Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 25, 2017

Dari Gastly ke Manusia Gagal.





Salam.

Jadi, kalau kalian follow aku di twitter dan instagram (@cerolian),
ataupun sudah cukup lama baca blog ini,
maka kalian akan tahu bahawasanya aku adalah pemain game Pokemon GO yang aktif.
Aku nak guna perkataan 'tegar', tapi 'aktif' lebih sesuai sebab aku ada jumpa ramai manusia yang lebih tegar daripada aku.

Pada yang tidak tahu, di dalam game Pokemon GO,
ada satu feature yang dinamakan 'buddy system'.
Buddy system ialah menjadikan satu pokemon pilihan sendiri sebagai 'teman pendamping', dan selepas berjalan beberapa kilometer yang ditetapkan, maka akan dapat 1 (satu) Pokemon Candy.
Candy ini boleh diguna untuk tingkatkan kuasa Pokemon tersebut
ataupun untuk mengevolusi Pokemon tersebut ke Pokemon evolusi yang seterusnya.

(Fuuuuhhh! It's really hard to explain just a feature in Pokemon GO to a non-player)

Buddy yang aku gunakan sekarang adalah Gastly.
Gastly adalah Pokemon jenis hantu.
Aku suka Pokemon hantu, mungkin sebab perangai aku macam hantu
ataupun bela Pokemon hantu membuatkan aku rasa diri lebih 'misteri'.

Gastly susah nak dijumpai di kawasan keliaran,
jadi aku jadikannya sebagai buddy kerana aku mahu evolusikan Gastly ini ke evolusi seterusnya iaitu Haunter dan seterusnya evolusi ke Gengar.
Gengar adalah antara Pokemon hantu yang (boleh dikatakan) kuat.

Juga,
dalam Pokemon GO selalu diadakan acara istimewa sempena sesuatu keraian.
Bermula 20 Oktober lepas sehingga 2 November ini, Pokemon GO meraikan Halloween.
Jadi sempena Halloween, Pokemon GO melepaskan 5 Pokemon hantu baru dari generasi ketiga Pokemon, dan juga meningkatkan kemunculan Pokemon jenis hantu lain di kawasan liar.

Sudah tentu aku suka.
Banyak Pokemon jenis hantu dapat aku tangkap
dan juga dapat miliki 5 Pokemon hantu baru dari generasi ketiga yang belum dilepaskan.

But I think I like it. Actually, I'm not.

Peningkatan kemunculan Pokemon jenis hantu bermakna peningkatan kemunculan Gastly, Pokemon yang menjadi buddy kepada aku.
Pada mulanya, Gastly yang muncul secara banyak membuatkan aku gembira.
Namun, terlalu banyak Gastly membuatkan aku jadi semakin tidak seronok.

Itulah tajuk isu aku hari ini:
TERLALU BANYAK SESUATU MENJADIKAN IA SEMAKIN TIDAK SERONOK.



LESS IS MORE, MORE IS LESS


Sebelum acara sempena Halloween ini,
aku sangat teruja bila Gastly buddy aku dapat kutip satu candy.
Dia akan dapat satu candy setiap 3 kilometer berjalan kaki.
Aku perlu kumpul 125 candy jika mahu evolusi sehingga ke Gengar.
Aku sudah ada 60 candy, jadi hanya perlu kumpul 65 candy lagi.
Dikira-kirakan, aku perlu berjalan 195 kilometer untuk mencapai tujuan itu.
Sebab itu setiap kali jumlah candy aku bertambah satu persatu,
aku jadi begitu teruja. Aku jadi seronok.
Aku jadi bersemangat mahu berjalan lagi.

Tapi, semasa acara Halloween ini,
hanya selepas 3 hari berlalu, aku sudah kumpul 400++ candy Gastly.
Semua disebabkan aku dapat tangkap Gastly di mana-mana sahaja.
Gastly muncul begitu banyak sehinggakan keseronokan dapat hanya SATU candy dari buddy aku tadi sudah tidak dapat aku rasai.
(Nota: setiap kali aku berjaya tangkap satu Gastly, aku akan dapat 3 candy, dan sempena Halloween, candy digandakan dua jadi akan dapat 6 candy untuk satu Gastly)

Aku patut gembira sebab sekarang aku sudah mampu evolusikan Gastly tadi ke Gengar,
tapi aku langsung tak gembira.

Untuk contoh yang lebih mesra umum,
bayangkan kalian di kedai baju.
Satu baju ini kelihatan sangat menarik,
malah hanya ada satu sahaja di ruangan pameran.
Pasti diri kita akan rasa mahu memilikinya, kan?
Tapi cuba bayangkan pula baju yang sama
tapi ada lebih 10 baju itu tersangkut di ruangan pameran,
pasti kita akan rasa 'alaaa, tak menariklah baju ini'.

Taktik sebegini yang selalu pemilik kedai gunakan.
Hanya satu baju dipamer, tapi kalau kita nak, kita akan ditanya saiz dan pekerjanya akan cari baju itu di tempat lain yang disimpan.
Sebab orang kedai itu tahu kalau dia tayang semua baju yang ada
mesti sambutannya kurang berbanding hanya tayang satu.

Kalian ada contoh lain yang bersifat sebegini?
Bila sedikit jadi menarik, bila banyak jadi kurang menarik?



SCARCITY EFFECT


Untuk satu keadaan yang sebaliknya tapi masih di bawah fenomena yang sama,
pernah tak kalian pergi ke pasaraya dan tertarik dengan perkataan seperti:
'Penghabisan stok!'
'Promosi Hanya Dua Hari'
'Hari Terakhir Promosi'
Bila nampak penyataan sebegini, tetiba rasa nak tengok apa yang dijual.
Kadang-kadang jual gayung plastik je,
tapi hati ini rasa nak beli je padahal dekat rumah mandi pakai shower.

Itu, dalam psikologi sosial dipanggil 'scarcity effect'.
(Tidak pasti apa namanya dalam bahasa, kalau ada yang tahu bolehlah berkongsi.)

Scarcity effect ini ialah meletakkan nilai lebih tinggi kepada barang yang kurang (scarce) dan meletakkan nilai yang rendah kepada barang yang banyak (abundant).

Dalam kes Gastly dan Pokemon GO aku tadi,
bila Gastly susah didapati (scarce), jadi aku rasa seronok memilikinya.
Bila Gastly berlambak dan senang nak dapat (abundant), aku sudah jadi tidak seronok.

Sama macam kes baju di ruangan pameran tadi.
Baju yang banyak tidak semenarik dengan baju yang hanya ada satu.

Ingat lagi McFlurry Durian yang pernah dikeluarkan McDonalds sedikit waktu lalu?
Walaupun harganya hampir dua kali ganda harga McFlurry biasa,
tapi sebab katanya ia promosi terhad,
maka McFlurry itu habis stok hanya selepas 3 hari dipasarkan.
(Cuba teka siapa yang tak sempat rasa? Yours truly)

Contoh yang sedikit di luar kebiasaan ialah telefon pintar.
Kenapa kalian fikir ada jenama yang keluarkan telefon pintar dengan harga beribu-ribu ringgit walaupun feature asas seperti bluetooth dan radio pun tiada di dalamnya?
Kerana bila letak harga mahal, jadi tidak ramai yang mampu milikinya,
sekaligus menjadikannya sukar didapati (scarce) dan nilai jika memilikinya tinggi.
Dengan kata lain, pengeluar telefon pintar itu bukan jual telefon semata-mata,
mereka jual 'keseronokan memiliki sesuatu yang orang lain tidak mampu miliki'.



MANUSIA DAN SCARCITY


Pernah satu ketika dahulu aku berbual dengan seorang lelaki pelajar kejuruteraan.
Katanya, dalam kelas dia yang seramai 20 orang, hanya ada 2 orang perempuan,
membuatkan 2 orang ini menjadi rebutan ramai walaupun pada dasarnya mereka itu hanyalah biasa-biasa sahaja.

Scarcity effect tidak hanya berlaku kepada barangan,
tapi boleh berlaku kepada manusia.

Kita selalu dengar tentang 'cabaran menjadi tunangan orang', kan?
Selalunya dikatakan ketika dalam tempoh bertunang,
akan ada pihak ketiga yang akan mengganggu hubungan itu.
Kalau lemah menempuh cabaran, maka hubungan tunangan boleh terganggu dan lebih teruk putus di tengah jalan.
Ini juga contoh 'scarcity effect' kepada manusia.

Bila seseorang menjadi tunangan (atau pasangan) seseorang,
sekaligus membuatkan diri dia sukar untuk didapati (scarce) dan nilainya meningkat.
Dia yang pada sebelumnya tidaklah semenarik mana,
terus menjadi sangat menarik selepas menjadi milik orang lain.

Tapi, menjadi milik orang bukanlah satu-satunya cara untuk manusia menjadi 'scarce'.

Seorang artis perempuan N dahulunya tidak bertudung dan sangat seksi.
Pada ketika itu dia sudah dikira menarik.
Tapi kini dia sudah bertudung sopan dan tidak seksi lagi,
serta merta dia menjadi idaman kebanyakan lelaki di luar sana.
Ini kerana sesuatu yang bernilai kepadanya kini tidak lagi ditayang
menjadikannya 'scarce' dan meningkatkan nilai dirinya.

Kita juga pernah dengar orang kata 'jangan jual murah sangat'
merujuk kepada hubungan sosial sesama manusia, kan?
Maksudnya, untuk menarik hati seseorang,
jangan terlalu mudah untuk luahkan perasaan suka walaupun sebenarnya kita memang suka.
Perlu ada jual mahal sedikit supaya sampai masa kita akan lebih dihargai.
Kalau kita terlalu senang untuk didapati,
maka kita tidak akan lebih dihargai.



KESIMPULAN


Aku sudah tulis panjang lebar tentang 'scarcity effect' dan contoh-contohnya.
At this point you will wonder what exactly is my point, kan?
Selalunya dalam post-post aku sebelum ini,
walaupun isunya besar dan umum,
aku akan jadikannya isu personal dan kaitkan dengan diri aku sendiri.
Sudah tentulah kali ini juga aku akan kaitkan dengan diri sendiri,
ini blog aku, mestilah aku akan bercerita tentang diri aku.

My point is,
semua isi di atas adalah contoh perkara yang akan aku fikirkan dalam kepala.
Bila kita nampak sesuatu perkara yang kita tahu, bukankah ia sangat mengujakan?
Aku berminat melihat perkara sebegini berlaku.
Dan aku juga berminat untuk bualkan perkara seperti ini dengan orang lain.
Daripada bercerita tentang cuaca hari ini ataupun gosip artis ataupun isu politik yang tidak habis-habis, pada aku, hal seperti di atas berlipat kali ganda lebih menarik untuk dibualkan.

Ceritanya,
suatu hari aku duduk di bangku rehat sebuah taman.
Tiba-tiba aku didatangi seorang perempuan, mungkin sebaya mungkin lebih muda.
Dia duduk di sebelah aku dan hadiahkan aku senyuman.
Aku balas senyuman, kemudian dia mulakan bualan.
Dia memuji cuaca yang baik dan langit yang cerah.
Aku iyakan sahaja kerana semuanya memang fakta.
Dia tanya tentang harga petrol terkini sama ada naik atau turun.
Aku kata aku tidak tahu dan tidak ambil tahu.

Suasana menjadi janggal.
Kedua-dua kami diam.
Aku terus belek telefon, tangkap Gastly dalam Pokemon GO.
Dia pula terus diam, dan kemudiannya berlalu tanpa suara.

Inilah salah satu sebab kenapa aku masih bujang sehingga sekarang.
Aku tahu 'scarcity effect' dan beberapa perkara lain dalam sains sosial,
tapi aku sendiri tidak tahu cara untuk bersosial.
Aku tidak tahu cara untuk membalas perbualan manusia.
Aku tahu apa yang menjadikan manusia menarik,
tapi aku sendiri tidak jadikan diri aku sendiri menarik.

Aku seorang yang gagal.




.


16 comments:

  1. aku seorang yang gagal tu sebab tak dapat borak lama dengan awek tu ke? kalau sebab tu maknanya ramai lah orang yang gagal dekat luar sana =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Hahahaha.
      Bergantung kepada pemahaman kau.
      Mungkin aku cakap pasal borak dengan awek,
      mungkin juga aku cakap pasal hal lain yang aku sentuh di atasnya. Hehehe

      Delete
  2. what are you doing cEro?!

    -cik belon

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Cik Belon

      Hi Cik Belon.
      For some purposes I can't tell, I can't discuss what I'm doing right now. :)

      Delete
  3. Kalau lelaki yang duduk sebelah tu dan tegur ko, ko boleh borak macam biasa atau still janggal dan diam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Errr...sebenarnya lelaki ke perempuan ke sama je.
      Dua-dua aku tak boleh nak maintain conversation hahahaahah

      Delete
  4. maybe sbb hang blm pnh jumpa dgn psesis yg mcm jihan muse ataupun watak sharaifah sakinah dlm drama Girlfriend Aku Dari Neraka. maybe manusia jns cmtu blh tlg hang maintain converstion.

    ataupon cuma akan maintain hang gelak sepanjang masa =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hahaha. Mungkin. Kalau baru jumpa dan kenal, aku lebih ke arah diam dan mendengar. Tapi kalau aku sudah mula selesa dan rapat, aku akan jadi bising dan banyak cakap.

      Dapat kenalan yang boleh buatkan kita ketawa memang seronok, kan?

      Delete
  5. wow, suddenly your two recent post really as if baru bangun dari mati ke ape.haha.
    so yeah. this is mind blowing, worth reading entry and just inspiring. Thank you for reminding us to always jual mahal. its true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yana

      Hahaha. Itu tandanya aku sudah sihat.
      Alhamdulillah.
      Harap dapay banyak ilmu dan kalau boleh, jangan laa jual mahal sangat pulak nanti hahahaha

      Delete
  6. ahh i miss playing Pokemon Go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Come! Join me and play again! :)

      Delete
  7. jgn lah malu2 pas ni Cero.. bukan senang perempuan nak start conversation!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Hahaha. Kan.
      AKu pun lepas tu macam menyesal habis kenapalah aku tak keep the conversation longer hahaha

      Delete
  8. awek tu tak cun kot. sebab tu kau tak berminat ? kan? kan?

    ataupun mungkin kau dah reserve someone dekat hati kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Awek tu sedap mata memandang, cuma aku tak ada persediaan untuk terima sesuatu seperti itu secara tiba-tiba. Hmm...boleh kata laa aku ada reserve someone dekat hati aku, tapi aku rasa that someone will never be the one kot HAHAHAHAAHAH *ketawakan diri sendiri*

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License