Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 11, 2017

25 Hari! [Bahagian 3 : Persamaan Mutlak]



Salam.

Terkejut ada bahagian 3?
Pada aku, benda ni boleh dijangka.
Logiklah kalau ada bahagian 2, sudah tentu ada bahagian 3, kan?

Bagi yang baru baca blog ni, ini ringkasannya;
25 Hari (bahagian 1) aku bercerita tentang demam selama 25 hari yang aku alami.
Bahagian 2 pula aku memetik bagaimana demam 25 hari itu mengubah perspektif aku terhadap hobi melukis aku, yang pada aku sekarang, bukan lagi satu hobi yang menyeronokkan.

Dalam bahagian ketiga ini,
aku akan sentuh isu yang lebih berat, tapi tiada siapa yang dapat lari daripada memikirkannya.

Bila kau demam terlantar atas katil,
mata merenung dinding, memandang siling dek kerana badan tidak boleh bergerak.
Datang pula sensasi lain, kau dapat rasa organ dalaman kau bergerak-gerak,
mesti kau akan terfikir tentang sesuatu ini, kan?

Mesti kau akan fikir tentang KEMATIAN.


Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati,
Satu persamaan mutlak antara semua manusia di atas muka bumi ini,
juga persamaan mutlak antara semua makhluk bernyawa yang pernah wujud dari awal kewujudan alam sehinggalah sekarang,
adalah kita semua akan merasai MATI.

Pada saat aku demam teruk dan terlantar tak dapat bergerak,
terdetik dalam hati aku,
"Adakah ini penamatnya?"
"Adakah usia aku (sekian-sekian) tahun akan tamat di atas katil ini?"
"Apa akan berlaku selepas aku mati?"
"Siapakah yang akan bersedih dengan kematian aku?"
"Adakah mereka yang akan berseronok bila aku pergi?"
"Adakah perginya aku akan menyusahkan orang lain? Atau memudahkan hidup orang lain?"

Let say I died.
Yang paling terkesan tentulah famili.
Mereka bersedih, berduka dalam satu masa tertentu.
Tapi selepas berlalu masa itu, mereka pun akan teruskan hidup, kan?
Sampai bila mahu bersedih, kan?
Akhirnya, hanya dikenang ketika waktu tertentu sahaja, seperti tarikh hari lahir dan pada hari raya.
Sampai satu masa, walaupun kepada keluarga sendiri, kita akan hanya menjadi sejarah.

Belum cakap kawan/kenalan lagi.
Beberapa hari pertama ketiadaan kita, mungkin mereka akan terkesan.
Yang baik akan sedekahkan al-fatihah,
yang tak berapa baik hanya taip 'al-fatihah' di status facebook.
Mungkin ada yang jadi ralat persoalkan diri kenapa waktu hidup dahulu tak spend time lebih, tapi majoriti akan teruskan hidup seperti biasa selepasnya, kan?

Tempat kerja?
Mungkin kerana tamat begitu sahaja,
jadi akan menyusahkan pengurusan untuk periksa balik progress kerja kita.
Mana yang perlu diteruskan, akan diserahkan kepada pekerja lain.
Mana yang senyap, akan terus disenyapkan, kecuali berbangkit kemudian hari.
Jawatan yang kosong, akan diisi calon lain.
Dan hidup semua orang pun akan terus menjadi normal seperti biasa.

This will not only happen to me.
Ini akan berlaku kepada semua orang.
Orang besar, orang kecil, orang ternama, orang tiada nama.
Yang beza hanyalah masa orang keliling nak 'move on'.

Kita umpama bintang di angkasa raya.
Hilang satu dek supernova, esok hanya tinggal sebagai debu angkasa.

Jadi, for once, kenapa memilih untuk melakukan perkara sia-sia semasa hidup?


Apa kata kita lakukan sesuatu yang memberi impak kepada orang lain, walaupun sesudah kita tiada.
Kita berbuat baik kepada semua orang, termasuk mereka yang tidak kita kenal,
supaya apabila kita tiada nanti, kita tetap berada di dalam doa mereka.

Aku tidak kata aku sudah baik,
tapi aku ingin jadi baik.
Aku tidak mahu dikenali dengan sifat negatif aku.
Aku mahu diingati kerana kebaikan aku, walaupun untuk seketika.

Semua itu aku fikirkan semasa terlantar demam atas katil.

Jadi, untuk itu,
aku di sini ingin memohon maaf kepada semua yang sedang membaca.
Aku tidak pasti apa salah yang pernah aku buat,
tapi kalau ada, maafkanlah aku.
Kita baiki segala yang tidak elok antara kita.

Berhari-hari aku terbaring sambil merasa organ dalam badan bergerak.
Mati itu pasti.
Aku cuma harap, kalau aku pergi,
aku akan pergi dalam keadaan orang yang kenal aku akan doakan yang baik-baik untuk aku, bukannya berasa lega aku sudah tiada.

Sekali lagi,
aku minta maaf.

Bye.





.


12 comments:

  1. Who cares if one more light goes out
    In the sky of a million stars?
    It flickers, flickers.

    Who cares when someone's time runs out
    If a moment is all we are?
    Or quicker, quicker

    Who cares if one more light goes out?
    Well, I do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      "Should've stayed, were there signs, I ignored?
      Can I help you, not to hurt, anymore?
      We saw brilliance, when the world, was asleep
      There are things that we can have, but can't keep"

      One More Light.

      Delete
  2. Insaf. Terima kasih atas peringatan.

    Saya pasti, akan ada yang bertanya nanti. "Kenapa tiada lagi update hari rabu?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Sama-sama, Amna.

      Hahaha. Update hari rabu setakat ni tak pecah algi, tapi itulah...mesti akan ada satu masa rekod ini akan pecah juga :)

      Delete
  3. selalu terfikir benda macam nie especially part mati tiap malam sebelum tidur terutama malam sunyi sepi.

    rasa macam dejavu je baca entry nie LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hahaha. Baguslah kalau begitu, BV.
      Orang kata dengan mengingati mati, hidup kita akan terpelihara daripada perbuatan yang sia-sia :)

      Delete
  4. Kalau cEro tanya, memang selalu rasa macam tu, selalu terfikir sape yang akan sedih or happy bila kita dah takde atas muka bumi ni nanti. Selalu sangat laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Kan.
      Soalan ni jenis soalan yang kita takkan tahu jawapannya. Takkan.

      Delete
  5. Maaf lari tajuk, selama ni tk perasan page ni active sbb biase bkk slalu baca kisah tahun 2011 .. Bila refreshh rupanya blogger ni active, lama jugak dia dlm dunia blog ���� Proud of you ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nini Diana

      Maaf sebab lama baru respond.
      Yes. Saya (cEro) sedaya upaya nak update blog ini setiap hari rabu. Setakat ni masih berjaya alhamdulillah :)

      Delete
  6. Kadang2 benda ni jadi satu ketakutan besar dalam hidup, tetapi apa yang kita kena ingat, Allah swt tau semua kita buat. so it matters. everyday you feed a cat. that matters to Him. doesnt matter what matters to the people around you, its your journey, mind just enjoy it while you can. I do mean enjoy as in pray 5 times a Day and then enjoy the relieveness and excitement for another day because Allah gave you another day. It doesnt matter if nobody cried if you were not here anymore, come on. there must be One makhluk Allah kan? that will be sad. but anyways, priority of our mindset must be given to the things that absolutely has nothing to do to other human being but ourself and our creator. If that make any sense whatsoever to you. ;) Stay strong. I am currently tengah sakit jugak, "this too shall pass" ,think POSITIVE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yana

      Yes. I agree. But our mind cannot help to think about all those things even how positive we are inside out. Preparations (pray 5 times a day, doing good deeds) are important, but when the time comes, we cannot not thinking about it.

      Thanks Yana. Hope aku pun dapat terus positif dan maju ke depan. We stay strong together :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License