Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 6, 2010

Jawapan tEka-tEki #13 Abah Punya

dua-lima-tiga
ampun.

Ini adalah entri berkenaan jawapan kepada
tEka-tEki #13 Abah Punya.
Jika anda tidak berniat untuk mengetahui jawapannya,
dan masih tidak membaca entri untuk soalannya,
sila melencong ke tEka-tEki #13 Abah Punya.

Pertama,


Kalau sikit, dia perasan besar.
Kalau banyak, dia perasan kecil.
Apakah ia?



dan juga yang kedua


Satu perkataan ni,
walaupun di mana negara sekalipun,
tak kira apa bahasa sekalipun,
tetap sebutannya sama.



-------------------------------------


Peristiwa ini adalah semasa aku dari perjalanan dari Shah Alam ke rumah aku.
Aku akan melalui laluan MRR2.
Yang menarik tentang jalan MRR2 ni, dia melingkungi seluruh Kuala Lumpur melalui lingkaran belah luar.
Dan yang menarik tentang MRR2 adalah ketika jam.

Selaku penunggang motosikal yang berhemah,
aku ikut kiri jalanraya.
Kiri jalan, risikonya, adalah ianya laluan kecemasan
di mana jika kereta rosak, kemalangan, ataupun kecemasan,
laluan itu akan digunakan.
Tahukah anda, lorong kecemasan hanya muat SATU kereta sahaja?
Maksudnya, kalau kereta ada di situ, even motosikal pon dah takleh nak lalu..

Semasa melalui Lebuhraya KESAS yang super-lengang,
kereta berdesup laju, siap tak ikut laluan lagi.
Ada sebuah kereta kancil ni, pergghh!!!!!
Memang kepala...
Tak padan dengan kecik, dia conquer dua lorong lebuhraya.
Perasan besar betul..
Mentang-mentang laa jalan lengang, kereta kurang...

Dari KESAS masuk MRR2.
MRR2 sesak di waktu petang, itu pasti!
Jalan sepatut hanya 4 lorong, kini jadi 6 lorong..
Siap dengan lorong kecemasan pun diorang bantai.

Aku tak kisah sangat sebab moto boleh cilok-cilok.
Tapi yang sakit hati,
kereta sebesar BMW X6 pun, yang sepatutnya bangga dengan kebesaran rangkanya,
nak cilok-cilok lalu laluan kecemasan..
Perasan kecik betol!!

Maka,
itulah jawapan untuk tEka-tEki pertama,
jawapannya;
KENDERAAN DI ATAS JALANRAYA.
Bila kenderaan sikit di atas jalan, semua nak perasan kereta tu besar sangat sampai jalan makan dua lorong.
Tapi bila kenderaan berlambak kat jalan sampai sesak, semua nak perasan kereta tu kecik sangat sampai boleh nak cilok-cilok.

Oh! Dunia!!!

-------------------------------------

Untuk kedua,
klip 35 saat ini jawapannya!



--------------------------------------

Kalian yang jawab dengan betul,
anda memang HEBAT!!

cium sket...mumumumuah!! (muntah pelangi!)



postquam-scriptum:
Ada tak pembaca blog ni yang beragama Hindu?
Aku rasa maca tak ada je..

Nov 5, 2010

Aku Merajuk!

dua-lima-dua
maaf..



HAPPY DEEPAVALI
to ALL!!

OK!
Sekarang memang musim orang privatekan blog ke???
Kecik hati aku padahal setiap kali dia update aku datang jenguk,
sekali bukak blog dah private!!
YA! Aku maksudkan KAU!!
KAU laa sapa lagi...

OK!
sebab aku dah merajuk dengan korang yang nak privatekan blog dan taknak bagi prior notice at least 48 jam,
entri kali ni pendek!

Bertitik tolak dengan entri 'Siapakah Makcik Itu?',
ada seorang teman emel aku satu gambar ni..
Dia kata,
"Pada aku, awek China, Taiwan, Korean ngan awek Japan semua nampak sama."
Haha, aku faham maksud ko!

Ini gambarnya.


Klik di sini untuk gambar yang lebih membeliakkan mata!

Tapi pada aku,
awek jepun tetap no.1, dan KARA no.2 (hahaha!)
Dan gambar ini menjadi wallpaper laptop aku dari sebulan yang lepas!


Ini Mori Kanna,
juga dikenali sebagai Natsumi (Natsumikan) dari siri Kamen Rider Decade!

postquam-scriptum:
OK OK! Sebenarnya aku tak merajuk pon korang private blog.
Aku tau kadang-kadang nak construct blog kena laa private sekejap,
atau sebab terlalu banyak entri personal,
atau sebab selalu kena kacau dgn Mr. Annoyed Anon,
atau sebab memang taknak bagi aku baca..
(lari ke atas katil dan tekupkan muka ke bantal sebab tahan airmata!)


postquam-subscriptum:
Aku pon terasa nak privatekan blog, OK tak??

Nov 4, 2010

Siapakah Makcik Itu??

dua-lima-satu
maaf.


Aku akui.
Salah satu kelemahan nyata aku adalah aku tak senang 'cam'..
Cam orang, cam jalan...
Sebagai contoh,
walau beratus kali aku bergerak dari KL ke Shah Alam naik moto,
sampai sekarang aku tak dapat cam jalan..
Apa yang membantu aku adalah signboard.

Aku juga susah nak cam orang.
Secara peribadi, aku kena tengok muka seseorang berkali-kali baru aku boleh cam muka dia.
Dan pada aku, selain ahli kumpulan KARA,
semua perempuan dari Korea bermuka sama.
Dan juga pada aku, semua budak sekolah yang beruniform sekolah bermuka sama.
Juga semua pekerja KFC bermuka sama.
Juga semua abang-abang buruh binaan bermuka sama.



Semua di atas mungkin disebabkan aku ni rabun.
Walaupun rabun, aku bukan seorang pemakai cermin mata.
Dan hanya pakai contact lenses bila ada keperluan sahaja.
Tambahan lagi, aku pengidap amblyopia.

Menyedari kelemahan itu,
aku delevop satu skill iaitu menilai orang dengan menggunakan lenggok badan, suara dan bau.
Sejak umur 15 tahun aku praktis, sekarang aku mampu kenal orang hanya dengan melihat cara dia berjalan dan bercakap.

Cukup pembuka kata,
ini ceritanya....



Semasa aku isi minyak moto di stesen minyak berhampiran rumah,
aku disapa seorang makcik yang tidak aku cam..

(M untuk Makcik, c untuk cEro)

M : Hang ni anak Cik Yah kan? (merujuk kepada mak aku)
C : Ya, mak saya tu.

Otak aku sedang cuba nak proses siapakah makcik ni.
Bertutur bahasa utara, kenal Mak aku.

M : Laaa, kenapa tak datang rumah hari tu? Mak dengan Abah hang ja yang datang.
C : Ohh!! Maaflah...Saya ada hal hari tu..
(padahal aku tak faham apa yang makcik ni maksudkan..)

Bertutur bahasa utara. Kenal Mak dan Abah. (Mungkin) kenal aku. Pernah jemput ke rumah.

M : Makcik tunggu jugak kalau-kalau hang nak datang. Erm, sampai ke petang tak nampak gak batang hidung.
C : Maaflah buat makcik tunggu. Hehehe!

Masih dalam proses.
Tutur bahasa utara. Kenal Mak, Abah dan aku. Pernah jemput ke rumah.
Siapa ek??

M : Makcik ada lagi nombor hang. Nanti makcik call ajak datang rumah, jangan tolak plak tau.
C : Baiklah makcik. InsyaAllah saya datang.

Parah!
Tutur bahasa utara. Kenal Mak, Abah dan aku. Pernah jemput ke rumah. Ada nombor telefon aku.
Siapa makcik ni sebenarnya??

Perbualan kami tamat.
Makcik tu masuk ke dalam kedai di stesen minyak tu.
Aku keluar untuk isi minyak dalam moto.

"Loghat utara, tapi tak pekat sangat menunjukkan dia dah duduk sini lama. Mungkin jiran rumah kot. Pernah jemput aku ke rumah sedangkan yang pergi adalah Mak Abah aku. Maknanya bukan ibubapa kepada kawan-kawan aku di sini. Dia ada nombor telefon aku, sedangkan aku hanya bagi kepada orang yang aku kenal. Keluarga aku takkan bagi nombor telefon aku kat orang. Kawan-kawan aku lagi laa.."

Siap isi minyak, aku bertolak pulang ke rumah.

"Siapa makcik tu ek??? Tak cam laa..
Kalau nak kenalkan aku kat anak perempuan dia takpe jugak..."

Skkiiiidddddd...
Aku tekan brek mengejut, terbehenti di tepi jalan.

"Oh!! Makcik tu rupanya..."

Merujuk kepada entri 'Bertukar dari Imej Super-Selekeh-Baru-Bangun-Tidur kepada Jejaka-Budiman-yang-Melayan-Tetamu' masa cuti raya hari tu.
Seorang kawan kepada Mak aku yang datang ke rumah kerana nak jemput ke kenduri kahwin anaknya dan dia bersungguh nak kenalkan aku dengan anak perempuan dia sampai siap ambil nombor telefon aku dan akhirnya aku tak datang kenduri dia sebab aku rasa perkara tu tak penting.
(sila baca dengan satu nafas, kalau mampu!)

Beriya betul makcik ni nak kenalkan aku dengan anak dia.
Adoi..
Aku kurang berminat laa makcik!!!..



postquam-scriptum:
Susah jadi orang yang tak cam orang ni.
Pernah ada kawan terasa hati sebab bila dia datang dekat dan tegur, aku balas dengan berkata, "Uh, kita kenal ke??".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License