Kalian tahu apa yang membuatkan kita jadi istimewa?
Memiliki kuasa luarbiasa.
Aku yakin,
bukan aku seorang,
tapi majoriti dari kita mesti paling tidak pernah berharap memiliki kuasa luarbiasa.
Mungkin akibat dari pengaruh rancangan TV, wayang ataupun sekadar kuat berangan,
tapi setiap dari kita mesti pernah ada momen di mana
tertimbulnya pemikiran seperti
"Kalaulah aku boleh terbang, mesti boleh lari dari jam"
atau
"Kalaulah masa boleh dihentikan, mesti aku boleh tatap muka dia lama-lama."
Akupun manusia.
Malah, aku manusia yang kuat berangan.
Jadi, memang adalah angan-angan nak miliki kuasa luarbiasa.
Berikut adalah
ENAM kuasa luarbiasa yang aku idam-idamkan.
Walaupun kedengaran agak kurang matang,
tapi menjadi matang adalah pilihan, bukan kemestian, kan?
Flight adalah kebolehan untuk terbang,
manakala
Levitation adalah kebolehan untuk terapung di udara.
Ini adalah kuasa yang dari kecil aku idamkan.
Sebab kenapa aku suka terbang ialah sama dengan sebab kenapa aku suka tunggang motosikal berbanding memandu kereta.
Sebabnya aku suka perasaan angin bertiup ke muka.
Kalau aku boleh terbang, maka aku tak perlukan lagi mana-mana kenderaan.
Daya apungan pula,
sebab bilik aku sangat sempit dan bersepah.
Kalau aku boleh terapung,
mesti tiada masalah seperti tersepak kaki katil, terpijak kepala tali pinggang dan lain-lain.
Hehehe
Dua benda fiksyen yang aku suka ialah
time-travelling dan
zombie apocalypse.
Memandangkan zombie bukan kuasa luarbiasa,
maka menjelajah masa menjadi pilihan aku.
Hiro Nakamura adalah salah satu watak dalam siri
Heroes.
Aku secara spesifik merujuk kepada kuasa Hiro Nakamura
kerana Hiro mampu manipulasi ruang dan masa,
bermakna dia mampu menghentikan masa,
melambatkan masa,
jelajah ke masa silam,
jelajah ke masa akan datang,
dan paling best, teleportasi.
Kalau aku ada kuasa ini,
bayangkan betapa banyak perkara mampu aku lakukan.
Pergi bertemu Hang Tuah,
bergambar di waktu pengisytiharan kemerdekaan,
main lari-lari di zaman dinosaur,
bertemu Isaac Newton di bawah pokok epal,
bersarapan di Tokyo, makan tengahari di New York,
dan macam-macam lagi.
Best kan?
Hyperthymesia adalah kebolehan untuk tidak lupa dengan apa yang dilihat.
Hyperthymesia bukanlah fiksyen,
ianya merupakan satu abnormaliti dalam tubuh manusia.
Pemilik hyperthymesia mampu mengimbau segala yang dilihatnya sepanjang hidup hingga ke perkara yang teliti.
Carrie Wells adalah watak dalam siri TV
Unforgettable
di mana dengan kebolehannya, dia menjadi polis bahagian siasatan jenayah dan menumpaskan pelbagai kejahatan dengan kebolehannya.
Ala, macam dapat ingat kembali setiap detail di tempat kejadian dan membantu pasukannya mengumpul bukti untuk disabit kesalahan.
Aku secara spesifik merujuk kepada kebolehan Carrie Wells
kerana dia mampu imbau apa sahaja diingatannya bila mana dia mahukan,
sedangkan pemilik sebenar Hyperthymesia di dunia kita
menganggap ianya satu bebanan kerana dia melihat kenangan lalu
sebagai satu projektori yang tidak berhenti
dan sampai satu tahap,
dia gagal membezakan mana kenangan dan mana realiti.
Ya.
Hyperthymesia merupakan satu penyakit.
Hahaha,
sama ada aku terlalu terserap ke dalam minat aku terhadap
Naruto, aku pun tak pasti.
Apa yang aku pasti,
aku kadang-kadang agak tertekan bila perlu buat banyak perkara dalam satu masa.
Kage Bunshin no Jutsu, kepada yang tidak tahu,
adalah kebolehan menghasilkan salinan klon kepada diri sendiri.
Klon tersebut mampu membuat tugas seperti badan asal
sehinggalah badan asal berkeputusan untuk menghapuskan (membatalkan) klon itu.
Dan segala ingatan klon itu akan diterima oleh badan asal selepas klon itu dibatalkan.
Aku secara spesifik merujuk kepada kuasa Naruto
sebab dia mempunyai chakura (kuasa) yang banyak dan membolehkan dia menghasilkan klon yang sangat banyak tanpa memenatkan diri.
Bayangkan,
aku nak layan movie dalam laptop, dan dalam masa yang sama perut lapar.
Buat satu klon, suruh klon tu pergi makan banyak-banyak sedangkan aku duduk terbaring melayan movie.
Habis klon tu makan, batalkan klon, dan perut aku pun menjadi kenyang.
Aku juga mampu pergi ke kenduri kawan-kawan yang bertindih tarikh.
Best, kan?
Shape-shifting, seperti namanya, adalah kebolehan berubah bentuk.
Seperti contoh, aku boleh berubah dari wajah aku yang kurang kacak ni ke wajah Aaron Aziz dengan senangnya tanpa pembedahan.
Mystique ialah satu watak jahat dalam siri
X-Men.
Dia berkebolehan menjadi bentuk siapa sahaja yang dia mahu
malah suara, gaya tubuh dan ketinggian juga berubah
membuatkan pihak lawan menganggapnya sebagai seorang yang leceh untuk ditentang.
Aku secara spesifik merujuk kepada kuasa Mystique
kerana aku suka Mystique.
Dia cool. Dia jahat. Dia licik.
Tapi yang penting,
kalau dia berubah, dia akan berubah dengan baju sekali.
Bayangkan,
aku rasa nak tukar baju dari T-shirt kepada kemeja,
aku hanya perlu
shape-shifting.
Taaadaaa!
Baju dah bertukar tanpa perlu tukar rupa.
Tapi kuasa shape-shifting ni selalu dikaitkan dengan kecelaruan identiti.
Mana taknya, berkali-kali bertukar rupa,
sampai tahap dah tak tahu dah rupa sebenar, kan?
Bahayanya...
Telekinesis dan Psikokinesis boleh dikatakan sama.
Kebolehan menggerakkan objek dengan hanya guna kuasa minda.
Macam Jean-Grey dalam X-Men dan Sylar dalam Heroes.
Kebolehan ini selalunya dikaitan juga dengan telepati,
tapi aku kurang berminat dengan telepati.
Kebolehan menggerakkan objek tanpa menyentuhnya adalah sesuai untuk orang malas macam aku.
Contohnya, sedang tonton TV dan mahu tukar channel,
sedangkan remote berada di 2 meter di hadapan.
Nak gerakkan badan, dan cukup selesa dah.
Nak panjangkan tangan, tak sampai.
Jadi, kalau ada telekinesis, masalah selesai.
Aku juga ada berfikir panjang.
Kalau ada telekinesis yang cukup hebat,
kita juga boleh terbang.
Ye laa,
kalau mampu terbangkan objek lain,
kenapa tak mampu nak terbangkan diri sendiri, kan?
xxxxxx
Itulah enam kuasa luarbiasa yang aku idam-idamkan.
Tak dapat semua, dapat salah satu pun dah OK.
Ada kajian psikologi yang pernah aku baca,
dengan menyenaraikan kuasa luarbiasa yang kita idam-idamkan,
kita dapat nilai siapa diri kita yang sebenar.
Hmm, kalau aku..
Mungkin aku adalah manusia yang pemalas tapi bercita-cita tinggi kot..
Kalian pula?
apakah enam kuasa luarbiasa yang kalian idam-idamkan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di
twitter dan
facebook.
Updated:
6 Kuasa Luarbiasa kawan aku.
Kertas Kosong dari blog
The Missing Page [
klik sini]
.