Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 30, 2009

Time Do Really Heals...

this is my thirty-nineth post..
..and I'm sorry


Masa memang menyembuhkan luka...

Selama lebih 22 tahun aku hidup,
banyak kali dah aku saksikan dgn mata dan minda aku sendiri..
Masa betul-betul menyembuhkan...
Dari luka fizikal, hinggalah ke luka di hati...
Memang ajaib...

Mak aku patah tulang tangan seminggu sebelum Ramadhan lepas..
& sekarang Alhamdulillah, semakin sembuh..
walaupun masih tak sepenuhnya...
Dia sntiasa dalam doa aku..

Aku jatuh moto sebab kemalangan,
menyebabkan tak boleh aktif dlm melukis..
namun setelah setengah tahun,
tangan aku mula aktif..

Sebulan lepas aku ada masalah dengan seorang kawan...
Maklumlah, masing-masing punya ego dan emo..
Namun kebelakangan nih selesai semua masalah dengan hanya satu SMS..
"Mlm ni cntik,kn? bulan mengambang terang sgt. bintang pn byk..kt sana nmpak x?"
Kerana kami kongsi hobi yg sama, melihat langit malam..
Segalanya selesai...

Kawan baik aku asyik bermasalah je dgn abang Chenta dia dulu,
namun as time went by, diorang berdua nampak saling memahami...
hari demi hari saling kenal-mengenali...
dan aku sangat gembira dengan hal tuh..
janji aku akan jadi pengapit waktu masa nasi minyak nanti sudah...

Demam aku sgt panjang sampai masuk hari ke-10 masa aku wat entri nih..
Tp compare dgn awal2 dulu, dah kebah sket dah..
Esok lusa kembali melompat aa aku...

Aku pernah bertemu dgn orang yang derita putus chenta
dan kembali sembuh hanya dalam masa
SEMINGGU!
Aku jugak pernah bertemu orang derita putus chenta
dan mengambil masa
6 BULAN hanya untuk melihat senyumannya...
Kedua2 hal ini bergantung kepada definisi CHENTA pd si penderita..


Yes,
Time really heals...
But the matter of fact now is for HOW LONG IT TAKES TO HEAL..

Elemen penting dalam MASA adalah SABAR...
dan musuh kepada SABAR adalah DENDAM...

Yes,
Revenges do never heal..




Nov 29, 2009

Perasaan ini...

this is my thirty-eighth post..
..and I'm sorry..


Satu perasaan...
Tekak rasa sperti sedang telan guli besar ibu jari diselaputi pasir...
Kepala rase seperti dibeban berat 15.4 kilogram..
Tangan menggenggam seperti tangan bayi 2 minggu lahir..
Kaki menapak seperti di atas alam kayangan dengan lantai kapas sbg alas..
Kulit menjadi super-sensitive, bila bergesel dgn baju, geli mcam org sedang geletek celah lutut..

Perasaan ini...
Nafsu amarah membuak2 seperti duduk dlm sidang Parlimen...
Rasa nak baring begitu mndalam seperti orang tak tidur 5 minggu...
Selera makan seperti orang sudah jemu dgn makanan dunia...
Air di toilet seperti hasil hakisan ais di kutub utara...
Pandangan mata seperti orang putus chenta, sentiasa berair...
Telinga seperti satu entiti yang merimaskan...
Hidung seperti tapak logi air lendir..

Apakah perasaan ini??
Owh duniya,
apakah neraka yang berlaku di dalam sistem badan aku sebagai manusia???


Oh, RUPANYA!!!
Aku DEMAM, maaf dunia...




Nov 20, 2009

Kawan yang tidak boleh dipercayai

this is my thirty-sixth post...
and I'm sorry..
..I'm sorry if this post hurts you..


Kadang kala, aku consider hidup aku macam satu papan puzzle..
Dan setiap kisah dalamnya adalah serpihan puzzle tersebut..
Di mana kita takkan dapat lihat gmbaran seluruh
kalo tak selesaikan puzzle tuh hingga sempurna...


Pada kawan, aku kelihatan seperti banyak simpan rahsia..
Namun, hakikatnya aku tak pernah berahsia..
There's always someone out there knows my secret..
At least one to share with..

baru-baru nih aku ade wat satu eksperimen terhadap kawan..
Dengar macam aku nih wat jahat sbb gunakan kawan,
but it necessary to find out either friends are can be trusted or not..

Ada satu hal tentang aku telah terbongkar...
Dibongkar oleh seorang kawan lelaki yang (kalau boleh) aku takkan kongsi rahsia bersamanya..
Aku pelik...
Aku hanya berkongsi tentang hal tu dengan
tiga (3) orang perempuan BERNYAWA atas muka bumi nih..
Dan setiap orang yg aku kongsi tuh aku ade pesan,
"Please, jangan bagitahu sape2 tentang hal nih. Biar aku yg bongkarkan satu hari nanti..."
Dan kesemua mereka
SETUJU dengan perjanjian tuh..

Gadis pertama:
Seorang yg pernah jadi istimewa dalam hidup aku..
(please read aloud on the word PERNAH)
Aku beritahu dia hal tu sbb dia pernah bertanyakan macammana hidup aku berjalan..
So, nothing interested to say, aku just kongsi dgn dia rahsia tuh..
Walaupon dia ada dendam dengan aku,
namun dialah orang terakhir dalam dunia yang akan bongkar hal tuh..
Sbb aku PERCAYA dengan dia..

Gadis kedua:
Teman sekolah dulu..
Berjumpa skejap je mkan kt mcD...
Tp dia citer hal dia, aku citer hal aku...
Kami tak pernah rapat seblom nih,
tp at that moment, sume mende kuar...
Sometimes kita jd selesa bercakap dgn org yg kita tak rapat, kan??

Gadis ketiga:
One of my course-mate..
Luaran mmg boleh dipercayai,
Namun didalam aku tak pasti sbb aku tak rapat pon dgn dia..
Oleh sbb tak rapat,aku rasekan dia takkan bercerita ttg hal aku kt org laen..
Lgipon, tak pnah aku dgn hal buruk psal dia...
Seorg kawan yg bagus (agaknya..)


Nak dijadikan kisah,
si lelaki tuh takkan tahu sendri tanpa salah seorang dr 3 pompuan nih yg citerkan...
So, only (and ONLY) one of them je...

Deduction method:

Gadis kedua tuh takkan dapat bgtau si Lelaki nih sbb diorg mmg takde talian n tak kenal pon sesama sendri...
She's OUT!!

Gadis pertama pulak TAKKAN (dan TAKKAN) bongkarkannye sbb dia jenis yg tak amik peduli pon sume nih..
Aku bet kalo aku tanye lg psal hal tuh, mustio dia dh lupa...
N kalo dia ingat skalipon, dia takkan bongkar jgak sbb dia tahu aku tahu 1001 rahsia dia...
Mmg naya laa kalo dia yg bongkarkan...
So, she's OUT!!

Conslusion:

The culprit is the Gadis Ketiga
Just by that, (and THAT only) terus hilang semua kebolehpercayaan aku terhadap dia..
I'm sorry, bukan nak menghukum..
tp aku perlukan kawan yang boleh dipercayai
tambahan pulak dalam saat aku genting camnih...

Gadis ketiga,
U still my friend, n FRIEND only...
but not my Trustworthy FRIEND




Nov 12, 2009

Memories in the Rain

this is my thirty-third post..
..and I'm sorry..


10 Nov 2009

Memori dalam hujan..

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang,
aku perlu berada di markas pada jam 3 ptg..
Shah Alam ke Sungai Besi mengambil masa 40minit
dengan Caballo Blanco di bawah mod kelajuan 80km/j..

Jam 1345,
Aku keluar sarang Rowell dgn disinari cahaya terik mentari..
Berbekalkan makan tghari di Restoran Tajmaah,
aku menuju ke blok 58 dengan niat nak memberi kawan pinjam cakera keras luaran..

Jam 1351,
Selesai berurusan dgn budak busuk belum mandi,
aku teruskan perjalanan ke Sungai Besi,
Laluan Lebuhraya Persekutuan di ambil..
Sampai di satu susur,
Aku ambil jalan ke Lebuhraya NPE (stands for ape aku pon tak tau)

Sampai satu ketika di dada NPE,
Langit di hadapan aku berwarna gelita,
Kelabu gelap dgn kod #b4b4b4,
Di persisiran jalan banyak penunggang lain berhenti
Bersiap-siap dengan perisai baju hujan masing-masing,
Namun,
aku teruskan perjalanan dengan angkuh dan bongkaknya.

Sebelum melepasi tol NPE Sunway,
Hujan turun riuh dengan sentapnya,
Lalu berhentilah diri di hentian motosikal selepas tol,
hanya 9 saat, namun aku telah basah dengan jayanya..

Bertukar ke kostum hujan merah,
dengan Shoei tertera di belakang,
aku smbung perjalanan ke destinasi..

Hujan bertambah lebat,
Ibarat pertempuran antara Madara dengan Hashirama,
hinggakan satu ketika
jarak pandangan aku hanya 10meter,
memaksa inersia mnerkam otot kardiak.

Agak-agak 10km sebelum destinasi,
Hujan reda hanya sedikit, masih buta jalan,
Jarak hanya bertambah menjadi 50meter,
namun sesuai untuk memecut 70km/j...

Adalah alkisah arakian,
Dua pedati beroda 4 memecut di sebelah kanan dan kiri,
dengan pantas menghadiahkan aku segerombolan air...
Lantas mencurahi diri ini dengan penuh kasih sayang,
Ibarat irama Mozart bergema ke seluruh pembuluh,
Air hujan dengan keasidan pH 4.3 terjah ke mulut aku,
Juga meresapi segenap tubuhku,
seolah-olah memberitahu
"Baju hujanmu itu hanyalah hiasan.."

Aku hanya mampu tersenyum,
Volkwagen Beetle dan Lotus Elise 111R impian di benak kalbu,
terbentang seperti projektor Dewan Kuliah Alpha,
kesabaran mencengkam jiwa..
Aku sedar aku hanya penunggang kuda..

Sampai di rumah,
Aku cuba mencelah diri sendiri,
Apakah barangan yang tidak dikucupi Dihydrogen Oxide..
Hanyalah 5300 dan A400 empunya diri,
Selamat hanya dititisi molekul ini..

Pengajaran kisah:
Keberanian menempuh hujan di kala lebat,
Membuatkan Malaikat Maut gemar berseloka di belakang anda..
Hargai nyawa,
Ingatlah Mama yang tersayang..




Nov 9, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #4 : Merajuk!

this is my thirty-second post..
..and I'm sorry!!


Yes,
I'm sorry...
post ke 30 aku tetibe je lenyap dari post list..
hebat btol, post tu agak panas..
sekejap je org hapuskan dia dr muka bumi nih...
bagus, TAHNIAH!!

Merah still yg terbaik!!
yg dah bace jadikan iktibar...
yg blom bace nasib korg laa..
aku malas nk karang balik...


==============================

this is my post..
..this is a story of mine..
..and I'm sorry..


Dalam Facebook aku 7 Nov,
aku ade wat satu status,
Please, define 'merajuk'!!

and the first comment sounded,
terasa hati..membawa diri...

(thanks 4 Cik N Sz for that)

mungkin ada orang paham hal nih..
tp mmg polisi aku dari dulu lagi,
ape yg aku karang dlm blog,
aku takkan bincangkan kat luar blog...
KECUALI, i wanted to..

Ada seorang kawan, mambaca blog nih
dan cuba nk bagi pandangan kt aku melalui YM..
Aku hargai ke'amik-berat'an anda,
namun,
apebila aku bgtau ttg polisi aku yg takkan bincangkan hal blog di luar blog,
dia trus mrajuk, dan berkata,

"..I'm sorry 4 not knowing ur policy"

dan terus nak merajuk...

hm, salah aku ke??
aku rase aku bersalah,
tp aku try cari gak kat mane salah aku tuh..
just by telling her my policy,
dh mengguris hati dia ke???


Satu kesimpulan yg aku wat,
dia ade terasa kt aku ttg something...
tp aku tak tau ape dia..
Hm..
How am I suppose to know ape yg dia TERASA kt aku sedangkan dia sendri tak mo bgtau??

Merajuk mgkin satu hal biasa bg kebykan org..

tapi BUKAN aku (mcam tajuk lagu Kerispatih)
Pada aku,
merajuk ada syaratnya:
1) Bersebab (tanpa sbb adalah mustahil)
2) Kedua belah pihak TAHU sebabnya..
3) Ada pihak yg merajuk DAN pihak yg dirajukkan..


Dlm kes aku,
hanya syarat pertama yg dipenuhi..
yg kedua dan ketiga aku ragui...

Kepada yg merajuk itu,
sila confront..
Sbb segalanya boleh diselesaikan dgn
KOMUNIKASI...
dan satu nasihat aku..
Aku bukan telepat yg dpat bacae fikiran org..
So, ape yg anda pkir,
Apa yg anda harap,
Takkan didengari aku
selagi tiada
KOMUNIKASI...

hope you'll understand..
and for all that,
I'm SORRY!!


Aku tak nampak,
tp aku tau aku ada salah,
APAKAH SALAHKU???




Nov 6, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #3 : Tunang Orang

this is my thirtieth post...
..and this is serious stuff..
..and I'm sorry..

Ini adalah sebuah cerita kawan kepada seorang kawan aku...
We all connected by six degree of people..
So, saya mahu berkongsi kisah ini dengan semua yg membaca...

Namanya Abu (bukan nama sebenar),
wajah tak laa kacak macam lelaki zaman sekarang..

Duit plak takde arr berkepul mcam anak datuk..
Pendek kata, dia takde sebarang kelebihan..
Namun, prinsip hidupnya kuat, takkan bersama dengan perempuan yg berhubungan...
Bg dia, hubungan adalah satu yg SUCI..

Tapi,
segalanya mula goyah apabila dia didekati seorg perempuan..
Namanya Ema (bukan nama sebenar)..
Ema berkata kpd Abu yg dia dah lama perhatikan Abu...
Namun, hanya kebelakangan nih je berani sket...

Abu melayan,
SMS, chatting, calling, dan sampai tahap NAK dating dh..
Abu happy, Ema lg happy...
Tetiba, Abu dapat tau dr status Facebook Ema,
SHE'S ENGAGED!!

Bila ditanya bila,
Ema kata 2 minggu baru,
dan dia dipaksa kerana keluarga...
Abu terfikirkan prinsipnya...
"Never with someone in relationship"
Kepalanya buntu,
Segalanya bercelaru..
Penjelasan diperlukan..

Ema jelaskan,
dia mahu putuskan tunangannya,
atas sbb dia tak mahu menipu diri sndri...

Abu terfikir,
adakah sbbnya, Ema bakal putus tunang??
adakah dia akan dicop 'pemutus tunang'??
adakah segalanya akan sama slepas putus tunang???

Nasihat diminta dr kawan (which is my friend)
Kawannya berkata, 'Just let it go, dude!!'
Namun, soal hati bukan semudah 4 perkataan itu..

Kini,
Abu belajar melepaskan segalanya...
Sakit, namun itu yg terbaik..
Sesalnya,
"Jika semua ni berlaku 2 minggu lebih awal.."

Ema,
aku anggap sbg seorg yg tidak berprinsip..
Kenapa harus terima kalo akhirnya mahu diputuskan..
Dan kalo dh terima pinang org,
apa kata jgn cuba nk dekat dgn yg lain..
BELAJAR BERSYUKUR...

Ini pandangan aku sbg LELAKI..
of coz aku tuding jari kt pompuan..
but aku tak tau belah pompuan...
GIRLS sila komen on behave of Ema..
Please!!

==============================




Nov 4, 2009

Identiti dalam Kegelisahan

this is my twenty-ninth post..
..and I'm sorry!!


Baru-baru ni aku ade rapat sket dgn sorang kawan...
Nama dia rahsia...
Si rahsia nih ada puji yang senyuman aku manis...
Senyuman manis tuh!!!
Bukan senang org nk puji senyuman org..
N for sure laa org tu pompuan,
kalo laki, rase mcam
GAY plak...

Lalu aku dengan terasa kembangnya brusaha mencari mana-mana gambar dalam laman sesawang sosial
Facebook aku yang memaparkan gambar aku senyum..
Ye laa, nak wat profile picture supaya org yg puji tu boleh tgk slalu...

The thing was, aku gagal mencari mana-mana gambar dalam 200++ gambar aku termasuk 9 album yang telah aku terbitkan..
TIADA GAMBAR SENYUM!!!
dan hal ini sangat membimbangkan aku..

Selama ini aku sangka aku berjaya berpura-pura gembira walaupon hati aku sakit n derita..
Aku terasa macam aku dah buat sedaya upaya,
buat lawak,
memperbodohkan diri,
memperbodohkan orang lain,
dengan harapan kalau tidak perasaan sakit itu hilang,
sekurang2nya aku dapat jadikan perbuatan itu satu selimut..
Menutup luka yg bernanah...
Rupa-rupanya,
AKU GAGAL...

Krisis identiti selalu berlaku dlm awal remaja belasan tahun,
dan juga awal 40-an dgn krisis usia pertengahan..
Tp aku yg berumur 23 nih??
Krisis apakah??


Sekali lagi,
aku merasakan yang aku ni tak ada identiti,
adakah aku patut tonjolkan diri aku yg TUMPUL??
atau terus bersembunyi di bawah selimut KEPURAAN??
Apa patut aku buat??

==============================

p/s:
Sila jangan lupa selesaikan teka-teki yang aku taip di post sebelum ini..
Sila klik di sini... Oooppss!!! Sinilah!!!




Nov 3, 2009

tEka-tEki #2 - 7cm 1cm setiap hari

this is my twenty-eighth post...
and I'm sorry...

Dear cErolian,
seperti yg aku dah janji,
akan datang tEka-tEki..
rupanya ada peminat gak tEka-tEki aku nih ek...
hehehehe...


==============================

Teka-teki ini aku baca dari satu buku masa form 2,
buatkan aku teringat kat dua gadis
bernama Aizat dan Hanisah.

kasut sotong!!!

Anda mengupah seorang tukang kasut terbaEK di bandar
untuk membuat kasut terbaEk bagi anda
dengan upah 7cm rod emas..
(byar guna emas mcam kat zaman jahiliah je..)

Tukang kasut berkata,
"I'll finish this in 7 days..."
"So, bayor I dgn 1cm per day..."

(pergh, speaking....)

Anda dgn riak menjawab,
"Amik je laa sume rod emas nih,"
"Malas nak kena jumpa tiap2 ari..."


Si tukang kasut membalas,
"Tak mau...I nak tatap wajah U tiap2 hari.."
"Kalo tak I tak wat kasut nih..."

(Gay rupenye...)

Anda dgn tensennye setuju..
(dlm ati anda berbisik)
"Nasib baik dia terbaEk!!"
"Kalo tak dah lame aku cari org lain.."


Tukang tu tetiba mencelah seolah2 dengar bebelan hati anda,
"Haaa,tapi kalo potong byk2, kurang pulak nilai emas tuh.."
"U potong sket je..tp I tetap nak 1cm sehari.."


Anda tak puas ati,
"Camne nak potong sket je??"
"Potong 7 bahagian laa, 1cm satu bahagian..."
"Senang sket..."


"Ish, degil macam baby laa U nih.."
"Ikut je laa kata I..."

Si tukang tu usap muka anda dengan senyuman...

Anda geli,
"Sialan, gay nih..."
"OK OK, aku setuju.."
"Esok aku dtg balek!!!"

Anda pergi dgn pantasnye dlm keadaan geli geleman...


Masalahnye,
Berapa bahagian paling sikit boleh anda potong rod emas 7cm untuk dapat membayar 1cm setiap hari selama 7 hari??
Dan macammana nak buat??


Sila jawab!!!
Aku tau korang genius!!!
jangan risau salah...
paling busuk pon aku gelak sampai berguling je...
HAHAHAHAHAHA!!!

==============================

para genius mmberitahu bahawa TAK PAHAM SOALAN!!
takpe, aku paham..
ini soalan dengan terangnya:
soalannye, brapa kali potongan yg paling minimum boleh dipotong kat rod emas tu utk mnjadikan korang mampu bayar 1cm rod emas setiap hari selama 7 hari?? dan bagaimana??
Ada PAHAM?? (mamak style!!)




Nov 2, 2009

Lagu ini Memberi anda Neraka

this is my twenty-seventh post..
and i'm sorry...


Wahai cerolian,
kalo kalian tonton video clip lagu nih,
sangat menarik!!! (pada aku laa)
But yg aku nk tekankan adalah lyric dia...
So bace laa...
N try translate...
serius best!!!

p/s:
aku tujukan lagu nih kepada seseorg yg dia tak tau pon aku tgh tujukan lagu nih kat dia...
hahahaha!!!

==============================
Photobucket




All American Rejects — Gives You Hell

I wake up every evening, with a big smile on my face
And it never feels out of place

And your still probably working at a 9 to 5 pace
I wonder how bad that tastes

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell

Now wheres you picket fence love
And wheres that shiny car,
And did it ever get you far

You've never seem so tense love
I've never seen you fall so hard,
Do you know where you are

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

Hope it gives you hell

Tomorrow you'll be thinking to yourself
Where'd it all go wrong, the list goes on and on

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

Now you'll never see, what you've done to me
You can take back your memories they're no good to me
And here's all your lies,
You can look me in my eyes
With that sad sad look that you wear so well

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you hear this song and sing along oh you'll never tell
Then you're the fool, I'm just as well
Hope it gives you hell
When you hear this song I hope that it will give you hell
You can sing along I hope that it will treat you well

==============================




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: