Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 11, 2011

Aku Takut Kekosongan Malam Itu Mula Sebati Dengan Jiwa Aku

Seorang kawan pelawa aku minum di kedai mamak.
Aku terima pelawaannya atas syarat dia belanja.
Dia setuju syarat aku, kami bertemu.

"Aku baca blog kau, boleh aku tanya sesuatu?"

Bila perkataan blog muncul dari bibir dia, aku mengeluh.

"Kau baca blog aku, kau kenal aku, sudah tentu kau tahu polisi aku, kan?"
Aku cuba membuat dia memahami.

Dia senyum. Aku kalah.
Mungkin sebelah aku mahu meluahkan yang terbuku di hati lebih berat dari sebelah yang mahu terus menjadikannya sebuah peti besi.

"Apa soalan kau?"

"Soalan aku mudah, are you okay?"

Pada aku, inilah satu-satunya soalan tiga perkataan yang paling susah untuk aku jawab. Aku merasakan soalan bab pembezaan dalam matapelajaran Matematik Tambahan umpama rumput di sebelah pokok jati, jika dibandingkan dengan soalan ini.

"Depends. Aku mungkin OK, mungkin tak OK."

Dia tersenyum.

"Jadi, kau sempat beritahu dia apa-apa sebelum dia pergi?"
"Aku sempat berbual hanya 10 minit sebelum dia pergi. Ini semua sebab aku sesat dalam perjalanan ke KLIA dengan motosikal aku. Aku sentiasa sesat. Sentiasa."

"Dalam 10 minit, apa yang kamu bualkan?"
"Dalam 10 minit, aku rasa 5 minit habis hanya untuk aku gosok ibu jari dengan jari telunjuk tangan kanan tanpa berkata apa-apa. Dia pula sibuk menggulung tali beg sandang yang dia bawa. Hanya selepas beberapa ketika, baru kami mula berbual."

"Apa yang dibualkan?"
"Lebih kepada harapan masing-masing. Aku doakan dia sihat selalu. Jangan banyak berkurung. Keraplah keluar jalan-jalan. Cuaca sejuk pakai pakaian tebal. Kalau makan kunyah halus-halus..."

Aku terdiam seketika.

"Walaupun aku sangat nak nasihatkan dia suruh makan ubat ikut masa yang ditetapkan, tapi aku pernah berjanji pada dia takkan berbuat demikian..."

"Selepas itu?"
"Aku sempat bagi dia sekeping kertas tertulis emel aku kepada dia, in case dia pandai berinternet satu hari nanti. But what should I expect? Dia tiada Facebook, Twitter, or even email. Dia sendiri pernah kata dia tak pandai langsung nak 'on' komputer."

"That's rare."
"Yup! Rare. Dan sebab ke'rare'an itulah, dia istimewa di mata orang."

"Di mata kau?"

Aku diam.

"Kau rasa korang boleh berjumpa balik satu hari nanti?"
"Kau tahu aku tak suka mengharap. Tapi, jika ianya bakal berlaku, aku harap bukan dalam masa terdekat ini. Biar aku cari diri aku sendiri dulu."

"Dan lepas dia pergi, kau rasa apa? Rindu? Sakit?"
"Aku tak tahu. Tapi, saat aku mahu pulang dari KLIA, saat aku sendirian atas si roda dua membelah gelap malam jalan suram, aku cuma rasa mahu cepat lari dari kegelapan malam itu sebab ianya seolah-olah mula sebati dengan jiwa aku."

"Apa yang mula sebati?"
"Kekosongan malam"

.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Jadi, apa rasa dapat luahkan rasa, walaupun hanya kat aku, instead of pendam sorang-sorang?"
"Thank you, aku rasa lapang. Terima kasih. Aku rasa nak menangis, tapi oleh sebab kita di kedai mamak, ianya sangat tak sesuai."

HA-HA-HA

Kami berdua ketawa mengisi ruang yang sudah bingit dengan pelanggan lain.


postquam-scriptum:
Dia di atas adalah seorang kawan. You know yourself, kawan. Thanks for making me broke the policy.

...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

*updated:
Biar aku jelaskan di sini, segala bahasa dalam penulisan di atas bukanlah sebijik seketul dengan apa yang berlaku secara realiti, tapi aku jamin isinya tetap sama, cuma gaya tulisan bahasa aku olah mengikut mood aku. Bagi yang terlalu degil untuk memahami, kalau menganggap ini adalah skrip dan buatan, anda BENAR, sebab untuk aku ingat setiap butir perkataan dalam perbualan hampir 10 hari lalu dan terjemahkan ke dalam penulisan blog, aku patut dipanggil GENIUS!


21 comments:

  1. naseb baik cero maintain macho lagi tak nanges. dibuatnya melalak hentak2 kaki. kawan cero tu da tak ngaku kawan da :p

    ReplyDelete
  2. itulah namanye kawan. kita luah, dia dengar dan kita rasa lega walaupun hanya dengan satu luahan. :)

    ReplyDelete
  3. skrip & baku sungguh. takde yang real. sigh. gila gila.

    ReplyDelete
  4. kenapa x d ajar L ttg internet? i mean, sekurang2nya email.



    trimas 'kwn cero' sbb muncul d alam realiti utk sekurang2nye membuatkan cero ketawa d hujung cerita.huhu




    lega kan?

    ReplyDelete
  5. wahh tak sangka sbnrnye encik anon ni peminat cerolian rupanya. sampaikan stiap entri pun di pantau. Dah tu la cara Cero, dramatik yg org lain suka nak baca. aku suka baca..hehe

    ReplyDelete
  6. asal xnges?ahahaha

    kedai mamak pun rare ok klu kau nk nges.boleh je.haha :D

    ReplyDelete
  7. seriusnya perbualan!! Btw polisi tu stil ada lagi ke lepas ko dah langgarkannya? (langgarkannya??? apa kebanda ntah)

    ReplyDelete
  8. owh...rase lega kan bile lepas ape yg kite pendam dlm hati..thankz to ur friend..=)

    ReplyDelete
  9. Setiap orang memang tak akan faham apa perasaan orang lain unless kita berada kat tempat dia. But at least, sharing it with someone in Real World, does make us feel lot better kan.

    Sometimes, it better to be alone, because nobody can hurt you.

    -kudozu

    ReplyDelete
  10. sorry, i think it's *do make us*

    -kudozu

    ReplyDelete
  11. kirim salam kawan tu ya bro! :)

    ReplyDelete
  12. kongsi cerita menghilangkan beban :)

    dari cerita ni, dpt rasa yg "dia" seorg yg sgt istimewa. juga istimewa buat cEro..

    ReplyDelete
  13. kdg2 kite perlu lggar peraturan utk lbih bek....erks...yeke? haha3

    bguslah at least cero da rasa lega... :)

    ReplyDelete
  14. jgn asek lari bro.. kan aku da koba kat fs..

    ReplyDelete
  15. @storyfromme
    hahahaha, aku waras lagi kot nak nagis depan orang ramai..hahah

    @hanaahmad
    susah nak dapat kawan macam tu..

    @8248063003307616857.0
    memang gila, but i still love you!

    @~* chirpy_chummy *~
    hahaha, susah sbnarnye nak ajar org yg tak sedia..aku pernah offer nak jar, tapi dia tak mahu..dia ada isu sendiri...
    btw, sangat lega...

    @Fisz
    hahaha, kehadiran dia hanya untuk condemn entri camni..aku dah boleh terima dengan kaki yang terbuka..hahah

    @iemaZAIMAH
    hahaha, tmpat tak sesuai kot!

    @WZulhilmi
    hm, good question. Polisi itu aku, dan aku adalah polisi..Hanya aku mampu langgar, dan aku juga kena tegakkannya..Maka, aku tetap dgn polisi takkan bicara soal blog di luar blog kecuali aku mahu..hehehehe

    @tulip
    lega yang lain dari perasaan menulis dlm blog atau diari...

    @sakura lover's
    time heals all wounds..

    @286458886284555806.0
    tapi kudozu, nak mencari manusia di alam realiti yg memahami perasaan kita utk dijadikan tempat meluahkan perasaan seolah-olah mahu mencari four-leaf clover..susah!

    @little cart00n
    dia baca blog ni, dia akan jawab salam itu sendiri..hehehehe

    @Nesa Wazir
    istimewa, satu perkataan yg layak utk dia...

    @Miss Comot
    lega arr jugak sket..hehehehe

    @Anonymous
    Perkataan lari terlalu kasar aku rasa..Aku tak lari, cuma aku terlalu serius memikirkan masa depan...Aku tak boleh offer orang lain dengan tangan kosong...At least, aku kena sediakan diri, which is, apa yang aku sedang buat sekarang....but, thanks! I know you knew what i meant

    ReplyDelete
  16. kekosongon malam? cantik.

    =)

    yakin saja pada dia, dan Dia. insyaAllah.

    ReplyDelete
  17. @HEROICzero
    yup! Aku yakin...dia dan Dia utamanya..

    ReplyDelete
  18. cero ni kisah benar ke?banyak aku tertinggal ni.hehehehe

    ReplyDelete
  19. aku baru nak komen pasala bahasa kau ngan kawan kau ni. mcm aneh sgt utk buat lepak2 kt mamak haha.

    seb bek kau dah cover kat bawah tu ngan *updated keh keh..

    cero be strong..!

    ReplyDelete
  20. tetibe rindu kat L..
    aik?????

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License