Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 4, 2017

25 Hari! [Bahagian 2 : Jawapan Untuk Soalan]


Salam.

Sebelum aku mulakan entri hari ini,
kalian yang (masih) baca blog ini tak kisah ke post kebelakangan ni tak ada komik/gambar dan text sepenuhnya?
Kalau kisah, beritahu aku.
Kalau mampu aku akan ubah nanti.

Kalau kalian baca entri lepas,
doktor beritahu aku tiga demam dalam kurang sebulan yang aku alami sebenarnya hanya satu demam yang panjang.
Semasa demam panjang itu, banyak perkara aku fikirkan.
Antaranya ialah hobi aku melukis.

Sepanjang demam itu bermula sehinggalah hari ini, aku langsung tidak melukis.
Biar aku beritahu kenapa.

Sudah tentu sepanjang demam aku tidak melukis sebab aku demam.
Asyik terbaring tidur dan lemah satu badan.
Tapi masa sihat balik, pun aku tak melukis langsung.
Aku langsung tak ada hati nak pegang pen atau stylus untuk melukis.

Semuanya disebabkan aku rasa aku sudah hilang motivasi untuk melukis.
Kalau tanya aku yang 5 tahun lalu, aku akan kata melukis adalah hobi aku.
Bila aku buat hobi aku, aku rasa seronok dan puas.
Tapi kalau tanya aku sekarang, aku rasa walaupun aku melukis,
aku sudah tidak puas dan tidak seronok seperti dulu.

Aku dapat rasa sendiri yang pada satu tahap,
aku sudah tidak ada improvement dalam melukis.
Skil melukis aku sudah sampai 'bumbung'nya, dan tak akan naik lagi.
Lukisan aku pun bukanlah cantik mana, bukanlah menarik mana,
jadi bila aku rasa aku tiada improvement, aku hilang motivasi.

Logiklah.
Buat apa aku terus struggle kalau hasilnya tiada kemajuan?
Buat apa aku nak terus melukis kalau kepuasan pun tiada, seronok pun tiada, kemajuan pun tiada.
Benda lain yang habis lagi adalah.
Masa habis, peralatan melukis habis, kertas habis.

Pada tahap aku sekarang, aku rasa segalanya tidak berbaloi.
Macam yang aku cakap tadi, aku sudah hilang motivasi.

Beberapa tahun lepas memang seronok melukis.
Dari komik aku, aku dapat kenalan baru dan ramai sama ada di media sosial ataupun di blog ini.
Banyak projek komik yang aku sertai.
Banyak bakat lain yang aku cemburui.
Dari orang asing menjadi kenalan menjadi kawan,
saat itu memang seronok.

Tapi kini tidak lagi.

Most of them friends yang aku kenal masa itu
sudah tunjukkan warna sebenar mereka.
You know...human. Give them time, they'll show you their true color.
Of course, kumpulan yang dulu masing-masing gigih menonjolkan diri dengan lukisan
kini sudah berpuak-puak, berpecah-belah.
Dia ini tak nak kawan dengan dia ini.
Dia ini tak boleh ngam dengan dia ini.
Dia ini pulaukan dia ini.
Macam-macam karenah dalam kumpulan kecil itu.

Sudahlah industri melukis komik pun sudah kecil,
orang dalamnya pun nak berpuak-puak lagi.
Ini membuatkan aku semakin kurang minat.

Aku sendiri pun.
Dengan prinsip anonymity aku tergadai.
Entah apa salah, aku kini bermasam muka dengan beberapa yang lain.
Macam bakat aku yang aku ceritakan tadi,
aku tidak nampak kemajuan dalam apa-apa cabang, termasuklah dalam hubungan sosial dengan para geng melukis.

Sebab itu, kini, aku hanya berdiam diri dalam kumpulan tadi.
Masih baca mesej-mesej mereka di group chat,
tapi sekadar baca.
Takut bila aku masuk campur, ada yang jauh hati.

Sebab itulah, kini,
aku jadi malas nak melukis.
Aku hilang motivasi. Langsung tak ada sebab lagi untuk aku terus melukis.

It's sad, to not to do what once we loved to do,
but I kinda have no choice.

Aku tak tahu masa depan,
tapi untuk masa sekarang, aku masih mencari jawapan.
Jawapan kepada satu soalan yang aku tanya diri aku masa demam 25 hari hari tu.
Soalan yang berbunyi;
"Kenapa perlu untuk aku terus melukis?"

Kalau kalian rasa ada jawapannya,
bolehlah beritahu aku.
Sebab sekarang, aku langsung tak ada jawapan.

Bye.






.


16 comments:

  1. terus je lah melukis, untuk diri sendiri dan mungkin ada peminat yang masih menanti

    hal berpuak-puak dan bermasam muka dengan gang pelukis lain, itu hal yang terasing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Terima kasih, Angah.
      Entahlah. Memang hal itu terasing, tapi benda tu sedikit sebanyak mengubah mood aku, so agak terkesan di situ :(

      Delete
  2. -Star-
    Lukis utk aku. Haha. Kidding.
    Lukis utk sampaikan cerita ko je. If that's easier for u. Tbh aku mmg pun lg suka entri ko yg ada komik. That's the main reason why i started reading your blog.
    Walaupun aku jarang komen, tp aku baca je slalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Hey, lukis untuk kau pun boleh jadi jawapan juga apa.
      Aku memang nak buat ikut perasaan diri, tapi malangnya aku sendiri pun tak pasti apa yang aku nak sekarang :(

      Delete
  3. To be honest, aku still suka and akan baca blog kau tak kira la entri blog kau tu ada komik atau takde, tak kira bertapa mengarutnya entri blog kau tu, sebab apa? Sebab membaca adalah hobi aku. Kecuali kalau data aku habis, of course aku tak boleh nak baca blog kau.

    And aku nak tanya, melukis komik tu sekadar hobi kau je la? Gitu? Hobi masa kau kecik-kecik dulu? Hobi kau masa first time kau betul-betul reti melukis? Kalau melukis komik tu sekadar hobi kau, boleh tak 'sekadar hobi' tu tukar kepada cita-cita? Confirm kau akan puas hati. Confirm kau akan kentalkan hati dengan perangai manusia-manusia sekeliling kau tu.

    Orang dalam industri komik berpuak-puak? Come on Cero, tak kira la dalam bidang mana kau involve sekali pun dalam hidup ni, diorang tetap akan berpuak-puak selagi namanya manusia. Even haiwan pun hidup berpuak-puak nikan pulak kita as a manusia 😉. Masa aku buat diploma and sekolah menengah pun, budak-budak dalam kelas tu berpuak-puak. So, sekarang ni memang tak hairan sangat la bila ada orang tu mengumpat pasal orang tu or tak suka orang tu or orang tu pulaukan orang tu, aku buat derk je.

    Kenapa perlu untuk kau terus melukis?
    Lukis untuk peminat komik kau kat luar sana.
    Lukis untuk diri sendiri.
    Ingat something, hidup kita ni ada turun naik, keyakinan kita ada turun naik even iman kita pun ada turun naik. Bunyi macam ayat tipikal yang kau biasa dengar tapi tu la ayat yang aku ulang dalam kepala otak yang tak seberapa ni bila tengah down semacam.

    Tak habis sesi bebelan dari saya untuk cEro tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Hi Erni.
      Panjangnyaaaaa. But worry not, aku baca semuanya.

      Melukis memang hobi aku dari kecil, tapi tak pernah terniat nak jadi lebih daripada hobi. Melukis, pada aku, sepatutnya menyeronokkan. Aku takut kalau ia bertukar jadi kerjaya atau cita-cita, akan jadi terbeban dan hilang keseronokkan. Kau faham, kan?

      Betul kata kau. Aku macam terfikir dunia industri komik ini satu utopia di mana semua orang saling sayang menyayang sesama sendiri. Aku lupa, asalkan asalnya makhluk, maka sudah tentu ada puaknya. Mungkin apa yang perlu aku ubah ialah mindset sendiri, sebelum aku boleh ubah orang lain.

      Aku tak rasa aku ada peminat, tapi aku rasa ada yang masih sudi baca komik aku di luar sana. YA. Hidup ada turun naik, ini masa aku turun. Aku harap selepas ini adalah masa untuk aku naik pula :)

      Terima kasih Erni atas bebelan itu. I love u too :)

      Delete
  4. Tak bosan ke cerita pasal kawan yang dah taknak kawan dengan kau? Kalau sepuloh kali berkawan, sepuloh kali kawan lari, kau tak rasa ke mungkin kau yang bermsalah sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Bosan juga laa sebenarnya. Tapi sebab ini blog peribadi, jadi masalah peribadi aku terkait rapat dengan kawan lari tu so apa boleh buat. Dekat sinilah aku nak meluahkan. Kalau nak luah kat masjid ke surau ke kau rasa imam ke bilal dekat situ nak ke dengar? Kang luah dekat kucing pulak kata tak betul nanti. Nak luah dekat blog sendiri pun tak boleh, rasanya dekat mana lagi aku boleh luah?

      Delete
  5. Hai hai cero. Ini dari sudut saya:

    Saya dulu pelajar fine art. Duduk dalam saru studio yang semua orang hebat melampau, dan skill saya, langsung tak meningkat walau macam mana saya usaha. Jadi, saya pernah lalui fasa, hilang minat untuk melukis. Tapi cuma tetap terpaksa melukis untuk tamatkan study. In the end, apa yang buat saya masih melukis hingga kini, saya pun tak tahu. Sebab cuma melukis cara saya luah perasaan. Nak kata skill meningkat, saya masih tahap sama saja macam dulu.

    Tentang group berpuak, cero cuma pandang dari sudut dalam group tu sahaja. Cero tahu, besar lagi group komik di malaysia ni. Memang industri kita terbahagi kepada beberapa group. Tapi, try buat kawan dari group berbeza. Tak semua group hadapi kes pulau pulau macam tu.

    Mengenai style cero, saya ingin beritahu, saya benar-benar minat style tu. Bagi saya style tu dah ada kekuatan tersendiri. Sebab orang tak boleh samakan dengan mana2 style pelukis lain. Malah sekali pandang saja, orang sudah tahu siapa pelukisnya. Tu yang mahal.

    Stay positif cero. Semoga cero jumpa semula kepuasan dalam melukis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hi Amna.
      Cerita Amna sedikit berbeza dengan cEro sebab Amna KENA melukis kalau tak, tak habis belajar. Macam cEro, ada pilihan sama ada berhenti atau teruskan. cEro nak teruskan, dengan syarat ADA sebab untuk teruskan. Melukis is my passion, I don't want to reach a point where I hate my own passion, you know what I mean, right?

      Rasanya demi untuk tidak dikecewakan berkali-kali, cukuplah cEro bekerja dan berkarya seorang diri dulu buat masa sekarang ini. Memang betul, kalau nak pergi jauh, baik duduk dalam kumpulan. Tapi entahlah, buat masa ni, I'm a solo player

      Style atau tiada style semuanya terletak ke atas bahu pelukis itu sendiri. Pada cEro, style itu yang paling selesa. Kalau ada yang minat, alhamdulillah. Tapi kalau ada yang tak minat, apa boleh buat, kan?

      Terima kasih Amna. Nanti bebila kita duduk makan burger lagi hehehehe

      Delete
  6. Hai cero, jgn berhenti melukis please.
    Setiap org ade style & keunikan lukisan mereka tersendiri
    Aku lgi suka pelukis yg ade style lukisan sndri, sbb sng nak cam.
    mcm lukisan amna shark, aujinz & geng2 yg lain, sekali tgok je dah tau lukisan ni/itu lukisan sape punya

    aku rs, setiap org akan melalui fasa yg mn dorg rs bosan & give up dgn bnde yg dorg minat
    tpi selalunya dorg akan bangkit balik lps melalui perasaan slump ni

    cuba fikir balik goal & interest & knp kita start dlm minat tu...
    kita rs slump sbb bnde yg kita minat tu dah hilang keseronokannya
    sokay hilang hobi, blh create hobi lain.
    yg pnting jgn hilang tujuan utk hidup
    byk lagi bnde lain yg kite xcuba lagi
    selagi msih hidup, selagi tu lah kita ade peluang

    psl kwn pulak, manusia mmg bermcm2 perangai
    byk yg aku jumpa, mmg sembang je lebih. kata gembira susah same2
    time gembira mmg sama2, tpi bila susah? haha
    bgi aku, jenis manusia yg berpuak2 ni x open minded & x matang lagi dlm berkawan
    kdg2 aku rs bnde ni funny, sbb kan kita dah dewasa, knp msih nk berperangai mcm budak2 & tak professional.
    just biar je la dorg, kita xperlukan org yg xperlukan kita. just move on & take lesson dgn ape yg berlaku. improve dri sndri dgn pglmn yg kita hdapi

    -Hatsune-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hatsune

      Hi Hatsune.
      Terima kasih sebab dapat kenal style lukisan aku (dan kawan-kawan lain). Memang susah sebenarnya nak kekalkan style sendiri memandangkan banyak sebenarnya influence luar yang ada.

      Yup. Aku dalam slump. Rasanya sampai sekarang tak keluar lagi so entahlah aku pun tak pasti bila akan keluar. Hehehe

      BEtul tu. AKu setuju.
      Hilang hobi, boleh cari hobi lain.
      Hilang arah hidup, itu yang susah tu. Takut jumpa jalan tamat je nanti.

      Aku sedang dalam usaha untuk mengabaikan orang yang abaikan aku. Tapi itulah...aku ni bukan banyak kawan mana pun, jadi bila dalam tak banyak ni ada yang buat hal, terkesan di hati dan sanubari tu lebih sikit hehehe.

      Terima kasih. Banyak aku belajar dari komen kau ni, Hatsune :)

      Delete
  7. and last (huhu terpnjg pulak), aku nk cite pglmn dmm yg sm mcm ko alami
    thun ni, aku kena dmm berturut2 dlm ms sebulan sbyk 3kali.
    aku kena seminggu sblm raya aidilfitri, drpd pertghn jun smpailah pertghn julai, bru aku sembuh sepenuhnya

    dmm batuk selsema & sakit tekak dtg sekaligus, dlm ms seminggu dah ok, tpi bdn msih lemah2
    seminggu kemudian ttbe dmm dtg balik
    2nd time kne dmm balik tu, aku g klinik. Doktor kata dmm biasa je
    aku dpt ubat batuk dmm sakit tkk & antibiotic
    lgi 1, aku kalau batuk susah kluar kahak & bila trik nfs rs sempit skit

    lpstu rs sihat skit, dlm seminggu kemudian dmm dtg lgi, tpi aku xg klinik
    tpi dlm ms seminggu cmtu dah ok balik
    cuma batuk je la xbaik lgi
    lps 2minggu camtu aku beransur pulih
    ini 1st time aku kne dmm 3kali berturut2 dlm ms sbln, mmg agak pelik lah
    aku siap google lagi cari punca2 faktor2 tntg dmm berturut2 sbb xpuas hati dgn doktor yg kata dmm aku ni dmm biasa je, sbb bgi aku luar biasa. hahahaha

    maybe ia dmm biasa, tpi jrg org kena kot
    -Hatsune-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hatsune

      Hi again, Hatsune.
      Samalah kita.
      Pengalaman deman berturut-turut samapai 3 kali ni memang bukan selalu kena. Memang tak puas hati bila doktor kata demam biasa. Entahlah. Kita nak lawan pun tak ada ilmu.

      Tapi nasib baik, alhamdulillah, kesudahannya baik. Demam hilang, hidup pun kembali ceria.
      Harap tak lalui lagi pengalaman demam macam tu.

      Take a very good care of yourself, Hatsune.
      Jadi diri.

      Terima kasih :)

      Delete
  8. cubalah tak lukis pulak. kalau hidup masih rasa lengkap. cubala pulak padam instagram yang ada gamba dah lukis dl.hehe. motif?. mungkin dari situ akan timbul kesedaran la. antara penting /tidak melukis kepada tuan nya sendiri. hidup kena kuat, ketika yang lain berhenti dan bercelaru. teruskan lah perjuangan. thats why hidup kena ada pendirian dan motif. whats yours?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yana

      Hi Yana.
      Lama sudah aku tak melukis. Sampai sudah aku tak dapat jawapan yang membuatkan aku nak terus melukis.
      Idea kau untuk buang semua gambar dalam instagram tu agak bernas, aku mungkin akan buat satu hari nanti.

      Yup, hidup kena ada pendirian dan motif. Motif aku mungkin berubah sekarang, tapi aku tetap seorang aku yang sama (kot)

      Thanks Yana :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License