Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 28, 2010

tEka-tEki #4 - Matematik Mudah

this is fifty...
..and I'm sorry..


Seperti yang dijanjikan, aku akan berikan tEka-tEki #4..
Dan berita lagi gembira, aku akan bagi 2..
kedua-duanya hanya menggunakan matematik (mudah)...

**********


tEka-tEki ini dalam tahap kesukaran D


Empat beradik kandung ini merupakan pemegang saham bagi syarikat milik arwah ayahanda meraka.



ALONG, ANGAH, ALANG dan ACIK.

Along adalah CEO merangkap pemegang saham terbesar syarikat...
Angah mempunyai saham kurang 1% daripada Along...
Alang pula kurang 1% daripada Angah...
dan Acik kurang 1% daripada Alang...

SOALAN:

BERAPA PERATUSKAH SAHAM YANG DIPEGANG OLEH ALANG?
dengan mengambil kira hanya mereka berempat sahaja pemegang saham syarikat.

**********


tEka-tEki ini dalam tahap kesukaran B


Di padang ada 100 buah kotak disusun sebaris..



Setiap kotak dilabel dari nombor 1 hingga nombor 100.

..dan ada 100 orang pelajar dipanggil.

Pelajar pertama diminta untuk
membuka semua 100 kotak itu.
Pelajar kedua diminta
menutup setiap kotak dalam gandaan 2.
Pelajar ketiga diminta
menutup kotak yang terbuka dan membuka kotak yang tertutup dalam gandaan 3.
Pelajar keempat juga diminta dilakukan seperti pelajar ke-3 tapi dalam gandaan
4.
Pelajar kelima juga sama tapi dalam gandaan
5.
..dan seterusnya dengan gandaan yang menaik...

..sehinggalah pelajar terakhir ke-100 diminta melakukan perbuatan yg sama untuk kotak dalam gandaan
100 iaitu yg terakhir.

SOALAN:

Hingga ke akhirnya, berapakah kotak yang terbuka?


..dengan menganggap semua pelajar jujur dalam tugas masing-masing dan tiada kesalahan dalam gandaan.

**********


SELAMAT MENCUBA...

seriously, aku memang boleh selesaikan tEka-tEki ni,
takkan anda tak boleh kot??

**********

Jawapan tEka-tEki #4 Matematik Mudah di sini

Jan 25, 2010

"Lelaki yang tengok wayang seorang nampak macam LOSER!!"

this is my forty-ninth...
..and I'm sorry..


Dalam Blogger Boy musim kedua episod 5,
si Kid n Budi ada ckap yang lelaki yang gi tgk wayang sorg2 nmpak mcam LOSER!
As a man, aku admit mende tuh, at least nk tgk wayang pon ajak arr teman sape2...
Paling busuk pon adik ke, jiran ke, hahaha...
BUT,
atas tuntutan kerja, aku terpaksa tengok wayang sorang2...


Monday 25 Jan,
The Mines Shopping Fair's TGV,
aku orang pertama yang masuk Panggung 1,
Panggung 1 panggung kecil, ada hanya 14 seat melintang dan A-H barisan kerusi..
Maka, ada 112 kerusi untuk panggung tersebut..
Kalau dikira dr hadapan, aku di kerusi 91,
tengah panggung...

Dengan popcorn dan air mineral,
mari kita TONTON...

Mcam biasa laa, 10 minit pertama hanyalah iklan dan preview filem-filem HOT akan datang...
Paling dinanti, IRON MAN 2..
Then, barulah start cerita,
dengan muka Robert Downey Jr muncul dulu,
setelah 15 minit cerita, barulah muncul tajuk...
SHERLOCK HOLMES.



Kalo tengok wayang sorg2 adalah LOSER,
tp pada sape yg tak tahu sapa SHERLOCK HOLMES,
dialah MAJOR LOSER.

Watak novel penyiasatan Sir Arthur Conan Doyle dibawa ke layar perak.
Bagi aku yang membaca novel dia, sangat laa lain dari ape yang aku fikirkan...
Holmes way too smart, Watson way too good looking...
Aku ingat (n tak salah) Watson sepatutnya seorang yang agak gemuk,
bercermin mata dan skema...
Tp Jude Law sangat tak macam tuh...
Aku sedar Mary memang wujud dalam novel tu,
Tp si Irene Adler aku tak ingat plak...
Ni musti ade novel dia yg aku tak abes bace lagi nih...




Cinematography superb..
Muzik kesan khas, fantastic..
Perkembangan plot, clear n da bomb..
da best part is the scene..
Sape yg mengantuk dalam wayang, bgtau aku sbb aku nak bedah badan dia wat eksperimen...
Hanya alien dr planet lain je yg boleh ngantuk dalam citer yg full of action camtuh...




RM 9 untuk cite nih??
SANGAT BERBALOI...
tambahan plak, sangat byk info yg aku dapat...

dan yg paling best,
hanya 17 org je dalam panggung...
3 set couple, 1 set friend-pair, 1 set of 6-pax friends and 3 set of loners (cam I)
sangat boleh berbaring dalam panggung tu tanpa risau sape2 terhidu bau kasut aku...




Dan for my own information,
aku terpesona dengan si cantik jelita Rachel McAdams yang main watak Irene Adler tuh...
Mungkin sbb aku suka gaya typical wanita Europe zaman revolusi,
n she's fit it very well...
sangat berbeza dari mase dia dalam citer Red Eye dulu..
She's HOT!! Kan?? Kan?? Kan??


Akhirnya, aku baru sedar...
Aku patut tonton ADNAN SEMPIT, bukan SHERLOCK HOLMES...
n after 1 month kt wayang, baru aku tgk this filem,
adakah aku sangat ketinggalan???

Mungkin betul kata Budi n Kid,
"Lelaki yang tengok wayang seorang nampak macam LOSER!!"
Mungkin aku memang LOSER kot...

Jan 22, 2010

Aku Pembunuh Sepenuh Masa

this is forty-eighth,
and I'm sorry..


Walaupun aku boss, tapi aku suka wat kerja sendiri..
Semalam aku baru selesaikan kerja mengugut peguam daerah,
dan habuannya, aku dpat kereta peronda polis yang amat sesuai dengan penyamaranku...
Apa kerja aku??
Akulah pembunuh merangkap ahli KONGSI GELAP.



"Kenapa kau berani sangat menentang aku?", aku bertanya.
"Maaf boss, saya silap!!! Lepaskanlah saya" kata seorang pemuda yang terikat di kerusi.
Dia dibelakangkan 5-6 orang anak buahku...

Sambil memegang playar, aku berkata,
"Kenapa kau sanggup khianat aku?"

"Maaf boss, mereka tawarkan saya wang!!.."

"Maksud kau, aku tak ada wang???"

"Bukan Boss, saya..."
Tanpa mendengar keluhan dia lebih lanjut,
aku arahkan anak-anak buahku pegang mulutnya.

"Mulut busuk ni patut dibasuh dengan DARAH!!!"
Menggunakan playar, aku cabut gigi kacipnya satu, gigi taringnya satu, dan gigi gerahamnnya dua...



Jeritan yang kuat didengari,
umpama alunan mewah irama Mozart pada telingaku...

"MAAF BOSS, saya ada satu berita dari luar..."
Pembawa pesanan aku datang mencelah penikmatan laungan kesakitan itu...

"Donie Brasco istiharkan perang dengan kita..."
"Brasco?? Bukankah dia sekutu kita???"
"Ya, tapi dia berkeras mahu kalahkan kita, Boss"

Aku kemudian menuju ke pinggir bilik dan mengambil jacketku.
Serba putih, aku mengambil cermin mata ray ban aku dan memakainya.

"Kalau PERANG yang dia mahu, kita hiburkan dia dengan PELURU!!"
"MARI!!!"

**********


Aku dan bala tenteraku 105 orang sedang berdiri berhadapan dengan bala Brasco yang lebih ramai...
Donie Brasco,
berada level yang jauh lebih tinggi dari aku,
dengan pengalaman yang jauh lebih luas dari aku.
Dari segala segi aku memang kalah..
Namun, maruah membuatkan aku lebih bersemangat..
Semangat aku dapat disampaikan ke segenap anak buahku,
masing-masing menunggu dengan senjata di tangan...



Aku,
dengan Saber di tangan,
menggigil kegirangan...
peluh jantan berlinang di dahi,
namun mata ku tepat ke jantung Brasco yg bongkak sedang menghisap curutnya sambil menatap aku kejam..

Tepat jam 5.15 petang hari Ahad,
perang bermula...

"BUKAN KEMENANGAN YANG KITA CARI,
TAPI MAKAN MALAM BERLAUKKAN JANTUNG BRASCO!!!"
Jerit aku sambil berlari meluru ke gembala tentera Brasco!!
Semua anak buahku juga mencari mangsa masing-masing..
Brasco juga,
bala tenteranya menerjah ke arah kami...
Pemandangannya seperti epik perang antara Samurai dan Tentera Moden Jepun.

TIBA-TIBA...














"Alang, makan malam dah siap"










"BAEKK!!!"

Aku pon tinggalkan laptop aku sendirian dengan Mafia Wars masih terpasang..
Yup, MAFIA WARS...
Aplikasi permainan di Facebook aku yang paling aku minati...
Owh, mungkin 'minat' bukan ayat yang sepatutnya,
tapi 'ketagih' lebih sesuai...

Dah setahun aku berkecimpung dalam dunia Mafia Wars nih,
namun dua bulan belakangan ni agak sedikit aktif disebabkan kebosanan hidup yang menyelubungi..

HIDUP MAFIA WARS!!!



nota kaki:
aku ade gak main Farmville tapi kebengongan membuatkan aku berhenti!!
hahahaha...

Jan 19, 2010

Aku tengok Gossip Girl sebab Blair HOT!!!

this is forty-seventh..
..and I'm sorry..

7 minggu 4 hari yang lalu, aku ade tgk satu episod Gossip Girl...
sbb aku tak tgk dr awal, jadi aku blank dgn sgala konflik dlm cite tuh...
so, aku decide nk donlod season 1 Gossip Girl dr sesawang...

7 minggu 4 hari kemudian, merangkap semalam...
setelah on off torrent bla bla bla...
aku pon berjaya mengompletekan pengdonlodan Gossip Girl season 1 tuh...
18 episod, 6.31GB size, aku tonton dgn senyuman...
n I'm officially akn follow citer nih..(HUH?? WTF??)

N aku bercadang nk beli je DVD season 2,
sbb derita mengdonlod bende2 bsar nih aku je yg rase...
hahahaha (byk duit ko...)



Apsal??
Pelik ke aku (lelaki) follow Gossip Girl??
Awek2 dia HOTZ dowh... mcam enjin keta Ferrari Enzo pas bergerak 230km/h selama 8 saat...
Blair Waldolf faveret aku (wahahahahahaha)...



Kan aku dh kate dia HOT...
sape kate dia tak HOT sila angkat tangan tinggi2,
senang sket aku nak wat flying elbow..



Aku jgak follow The Mentalist..
sbb Patrick Jane tuh super-duper-zuper cool...
Cool mcam pakwe bekas awek aku (bla..bla..bla..)
Van Pelt pon o gak, innocent je muka..
padahal.. Miaaooo



Aku pon follow Heroes gak!!!
sbb ex aku yg hebat tuh suka kt Milo Ventimiglia a.k.a Peter Petrelli...
gaya taknak cool, rambut pon takleh blah..
tp dia nih kategori renek gak kan??
sape tak suka dia angkat tangan kanan!!!
biar ex aku gi lempang korang (kalo dia brani aar)



byk lg cite aku follow...
Dollhouse, Supernatural, Top Gear, Bleach,
and my local favorite,
Blogger Boy!!

Chiaooo!!!

Jan 18, 2010

Windows 7 dalam cerebrum aku!!

this is my forty-sixth..
..and I'm sorry!!

sebab dari hari jumaat tiada kesempatan nak check peti surat umah, hari ni (Isnin) peti tu dipenuhi dengan banyak surat...
salah satu surat tuh adalah untuk aku, dan berisikan Windows 7 Upgrade Kit dari Acer.


Terima kasih kepada Mohammed Faizal Zubaidi dan kakaknya,
aku berjaya mendapatkannya...
Yeah!!! Win7 kemari!!!

Sbelum aku nak upgrade,
aku dgn rakusnya mengumpul seberapa banyak maklumat dr sesawang ttg Win7 nih dibandingkan dgn Vista yg tersedia ada...
dan juga info tentang option2 nak upgrade,
either clean install, upgrade, or bla bla bla...

Hati bercampur baur sbb byk komen org yg guna kata,
kalo takde masalah lg dgn Vista,
why bother nk tukar ke Win7?
(kpala aku pkir, ade betol gak)

aku sdg bergembira dgn lappy aku..
hebat, tahan lama, dan lengkap segala...
mmg aar Win7 bagus,
tp kalo aku tukar, tak ke mcam aku kena start dr mula??


Dr keseronokkan mendapat Win7,
sampai laa skang keserabutan memikirkan pilihan..
mmg aku akan upgrade,
tp samada skang ke, atau nanti2 dulu??

ade pendapat sila bagitau yek!!!
AKU SERABUT!!!

Jan 16, 2010

tEka-tEki #3 - Kes Bunuh Hartawan

this is my forty-fifth..
...and I'm sorry...


Atas rungutan org ramai, aku terpaksa rendahkan sikit kesukaran tEka-tEki nih,
dan mulai sekarang, aku akan rankingkan setiap tEka-tEki yg diudarakan..

tEka-tEki ini dalam senarai kelas B.

Aku dapat idea tEka-tEki ni semasa pandangan ke kiri dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan sebelum lepasi pintu gerbang sempadan KL dan Selangor.

********

Seorang hartawan telah didapati terbunuh dalam pergelutan di rumahnya.
Beliau berumur 34 tahun dan merupakan CEO kepada sebuah syarikat besar milik keluarga.
Berpewatakkan serius, beliau seringkali menjadi tempat pinjam duit bagi rakan-rakannya.

Kesan tikaman bertubi-tubi didapati di bahagian depan badan dan mangsa didapati mati akibat putus bekalan oksigen ke otak akibat tikaman ke dada.
Namun, post mortem dapati dia mati selepas 2 minit tikaman tersebut.

Mayat mangsa dijumpai telentang ke atas lantai.
Mangsa dipercayai dibunuh di tempat dia ditemui.
Lebih menarik, mangsa sempat meninggalkan mesej sebelum kematian (dying message).



Mesej ini di atas lantai, ditindih oleh mayat mangsa yg menelentang.

Dipendekkan cerita,
hasil siatan polis Malaysia yang cekap dan hebat,
tiga (3) suspek utama telah disenaraipendekkan.
Acai, Zack dan Wawa.



1) Mohamed Faizal a.k.a Acai
Adik tunggal kepada mangsa, dan satu-satunya waris untuk keluarga tersebut selepas ibubapa mereka meninggal dalam kemalangan ngeri.
Sangat tidak berminat nak terlibat dalam perniagaan keluarga,
namun beliau meminati motosikal super berkuasa tinggi.

Bila ditanya mengenai mangsa, beliau berkata;
" Dia memang patut terima akibatnya...berlagak macam dewa wang tapi berperangai seperti Ah Long lintah darat. Tapi saya tak kisah pon, asalkan dia terus beri saya duit. Saya lebih sayangkan motosikal Suzuki WXY saya daripada dia. Dulu sewaktu kematian ibubapa saya pon, dia terima dengan senyuman."

Bila ditanya tentang sebarang syak, dia menjawab;
" Pada saya, yang paling saya syak adalah si Zack tu..Nampak je macam kaya, tapi sebenarnya dia hutang keliling pinggang. Abang saya salah seorang peminjamnya. Dia asyik berlagak dengan VolkWagen Beetle baru dia, padahal dia tak tahu satu apa pon tentangnya...menyebabkan keretanya selalu rosak dan perlu dibaiki dengan jumlah wang yang besar. Kalau nak motif, dia lah yang paling besar...sebab dengan kematian abang, dia boleh hilangkan sebahagian besar dari hutangnya."



2) Zakaria Maat a.k.a Zack
'Kawan' mangsa yang banyak berhutang dengannya.
Mempunyai hutang sehingga setengah juta ringgit dan separuh daripadanya adalah milik mangsa.
Ahli perniagaan yang hebat, namun gaya hidup yang tinggi menyebabkan dia sentiasa bermasalah.

" Dia (mangsa) seorang yang baik, banyak bantu saya dalam kewangan...sangat tak ada sebab saya nak bunuh dia. Pada saya, Wawa lah yang jahat. Kononnya kekasih tapi apa yang perempuan muda tu kejar hanyalah harta. Lagipun, dia cikgu tadika, abjad-abjad tu kan seperti untuk dia.. dengar khabar Wawa tu minat dengan Acai, bukan abangnya. Bunuh abangnya dan dapat adiknya dengan harta sekali, bukankah itu berbaloi?"



3) Najwa Salleh a.k.a Wawa
Seorang guru sekolah tadika, berumur 21 tahun.
Merupakan kekasih kepada mangsa,
namun berkali diajak kahwin, dia menolak atas alasan masih muda dan tak bersedia.
Walaupun luarannya lemah, namun dia miliki tali pinggang hitam dalam taekwon-do.

" Saya..(sob sob)..saya sayangkan dia. Kami ada rancang nak kahwin, tapi saya kesal sebab sentiasa menolak dengan banyak alasan...(sob sob)..Abang begitu sukakan kanak-kanak sampaikan dia banyak beri sumbangan untuk tadika saya..(sob sob)..Saya rasa adiknya Acai yang buat..Setiap kali bertemu, mereka pasti bergaduh. Abang pernah mengadu adiknya terlalu boros dengan motosikalnya. Pernah sekali abang dihentak dengan helmet gara-gara tak mahu bagi wang yang diminta Acai.."

********

Persoalannya:
Semua orang ada motif tersendiri.
Tapi si penjenayah ada buat silap yang bakal menjerat dirinya.
SIAPAKAH PENJENYAHNYA??

Hint:
Klu ada diberi dari perkataan pertama entri ini sampailah di penghujungnya.

Nama watak, jalan cerita tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Gerenti.

Jawapan dh dikeluarkan di sini ---> klik sini

Jan 8, 2010

Perbalahan Agama dan Peranan Semua Pihak

Entri ini akn sedikit panjang dan membosankan.
Namun, harap dapat dibaca hingga ke akhir perkataan.


Saya terpanggil untuk menyuarakan satu perkara.

Belakangan ini, riuh bergema hal tentang isu penggunaan nama 'Allah' oleh bukan Islam.

Mahkamah tinggi telah memutuskan majalah Herald Catholic boleh menggunakan nama 'Allah' menggantikan istilah 'God' dalam terjemahan bahasa Malaysia. Kerajaan Malaysia pula telah berjaya menangguhkan perlaksanaan hukuman dan membawa ke mahkamah rayuan sekarang.

Memang tidak dinafikan di Borneo telah lama digunakan nama Allah sebagai tuhan oleh bukan Islam. Namun, hal ini masih sangat baru di Semenanjung Malaysia.

Bagi orang bukan Islam, itu bukan satu masalah kerana (tegas mereka) Allah membawa maksud tuhan (lihat link). Mereka juga menegaskan bahawa nama Allah digunakan dalam lagu negeri yang dinyanyikan segenap rakyat tanpa mengira agama di beberapa buah negeri dlam Malaysia.

Namun, bagi orang Islam, menggunakan nama Allah oleh risalah bukan Islam bagi menggantikan istilah 'God' bakal mengundang KEKELIRUAN bagi umat Islam. Risalah itu untuk orang bukan Islam. Jika ada orang Islam membacanya (memang ada pun), bukankah boleh mengundang ketidakseimbangan akidah ummah? Malah, hal ini boleh terus menyumbang kepada bertambahnya kes MURTAD yang memang tidak dinafikan semakin meruncing.

Peranan umat bukan Islam, bagi pendapat saya, adalah sangat TIDAK SALAH jika kalian terus menggunakan istilah 'Tuhan' sebagai terjemahan 'God'. Kenapa perlu menggunakan nama 'Allah' dan mengundang kemarahan umat Islam?

Peranan umat Islam pula, cubalah lebih bertenang dan sabar. Bukankah semuanya masih dalam kes mahkamah? Jika anda betul-betul tahu hak anda, bukankah lebih baik kita BERSATU dan berpegang kepada PRINSIP ISLAM? Jika anda merusuh, adakah atas sebab anda dicabar atau hanya mahu terpampang di muka akhbar atas nama POLITIK? Sejak bilakah AGAMA ISLAM membenarkan kekerasan atas nama agama? Bukankah kita di ajar menghormati agama lain?

Peranan ahli politik pula, TOLONGLAH!! Jangan jadikan isu agama ini sebagai mainan politik. Setiap baik kata-kata ahli politik parti lawan diimbas dan dicari kesalahannya dan dibalas dengan kata-kata menjatuhkan dan cemuhan. Bila timbul isu agama seperti ini, bukankah lebih baik kita BERSAMA dan berpegang kepada prinsip Islam yang SATU?

Peranan media pula, sama ada bebas ataupun berpendirian, tolonglah jangan buat SPEKULASI dan PROPAGANDA LIAR. Hentam sini hentam sana. Gereja terbakar terus salahkan umat Islam, adakah itu berdasarkan fakta atau hanya tuduhan sedangkan segalanya masih dalam siasatan?

Peranan saya, tulis artikel ini dan sebarkan pemahaman yang lebih positif.

Fikirkan, kita selalu anggap perbalahan kaum dan politik boleh memusnahkan keharmonian negara. Tapi, SEDARKAH KITA PERBALAHAN AGAMA MAMPU MEMUSNAHKAN SEGENAP TAMADUN MANUSIA DAN DUNIA?

Sejarah telah buktikannya.


Wallahualam..
Terima kasih.

-

Jan 4, 2010

Tips #1 Nak beli USB Broadband Stick ke tidak??

this is my forty-forth...
...and I'm sorry..


Anda dikira bodoh jika,

beli USB Broadband Stick dengan kelajuan
3G HSDPA,
dan akhirnya dapati kat tempat anda selalu online
(atas katil dlam bilik contohnya..)
tak dpat receiption
HSDPA...
paling power pon
WCDMA yg tak stabil,
ataupon
EDGE yg slow mcam air liur org tido meleleh...

******
Anda juga dikira bengong jika,

beli USB Broadband Stick padahal
tempat anda slalu online adalah di
OLD TOWN WHITE COFFEE, Dunkin Donuts, Starbuck dan umah member yg ade wifi free Aztech dr jiran...

******
Anda juga totally bangang jika,

beli USB Broadband Stick sedangkan
umah anda dh ade
Streamyx yg boleh di upgradekan kpd mobility,
ataupon dh pakai
P1 Wimax potong, potong, potong!!

******
...dan anda juga mereng jika,

beli USB Broadband Stick sebab
anda terpesona dengan promosi
2 bulan percuma bayaran
dan kontrak satu tahun yg anda perlu bayar
10 bulan je
(sbb
2 bulan pertama percuma)
dan anda dpati anda adalah salah sorang dr
3 golongan di atas...

******




Maknanya,
aku BODOH, BENGONG, BANGANG dan MERENG laa ek??
adus!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License