Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 1, 2017

Comot, Populasi, dan Anak Bakal Tunjang Negara.





Salam.

Sedang aku membelek balik gambar dalam galeri telefon aku,
terjumpa satu gambar anak kucing yang comel.
Warnanya putih tapi tidak putih, ada sedikit calit gelap sana dan sini.
Kami namakan dia Comot.

Baru-baru ini, aku jumpa balik kucing itu di rumah ibu bapa aku.
Comot sudah dewasa. Dipanggil Abang Comot sebab dia kini seorang abang.
Walaupun yakin bahawa gambar di telefon aku dan Abang Comot yang dilihat di depan mata itu adalah kucing yang sama, tapi perbezaannya begitu ketara.
Comot kelihatan lebih comot daripada semasa dia kecil.
Bulu comotnya lebih banyak daripada semasa dia kecil.

Berpindah kepada cerita lain yang akan dikaitkan kemudian,
semasa aku dan seorang kawan minum di kedai mamak,
terkeluar satu penyataan dari mulut kawan aku itu.
Katanya,
"Kenapa sekarang senang jumpa dengan orang yang suka buat kerja bodoh ye?"
merujuk kepada satu video tular seorang artis yang 'sepatutnya' bertudung berjoget-joget depan live video menunjukkan underboob-nya, satu masa lalu.
(Kepada yang tidak tahu apa itu underboob, ia adalah bahagian buah dada bawah kepada areola yang bersifat semi-sfera. And yes, for purposes, I've watched that video.)

Dan berpindah kembali ke cerita yang juga akan dikaitkan kemudian,
Perdana Menteri baru sahaja membentangkan Bajet untuk tahun 2018.
(Dahulu Bajet dikenali sebagai Belanjawan, aku tak tahu kenapa nak diubah kepada Bajet sedangkan Belanjawan kedengaran lebih gah dan berprestij)
Walaupun banyak hasil pembentangan yang dijadikan isu perbincangan orang ramai,
tapi aku lebih tertarik apabila PM Najib menyebut frasa,
"...membawa kesenangan kepada seluruh 32 juta rakyat Malaysia"

YA.
Populasi penduduk di Malaysia sudah mencapai 32 juta.

Lebih tepat lagi,
Google beritahu penduduk Malaysia ialah 31,760,854 orang pada 29 Oktober 2017.

Pada zaman aku sekolah dahulu,
Malaysia hanya ada 23 juta penduduk.
Aku ingat sangat sebab aku berangan kalau setiap orang dalam Malaysia beri aku satu ringgit, aku akan jadi lebih kaya RM 22,999,999.00.
(Satu ringgit kurang sebab aku beri diri sendiri RM 1 akan menjadikannya terhapus, kosong)

Inilah topik aku hari ini.
Dan inilah sebenarnya masalah utama manusia.
Pada aku, manusia sudah terlalu banyak.
We are overpopulated.



Limpahan Populasi.


Bila aku cakap overpopulated,
aku kedengaran macam orang jahat dalam filem aksi tipikal Amerika.
"Oh, manusia terlalu banyak, bumi jadi padat,
kita kena letupkan bandar utama dunia dengan bom pew-pew-pew!"
Walaupun tidaklah sampai tahap aku nak letupkan bandar,
tapi aku rasa manusia memang terlalu banyak.
Terutamanya di Malaysia.

Untuk rekod, kita (Malaysia) ada 32 juta penduduk pada tahun ini 2017,
sedangkan pada masa yang sama, Australia hanya ada 24 juta penduduk sahaja
sedangkan Australia itu besarnya satu benua, dapat dilihat jelas di peta dunia
sedangkan Malaysia hanya sebesar satu beras bila dilihat pada glob di perpustakaan.
(banyaknya 'sedangkan')

Inilah sebab kenapa kita asyik nampak orang buat perkara bodoh di Malaysia.
Sebab populasi kita ramai. Kita padat dengan manusia.
Kalaulah (contoh, bukan fakta tepat) peratusan orang yang suka buat perkara bodoh macam berjoget separuh bogel depan live video adalah 1%, maka satu peratus kepada 32 juta manusia ialah 320 000.
320 000 tu masih banyak, tahu?
Ditambah pula dengan penggunaan media sosial secara tidak bijak,
angka 320 000 itu senang-senang sahaja dapat dilihat semua orang.
Sebab itulah zaman sekarang senang nak jumpa orang yang suka buat perkara bodoh.

Bermakna, di luar sana mungkin ada 320 000 video perempuan Malaysia joget depan live camera dan direkod, walaupun yang menjadi tular adalah video artis bertudung berkenaan.

Maka benarlah kata Will Smith semasa ditemubual mengenai anaknya yang suka buat perkara-perkara kurang bijak.
Katanya,
"Budak zaman dulu dengan budak zaman sekarang sama je tidak bijaknya.
Cuma zaman dulu, budak jadi tidak bijak senyap-senyap.
Zaman sekarang, budak jadi tidak bijak terang-terangan (merujuk kepada kewujudan media sosial)."



Jumlah VS Peratus.


Sama keadaannya dengan bulu kucing Comot aku itu.
Katakanlah hanya 10% bulunya berwarna comot, bukan warna putih.
Semasa dia kecil, 10% bulu comot memang susah nak nampak sebab badannya kecil.
Jumlah bulunya kecil disebabkan luas permukaan badan yang rendah.
Tapi apabila dia sudah dewasa, permukaan badan makin besar, bulu makin banyak,
maka 10% bulu comot itu lebih jelas kelihatan.
Sebab itu Comot nampak lebih comot bila dia besar berbanding semasa dia kecil.
Sebenarnya, bulu dia tetap sama, 10% sahaja bahagian yang comot.

Untuk contoh lebih mudah faham,
bayangkan dalam satu kotak ada 10 biji bola ping-pong.
9 berwarna putih, 1 berwarna oren.
Maka peratusan untuk dapat warna oren ialah 10%.
Jika kita mahu dapatkan bola oren, maka kita ada 10% peluang.
Tapi ini juga bermakna kita kena cari HANYA SATU bola dalam 10.

Cuba pula kotak yang sama tadi diisi dengan 100 bola ping-pong.
'Penduduk' kotak itu semakin banyak.
Bagi mengekalkan 10% peluang mendapat bola oren,
maka perlu ada 10 bola oren di dalam kotak itu
dan selebih 90 bola adalah warna putih.
Kini, walaupun kebarangkalian nak dapat bola oren masih sama 10%,
tapi kita ada peluang untuk ambil 10 bola oren daripada 100 bola,
berbanding tadi hanya satu daripada 10.
Bola oren lebih mudah untuk didapati.



Peratusan Bersifat Relatif.


Itu sebabnya kenapa orang ekonomi dan orang politik suka guna peratusan.
Sebab kalau letak peratus, kita nampak 3% lebih rendah daripada 4%.
Sedangkan kita lupa, peratus itu bersifat relatif, perlu dikaitkan dengan sesuatu.

Kadar pengangguran Malaysia di tahap 3.3%.
3.3% adalah peratus secara keseluruhan penduduk.
Jika dibuat perbandingan dengan jumlah penduduk boleh bekerja (ditolak anak kecil, murid sekolah, pelajar IPT dan warga tua), maka peratusan itu pastinya lebih tinggi.

Kerajaan kata kadar pengangguran kekal pada tahap purata 3.3% setiap tahun.
Tapi secara matematiknya,
3.3% pada tahun penduduk hanya 23 juta orang dahulu ialah 0.759 juta.
sedangkan 3.3% pada penduduk 32 juta orang sekarang ialah 1.056 juta.
Dengan kata lain, walaupun kadar pengangguran kekal,
tapi jumlahnya terus meningkat selagi populasi penduduk meningkat.
Jadi, adakah itu sesuatu yang patut dibanggakan?

Seharusnya masalah pengangguran diselesaikan dengan melihat angka,
bukan peratusan.
Kalau tahun lepas 1 000 000 orang, tahun ini pula 990 000 orang,
maka nampak penurunan, tidak kira berapa banyak pun jumlah penduduk.

Kalau boleh, bantu tiap individu secara peribadi, satu persatu.
Tubuh satu badan khas untuk bina plan kurangkan masalah ketidakpasaran graduan.
Mansuh atau kecilkan program universiti yang lemah pasaran kerjayanya.
Besarkan program yang lebih membantu graduan selepas keluar universiti nanti.

Juga bantu mereka yang menganggur yang juga bukan graduan,
mereka-mereka seperti mangsa down-sizing, orang yang 'in-between jobs', orang dewasa yang tiada pendidikan dan mereka yang berhenti kerja atas dasar-dasar tertentu.
Pada aku, pihak berwajib terlalu asyik nak bantu graduan menganggur sampai lupa wujudnya kelompok penganggur dari kalangan bukan graduan.



Penyelesaian(?)


Meletupkan bandar mungkin satu cara untuk menyelesaikan isu overpopulation,
tapi sudah tentu aku melarang keras perbuatan seperti itu di dalam blog ini.
Lagipun perbuatan tersebut bersifat sementara.
Walaupun tidak membiak selaju tikus, tapi manusia juga tidak kurang hebatnya.
Hilang satu bandar hari ini, 10 tahun kemudian, akan wujud bandar baru yang lebih padat daripada bandar tadi.

Sebaiknya, gunakan isu overpopulation ini sebaik mungkin.
Jika setiap 32 juta orang penduduk itu berbakti kepada negara walaupun sedikit,
maka hasilnya tentu mantap.
Kalau 1% penduduk adalah mereka yang suka buat perkara bodoh di media sosial,
bantu mereka yang 1% ini supaya celik dan tidak buat perkara bodoh lagi.
Kalau 3.3% adalah penganggur,
pastikan (kalau boleh) yang turun itu adalah angka, bukannya peratusan.

Ini bukan blog ilmiah untuk aku bincangkan caranya secara mendalam.
Cukuplah kalian tahu yang negara kita semakin padat dengan penduduk.
Maka, pastikan yang padat itu adalah mereka yang membantu, bukannya mereka yang merosakkan.



Kesimpulan.


Aku terfikir isu ini adalah sebabkan satu peristiwa.
Beberapa hari lepas aku ternampak sepasang ibubapa yang buat tak tahu sahaja apabila anaknya mengamuk buat hal ketika ziarah ke rumah orang lain.
Aku tahu, salah satu cara ibu bapa mendidik anak adalah dengan tidak mengendahkan si anak bila anak mula buat tantrum, tapi kalau dah tantrum-nya itu menyebabkan kerosakan kepada harta benda orang lain, hentak-hentak lantai, tarik-tarik karpet, baling barang ke televisyen sampai televisyen itu hampir jatuh, adakah itu masih layak digelar 'mendidik'?

Semasa lihat kejadian itu di depan mata aku, aku terfikir...
"Orang lain nak kahwin, kau nak kahwin juga.
Orang lain nak ada anak, kau nak ada anak juga.
Bila anak buat hal, kau pula sibuk skrol media sosial buat endah tak endah.
Anak kau tu bakal menjadi tunjang negara satu masa kelak.
Kau nak penuhkan negara ini dengan rakyat yang degil dan tak dengar kata ke?
WTF, man. WTF?"

Sekian.





.


14 comments:

  1. Replies
    1. >Unknown

      Terima kasih.
      Aku suka komen kau...
      :)

      Delete
  2. Replies
    1. >Naim Mikhail

      Terima kasih.
      Aku suka komen kau...
      :)

      Delete
  3. Malaysia ni dah ramai penduduk rupanya..patutlah saya minta kerja payah nak dapat.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu masa belajar kena always score 3.5> :D kita dah kena jadi macam jepun

      Delete
    2. >At-Tarmizi

      Pertambahan penduduk itu logik, cuma bekalan pekerjaan yang tak berkembang sejak 20 tahun lepas tu yang tak logik tu :(

      Delete
    3. >Yana

      Sekarang, dapat pointer 4 flat pun tak menjanjikan kita dapat kerja yang baik, sebab terlalu banyak faktor yang masuk campur, contohnya, orang guna cable dsb :(

      Delete
  4. tudia lah aku pon selalu je terfikir mcm tu tp tak pandai nak huraikan dlm bentuk penulisan sepadat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Haha. Terima kasih Ana.
      Huraian aku pun bukanlah padat mana, cuma apa yang boleh aku fikirkan saja :)

      Delete
  5. I wish the cover photo of this entry would be better, I mean in a sense of same level as your writing. this is good cEro. Congrats. Yup, and dont forget bajet utk orang2 yg lebih had umur tapi ada idea untuk business. ingat semua pakcik2 xde idea ke nak wat bsns tua2 pon.asyk bg kat dak2 hingusan rely pon on theory. cuba bagi kat orang 20+ pengalaman. Well, we like how it sound. 3% only. Ooo. think again. lol

    kalau mk bapak dia cuti masa tu, dr mengajar anak. why not you take over. hehe. biar cuak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yana

      Hahaha.
      Asalnya aku nak tulis entri ni tanpa gambar, tapi aku selitkan juga gambar kucing aku tu supaya kena dengan pembukaan hahaha.

      Betul. Pihak berwajib terlalu fokus kepada satu kelompok (graduan) sedangkan banyak lagi spektrum lain dalam golongan penganggur dan pencari kerja.

      Hahaha. Ceritanya, sebenarnya aku DAH pun tegur budak tu, tapi kena balik dengan mak bapak dia dengan pandangan macam "eleh budak ni tak padan bujang nak tegur-tegur anak orang" Gittew...

      Delete
  6. patutlah sesak je jalan kat Malaysia ni. hmmph hmmmph

    ReplyDelete
    Replies
    1. >fasika puspa

      Secara konsepnya kita tak perasan pun Malaysia makin padat, tapi kalau buat perbandingan, memang ketara mendadak penduduk Malaysia ni meningkat.

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: