Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 12, 2011

'Terrified'

"You, by the light
Is the greatest find
In a world full of wrong
You're the thing that's right"



Telefon bimbit bergetar hebat dalam poket.
Aku lupa nak tukar dari mode silent selepas selesai Solat Jumaat tadi.

Aku lihat nama pemanggil yang tertera.
Seseorang yang aku takkan tidak angkat panggilannya.
Seorang gadis yang sealau mengisi mimpi-mimpi siang aku.

"Hello..Rumah mayat Ah Seng, boleh saya bantu?"
Aku mulakan dengan lawak bodoh.

"Haha..sob..hahaha"
Ketawa dari sebelah talian sana agak lain.
Seolah-olah ada bendalir lendir di dalam hidungnya.

"Biar saya teka, sama ada awak selsema atau awak baru lepas menangis!"

"Saya tak selsema...."
Oops, maknanya dia baru lepas menangis.
Aku terasa seperti mahu ketuk diri dengan telefon bimbit sendiri kerana gagal mengawal mulut.

"Kenapa awak? Cuba cerita perlahan-lahan..."
Sedang berusaha menjadi seorang yang menenangkan.

"Last month, Abah and Abang kata mereka confirm nak buka bisnes di (_____).
Tapi semalam mereka confirmkan yang kami semua akan berhijrah ke sana."

Aku terdiam seketika.
Ianya mengambil masa sebulan untuk Abah dan Abang W nak beritahu berita itu kepada dia.
Sedangkan aku tahu 2-3 hari selepas mereka pulang dari sana.

"Segala urusan perpindahan sudah di peringkat akhir.
Kami akan ke sana akhir bulan ni.
Sangat cepat."

Aku faham. Bisnes, pada mereka masa itu duit.
Tiada saat boleh dibazirkan.

"Kenapa awak diam?"

Ya, dari tadi aku belum ada sepatah perkataan terucap.

"Awak ikut sekali?"


"Even Pak Harun dan Mak Tom pun ikut sekali.
Jadi saya tak ada pilihan, walaupun sebenarnya saya tak nak."

Nampaknya dia masih tak tahu tentang tawaran Abah dan Abang W kepada aku.
Aku harap dia takkan tahu, dan takkan tahu apa pilihan aku.

"Tak apalah awak, ikutkan sahaja. Kita belum berkuasa untuk membuat keputusan."


"Saya akan kehilangan...kawan..Bukankah itu satu yang menyedihkan?"
"Sebab itu ke awak menangis?"


"Ya!"
"Awak perlu faham sesuatu. Sekali digelar kawan, jauh mana pun takkan boleh memadam gelaran itu. Jarak bukan pemusnah persahabatan."


"Betul?"
"Bunuh saya kalau saya tipu.."

Kami terdiam beberapa saat.

"Awak, saya ada satu cerita kelakar masa pagi tadi.
Saya jamin lepas awak dengar, awak takkan sedih lagi...."


Dan biarlah isi panggilan seterusnya hanya aku, dia dan Tuhan yang tahu. Aku yang sedang berada di tepi lebuhraya dapat membayangkan keadaan kami berbual dalam talian dan dibayangi irama lagu Terrified (Katherine McPhee tapi yang dengan Zachary Levi punya versi)



postquam-scriptum:
Sepanjang perbualan, aku dapat rasa dia sangat remuk dan sedih dengan keputusan Abah dan Abangnya. Manakan tidak, dia baru sahaja berjaya mengembangkan corak kehidupan sosial dia dengan meramaikan kawan, dan akhirnya dia perlu tinggalkan semuanya dan mula dari kosong kembali di tempat baru. Namun, seremuk hati dia, hati aku lagi remuk. Keputusan yang aku buat, jika aku mahu sesali sekalipun, sudah terlambat.

postquam-subscriptum:
Aku terpaksa sembunyikan tempat dia sekeluarga bakal berhijrah atas sebab-sebab yang aku sendiri tak mampu nak jelaskan. Kepada yang tahu, diharap jangan sesekali terdetik nak keluarkan dari otak ke mana-mana medium. Kita kena hormat hidup orang lain.



...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse




15 comments:

  1. adus..sedih pulak aku membacanya..uhuii..

    lagu terrified mmg bes beb..haha

    ReplyDelete
  2. L... :'(

    p/s: lagu terrified bes! especially version yang Zachary Levi a.k.a Chuck nyanyi skali. sumpah x sangka suara chuck sedap gila haha

    ReplyDelete
  3. seyesly....lgu ni fav song aku...
    ble dgr lgu ni aku tigt someone...hehe3
    ingin memiliki tp pda msa yg sama wjud rasa tkot...

    soh la die buat emel k...fb k...jauh2 still bleh contact...kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  4. all is written...hidup kalau tak kalerful konfem busan

    ReplyDelete
  5. Wow! new song to listen!! hahaha.. first time dgr tajuk ni..

    tp mmg sedih klu tinggalkan semua org yg kita kenal... :(

    ReplyDelete
  6. hm..
    aku pulak yg sebak baca kisah kau ni. =(

    ReplyDelete
  7. aku x pernah dgr lagu ni...waaaa..lagu baru untuk di dgr..

    geografi x kan menghalang sesebuah perhubungan..

    ReplyDelete
  8. maknnye bnde yang kite pendam tu xsemstinye akan menjahanamkan kite lah..hehe aku uke ayat last kau...hormat hidup orang lain sbb aku still confius dgn 'pendam ni' aku ingt nk tulis psl bnde ni bile2

    ReplyDelete
  9. ha..ade pun entri gadis kasut converse nih..tp..chop3..
    tawaran ape nih?..
    did i miss something???

    ReplyDelete
  10. teruskan hidup cEro! ada jodoh tak ke mana!

    ReplyDelete
  11. hurm kalau dia mmg utk cero,pasti die akan balik. Life must go on k =)

    ReplyDelete
  12. when there's a hi,there's always end by goodbye.but when there's a friend,they will be forever friend.

    chillax :)

    ReplyDelete
  13. aku tak rasa hati dia remuk sebab nak tinggalakn kawan2 dia.. tapi lebih kepada kawan 'rapat' dia yg dia sangat selesa bersama. sometimes we don't even know their feelings... just because we too concerns with our ego.

    *and that includes me. ;)

    ReplyDelete
  14. siyesly, smpi skrg aku masih percaya citer2 camni HANYA ada dlm drama2 je..but u proved that it really exist in real world.

    after reading thru ur whole stories, aku rasa ada lagu yg sesuai utk ko. lagu kazar - memburu impian. hahaa.. ;P

    ReplyDelete
  15. fuhh macam baru pas habis baca novel. dari mula sampai habis tak jemu baca. all da best to you bro. insyaAllah, ada jalannya.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: