nak pergi tandas cuci muka..."
Sepatutnya aku berfikiran positif seperti itu, tapi sebenarnya tidak. Aku mencarut memaki hamun dia di dalam hati.
"Dah tak dapat jawatan tu janganlah nak masam muka dengan aku. Sombong betul..."

Aku meneruskan langkah menuju ke kelas. Cerita seterusnya hanyalah rutin biasa; aku makan sembunyi di belakang kelas, habis makan sambung baca komik Kindaichi pula, kemudian bunyi loceng kelas prep habis, semua pelajar bergerak ke dewan makan untuk minum malam (supper) dan seterusnya pulang ke dorm masing-masing dan bersiap untuk tidur sebelum 'light off' pukul 12 malam.

Di dorm, aku berbual dengan seorang lagi kawan yang bernama Redha (ya, ini nama sebenar).
"Yo Redha. Tadi aku jumpa Luqme masa prep. Dia diam semacam je. Dia tidur dalam kelas ke?" Redha merupakan rakan sekelas Luqman. Sebenarnya soalan itu sekadar mahu buka perbualan, aku tak jangka pun sebarang jawapan dari Redha.

Tapi Redha berdiam diri seketika sambil tepat memandang ke wajah aku. Tangan dia yang sedang meletakkan kemeja ke penyangkut baju pun terberhenti seperti ada tertekan butang 'pause' dalam DVD.

"Kenapa?"
Aku tanya Redha melihatkan reaksi dia yang semacam itu.

"C, Luqme mana naik prep. Dia sakit perut salah makan. Dia berehat dekat bilik sakit sepanjang malam tadi. Aku sendiri yang hantar dia ke bilik sakit."

Mengenali Redha yang sentiasa serius dan tidak suka berjenaka, aku tahu dia tidak menipu. Tapi persoalannya, kalau Luqman tak naik kelas prep malam itu, siapa yang aku selisih dan tegur semasa di koridor tadi?







.


55 comments:

  1. aku pun duduk asrama penuh. Benda yg jadi kt kau, lebih kurang jd kt aku, bezanya watak luqman itu aku hahahaha *gelak dengan nervous* tapi bukan time sekolah, time unibersiti.

    Sekolah/uni mana je tak mistik? Husnuzon lah yang mereka juga nak ilmu. Heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NADIA vs BERON
      Hehehe. Basically cerita macam ni memang biasa dengar kalau duduk asrama.
      Aku pernah ada teori yg semua tapak sekolah dan universiti adalah bekas kem jepun, sbb semua cerita mesti ada kaitan dgn tentera jepun masa perang dulu...hahahah

      Delete
  2. hahaha hahahah ha. apesal aku nk tergelak baca kisah serem ni?
    senget betullah.
    Yo C, please proceed to be a stand-up comedian.

    Aku rasa luqman cecuri naik atas, sebab tu muka dia ketat, tgh sakit kaaannn.
    kakaka usah pedulikan aku, tgh sedapkan diri sendiri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hehehe.
      Jangan Z. Kang jadi stand-up comedian nanti terlebih famous plak nanti...hahahaha

      Kalau nak fikirkan sedap hati, memang akan fikir macam tu.
      Tapi lepas peristiwa tu, ada buat follow up dgn Luqman tanya dia malam tu sakit tak...jawapan dia sangat menakutkan.
      Tapi itu cerita lain. Maybe next isu of angker? Hehehehe

      Delete
  3. he he he he.. *gelak sangkut2

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yusro Yusoh
      Jangan sangkut sangkut, nanti ada yg tolong sambungkan plak nanti.
      He he he he

      Delete
  4. luqman muka masam sbb ngah sakit ler tu. Mmg member dia da anta dia ke bilik sakit. tp dia kuar jenjalan. ehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Sebenarnya masa taip entri ni dah agak dah mesti ada yg teka camtu.
      Cuma jarak antara bilik sakit di asrama dgn kelas agak jauh, tak ada siapa yg waras nak jenjalan dalam keadaan sakit perut sejauh tu. Hehehehe

      Delete
  5. Luqme telah berjaya menguasai jutsu kagebunshin di luar pengetahuan rakan2 sekolahnya. Tamat.
    .
    .
    .
    ...lulz :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. [img]http://i923.photobucket.com/albums/ad78/bluemonday522/ClapGif.gif[/img]

      Delete
    2. [img]http://stream1.gifsoup.com/view7/4876922/take-a-bow-o.gif[/img]

      Delete
    3. [img]http://k01.kn3.net/taringa/8/2/1/3/2/3/2/lucas_tauro/B06.gif[/img]

      Delete
  6. Aku Alhamdulillah tak pernah kena duga iman, jadinya iman aku tahap apa ni? tsk! teruknya aku. *nangis laju laju dalam jamban dan terus insaf*

    tapi, kalau nak duga iman kena jumpa hantu, nauzubillah weh. aku takmo jumpa hantu! *sambung nangis laju laju dalam jamban*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn aku. tak pernah gak kena duga cenggini. errr iman aku pulak tahap apa?? *tak tawu nak nanges ke nak senyum*

      sipbaik jugak aku x pnh hadap pengalaman2 angker cenggini.

      Delete
    2. @~* chirpy_chummy *~
      Jangan cakap camtu Mar.
      Diduga ni banyak cara dia, tak semestinya kena jumpa makhluk yg tak patut dijumpa je...hehehe

      Delete
    3. @anamizu
      Tapi pengalaman angker macam ni walaupun tak best kalau dapat tapi seronok bila cerita balik dkat orang...hehehe

      Delete
    4. Tapi aku baru teringat, kitorang sekelas pernah terlihat satu kelibat yang sedang berlari sangat laju. sangat! masa prep gak. prep kaann..ada masanya bising. tetiba, kami semua terdiam bila terdengar bunyi tapak kaki yang sangat kuat dan laju sekali. zaassstttt! berdesup bayangan budak yang berlari sangat laju di belakang kelas kitorang (kelas kami corner lot, jadi belakang di sini bermakna, di luar kelas). lepas pada tu kami semua krik krik krik... diam tak terkata. pakat buat bodo belaka dan teruskan study. padahal diam diam lepastu pakat dok tanya, apadia tadi tu. haha.

      Delete
    5. @~* chirpy_chummy *~
      Mak aih.
      Angker secara beramai-ramai.
      Pastu dapat tahu tak apa sebenarnya yang laju tu?

      Delete
    6. memang sampai ke sudah tak tau apabenda alah tu. laju giler beb. zassstttt gitu. laju yang sampai ko tak nampak bentuknya. nampak kaler putih je saiz budak lari laju dengan bunyi derap kaki yang laju berlari.

      Delete
    7. @~* chirpy_chummy *~
      Rare sangat bila angker beramai-ramai camtu...
      Kalau aku sure dah terkedu diam sehari...hahahah
      Nak jadi bahan lawak pun takut tau. Hehe

      Delete
  7. Errrr, kalau jadi dekat saya macam ni, masya Allah, tak tahulah nak react macam mana. Saya ni dahlah penakut yang amat. Mahu demam 3 hari 3 malam agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Untuk sehari tu rasa seram jugak bila fikir...
      Tapi masuk hari kedua ketiga jadi bahan gelak je...wahahahaha

      Delete
  8. baca dua nama tu buat aku gelak. walau sepatutnya baca post ni patut rasa seram. XD

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Wahahaha...
      Niat hati nak guna nama lain, tapi last-last nama sebenar jugak best. Heheheh

      Delete
  9. Ala....kau tahu lepas tanya member kau kat dorm...x seram mana la citer kau ni. Cuba kalau masa kau tgh jumpa kat koridor tu kau dah tahu yg tu bukan luqman, barulah seram....

    Luqman tu keluar jap g exercise sambil2 melawat kelas prep. Aduh...tu pun nak pelik ke....haha....

    Rajin kau baca komik masa prep. Komik kau x kena rampas pulak? Aku masa prep dulu tido je....x pun main titik2@pulau...entahlah x tau la game ni nama apa yg betulnya....haishh...kesian kat masa aku yg dah terbuang dgn sia2 tu. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Kalau aku tahu masa tu jugak, rasanya berlari tak cukup tanah aku Ley. Wahahaha

      Hahaha. Kalau bilik sakit dgn kelas tu dekat takpe laa jugak nak keluar exercise. Hahahaha

      Komik je sumber hiburan aku waktu tu. Main titik pulau tu camne? Yang hitamkan kertas bagi kena lawan punya kawasan tu ke?

      Delete
  10. Alaaa dia tu luqman la cero.dia saje amik angin jalan2 baru sihat.kalau baring jek lagi nampak tak sihat.alaaa dah diam semua orang tido sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Gah gah gah.
      Aku pun harap tu Luqman, tapi masalahnya aku pergi gatal mulut tanya dia keesokan harinya...
      Dan jawapan dia....

      Delete
    2. Wahahaha KTC nak tau jawapan dia............. :D

      Delete
    3. @Kakak Tiri Cinderella
      Nantikan entri angker seterusnya...
      Jeng jeng jeng...

      Delete
  11. hahahahahaha......
    *jeling jam pukul 2 pagi*
    *slow slow tutup laptop , tutup lampu ruang tamu and berlari masuk bilik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Jannatul husna
      Hehehehehe
      Baik-baik.
      Pastikan tidur tu selimut. Hehehe

      Delete
  12. alhamdulillah aku tak pernah lagi kena kacau , (weh iman aku tahap mana ni) haha
    Tapi kat sekolah aku pun pernah gak kena histeria. sheraaammmmm gak ah.
    Satu benda yang aku pasti, kat semua SBP ada cerita hantu makcik karipap, hantu atas loker dengan hantu bilik basuh baju(alah, yg tanya " dah tau ke" tu haaa)
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Haziqah Mohd Rosli
      Eeeehhhhh???
      Nak tahu jugak cerita hantu bilik basuh baju tu. Rasanya dulu pernah dgr tapi takde plak yg 'dah tau ke' tu...
      Citer laa citer laa...

      Delete
  13. eh samalah! aku pun suka baca komik GTO.. pinjam member je.. nak beli xde duit. haha! main amek je bawah meja dia

    aku rasa Luqman la tu.. x pon saka dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Raz
      Sama laa. Pinjam member. Dulu rajin beli komik hongkong Wira Tunggal je. Yang lain pinjam member je senang. Hehehe

      Uiihh..Terus ke saka tu. Seram plak fikir...hehehe

      Delete
  14. Aku rase itu.. itu.. itu.. *lari nyorok lam selimot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yusro Yusoh
      Pastikan selimut tu tutup kaki...
      Nanti ada pula kuku yang sentuh kaki tu kalau tak tutup.
      Wahahaha

      Delete
  15. time dok asrama member2 dorm aku histeria, tapi aku tidoq mati. orang pakat nampak lembaga kat pokok belakang dorm, pakat dengar bunyi orang main kat floor atas yang kosong, tapi aku x pernah nampak or dengar. Penah sekali member aku nampak aku dah tidur atas katil pastu dia kunci pintu bilik. aku nak masuk xboleh. hahaha. setakat ni memang xpenah kena direct. syukuuuurrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gwen Mahdi
      Harap-harap dapat teruskan rekod tak diganggu tu.
      Kena kacau ni tak best kalau merasa, tapi kalau dengar cerita memang seronok. Hehehe
      Kalau dkat asrama perempuan memang byk kes histeria, kan?
      Rasanya semua asrama mesti ada cerita histeria punya...

      Delete
    2. Sama gwen mahdi...guhuhu.. Org semua bangun baca yasin ramai2, aku tidoq mati, kengkawan kejut x bangun2.. Seb bek dorg tak bacakan yasin kat aku plak..adeh..

      Delete
    3. @Lee-kun
      Kalau aku duduk lepak borak dengan korang berdua mesti banyak cerita best2 dapat aku dngr pasal asrama perempuan, kan?
      Ke korang dah tak ingat dah? Hehehe

      Delete
  16. Uishhh.... Nasib baik baca siang2.... :P

    Teringat kisah nampak member dalam kelas. Sedangkan dia belum sampai. Kehkehkeh........

    Tuu qarin si Luqme laa tuuuuu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Try laa baca malam pulak..Hehehe

      Pernah jugak dengar cerita macam tu, yg nampak member padahal dia belum sampai tu...Seram hoo...

      Tau konsep qarin tu, tapi rasanya qarin tak pergi jauh dr badan, kan?

      Delete
  17. Aku terpasan komen zyra...ahahaha, aku pn tergelak baca entri ni, taktau ape ntah yg kelakarnye..

    Plot twist, sebnanya, siapa yang Redha hantar pergi bilik sakit tu haaaa? Yang ko jumpe tu dah betulla si Luqme tuh..haha.. Aku pernah terlibat dgn kesah bilik sakit gak masa dok asrama dulu..jengjeng..xp

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Peeerrgghhh...
      Plot twist kau tu buat aku meremang sikit dekat tangan..
      Hahaha...

      Nak tahu jugak cerita asrama kau..
      Cerita laa cerita laa...

      Delete
  18. entah nak kata cemana, seram ke tak. :D
    dah cukup untung 'luqme' tu diam je. hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Kaaannn...
      Kalau laa dibuatnya dia tegur siap ajak makan sekali, peerrrrgghhh...
      Teringat cerita dlm TV yg mee goreng bertukar jadi cacing tu...
      Huhuhuhu

      Delete
  19. baca tak seram mana. tapi kalau jadi kat diri sendiri, mau meremang bulu roma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aswadz
      Kan?
      Nasib baik lalu tak tegur je. Kalau dibuatnya tegur, maka makin seram laa rasanya...hehehe

      Delete
  20. cEro, sains raub keee (:

    ReplyDelete
  21. SEMESTA en? Sebab Mona Fendi tu (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Yup! Hehe.

      I like it when people get my reference. Hehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License