Baiklah,
jika anda baca entri ini pada hari
sabtu 26 Mac,
maka malam ini akan berlangsung
Earth Hour 2011
satu acara di mana pada jam 2030,
semua yang turut serta akan menutup lampu tidak penting selama satu jam sebagai tanda sokongan.
Tapi jika anda baca entri ini bukan pada sabtu 26 Mac 2011,
entri ini masih relevan.
Baiklah,
ini adalah entri bersempana
Earth Hour 2011,
tapi aku takkan bercerita tentangnya,
kalau kalian nak baca soalan lazim yang sering didebat semasa
Earth Hour,
kalian boleh ke
sini.
Apa yang aku nak ceritakan adalah tindakan
SELEPAS Earth Hour.
Selepas acara Earth Hour,
akan ke udara berita khas tentang sambutannya di media-media tempatan mahupun antarabangsa.
Akan ada orang yang berkata,
"Eleh! Apa kebaikan event ni? Saje suka-suka je..Bukan boleh sejukkan bumi yang makin memanas ni.."
Abaikan mereka.
Now, keep your positive thinking hat ON,
dan fikir...
Setiap perubahan adalah bergantung kepada individu.
Sebab itu wujudnya pepatah
'Every building starts with a brick'.
Jadi, apa boleh kita buat selepas
Earth Hour untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik?
Apa kita boleh buat bukan sahaja pada waktu
Earth Hour, tapi pada waktu-waktu selepas itu.
Idea
Earth Hour ialah usaha nak memelihara tenaga.
Kerana tenaga menyebabkan haba,
dan haba memanaskan bumi.
Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah
'GO GREEN'.
Aktiviti
Go GREEN melibatkan
3R:
- Reduce (Kurangkan):
Kita boleh mulakan dengan kurangkan penggunaan tenaga. Tutup lampu yang tidak perlu. Selepas cas henset, tutp plak dan cabut charger dari soket. Jika nak bergerak ke tempat yang dekat, gunakan basikal atau berjalan kaki. Kurangkan penggunaan plastik bag, kerana plastik mengambil masa 500 tahun untuk degradasi semulajadi, lagi lama bermakna lagi banyak tenaga diperlukan.
.
.
- Reuse (Guna semula):
Jika ada barang yang kemungkinan masih boleh diguna semula, jangan buang. Seperti contoh, bekas aiskrim besar boleh dijadikan cebok pengganti gayung. Juga, jika ada barang yang masih boleh digunakan, tapi anda tak ada kegunaan, bolehlah dermakan kepada orang yang memerlukan. Baju-baju lama yang masih elok, boleh dikumpul dan diberikan kepada agensi yang menguruskan hal-hal seperti itu. Kadang-kadang, di kawasan perumahan, akan ada kotak besar di mana ianya boleh diisi dengan barang yang masih boleh digunakan dan akan disalurkan kepada rumah-rumah amal dan anak-anak yatim.
.
.
- Recycle (Kitar Semula):
Paling mudah, tapi paling susah dilakukan manusia. Bahan-bahan seperti plastik, kaca, kertas, dan besi boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang baru. Masih ingat lagu "Coklat untuk kaca, biru kertas punya, tin untuk jingga dan plastik juga." Kitar semula mudah, tapi perlukan keazaman dan disiplin. Kita boleh latih diri kita supaya lebih berdisiplin dengan kitar semula.
Ok, cukup sampai di sini.
Dengan ini aku mengumumkan setiap hari Sabtu aku akan buat entri untuk berkongsi cara-cara untuk menjadikan Bumi kita tempat yang lebih baik.
At least itu yang boleh aku buat dengan blog ini.
Percayalah, kita hanya ada satu je Bumi.
Jika bukan kita yang jaga Bumi kita, SIAPA LAGI?
Baiklah,
APA IDEA dan CARA ANDA
UNTUK JADIKAN BUMI
TEMPAT YANG LEBIH BAIK?
Berbasikal ke tempat kerja?
Tanam pokok luar rumah?
Tak guna plastik pada setiap masa?
Kongsi kereta ke tempat kerja?
Guna buku kertas kitar semula?
Kongsi dengan aku di ruangan komen dan mungkin dengan sedikit kajian, aku akan buat satu entri khusus tentang idea anda dalam usaha menjadikan Bumi tempat yang lebih baik.
Pesanan komuniti ini dibawa khas oleh
cEro.
You read this because
YOU CARE.