Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 29, 2017

Doktor Narsisistik dan Lelaki Yang Berhabis RM30 Untuk Rasa Tertipu.



Salam.

[Penafian: Disebabkan ini blog peribadi, maka semua tulisan di dalam entri ini bersifat peribadi dan tidak mewakili pendapat majoriti mana-mana pihak. Segala akibat dari tulisan ini akan ditanggung cEro secara keseluruhan. Tiada sengketa antara mana-mana pihak, hanya kritikan yang mungkin bersifat peribadi namun membina.]

Kalau kalian baca entri aku minggu lepas,
satu entri aku hanya bercerita tentang kejayaan aku habiskan baca satu buku.
Bagi orang lain mungkin itu perkara biasa,
tapi bagi aku, itu perkara luar biasa.
Itu perkara yang sangat aku banggakan.
Sebab aku bukannya pembaca yang setia.
Buku bahasa inggeris pula tu.

Disebabkan aku sudah habis baca buku itu,
maka beg yang selalu aku bawa berisi buku untuk dibaca itu menjadi ringan.
Bila bertahun-tahun sudah biasa berbeg berat,
tiba-tiba pula sekarang jadi ringan,
maka badan aku sedikit rasa janggal.

Jadi aku buat keputusan untuk MULA baca satu lagi buku.
Dari puluhan (mungkin ratusan) buku yang menanti untuk dibaca di rak buku aku,
aku pilih buku ini:

DIAgnosis2
[Angka dua bersifat superskrip, maka aku panggil DIAgnosis(kuasa dua)]



Buku ini mempunyai 358 muka surat bercetak.
Merupakan himpunan cerita hasil tulisan 7 doktor.



KENAPA PILIH BUKU INI UNTUK MENJADI PEMBERAT BEG?

Aku beli buku ini sebab aku sudah baca buku DIAgnosis yang pertama.
Di kulit buku ini terpampang tulisan mengatakan (rujuk imej di atas) buku ini adalah
'sequel to bestseller book of 2014 (5 stars) PBAKL MPH KINOKUNIYA'
yang pada aku merujuk kepada buku DIAgnosis yang pertama.

Untuk buku DIAgnosis yang pertama,
walaupun aku agak kecewa bila tahu semua cerita dalam buku itu adalah rekaan,
tapi disebabkan isinya bersifat teknikal dan penuh dengan jargon (bahasa khusus dalam sesuatu bidang), maka aku rasa sedikit sebanyak ceritanya ada kaitan dengan pengalaman penulis sendiri.
Mana mungkin orang bukan ahli dapat tahu perkara yang begitu spesifik dan teknikal, kan?

Idea mengumpulkan doktor sebenar dan menghimpunkan hasil tulisan mereka,
pada aku, satu idea yang bernas.
Bukan sahaja cerita-cerita yang disampaikan menjadi pendek dan mudah dibaca,
tapi kita sebagai orang biasa juga berkesempatan merasai pengalaman menjadi seorang pengamal perubatan melalui pembacaan.
(Walaupun ada satu dua tiga kelemahan sana sini)

Sebab itu buku DIAgnosis yang pertama, pada aku, berjaya.

Bertitik tolak daripada kejayaan buku pertama itulah,
aku tergerak beli buku DIAgnosis(kuasa dua) ini.

Tapi, yang ikut twitter aku akan tahu,
aku pernah merungut tentang harga buku ini.
DIAgnosis pertama hanya berharga RM20
manakala buku DIAgnosis(kuasa dua) ini berharga RM30.
Bab duit, aku memang berkira. Hahaha
Tapi sebab jangkaan aku buku ini tidak akan menghampakan,
jadi aku relakan jiwa.



MULA BACA

Disebabkan sekarang musim hujan dan aku seorang penunggang motosikal,
maka banyak masa aku dipenuhi dengan aktiviti menunggu hujan reda.
Maka, aku ada banyak masa untuk mula baca buku ini.

Buku ini dibahagi mengikut turutan penulis (doktor).
Habis cerita daripada seorang penulis, maka disambung dengan penulis yang lain.

Bila aku mula baca hasil tulisan penulis pertama,
aku sudah dapat gambaran bahawa buku ini tidak seperti DIAgnosis yang pertama.
Dalam buku pertama, semua cerita adalah berkisar sekitar kehidupan doktor (atau pelajar perubatan) dan bagaimana karenah para pesakit menjadikan mereka lebih merendah diri dan bersyukur.
Cerita dari buku pertama sarat dengan pengajaran,
membuat sesiapa yang membaca akan berfikir.

Namun tiada yang 'rendah diri'nya dalam cerita awal buku DIAgnosis ini.
Gaya bahasa penulis pertama sangat dramatik.
Setiap ayat diakhiri dengan bunyi ritma yang sama.
Kalau habisnya -a, maka ayat seterusnya juga dihabiskan dengan -a.
Penulis gigih nak sedapkan ayat sehingga lupa yang dia sedang menulis cerita, bukannya menulis lirik lagu.

Kalau perlu diletakkan perumpamaan, aku rasa (secara peribadi),
penulis adalah seorang narsistik yang sangat bangga dengan diri sendiri.
Dia seseorang yang suka selfie,
tapi bila nampak orang lain selfie, dia akan buat muka cringe. (contoh)

Salah satu cerita yang ditulisnya, walaupun masih berkisar dalam bidang perubatan
tapi lebih kepada cerita cinta bagaimana uda dan dara bertemu.
Ala-ala sweet love story drama melayu senja gitu.

Watak utama lelaki disifatkannya sebagai bijak, kacak, sasa, alim dan hebat ilmu dunia dan agamanya, dan aku quote;
'Suara jantannya bisa buat hati jadi layu. Itu hanya ketika menjadi imam solat jemaah Subuh, Maghrib dan Isya', habis luluh dan jika hati itu sifatnya cecair pasti sudah lama tersejat ke udara'.

Watak utama lelaki ini juga digelar James Bond dan Superman dalam ceritanya.
Kebetulan (atau tidak), huruf awal nama watak lelaki itu sama dengan huruf awal nama penulis.
Lagi kebetulan, watak utama perempuannya pula, huruf awalnya JUGA sama dengan huruf awal nama (pada ketika cerita ditulis) bakal isteri si penulis, yang juga salah seorang daripada penulis buku ini.
Best kan kebetulan dia?
Puji watak dalam cerita, rupanya...

Lebih dari dua kali penulis memberitahu di dalam buku ini yang dia bakal menjadi suami kepada bakal isterinya.
Walaupun kami (para pembaca) tahu awak teruja mahu menjadi suami,
but you have no right to rub your 'excitement' onto your readers' face.
Keep it to your pant la bruh.

Dan dengan hanya itu,
hanya dengan membaca cerita dari penulis pertama,
aku sudah rasa menyesal keluarkan RM30 untuk membeli buku ini.



SIAPA EDITOR?

Untuk buku yang dijual RM30, pada aku,
paling kurang jagalah tatabahasa, paling tidak tiada kesalahan ejaan.

Aku baru baca hasil tulisan seorang penulis,
aku sudah jumpa berlambak ejaan salah, tatabahasa salah dan sebagainya.
Dan pada satu ketika, aku rasa, penulis menulis secara semberono, mungkin sekadar mahu habiskan bahagian.
Penuh kesalahan ejaan dan tatabahasa.
Dan kesalahan tatabahasanya langsung tak konsisten.

Contoh;
penulis menulis perkataan 'di kala' sebagai 'dikala'
(perhatikan ruang antara 'di' dan 'kala')
Kalau penulis tidak tahu peraturan tatabahasa, dia akan terus tulis 'dikala' untuk keseluruhan ceritanya.
Tapi penulis kadang-kadang menggunakan 'di kala', kadang-kadang menggunakan 'dikala'.
Langsung suka hati langgar peraturan tatabahasa yang ada.
Sekali silap boleh dimaafkan,
tapi berkali-kali silap, sakit mata aku baca.

Jadi, aku selak muka awal, mencari jawapan kepada satu soalan;
SIAPA EDITOR?

Jawapannya, editor adalah dia sendiri, penulis pertama tadi.
Si Doktor Narsisistik tadi.
Lagi best, dia juga merupakan salah seorang proof-reader.
Patutlah banyak silap sana sini.
Mana boleh edit dan proof-read hasil tulisan sendiri.
Nanti persepsi penuh dengan bias.
Dan juga dari prakata, aku dapat rasakan dia juga merupakan orang besar dalam syarikat penerbitan buku ini, mungkin share-partner, or owner, or whatever.

Kau tulis, kau edit, kau proof-read.
Kau juga beri prakata, kau juga tentukan harga.
Dalam bahasa budak asrama aku dulu, ini dipanggil GIPANG.
Siapa tahu gipang itu apa, sila angkat tangan.



EH? PENERBIT LAIN?

Diingatkan balik, aku rasa buku DIAgnosis yang pertama lebih kecil.
Dan nipis.
Jadi bila balik ke rumah, aku selongkar almari buku aku,
mencari buku DIAgnosis yang pertama.

Ya, nipis.
142 muka surat bercetak berbanding DIAgnosis(kuasa dua) dengan 358 muka.
Sebab itulah (kot) buku ini dijual RM30 berbanding DIAgnosis pertama yang hanya RM20.
Ya, buku makin besar dan tebal,
tapi itu sebab font yang digunakan semakin besar
dan spacing antara barisan bertambah.
Jadi, secara peribadi aku rasa, DIAgnosis(kuasa dua) ini mahu mengambil kesempatan ke atas kejayaan DIAgnosis yang pertama.
Pulun selagi boleh. Pulun.

Tiba-tiba aku perasan sesuatu.
Nama syarikat yang terbitkan kedua-dua buku ini berbeza.
Tapi buku kedua ini claim yang buku dia sequel kepada buku pertama.
Bolehkah sequel diterbitkan di bawah syarikat berbeza?

Jelas dinyatakan dalam buku ini bahawa hakcipta berada di tangan penulis,
maka semua cerita adalah milik mutlak penulis, bukan penerbit.
Tapi tajuk buku, the brand name 'DIAgnosis' rasanya masih jatuh ke tangan penerbit.
(correct me if I'm wrong)
Jadi, bolehkah syarikat kedua ini guna brand name itu?
Malah claim kata bukunya adalah sequel kepada buku pertama yang laku keras itu?

Aku amat berharap ada yang boleh perjelaskan kekeliruan aku ini.



KE KEDAI BUKU KE KITA

Lagi menambahkan kekeliruan pembaca yang lambat dan tak setia seperti aku,
satu hari ketika aku berjalan ke kedai buku,
aku ternampak buku DIAgnosis 2.
Bukan buku DIAgnosis(kuasa dua) yang sedang aku baca ini,
tapi buku bertajuk DIAgnosis2 : Prognosis.


Buku ini bawah terbitan penerbit buku yang sama dengan buku DIAgnosis pertama.
Buku ini juga claim sebagai sequel kepada buku DIAgnosis pertama itu.

Jadi,
dari satu buku yang jadi bestseller,
terterbit dua cabang buku dengan brand name yang sama, juga dua-dua claim sebagai sequel.
Bayangkan filem Captain America ada dua sequel berbeza;
satu Captain America sertai Avengers,
satu lagi Captain America puji diri sendiri kacak tampan dan suara sedap mengaji.
Bukankah pening para penonton nanti?

My head hurts.

Entah kenapa, aku rasa tertipu.
Aku beli buku DIAgnosis(kuasa dua) ini dengan harapan buku ini, kalau tidak lebih bagus pun akan setaraf dengan 'prequel'nya.
Tapi setakat entri ini ditaip,
aku sudah baca hasil tulisan dua penulis di dalam buku itu.
Doktor Narsisistik dan seorang lagi penulis kedua.
Terima kasih kepada penulis selepas Doktor Narsisistik itu,
aku kembali teruja untuk terus membaca dan berhajat untuk habiskan buku ini.
Sebelum ini, semasa aku sedang baca bahagian Doktor Narsisistik itu,
kepala aku ligat berfikir 'bilalah nak habis bahagian dia ni' berkali-kali.



KESIMPULAN

Daripada entri ini, kalau kalian baca,
mesti kalian dapat rasa yang aku macam ada isu peribadi dengan si doktor itu, kan?

Jujurnya,
dia tak tahu pun aku wujud.
Aku pun tak tahu muka dia macam mana.
Jadi aku boleh jamin isunya bukan perhubungan sesama manusia.
Tapi yang aku yakin, satu; ini isu peribadi.

Pada aku, seseorang telah buat aku belanjakan RM30 untuk rasa tertipu,
dan itu sudah boleh dilabel sebagai isu peribadi.
Aku macam tak ada orang nak disalahkan selain doktor itu sebab
dialah penulis,
dialah editor,
dialah proof-reader,
dialah segalanya.
Buku itu buku dia.

Buku ini terbit tahun 2015. Sekarang hujung tahun 2017.
Jadi isu hakcipta jenama 'DIAgnosis' mungkin sudah basi dan pernah dibincangkan.
Tapi aku sangat nak tahu apa cerita sebenarnya.
Bolehkah jenama dan 'brand name' digunakan sewenang-wenangnya?

Kalau suatu hari nanti jenama 'cerolian' menjadi terkenal, adakah tidak mengapa jika ada manusia yang menggunakan nama itu untuk kepentingan narsisistiknya?


UPDATE:
Disebabkan kadar bacaan aku berkadar terus dengan taburan hujan,
dan hujan turut dengan kerapnya belakangan ini,
jadi 3 hari selepas aku taip post di atas, aku sudah lepas baca separuh buku.
Aku juga sudah baca bahagian penulis yang juga merupakan (pada ketika buku itu ditulis, bakal) isteri kepada Doktor Narsisistik itu,
dan aku dapat rumuskan mereka berdua ini sama sahaja.
Aku tahu dia seorang blogger, tapi janganlah tulis macam gaya blogger dalam buku itu.
Aku pun tulis gaya blogger.
Tapi aku tulis gaya blogger untuk blog aku yang boleh dibaca percuma.
Dia pula tulis gaya blogger untuk buku yang dijual RM30.
Patut ke tidak patut?
Jagalah sikit bahasa, sebab bila sudah terbit buku, yang baca bukan kawan-kawan sebaya sahaja.
Siapalah agaknya editor buku ni...OH? Lupa...
Editor dia laki dia sendiri, so....TAKPE!


Nota kaki:
Terima kasih kepada yang baca entri ini sampai habis. Aku sangat tak puas hati dengan penulisan buku ini dan satu-satunya tempat untuk aku luahkan adalah di dalam blog ini sebab orang sekeliling aku tidak tahu aku baca buku. Aku tak jangka kalian akan baca habis entri panjang berjela ini, tapi kalau ada yang baca, terima kasih. Seikhlas-ikhlas hati aku berterima kasih.





.


20 comments:

  1. Gipang atau GP kalau zaman aku sekolah dulu sebelumn perkataan poyo mengambil alih 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Hahaha.
      Tak sangka gipang diketahui ramai juga ek?
      Hehehe

      Delete
  2. Kahkah teruja aku nak baca entry ni lepas baca tajuknya. Salah seorang penulis dia jiran aku sebenarnya dan bukan penulis yang suami isteri itu. Haha yang duda itu. Weh cero boleh tak aku share entry kau ni dlm twitter ke whatsapp ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Hahaha kau nak share ke?
      Bakal mengundang konflik dan konfrontasi tak?
      Aku macam malas nak bertelagah kalau ada peminat atau penyokong yang cuba nak sangkal poin aku ni.
      Hahahaha

      Delete
  3. Pasal hakcipta jenama tu, aku rasa penerbit tak pegang hakcipta nama Diagnostik tu, sama kes macam BO:TK. Walaupun Alaf21 terbitkan buku pertama BO:TK, tapi siri BO:TK lain masih boleh diterbitkan oleh penerbit lain sebab dia tak pegang hakcipta nama tu. Lagipun Diagnostik tu perkataan yang common dalam kamus, rasa takde orang boleh claim perkataan tu sebagai hakcipta dia, melainkan perkataan baru yang direka sendiri atau gabungan perkataan. So kalau ada orang lain nak buat buku tajuk Diagnostik 3: Sakit Tuan pun mungkin boleh. Malah kalau ada orang nak terbit buku tajuk Cerolian pun boleh, melainkan ko dah register hakcipta nama tu dulu.

    Btw C nanti balas mesej aku huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Maksudnya selagi tidak di'TM'kan brand DIAgnosis tu, sesiapa sahaja boleh pakai tanpa perlu rasa bersalahlah, ek?
      Tapi jual buku sequel atas nama yang bukan dicipta oleh dia, tak rasa macam sedikit menipu ke?
      Macam tumpang populariti camtu :(

      Delete
  4. aku rasa kalau ada org share entry ni.. mesti jadi viral sbb penulis pertama tu seorang yang popular. Tapi aku tak share la. aku gelak sorg2 je.

    P/s: Sampai skrg aku pun tak habis baca buku ni. Tapi atas alasan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ha

      Hahaha sebab tu dari awal post lagi aku dah tekankan ini hanya pendapat peribadi. Orang popular ni memang susah sikit nak ditegur. Cuit sikit nanti terus melatah. HAhahaha

      Delete
  5. banyak juga buku kau yg belum dibaca sampai beratus. aku kalau beli buku tapi tak baca rasa macam satu dosa. habiskan jgk baca walau isinya hambar. buku local semua macam overprice. harapkan kalau ada sale je baru mampu beli. ada yg tebal tapi buat font besar2. btw, buku doktor tu memang tak best pun, nyesal beli . hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >shah

      Hahaha. Aku memang ada perangai 'beli dulu baca kemudian'. Last-last menimbun buku (dan komik) yang belum dibaca. Hahaha

      Kau pun menyesal beli ke? Aku baca sekarang pun macam dah tawar hati nak habiskan hahahaha

      Delete
  6. Gipang is gila pangkat. Betul ke tidak?

    Tak boleh komen bnayak sebb belum baca semua buku di atas. Dah beli cuma belum ada mood nak baca.

    Berkenaan pasal dua buku Diagnosis 2 yang mengelirukan, adik saya salah seorang mangsanya. Dia terbeli yang cover buku putih tu sebab tajuknya dan penerbit yang sama dengan buku yang pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Farah!!!! Long time no see!!!
      Yes, GIPANG itu GILA PANGKAT. Semua pangkat nak bolot seorang. Hahahaha

      Aku rasa, yang buku putih tu adalah sequel yang legit, sebab bawah penerbit yang sama. Tapi entahlah. Kalau brand DIAgnosis tu tak didaftar, semua orang nak pakai pun tak ada masalah rasanya hahahaha

      Delete
    2. Hahaha. Yeah, long time no see, right! :)


      Really? Buku putih tu is more legit as the sequel? I'll try to read that then I'll share my thoughts.

      Btw, sorry sangat dengan typo on my original comment. Selalu sangat typo kalau komen dekat sini.

      Delete
    3. >Farah

      Itulah. Tak pasti mana yang legit sebenarnya. Tapi kalau dua-dua pihak nak guna brand name yang sama, terkelirulah para pembaca. Sequel bukan satu dua, rasanya sekarang dah masuk 4,5 kot :(

      Delete
  7. sebab tu bila tahu penerbit bertukar mcm malas nak beli yg kuasa dua tu,lagi best baca yang prognosis 2 tu sebenarnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Itulah. Silap masa beli tu terus je beli tak belek penerbitnya siapa. Kebetulan reka muka depan pun sama dengan yang nombor satu punya, jadi agak TERtipu laa di situ :(

      Delete
  8. hahaha aku tak baca lagi yang kuasa 2 ni. tapi aku macam dapat tangkap siapa yang kau maksudkan. kau buat keinginan aku nak baca yang kuasa2 ni menjadi malap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Err..sorry.
      Tapi kalau kau suka membaca, aku sarankan kau habiskan je baca buku tu. Macam aku, aku membaca sebab nak tahu peribadi si penulis (melalui tulisan dia) jadi bila aku dah mula rasa macam apa yang aku tulis dalam entri ni, aku rasa tak sedap dah nak habiskan bacaan hahaahah

      Delete
  9. beli jugak diagnosis2 tu cuma x sempat beli lagi diagnosis or prognosis. baca pon baru suku lepas tu terbiar bersawang dalam rak. #mybad

    kalaupun 'jenama' diagnosis tidak di'trade-mark'kan, tapi kalau editor or publisher proclaim something which is not true atau menggunakan populariti sesebuah karya untuk tujuan pengiklanan, mereka seolah-olah dah create a misleading info & dah melanggar etika penerbitan, bukan ke?

    memang ada beberapa editor yg main lepas tangan atau mungkin tak cukup masa untuk proof read dgn teliti setiap karya yg penulis submit, sampaikan kdg2 menimbulkan isu selepas karya diterbitkan. hatta kalau menerbitkan buku-buku indie sekalipun, janganlah penulis keterlaluan sangat untuk bolot habis semua kerja untuk memudahkan urusan & mengurangkan kos penerbitan nanti kan?

    mungkin pernah dengar cuma terlupa atau memang baru pertama kali dengar, tapi term 'gipang' tu memang rare.

    aku jenis keinginan membeli & membaca buku tu sangat membuak2 bila aku berada dalam kedai buku. memang suasana & 'aroma' buku baru tu sangat mengkhayalkan. tapi bila dah beli & bawa balik rumah, jarang sangat aku habiskan buku2 tu, melainkan kalau buku yg hebat2. maka jadilah buku2 tu tukun dalam rak buku kat rumah.

    terpanjang pulak komen. haha #sekadarperkongsian #adminjanganmarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Hahaha. Geng laa kita.
      Aku pun banyak beli buku, tapi baca saaaangat lambat.
      Sebab aku amalkan polisi beli dulu baca kemudian hahaha.

      yup. Aku pun rasa kedua-dua pihak (penulis dgn publisher) patut letakkan kata putus siapa yang berhak bawa jenama DIAgnosis tu. Sangat mengelirukan pembaca sebab sequel yang keluar banyak kot, dekat 4-5 sebelah pihak.

      Editor lepas tangan nak proof read ni memang masalah sebenarnya. Jejaskan karya, jejaskan pembacaan, jejaskan imej brand tu sendiri. Patut proof read kena bagi orang tidak berkepentingan, sebab kalau kita na proof read sendiri, memang jadi bias laa jawabnya :(

      Hehehe. Takpe.
      Aku suka komen panjang-panjang macam ni sebab terbukti kau baca entri ini sampai habis. Terima kasih :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License