Salam.
Selamat menyambut Deepavali kepada yang menyambut.
Walaupun aku yakin tak ada pembaca blog ini yang sambut Deepavali,
tapi kalau ada silalah beritahu. Manalah tahu, kan?
At this point, you have to agree with me that
this blog is becoming more and more boring.
Aku asyik borak perkara yang tidak menyeronokkan
dalam nada yang langsung tiada positif.
Siapa suka, kan?
I'm sorry, but please bear with me.
This is just a phase, it'll eventually pass, I'm sure.
Jadi, ini adalah bahagian terakhir untuk siri [25 Hari!].
Bahagian pertama aku sentuh bagaimana aku demam selama 25 hari.
Bahagian kedua aku mempersoalkan hobi melukis aku.
Bahagian ketiga pula aku berbicara tentang penamat riwayat.
Jadi,
untuk bahagian terakhir ini,
apa lagi besar daripada kematian sehinggakan aku letak isunya pada bahagian terakhir dan bukannya cerita tentang mati?
Jawapannya, MASA DEPAN.
Sejak beberapa tahun belakangan ini,
aku sudah setkan impian aku untuk sambung belajar.
Jadi, aku kumpul duit untuk tujuan itu sebab rasanya semua tahu,
nak belajar ini bukannya sepuluh sen dua ongkosnya.
Makan ribu riban juga.
Please don't talk about sponsorship.
Tak senang tau nak minta sponsor, even pinjaman sekalipun.
Jadi cara paling mudah ialah dengan sponsor diri sendiri.
Ok, sambung cerita...
Begini.
Aku simpan duit.
Bila duit mula nak banyak, ada sesuatu berlaku.
Jadi aku kena guna duit simpanan itu.
Lepas sudah reda, aku mula simpan semula.
Bila duit mula nak banyak balik, sesuatu lain pula berlaku.
Jadi aku kena guna duit simpanan itu lagi.
Dan perkara ini berulang lagi dan lagi dan lagi...
Ada orang terdekat perlukan duitlah.
Motosikal aku buat hal teruklah.
Aku kena buat pembedahanlah.
Aku pindah rumahlah.
Macam-macam lagi perkara berlaku yang memerlukan aku untuk guna duit simpanan itu.
Kalau asyik guna, bila rasanya aku boleh sambung belajar?
Aku ketepikan peningkatan kerjaya diri sebab aku tak mahu terikat.
Aku mahu, bila tiba masanya, aku akan terus masuk belajar tanpa perlu habiskan mana-mana kontrak.
Pada sesetengah orang, nampak macam aku buang masa.
Tapi itulah, impian aku bukan untuk berjawatan besar,
aku cuma mahu sambung belajar.
Semasa demam 25 hari aku itu, aku ada terfikir.
Seperti ada sesuatu yang tidak izinkan aku untuk sambung belajar.
Segala rancangan aku untuk sambung belajar, semuanya tidak menjadi.
Bahasa orang selalu guna ialah 'belum ada rezeki',
tapi aku ini bukannya makin muda.
Kalau sekarang tiada rezeki, bila lagi?
Takkan aku nak sambung belajar pada usia emas, kot?
Orang lain masa tua nak hidup senang dengan anak cucu,
aku pula masa tua sibuk selak buku, study untuk exam.
Bila aku fikir lagi secara mendalam,
masalah utama aku bukannya 'tiada keizinan',
tapi lebih kepada kekangan kewangan.
Aku rasa, aku tidak cukup tekad untuk menyimpan.
Aku bukanlah dari keluarga kaya raya, tapi aku juga tidak susah.
Aku juga bukanlah jenis yang mengejar kekayaan,
aku selesa dengan hidup aku sekarang.
Cuma,
dari konteks mahu sambung belajar,
adalah sangat beruntung kalau aku ini kaya raya.
Alangkah baiknya kalau duit bukan sesuatu yang memeningkan kepala.
Bila mahu, buat, dan akan dapat. Kan best?
(Dan sekarang aku kedengaran seperti seorang yang sangat tidak bersyukur)
Aku percaya satu hari nanti ada rezeki aku.
Mungkin bukan sekarang, tapi pasti ada bahagian untuk aku.
Aku cuma harap aku tidak terlambat.
Mungkin juga aku perlu lebih banyak bersedekah kerana dengan bersedekahlah, rezeki kita menjadi murah.
Ya. Masa depan.
Aku mahu sambung belajar, tapi aku tidak mampu.
Aku juga tidak dapat tingkatkan kerjaya kerana peluangnya bukan datang selalu.
Aku juga tidak mampu berkeluarga kerana...sekali lagi...tak mampu.
Jadi rasanya...
...apa akan jadi pada masa depan aku?
.
sabar bro... tapi sambung belajar usia emas pun tak salah...sekurang-kurangnya cita-cita bro tercapai juga...
ReplyDelete>At-Tarmizi
DeleteTerima kasih. Aku akan tetap bersabar.
Cuma itulah...kita nak merancang masa depan tapi segala yang berlaku tak ikut perancangan. Aku sangat harap aku boleh terus bersabar.
Sadis cerita ko ni,nak simpan duit tapi kena guna lak bila perlu huhuhu...btw nanti adelah rezeki tu,jangan cepat give up haha
ReplyDelete>Anonymous
DeleteTerima kasih. Rezeki memang sentiasa ada, alhamdulillah.
Tapi bak kata orang, rezeki ni hanya datang untuk yang mencari. Kalau duduk mengeluh seorang diri (macam yang aku buat sekarang) memang alamatnya tak datanglah rezeki yang dinanti :)
faham I feel you. I think most of us now just had this hard to our face everyday. so memang xpernah faham.golongan gaji 3k tapi dah beli honda. kalau kita di tempat mereka, xmungkin swenang2 nya begitu.haha
ReplyDeletememang sukar, kadang2 terdetik di hati. Im just as good as they are, but they just possessed a scroll of certificate and a job offers. while I? its kinda started that way, maybe this is where a loan will come in handy.
>Yana
DeleteKan.
Kita faham rezeki adalah masing-masing, tidak kira apa sijil yang dia dan kita ada. Tapi itulah...pada aku, sesetengah perkara tidak kira berapa banyak kita berusaha tetap akan susah untuk dicapai, sebab sudah tertulis jalan hidup kita sebegitu :(
klu nak sambung master...mybrain dah disambung semula (yeah i know u ckp jgn cakap pasal scholarship tapi why not try?)
ReplyDeleteuitm yuran still murah lagi so boleh tryy
>Raz
DeleteFunny thing is, aku sebenarnya sudah try untuk apply that MyBrain, tapi dari segala syarat dan tuntutan dia macam kita sangat terikat dan akhirnya makan diri. Aku ada beberapa kawan yang bercerita tentang MyBrain, jadi aku rasa aku bukan jenis yang suka diikat kuat sebegitu :(