Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 2, 2019

Deklarasi.



Salam.

It's really hard to type this
sebab ada sesuatu yang sedang berlaku membuatkan aku senang hilang fokus.
Apa yang sedang berlaku itu?
Aku sekarang sedang berpeluh menahan sakit gigi yang menyerang sejak hujung tahun lepas.

Oh,
Selamat Tahun Baru 2019.


2019


Nak atau tak, tahun baru bermaksud umur baru.
Kita yang sekarang adalah hasil daripada semua pengalaman yang pernah kita alami,
dengan kata lain, pengalamanlah yang mengajar kita dan menjadikan kita diri kita yang sekarang.

Pengalaman adalah satu proses.
Dan produknya adalah kita.

Dengan itu,
di sini aku ingin umumkan deklarasi tentang apa yang mahu aku capai pada tahun 2019 ini.
Supaya ia menjadi tahun yang penuh dengan pengalaman yang mengajar.

Jangan salah sangka.
Ini bukan azam.
Berkali-kali sudah aku bercerita tentang azam setiap kali masuk tahun baru.
Kali ini aku mahu sesuatu yang berbeza.

Seperti yang pernah aku sembang di dalam entri ini
azam adalah sesuatu yang;
- Spesifik,
- Boleh dihitung,
- Ada tarikh tamat.

Deklarasi, pada aku, lebih umum dan tidak menjurus kepada tiga ciri azam seperti di atas.
Tapi daripada deklarasi, kita boleh jadikannya lebih spesifik dan menjadi azam.

Maka,
berikut ada TIGA deklarasi aku untuk tahun 2019:



Instagram @cerolian


1. Aktif Semula di Media Sosial.

Yang mana perasan,
pada tahun 2018 aku kurang aktif di media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Twitter.
Ini kerana pada tahun lepas, aku sedang alami sesuatu yang membuatkan aku mempersoal tentang jatidiri sendiri.
Walaupun aku sayang dengan 'jenama cerolian', tapi aku terpaksa abaikannya pada tahun lepas kerana perlu fokus kepada proses 'mengutip diri sendiri'.

Maka pada tahun ini tahun 2019 aku rasa aku perlu beri lebih perhatian terhadap media sosial.
Zaman sekarang, pengaruh banyak datang secara besar di media sosial, sama ada kita mahu akuinya atau tidak.

Niat aku bukannya mahu ribuan follower semata-mata.
Aku lebih kepada mahu dikenali tetapi tidak terkenal.
Bila disebut 'cerolian', aku mahu orang yang mendengarnya tahu walaupun pada dasarnya mereka mungkin langsung tidak follow aku di media sosial.

Kalau aku mahu follower ramai, senang saja.
Banyak perkhidmatan beli followers yang ditawarkan di luar sana.
Dan kalau kedekut, boleh sahaja aku lukis komik yang bersifat provokatif supaya cetus bualan ramai seperti yang ramai orang pernah/sedang lakukan.

Aku mahu imej yang bersih,
bukannya imej yang dikenali daripada kelantangan menyokong pihak tertentu,
ataupun imej hasil daripada komik yang bersifat negatif dan mencemuh.
Itu semua murahan.

Untuk itu,
silalah follow aku di kesemua media sosial di bawah ID cerolian.
Bertegur sapalah dengan aku di sana.
InsyaAllah,
kalau kalian tiada rekod buruk dengan aku, aku akan layan kalian macam kawan baik yang tak pernah kalian dapat sebelum ini.



YouTube cerolian


2. Wujudkan channel YouTube yang aktif.

Pada dasarnya,
aku sudahpun ada channel YouTube (kini dengan hanya 3 video).
Tapi tahun ini aku mahu aktifkannya dengan isi yang lebih bermanfaat.

Sebenarnya,
aku ada follow satu channel ini di YouTube.
Channelnya dikendalikan hanya seorang tetapi isinya begitu bermutu seperti dikendalikan satu kumpulan media yang besar. Isi videonya bukan sahaja menghiburkan, tetapi bersifat ilmiah, tidak seperti channel yang berlambak yang lebih mengfokuskan ke arah hiburan semata-mata.

Sudah lama aku berhasrat mahu jadi seperti channel YouTube itu.
Tetapi aku masih lagi terkapai-kapai mencari titik mula.

Aku harap tahun ini menjadi satu permulaan untuk aku menjadi sepertinya.

Sekian lama aku cuba mahu cari satu jalan untuk menghasilkan video untuk YouTube tanpa perlu tunjukkan wajah, akhirnya boleh dikatakan aku sudah dapat satu formula dan cara untuk menghasilkannya.

Kekangan utama aku mungkin dari segi mesin dan gajet kerana kamera dan komputer yang aku mahu gunakan tidaklah optimum untuk digunakan bagi menghasilkan satu video.

Tapi sebagai permulaan, aku rasa tiada apa yang perlu dirisaukan.
Sudah pasti aku akan cuba membaiki mutu video dan isi yang dihasilkan dari semasa ke semasa.

Isi yang bakal aku kongsikan mungkin bersifat boring dan membosankan,
tapi aku tidak kisah.

Tujuan aku mahu menghidupkan channel YouTube sendiri bukannya mahu jadi popular dan kejar bayaran, tetapi lebih kepada mahu berkongsi ilmu dan cerita menarik yang berlaku di sekitar aku.

Kalian boleh subscribe channel YouTube aku, juga di ID cerolian.
Doakan aku berjaya.



Dari Inktober 2018, Day 31


3. Aktif Melukis Semula.

Yang perasan akan perasan aku kurang melukis untuk tahun 2018 lepas.

Ceritanya, aku kemalangan dan tangan aku cedera,
jadi motivasi nak melukis itu hilang terus.

Namun berkat Inktober 2018, aku berjaya kumpul balik motivasi itu.
Aku sebelum ini macam terlupa nikmatnya melukis,
dan teringat balik selepas berjaya selesaikan Inktober.

Jujur aku cakap,
semasa aktif kongsi lukisan di Instagram (@cerolian) dahulu,
aku terlalu fokus kepada jumlah like yang aku dapat.
Apabila jumlah like itu makin hari makin berkurangan,
malah melihat kawan-kawan lain dapat lebih banyak daripada apa yang aku dapat,
motivasi aku semakin menurun...dan lama kelamaan hilang.

Itu adalah antara penyumbang kepada sebab aku kurang berkongsi lukisan di media sosial untuk tahun 2018 lepas.

Namun kali ini aku tidak akan lagi sedemikian.

Aku mahu melukis hanya untuk kepuasan diri.
Kali ini, jumlah like, jumlah komen, jumlah followers hanyalah secondary.
Fokus utama adalah progres untuk maju ke hadapan.

Dan daripada deklarasi ini juga aku muncul dengan satu azam tambahan (kepada azam-azam lain yang tidak aku ceritakan di sini) iaitu MELUKIS 1000 LUKISAN UNTUK TAHUN 2019.

1000 kedengaran banyak,
tapi aku masih ada 364 hari lagi untuk selesaikannya.
Sila sokong aku, ok?
*high five untuk semua*


------------------------- ------------


OK.
Rasanya cukup kot 3 deklarasi.

Sebenarnya,
ketiga-tiga deklarasi ini menjurus kepada hanya satu tujuan utama;
mengukuhkan 'online presence' aku di alam internet.

Rasanya semua sudah sedia maklum keperluan internet.
Maka, aku sendiri tidak mahu ketinggalan dalam dunia serba laju ini.

Apa-apapun, doakan semuanya berjalan lancar.
Dan doakan juga sakit gigi aku ini sembuh dengan segera.
Terseksa oi taip entri sambil tahan sakit pipi kanan membengkak.

Apa azam baru kalian di tahun 2019 ini?

Jumpa lagi di entri akan datang.

Sekian.





.

Dec 31, 2018

PENYELIDIKAN LAPANGAN: Episod Sambutan Tahun Lagenda.



Salam.

Wow! It's the end of 2018.
Lepas ini mesti akan banyak kali salah tulis tarikh.

Moving on!

As stated in the title itself, I'm gonna wrap-up 2018 with Pokémon GO story.

Episod baru di dalam siri Penyelidikan Lapangan untuk bulan ini berada di akhir bulan (bukan seperti selalunya di awal bulan) atas sebab-sebab tertentu yang akan diberitahu kemudian. Untuk bulan Disember ini, 'watak utama' penyelidikan adalah berbeza sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya.


Sumber: Niantic, Inc. (Instagram: @PokemonGOApp)



Selamat datang ke episod baru Penyelidikan Lapangan.

Jika kalian baru sahaja tahu tentang siri ini, kalian sangat terlewat.

Sila baca episod sebelum ini:
1 - Episod Burung Api Lagenda.
2 - Episod Burung Elektrik Lagenda.
3 - Episod Burung Ais Lagenda.
4 - Episod Raksasa Tidur.
5 - Episod Kucing Besar Elektrik Lagenda.
6 - Episod Singa Api Lagenda.
7 - Episod Serigala Air Lagenda.
8 - Episod Kelongsong Serangga Berpuaka.

Dan seperti biasa, pemberitahuan:
Ini adalah entri yang sarat dengan istilah khusus untuk permainan aplikasi Pokémon GO yang akan memberi sedikit cabaran kepada pembaca bukan pemain untuk memahami.

FIELD RESEARCH (Penyelidikan Lapangan) adalah salah satu feature di dalam Pokémon GO seperti pengembaraan di mana apabila pemain pergi ke satu lokasi dan memusing cakera gambar di PokéStop, pemain akan diberikan tugasan untuk diselesaikan. Setiap tugasan ada ganjarannya sendiri, dan apabila tugasan pertama untuk hari itu dapat diselesaikan, pemain akan diberi cop tarikh. Cop tarikh hanya diberi satu setiap hari dan apabila berjaya mengumpul 7 cop tarikh, maka ada ganjaran yang lebih besar akan diberi.

Sejak Penyelidikan Lapangan diperkenalkan bermula bulan April, tiga bulan pertama akan memberikan trio Pokémon lagenda burung; Moltres, Zapdos, dan Articuno. Pada bulan seterusnya bulan Julai, ganjarannya adalah Pokémon Snorlax dengan serangan legasi 'Body Slam'. Bulan Ogos pula menyaksikan permulaan kepada trio 'legendary beast' sebagai ganjaran, bermula dengan Raikou, Entei pada bulan September, dan Suicune menutup tirai trio pada bulan Oktober. Bulan November pula dikejutkan dengan kemunculan Pokémon jenis Serangga dan jenis Hantu daripada generasi ketiga (Hoenn), Shedinja sebagai ganjaran.

Pada 29 November lalu, satu pengumuman muncul di slot 'News' (Berita) di dalam Pokémon GO. Pokémon yang akan menjadi ganjaran kepada Penyelidikan Lapangan pada bulan Disember adalah...






Yes. You're reading it right (or not read it at all).

Tidak ada 'watak utama' untuk Penyelidikan Lapangan bulan ini, TETAPI setiap kali berjaya selesaikan tugasan pada hari ketujuh, pemain akan dapat satu daripada enam Pokémon Lagenda yang pernah muncul sebelum ini iaitu;
- Articuno, Zapdos, Moltres, Raikou, Entei, dan Suicune.

Dan sebab inilah episod Penyelidikan Lapangan bulan ini berada di hujung bulan, bukannya di awal bulan seperti sebelumnya.

Ini adalah sambutan meraikan akhir tahun 2018 yang dilabel sebagai Tahun Lagenda (Legendary Year) untuk seluruh francais Pokémon.

Walaupun 6 Pokémon Lagenda ini pernah diberikan sebelum ini, kali ini ia sedikit berbeza kerana Articuno, Zapdos, dan Moltres boleh didapati dalam varian shiny.

Tanpa berlengah masa, pengembaraan aku untuk menangkap sekali lagi Pokémon Lagenda pun BERMULA!


------------------------- ------------


Penyelidikan bulan Disember bermula 1 Disember 2018 jam 1 petang PDT, dan jika ditukar ke waktu Malaysia, bermula 2 Disember 2018 jam 4 pagi.

Berkat kegigihan, aku masih lagi tidak langsung pernah tertinggal satu pun cop tarikh untuk Field Research setiap hari bermula daripada feature Field Research mula diperkenalkan. Daripada pengiraan, aku akan mula mengumpul cop tarikh untuk Field Research bulan Disember bermula tepat pada tarikh 1 Disember 2018.

Juga daripada pengiraan, kalau kegigihan untuk aku tidak tertinggal satu pun cop tarikh berterusan, maka aku mampu dapat 4 peluang untuk ganjaran pada bulan Disember ini.




Selepas tujuh hari dan tujuh cop tarikh kemudian,
ganjaran pertama, satu daripada 6 Pokémon Lagenda akan aku perolehi.




Raikou! Not bad!
Raikou adalah antara Pokémon Lagenda jenis elektrik yang hebat untuk digunakan di dalam permainan meta.

Tetapi Raikou pada level 15 dengan 100% IV (individual value) berada pada CP 1479, tetapi Raikou ini berada pada CP 1450. Tidaklah berapa hebat pun IV untuk Raikou ini. Aku ada Raikou yang lebih baik daripada ini di dalam simpanan.


Baiklah.
Kita lihat pula apa Pokémon Lagenda yang bakal aku dapat pada minggu seterusnya.




Selepas tujuh hari dan tujuh cop tarikh kemudian,
ganjaran kedua untuk bulan Disember, satu daripada 6 Pokémon Lagenda akan aku perolehi.
Aku harap boleh dapat shiny Zapdos.




Raikou! LAGI!
Malah Raikou ini lebih rendah CP-nya daripada Raikou sebelum ini.

Kalau hendak bagi Raikou sekali lagipun, bagilah yang CP-nya 1479. Ini CP 1448, aku boleh buat apa?


Baiklah. Sabar.
Peluangnya satu daripada enam.
Kita lihat pula apa Pokémon Lagenda yang bakal aku dapat pada minggu seterusnya.
Tidak mungkin Raikou untuk tiga kali berturut-turut.




Selepas tujuh hari dan tujuh cop tarikh kemudian,
ganjaran ketiga untuk bulan Disember, satu daripada 6 Pokémon Lagenda akan aku perolehi.
Tolonglah beri aku shiny Zapdos!!!




Raikou! LAGI SEKALI!
Serius ah tiga kali Raikou berturut-turut?
Kebarangkalian (1/6)x(1/6)x(1/6) sedang berlaku.
Ianya 1/216 kebarangkalian untuk aku dapat tiga Raikou berturut-turut.
Am I THAT lucky (or you can consider THAT unlucky)?

Tetapi Raikou kali ini berapa pada CP 1473 (IV 100% pada CP 1479) maka Raikou ini mungkin boleh berguna pada masa akan datang.


Baiklah.
Kita lihat pula apa Pokémon Lagenda yang bakal aku dapat pada minggu seterusnya.




Selepas tujuh hari dan tujuh cop tarikh kemudian,
ganjaran keempat, satu daripada 6 Pokémon Lagenda akan aku perolehi.
Kalau ia Raikou juga, maka kebarangkalian 1/1296 sedang berlaku.
I can consider myself very (un)lucky.




Articuno! OK laa!
Walaupun bukan shiny Articuno, tapi OK lah berbanding Raikou sekali lagi.

Articuno pada level 15 dengan 100% IV (individual value) berada pada CP 1308, tetapi Articuno ini berada pada CP 1287. Tidaklah berapa hebat pun IV-nya, aku sudah ada yang lebih baik daripada ini. Yang ini, bolehlah untuk digandakan candy-nya sahaja.



Jadi,
itu menutup Field Research untuk bulan Disember ini.
Tiada yang menarik kecuali penambahan kepada Pokémon Lagenda yang sudahpun aku perolehi.



Ulasan.

6 Pokémon Lagenda daripada 2 Trio untuk dua generasi, rasanya, bukanlah satu ganjaran yang teruk memandangkan alasannya adalah untuk meraikan akhir tahun 2018 yang merupakan Tahun Lagenda untuk permainan Pokémon.

Peluang ini mungkin baik untuk pemain yang terlepas untuk mendapatkan kedua-dua trio ini semasa menjadi Boss Raid di PokéGym dan semasa menjadi ganjaran Field Research pada bulan-bulan lepas.

Namun untuk pemain yang gigih bermain daripada awal, maka pengulangan seperti ini boleh dikatakan kurang menarik. Untuk apa lagi perlu mereka (kami) ada Pokémon Lagenda yang sudah pun banyak kami perolehi sebelum ini? Untuk candy, mungkin. Tapi untuk simpanan, kurang berbaloi.

Bayangkan bersusah payah kumpul cop tarikh setiap hari, dan selepas 7 hari apabila mahu menuntuk ganjaran, ganjaran yang diberikan adalah sesuatu yang sudahpun ada.



Untuk lebih menambahkan kekecewaan, pada 27 Disember lalu, Niantic Inc. selaku pembangun permainan Pokémon GO ini sudahpun buat pengumuman tentang ganjaran Field Research untuk bulan(-bulan) seterusnya:






Yes. You're reading it right again (or not read it at all, again).

Untuk bulan hadapan bulan Januari, DAN JUGA bulan seterusnya bulan Februari, ganjaran untuk hari ketujuh Field Research adalah SEKALI LAGI dua trio lagenda (Articuno, Zapdos, Moltres, serta Raikou, Entei, dan Suicune) akan kembali dan kali ini bersama-sama juga dengan dua lagi Pokémon Lagenda (yang pernah ada sebelum ini) iaitu Lugia dan Ho-Oh.

Aku tidak pasti apa yang Niantic cuba nak rancangkan, tapi mereka tidak sedarkah PENGULANGAN MEMBAWA KEPADA KEBOSANAN?

Sudah tentu, trio Burung Lagenda boleh diperoleh dalam varian shiny. Malah, Lugia dan Ho-Oh juga sudah dilepaskan varian shiny-nya. Tapi disebabkan tiada cara khusus untuk menjamin dapatnya shiny, maka semua ini masih lagi satu pengulangan yang membosankan.

Satu perkara yang (mungkin) boleh menaikkan moral para pemain lama Pokémon GO adalah dengan melepaskan trio Binatang Lagenda (Raikou, Entei, dan Suicune) dalam varian shiny mereka. Tapi sekali lagi, tanpa cara khusus untuk menjamin dapatnya shiny, semua ini adalah pengulangan yang membosankan.

Malah, kebosanan ini akan berpanjangan selama DUA BULAN kerana Field Research kali ini berdurasi sepanjang bulan Januari dan Februari.

Aku dapat merasakan kekecewaan para pemain Pokémon GO yang lain, yang gigih menyelesaikan tugasan setiap hari untuk peroleh cop tarikh.

Kenapa mereka tidak lepaskan sahaja trio Titan dari generasi ketiga?


Aku sendiri tidak pasti bagaimana aku akan kemaskini perjalanan siri Penyelidikan Lapangan ini di kemudian hari. Mungkin sekali di hujung bulan seperti apa yang aku buat untuk bulan Disember ini.



Nantikan (jika mahu) episod seterusnya dalam siri Penyelidikan Lapangan di masa akan datang.
Selamat menjalankan penyelidikan!





.

Dec 26, 2018

Kisah Satu dalam Tiga Belas Ribu.





Salam.

Kalau perlu diterangkan tentang diri sendiri,
aku rasa aku seorang yang cepat kagum.
Kalian tidak perlu bersusah payah buat perkara besar untuk buat aku kagum.
Cukup hanya perkara kecil sudah mampu cetus kekaguman aku.

Tiap hari kita akan meraikan sesuatu;
Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru,
Hari Merdeka, Hari Alam Sekitar, Hari Kidal,
Hari Pokémon, Hari Kanak-Kanak, Hari Wanita.

Jika kalian rajin, pergi Google senarai hari-hari yang ada di dunia ini.
Ada satu laman Wikipedia yang menyenaraikan semua hari yang wujud di Bumi ini.
Hampir setiap hari ada harinya sendiri.

Suatu ketika dahulu aku pernah berfikir;
Kenapa tidak ada Hari Diri Sendiri?
Satu hari yang meraikan diri sendiri.

Tapi aku silap.
Hari Diri Sendiri memang wujud.
Cuma tiap orang harinya berbeza.

Ia dipanggil Hari Lahir. Birthday.
Hari lahir adalah hari untuk diri kita sendiri.
Hari lahir adalah hari kita.





Alkisah,
lebih kurang dua tahun yang lepas aku ada menghadiri satu pertemuan.
Mereka ini aku kenal melalui jaringan sosial.
Itu bukan kali pertama aku sertai pertemuan sebegini.
Kali ke berapa aku kurang pasti.

Pertemuan ini cuma 5 orang,
dan kebanyakan kami hanya berkenalan di media sosial.
Jadi aku agak tertunggu-tunggu akan pertemuan itu.

Pada hari kejadian, kami berkumpul.
Ya, pertemuan itu bukanlah besar mana tetapi aku sangat teruja.
Walaupun sebenarnya aku hanya ternanti-nanti untuk bertemu dengan seorang sahaja.

Seperti biasa,
aku jenis seorang yang lambat mesra.
Kalian perlu empat lima kali pertemuan barulah aku boleh jadi sedikit selesa dan mesra.
Jangan harap untuk pertemuan pertama sudah buatkan kita jadi serasi.

Maka aku hanya banyak mendengar daripada bercakap.
Dan kebiasaannya, bila aku diam, otak aku selalunya sedang laju.

Di sinilah bermula ceritanya.



Daripada sesi taaruf (perkenalan) secara tidak formal,
aku dapati dua daripada 4 orang di hadapan aku memiliki tarikh lahir yang sama.
Dan lebih menarik, tarikh itu sama dengan tarikh lahir aku
menjadikan daripada 5 orang yang jarang berjumpa ini,
3 orang memiliki tarikh hari lahir yang sama.

Itu perkara yang buatkan aku sangat kagum.
Sangat mengagumkan sehinggakan aku label hari itu sebagai salah satu daripada hari paling magikal sekali pernah berlaku dalam hidup aku.



Kalian mungkin anggap aku berlebihan. Exaggerating.
Bertemu dengan orang yang lahir sama tarikh dengan kita bukanlah satu perkara yang 'magikal'.
Tentu sekali semua orang pernah menemuinya.

Populasi dunia menunjukkan Bumi dihuni 7.7 bilion (dengan 9 kosong di belakang).
Setahun hanya ada 366 tarikh yang berbeza.
Maka, untuk bertemu dengan seseorang yang sama tarikh lahir bukanlah sesuatu yang susah, kan?

Ya.
Untuk 7.7 bilion memang mudah.
Malah, di dalam kumpulan sekecil 60 orang, kebarangkalian untuk dapat dua orang dengan tarikh lahir sama hampir 100%.
50% untuk kumpulan 23 orang.

Tetapi,
aku bercerita tentang kumpulan hany 5 orang.
Dan bukan dua orang dengan tarikh lahir sama, tetapi 3 orang.
Tiga daripada lima.

Tak puas hati?
Let's do the math!
(Atau kalian boleh skip ke garisan merah jika matematik buatkan kalian...hmm...pening.)



Di bawah bab 'Statistics & Probability',
kalian akan dikenalkan dengan 'Combination & Permutation'.
Untuk Combination, susunan tidaklah dititikberatkan,
menjadikannya sesuai untuk kes kita ini.

3 orang daripada 5 memiliki tarikh lahir yang sama boleh dibaca sebagai pembahagian dua kumpulan dengan 3 orang sama, dan 2 orang berbeza.

Untuk dipermudahkan, kita namakan 5 orang itu sebagai A, B, C, D, dan E.
Terdapat 10 kombinasi untuk kumpulan ini;

3 sama - - - 2 beza
ABC - - - DE
ABD - - - CE
ABE - - - CD
ACD - - - BE
ACE - - - BD
ADE - - - BC
BCD - - - AE
BCE - - - AD
BDE - - - AC
CDE - - - AB


Kebarangkalian untuk orang pertama daripada 5 ini mempunyai tarikh lahir;
= 366/366 = 1

Kebarangkalian untuk orang kedua mempunyai tarikh lahir yang sama dengan orang pertama;
= 1/366

Kebarangkalian untuk orang ketiga mempunyai tarikh lahir yang sama dengan orang pertama dan orang kedua;
= 1/366

Kebarangkalian untuk orang keempat TIDAK mempunyai tarikh lahir yang sama dengan orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga;
= 365/366
(kerana dia boleh ambil mana-mana tarikh di dalam 366 tarikh kecuali tarikh lahir tiga orang pertama)

Kebarangkalian untuk orang kelima TIDAK mempunyai tarikh lahir yang sama dengan orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga;
= 365/366
(kerana dia boleh ambil mana-mana tarikh di dalam 366 tarikh kecuali tarikh lahir tiga orang pertama)


Maka,
kebarangkalian untuk satu daripada 10 kombinasi memiliki 3 orang yang mempunyai tarikh lahir yang sama daripada 5 orang keseluruhan ialah;

= 1 x (1/366) x (1/366) x (365/366) x (365/366)
= *belek-belek sempoa*
= 0.0000074244

Seterusnya,
kebarangkalian untuk 10 kombinasi itu
= 10 x 0.0000074244
= 0.000074244
= 1/13,469


----------garisan merah----------


Dengan kata lain;
untuk dapat 3 daripada 5 orang mempunyai tarikh lahir yang sama,
kebarangkaliannya akan berlaku 1 dalam 13,469 pertemuan.

Dan perkara ini berlaku pada aku dalam pertemuan pertama.
How was that not magical enough?



Sudah tentu, yang tahu ada 3 orang dengan tarikh lahir yang sama pada pertemuan 5 orang itu hanyalah seorang dua sahaja (sebab aku tidak beritahu tarikh lahir aku bila) tapi ia sudah cukup buat aku terfikir dan tersenyum setiap kali memikirkannya untuk dua tahun ini.

Pada ketika aku mengetahuinya, aku ada simpan harapan bahawa peristiwa ajaib ini adalah petanda kepada sesuatu yang baik.

Namun, selepas dua tahun,
aku masih lagi memikirkannya dan masih menunggu apakah yang peristiwa ini bawakan kepada aku.



Hakikatnya, inilah kehidupan.

Fikirkannya,
sebagai contoh, burung berak atas kepala kita.
Seluas-luas alam ini, berapa kecil kebarangkalian untuk seekor burung melepaskan najis dari atas dan jatuh tepat ke atas kepala kita?
Jika difikirkan, ia juga satu peristiwa magikal.

Contoh lain, mimpi kena patuk dengan ular.
Sebanyak-banyak perkara yang boleh diimaginasikan oleh otak manusia, berapa kecil kebarangkalian untuk kita dapat mimpi kena patuk dengan ular?
Jika difikirkan kebarangkaliannya, mimpi itu juga magikal.

Peristiwa magikal, ajaib, dan di luar kebiasaan berlaku kepada kita hampir setiap hari.
Hampir setiap masa.

Jika kita fikirkannya, semua perkara boleh dianggap magikal jika kita kira kebarangkaliannya.
Namun tidak setiap masa kita alami perkara baik, kan?

Adakah ini bermakna peristiwa magikal tidak bererti perkara baik akan berlaku?

Tidak.
Sebenarnya, yang menentukan perkara baik akan berlaku kepada kita atau tidak,
langsung tidak bergantung kepada 'petanda' ajaib ini.
Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Diri kita yang mencipta kebaikan.

Pada sesetengah orang, burung berak atas kepada adalah petanda nasib malang.
Tetapi ada yang bersyukur kerana burung itu berak atas kepalanya, bukan ke dalam pinggan di hadapannya ketika dia sedang menikmati makan tengahari.

Pada sesetengah orang, mimpi dipatuk ular ditafsirnya sebagai mimpi ngeri dan kemungkinan dirinya (atau keluarganya) sedang disihir.
Tetapi ada yang beranggapan mimpi dipatuk ular adalah petanda jodohnya sedang mendekati, dan akhirnya dia keluar ke luar dengan semangat dan aura yang positif seterusnya memberikannya kebaikan.


Hakikatnya,
peristiwa magikal, ajaib, dan di luar kebiasaan berlaku kepada kita hampir setiap hari.
Hampir setiap masa.

Cuma yang menentukan perkara baik akan berlaku kepada kita atau tidak,
langsung tidak bergantung kepada peristiwa magikal itu.
Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Diri kita yang mencipta kebaikan.



Sekian.



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License