Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 8, 2010

"Nama saya Tembikai, dan saya COMEL!"

this is sixty-ninth..
..and I'm sorry!


Tanggal 29 Januari yang lalu,
Tembikai lahir ke dunia,
tidak seperti baby yang lain, kelahirannya membawa erti yang besar kepada alam..
Kenapa?
Kerana Tembikai adalah seekor Tapir.


Gambar Ken Bohn

Semasa dilahirkan di Zoo San Diego,
Tembikai mempunyai berat 13 pounds (lebey kurang 5.89kg)
Namun setelah hampir sebulan semasa gambar ini diambil
beratnya mencecah 30 pounds (lebey kurang 13.61kg)
Huyooo!!!

Kiut kan??
Rase nak wat tidur je, nak jadi bantal peluk..
Tapi,
sebelum pape
sila baca beberapa fakta tentang
Tembikai dan tapir:

  1. Ibu Tembikai bernama Chantek, berumur 25 tahun semasa melahirkan Tembikai.

  2. Umur 25 tahun dianggap sudah lewat untuk melahirkan (bagi tapir) tapi syukur, Tembikai sihat

  3. Tak sampai sebulan, Tembikai sudah boleh makan makanan pejal.

  4. Tembikai adalah dalam species Malayan Tapir (Tapirus indicus), species terbesar antara hanya empat (4) spesies tapir di dunia.

  5. Walaupun nampak macam menyerupai babi, tapi tapir lebih hampir dengan kuda dan badak dalam taksonomi.

  6. Baby tapir memang comel (macam Tembikai), bulu perang dengan titik-titik dan belang putih sesuai untukk penyamaran dalam gelap.
    Namun, bila mencecah usia 7-8 bulan, bulu menjadi hitam dan akan timbul band putih seperti tapir dewasa (yang dh tak comel) sebagai tanda sudah matang untuk buat sex! (ayat siot!!)

  7. Tapir SANGAT rabun, tapi hidung dia SANGAT sensitif.

  8. Tapir adalah haiwan yang solo. Ibu hanya menjaga anak sehingga anak mereka dah tak comel (bila timbul band putih tanda dewasa)

  9. Tapir adalah spesies dalam kategori EN dalam pengkelasan IUCN Senarai Merah yang bererti Endangered (terancam dalam kawasan liar dengan angka populasi yang rendah).

  10. Ramai yang tak tau, Tapir adalah perkataan English. Dalam BM, tapir disebut sebagai Cipan, Tenuk dan lebih hormat Badak Tampong.



Ini mungkin rupa Tembikai selepas 3 tahun.

*********************

Kalau kawan anda panggil anda Cipan,
tanya dia balik,
"Cipan dewasa ke, cipan baby?"
Kalo dia sebut baby, maknanya dia puji anda..
Kalo dia sebut dewasa, sila tampar dia di pipi..

sumber: punca Facebook Azham, maklumat NationalGeographic Blog, fakta Wikipedia


8 comments:

  1. species tapir gak ke ne???

    ReplyDelete
  2. yup, itu anak tapir...
    kecik2 camtu, bsar jadi yg slalu kita tgk tu..

    ReplyDelete
  3. nie boleh mintak royalti nih..mentalist season 2!!!

    ReplyDelete
  4. hahhahahaaa...kecik2 comel dh besar montel ;)

    ReplyDelete
  5. @ KERAK NASI: comei kan?? cam anak patung...

    @Syafiq Kadiran: Kiut masa kecik, bile bsar..hahahah

    @futbolmaster: takde hall laa bro, set time n place je...

    @Cik N: Bsar pon comel gak, cume kurang (banyak)..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License