aku hampir terlupa wujudnya tEka-tEki ni...
Maka, aku persembahkan jawapannya...
Sebelum tu, kita baca dulu soalannya.
Soalan:
Esok Ahad, aku jamin blog ni tiada entri untuk esok..
Tapi, jika aku adakan entri,
APAKAH TAJUK UNTUK ENTRI HARI AHAD ITU??
Klu:
Berdasarkan lima entri sebelumnya,
setiap tajuknya menunjukkan satu pola..
Jika kalian dapat 'selesaikan' pola tersebut,
kalian mampu ramal apa tajuk untuk hari AHAD.
13 Dis (Isnin) - Bulan
14 Dis (Selasa) - Api
15 Dis (Rabu) - Air
16 Dis (Khamis) - Kayu
17 Dis (Jumaat) - Emas
Klu tambahan:
Sesiapa yang ada sedikit kemahiran dalam bahasa asing akan ada advantage.
Sesiapa yang tiada kemahiran bahasa asing, boleh 'google' mende alah klu di atas.
Emas juga boleh dijadikan sebagai 'logam'.
APAKAH TAJUK UNTUK ENTRI HARI AHAD??
Sebelum itu, apa kata cuba cabar kemampuan diri sendiri,
jawab dulu sebelum baca seterusnya..
Jawapan:
Matahari.
Baiklah.
Kebanyakan memang jawab betul.
Aku cukup seronok sebab ramai yang nak mencuba.
Kenapa 'matahari'?
Setiap hari di mana entri itu diterbitkan akan mengambil elemen yang disebut dalam nama hari tersebut dalam bahasa cina (juga bahasa jepun dan mungkin bahasa-bahasa yang seangkatan dengannya).
Sebagai contoh:
(月) bermaksud Bulan untuk hari isnin
(火) bermaksud Api untuk hari selasa
(水) bermaksud Air untuk hari rabu
(木) bermaksud Kayu (pokok) untuk hari khamis
(金) bermaksud Emas (logam) untuk hari jumaat
(土) bermaksud Tanah (Bumi) untuk hari sabtu
(日) bermaksud Matahari untuk hari ahad
Baiklah, kalau nak lebih lanjut tentang perkara ni,
sila klik di sini di mana ianya menjelaskan dari segi Bahasa Jepun
walaupun boleh dijelaskan juga dalam bahasa cina.
postquam-scriptum:
Aku akan hubungi yang pertama dapat jawab dengan betul.
tEka-tEki kali ini ditaja oleh cik quAtro..yaw!!
Japanese wannabe freak.
ReplyDeleteJom usha website aku kat https://www.tekatekilawak.com
ReplyDeleteHaiwan kecil suara
ReplyDeleteBoleh di makan boleh di piara
Banyak untung bikin kaya
Siang malam mesti di jaga..
Apakah jawabpan hua ini tolong kongsi yah