Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 27, 2017

25 Hari!



Salam.

Jadi minggu lepas aku demam.
Kali ketiga dalam masa kurang satu bulan.
Teruk.
Jadi aku ke klinik minta diperiksa.
Seperti biasa, doktor marah dulu persoalkan kenapa tak datang masa demam kali pertama.
Kenapa nak tunggu demam ketiga baru singgah klinik.

It's hard to explain kenapa tak datang klinik.
Jadi aku terima je laa kemarahan itu.
Doktor ni, marah-marah pun dia akan tetap check kita.
Dah nama pun doktor. Dah itu kerjanya.

Pendekkan cerita, aku kena check darah sebab takut suspek apa-apa sakit.
Nak pendek cerita lagi, keputusan darah keluar 3 hari kemudian.
Nak lagi pendek cerita, keputusan menunjukkan aku kena 'viral infection'.
Dalam bahasa yang lebih difahami manusia sejagat, aku demam biasa.
Ya, viral infection ialah demam biasa.

"Jadi doktor, kenapa saya boleh kerap sangat demam walaupun demam biasa? Tiga kali demam dalam masa kurang sebulan bukan biasa, kan?"
Aku tanya banyak soalan sebab aku bayar rawatan tu.

Doktor jawab,
"Saya rasa awak bukan demam tiga kali. Ketiga-tiga demam tu adalah demam yang sama. Awak demam sekali sahaja."

"Maksud doktor, saya bukan demam tiga kali, tapi cuma sekali, tapi lama? Saya demam 25 hari?"

Doktor angguk tanpa suara.
Aku pun angkat kening sebelah, juga tanpa suara.
Tapi suara hati aku keras mengatakan kejanggalan.

Doktor menidakkan aku demam tiga kali tapi mengiyakan aku demam 25 hari?
Antara demam tiga kali sebulan dengan demam sekali 25 hari, pada pendapat aku, demam tiga kali lagi masuk akal sebab demam 'biasa' selama 25 hari kedengaran sangat ekstrim.

Tapi itu aku versus doktor.
Sudah tentu doktor menang.
Aku ada apa kredibiliti nak lawan doktor, kan?

Alhamdulillah sekarang aku sudah sembuh.
Tak pasti sepenuhnya atau tidak sebab aku masih batuk dan kehilangan suara.

Demam ini juga banyak membuatkan aku berfikir.
Tapi itu untuk post minggu-minggu depan.
Aku dapat rasa demam ini adalah 'turning point' aku untuk sesuatu.
Nanti aku cerita.

Sebulan demam bermakna sebulan juga aku tidak melukis.
Kalau kalian follow aku di instagram @cerolian,
aku sudah lama tidak post apa-apa lukisan/komik baru.
Yang terkini pun lukisan simpanan aku, yang sudah lama aku lukis dulu.
Jari pun dah jadi keras membatu. Nanti nak mula semula mesti susah.

Bagi yang doakan aku supaya cepat sembuh,
TERIMA KASIH.
Kita tidak kenal rapat tapi kalian sudi doakan aku.
Aku macam sangat terharu bila ada yang sudi doakan aku walaupun bertaraf orang asing.
Itulah keindahan internet. Ia dapat rapatkan kita yang tanpanya mungkin tak akan ada peluang untuk bertemu kenal.

Baiklah.
Cukup bebelan hari ini.
Terima kasih kerana sudi baca blog aku ini sampailah ke hari ini.
Makin bosan pun kalian tetap datang baca.
Terima kasih sangat.

Bye.






.




12 comments:

  1. bagi aku blog ni tak pernah bosan.semoga sentiasa sihat ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Terima kasih. Maaflah kalau ada terdetik bosan ye 😊

      Delete
  2. Lee's here..hahaha.. Jangan tanya apaesal aku pakai anon.. tapi nak komen punya pasal..huhuhu..

    Get well soon, dude..! Aku rasa, akula rasa, ko memang demam selama 25 hari cuma ada time teruk, ko rasa ko demam semula, viruses are on the verge of winning but then your white blood cells don't want to give in so dorang lawan and ko rasa better sikit..the same cycle repeats..huhuhu..

    Anyway, patut dah dapat ubat kan? You know the drill so makan ubat..haha.. Again, get well soon, dude..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Thank you Lee. Logik jugak apa yang kau kata tu. Maybe not all the time aku demam teruk, masa elok sikit tu maybe masih demam cuma aku kurang rasa.

      Ubat aku tu tahan 3 hari je hari tu, tapi memang kena habiskan baru demam boleh kebah.

      Thank you again, Lee 😊

      Delete
  3. yup, akan terus datang baca. Oleh itu, sila jaga diri ya cero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Thank you Amna.
      Doakan supaya sentiasa sihat supaya tak putus post setiap rabu hehehehe

      Delete
  4. sakit tu best sebab dia penghapus dosa, tapi sabar nak menghadapi sakit tu...boleh jadi lebih susah....aku pun tahun ni saja, terlalu kerap demam dan selsema. paling lama, batuk. ya ampun! perit ya amat bila nak batuk. sekali serang, pergh!!! terasa nak tercabut ana tekak. #terasatua

    apa2 pun get well soon cero!!and please do more comics!
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Betul tu Sofie. Sakit penghapus dosa.
      Kau pun jaga diri tau Sofie. Sama-sama kita jaga diri 😊

      Delete
  5. yes.. mokcik pon harap ko cpt semboh nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mokcik Anonymous

      Terima kasih mokcik 😊

      Delete
  6. CEro, aku suka komik kau, ermm blog pun walaupun header kau dah macam ropa Captain Jack Sparrow versi malaysia, aku still lagi suka. Sebab apa? Sebab aku suka Jack Sparrow, dia kaya wei.

    mija-blur.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Terima kasih sebab suka komik aku, tapi lately dah kurang melukis dah, so hopefully masih sokong aku di blog walaupun aku bukanlah Jack Sparrow hahahaha 😆

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: