Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 3, 2018

6 Peringatan Aku Bawa dari Tahun 2017 ke Tahun 2018.



Salam.

Pada saat aku taip entri ini,
2018 belum berkunjung tiba.
Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku sambut tahun baru seminggu awal dari masa sepatutnya.
Jadi...

Selamat Tahun Baru 2018.


Yass!


Nak atau tak, tahun baru bermaksud umur baru.
Kita yang sekarang adalah hasil daripada semua pengalaman yang pernah kita alami,
dengan kata lain, pengalamanlah yang mengajar kita dan menjadikan kita diri kita yang sekarang.

Pengalaman adalah satu proses.
Dan produknya adalah kita.

Dengan itu,
hari ini aku nak berkongsi ENAM (6) peringatan yang aku bawa dari tahun 2017 ke tahun 2018.



1. ADA DUA JENIS ORANG DALAM HIDUP KITA.

Secara asasnya, ada dua jenis orang yang wujud dalam hidup kita.
Pertama, YANG SEMENTARA; dan yang kedua, YANG KEKAL.

Golongan sementara merangkumi hampir 98% orang yang kita kenal.
Mereka jenis yang datang dan pergi. Hanya bersinggah sementara.
Tapi dalam golongan sementara ini, ada yang aku kategorikan sebagai parasit.

Kalau kalian baca entri-entri lepas,
aku selalu sentuh pasal golongan yang 'bila sudah dapat (atau tidak dapat) apa yang dia mahu, dia akan pergi'.
Itulah parasit.
Mungkin orang yang baca entri-entri itu fikir aku hanya merujuk kepada satu (dua) orang spesifik sahaja, tapi untuk tahun 2017, aku jumpa 8 orang jenis macam itu secara spesifik.
Mereka rapat dengan aku hanya bertujuan,
jadikan kita hanya sebagai tools, alat untuk mereka kecap sesuatu.
Bila mereka sudah dapat apa yang mereka nak,
atau mereka rasa mereka takkan dapat apa yang mereka nak,
dia blah. Chiaw. Yilek. Null.

Aku yakin dalam hidup kalian pun ada kenal seorang dua daripada golongan parasit macam ni, kan?
Jauhi mereka. Mereka tidak bawa apa-apa kebaikan untuk kita.


Golongan yang kekal adalah mereka yang sentiasa ada di tempatnya tidak kira apa pun.
No matter who you are,
where you're from,
what you did, mereka akan sentiasa ada di tempat mereka.
Dia mungkin tidak rapat, tapi tidak kira apa, dia tidak berganjak.
Dia tidak akan menjauh, dia mungkin akan lebih rapat.

Ibu bapa, adik-beradik, keluarga? KEKAL.
28K followers di Instagram? SEMENTARA.
Kawan yang setahun sekali jumpa tapi masih rapat dan akrab? KEKAL.
Kawan yang ajak belanja minum sebab nak jual MLM? PARASIT.
Kawan sekolah yang suka tanya kita kerja apa padahal seribu kali dah kita beritahu? SEMENTARA.
Orang yang DM kata kita ni crush dia padahal bila kita tak layan dia kata kita sombong dan burukkan pada orang lain? PARASIT.
That person yang selalu RT dan FAV tweet kita? SEMENTARA (KOT)
Kawan yang tanya kita 'are you OK?' bila nampak status panjang lebar kita di FB? KEKAL.

Tipsnya,
banyakan yang KEKAL. Kurangkan yang SEMENTARA. Jauhi PARASIT.

Ya, aku tahu.
Ultimately kita semua SEMENTARA. Semua orang akan pergi juga.
Tapi aku sedang bercerita tentang kehidupan.
Alam selepas kehidupan, itu sudah di luar cerita aku.




2. KITA TIDAK SELALU DAPAT APA YANG KITA MAHUKAN.

Perkara ini aku sudah pelajari melalui pengalaman sejak dari darjah 4 lagi,
bila aku kena reject dengan crush aku dan lepas tu dia pergi beritahu kawan-kawan dia dan kawan-kawan dia ejek aku selama berbulan-bulan.
(Wow, aku patut buat satu entri khusus tulis tentang cerita ini!)

Dari situ aku tahu,
kita selalu nak makan coklat yang diletakan di kaunter bayaran pasaraya
tapi kita tak ambil dan bayar sebab kita tahu,
tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat.

Tapi, tahun 2017 mengingatkan aku kembali kepada pengajaran itu.

Pada tahun 2017 aku pernah buka hati aku untuk seseorang.
(Aku ada mention hal ni dalam entri lepas)
Aku tak boleh nak terangkan betapa susahnya aku nak buka hati,
tapi ia terjadi juga.
Tapi atas sebab-sebab yang aku tak boleh jelaskan secara terperinci,
aku dapat tahu peratusan untuk perasaan itu berbalas mungkin kurang dari 2%.
Jadi aku buat keputusan "Tak apalah! Lupakanlah!"

Ya, kalian mungkin akan kata aku cepat putus asa sebelum mencuba.
Tapi I don't really like rejections.
They make things become awkward.
Kalau aku luahkan perasaan dan aku kena reject,
suasana tidak akan kembali sama macam sebelum aku kena reject, kan?
Aku macam boleh okay lagi dengan suasana sekarang,
jadi aku buat keputusan untuk tidak teruskan hasrat hati.

(Oh, kisah ini pun patut ada entri khusus sendiri.)



3. SEMUA ORANG ADALAH PLAYER 1

Point ini juga aku selalu ulang dalam entri-entri lepas.
Tahu kan, masa naik kapal terbang, ada taklimat kecemasan sebelum berlepas,
kita diberitahu jika berlaku kecemasan
kita kena pakaikan topeng oksigen pada diri kita dulu
sebelum kita tolong pakaikan kepada orang lain, kan?

It's because we all are THE PLAYER 1.

Kalau kalian main game, kalian akan jadi satu watak dalam game tersebut.
You are PLAYER 1.
Kalian kawal wataknya, berjalan, berlari, bertarung.
Mati PLAYER 1, matilah kita.
Even kalau game itu ada multiplayer, dan kalian jadi PLAYER #2,
kalian masih lagi PLAYER 1, cuma sebagai PLAYER #2.
PLAYER #2 mati, maka matilah kita.

Begitu juga kehidupan.
Nak tak nak kita akan pentingkan diri kita sendiri,
walaupun kadang-kadang kita tak sedar.

Kita maki hamun orang yang halang laluan semasa dalam perjalanan pulang kerja,
tapi kita lupa, dia pun mahu pulang kerja juga.
Kita merungut cashier lambat kira barang di kaunter bayaran,
tapi kita lupa, itu mungkin hari pertama dia.
Kita cerita kisah putus cinta dengan salahkan pihak satu lagi
tapi kita lupa, belah kita pun ada salahnya juga.

My point is,
kalau kita faham yang semua orang adalah PLAYER 1,
kita akan faham semua orang sedang lalui pertarungan sendiri,
pertarungan dalam permainan yang digelar kehidupan.
Semua orang berjuang untuk diri sendiri.
Pertarungan kau susah tak bermakna pertarungan orang lain itu senang.

Cuma dalam kehidupan,
if you die, you die. No reset button.




4. PERCAYAKAN INTUISI DIRI.

Ingat lagi awal-awal entri tadi aku kata kita adalah produk kepada pengalaman?

Naluri atau intuisi juga terbentuk daripada pengalaman.
Macam mana kita tahu terjun dari ketinggian 50cm tidak akan menyakitkan?
Macam mana kita tahu terjun dari ketinggian 3 meter akan menyakitkan?
Ini kerana pada satu waktu dulu, kita pernah terjun cukup tinggi dan merasakan kesakitan.
Maka kita ada naluri, ada intuisi bahawa terjun lebih tinggi daripada terjunan sakit tadi juga akan mengundang kesakitan.
(Aku dapat rasa aku sedang merumitkan analogi)

Bayangkan kita tengah bercakap dengan seseorang.
Kita dapat rasa yang dia seperti tidak berminat dengan apa yang kita cakap.
Bagaimana kita tahu dia tidak berminat?
Bukannya dia beritahu kita pun, kan?

Itu semua datang dari naluri, intuisi.
Mungkin bahasa badan dia seperti tidak selesa.
Mungkin respon dia tidak seperti yang kita sangka.
Mungkin nada suaranya rendah menandakan dia tidak suka.
Semua itu kita dapat kesan dari naluri dan intuisi.
Dan naluri dan intuisi datang dari pengalaman.

Sentiasa percayakan naluri dan intuisi kita.
Dan bertindaklah ke arah yang sepatutnya.

Pendek kata,
kalau dah rasa orang tu tak suka, move on. Don't linger.




5. SENTIASA KENAL KELEMAHAN DIRI.

Orang ramai selalu salah anggap di sini.
Pada orang ramai, untuk maju, kita kena kenal kelebihan yang kita ada.
Sebab itu orang cantik nak jadi artis, selebriti, model.
Orang pandai nak jadi ahli akademik, saintis.
Orang petah bercakap nak masuk politik, pakar motivasi.

It's not wrong.
Tapi pada aku (secara peribadi) kalau nak maju,
kenali kelemahan diri.

Kelemahan orang Saiya dalam Dragon Ball adalah ekornya.
Jika ekor orang Saiya ditarik, maka badan mereka jadi lemah.
Sebab itu Goku potong ekornya.
Tapi Bezita (Vegeta) lagi pandai.
Dia latih ekor dia supaya tidak lemah apabila ditarik.
Malah ekor yang sepatutnya jadi kelemahan dia, adalah senjata terbaik dia ketika mula-mula datang ke Bumi menentang Goku.

Begitu juga kita.
Kalau kita dapat kenal kelemahan kita,
dan kita berusaha menanganinya,
aku yakin, kita semua akan terus maju
dan jadi lebih baik daripada sebelumnya, kan?

Aku ada BANYAK kelemahan.
Aku pemalas.
Aku tak cam muka orang.
Aku selalu sesat jalan.
Aku sangat sangat sangat suka bertangguh.
Aku rasa, kalau aku dapat lawan segala kelemahan aku itu
aku akan jadi diri aku yang lebih baik, kan?
Logik, kan?




6. TAK SEMUA ORANG SUKA KITA, TAPI HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG BERANI BERITAHU.

Hidup berpuluh tahun bergelumang dengan manusia mengajar aku
bahawa kebanyakan dari kita adalah hipokrit.
Termasuk diri kita sendiri.

Lumrahlah, ada yang suka kita, ada yang tak suka kita.
Yang suka itu bagus, tak ada masalah.
Yang tak suka pun pada dasarnya bukanlah satu masalah.
Tapi yang tak suka, tapi buat-buat suka, ITU MASALAH.

Tapi kalau kita cukup bersedia, kita akan faham bahawa
adalah normal bila kita tidak disukai seseorang.
Daripada kita pening kepala fikir kenapa orang tak suka kita,
baik kita terus fokus kepada orang yang suka kita.

Daripada pengajaran ini kita akan tahu
terdapat 3 jenis orang yang perlu kita hadapi:

1) Yang suka kita.
Kita layan sebaik mungkin. Hargai mereka. Sayangi mereka. Jangan khianati mereka.

2) Yang tidak suka kita.
Kalau mampu, berbuat baik kepada mereka. Kalau tidak mampu, abaikan sahaja mereka. Jika mereka tidak beri nilai tambah kepada kehidupan kita, kenapa perlu kita peduli?

3) Yang tidak suka kita tapi pura-pura suka kita.
Kenalpasti mereka ini. Awasi secara dekat. Kalau mampu, berbuat baik kepada mereka. Kalau tidak mampu, cukup sekadar jangan cari hal dengan mereka. Kalau mereka beri keburukan kepada kita, jauhi mereka. Yang penting, jangan balas apa yang mereka buat. Sabar, itu kuncinya.



------------------------- ------------


Terima kasih kerana membaca.
Mungkin ada bahagian yang kalian tak faham sangat apa aku maksudkan.
Sebab entri ini tujuan utamanya adalah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri.
Jadi asalkan aku faham, sudah memadai.
Kalau-kalau satu hari nanti aku rasa putus asa dengan kehidupan,
dan bila aku baca balik entri ini,
aku ingat balik apa pengajaran yang aku bawa dari pengalaman lepas.

Aku pernah sebut benda ni.
Kita kena ingat, orang kata hidup ibarat roda.
Tapi kalau roda, kita tahu selepas di bawah, kita akan naik ke atas.
Jadi aku lebih rasa hidup ibarat roller coaster.
Ada masa naik tinggi, tapi waktu jatuh turun laju.
Sekejap tersenggok ke kanan, sekejap ke kiri.
Jatuh lagi, jatuh lagi.
Belum sempat nak hadapi yang jatuh tadi, kita jatuh lagi sekali.

Tapi dengan pengajaran yang kita dapat dari pengalaman,
dengan peringatan yang kita tinggalkan untuk masa hadapan,
aku rasa setiap senggok, setiap jatuh naik hidup kita
walaupun sukar, kita akan mampu hadapinya.

Sebab kita adalah produk kepada pengalaman.
Dan pengalamanlah yang membentuk diri kita menjadikan seperti sekarang.

Keep moving forward!
Don't give up!
Ayuh!

Selamat Tahun Baru 2018!




.


13 comments:

  1. Lets just hoping that kau tak bawa perangai pervert kau tahun lepas ke tahun 2018 ni hahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Kalau perangai pervert tu boleh bungkus ikat ketat letak dalam kotak campak ke laut, dah lama dah aku buat.

      Delete
  2. lol aku la tu yg keje fav tweet XD
    I do wish my experiences will make me a better person.
    Selamat thn baru Cero!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >star

      Hahaha kau one of laa rasanya.
      Aku selalu dapat 2-3 RT or fav yang bila aku check, tak tunjuk nama. Phantom. Haha

      Delete
  3. Kau ni asyik hilang kawan. Mungkin salah orang-orang yang kau panggil parasit tu tapi kemungkinan besar juga sebab kaulah parasit paling besar dalam hidup kau. Kau je tak perasan atau taknak terima sebab macam kau cakaplah, kau player 1. Apa-apa pun kurangkanlah perangai pervert dan semoga ikhlas bila berkawan. Bukan sibuk tengok tangan mana dia tulis, dada mana yang ter-exposed. Jaga-jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      LOL kenapa ayat kau macam kau kenal sangat aku? Macam yg aku cakap dalam entri atas (kalau kau baca), aku pun memang banyak kelemahan. One of them memang seperti apa yg kau kata tu, akulah parasit dlm diri aku sendiri. Aku tak nafikan langsung.

      Tapi at least aku sedar dan mahu berubah. Step pertama nak berubah ialah mengaku perlu berubah. Bukan macam darai berani komen keras tapi sorok nama hahaha.

      Tapi kalau kau rasa kau hebat sangat dalam kehidupan, apa kata jadi coach aku. Ajar aku macam mana nak hidup seperti yang sepatutnya. Aku terima dengan tangan terbuka kalau kau nak jadi coach aku. Kau kan hebat, alim, tak pervert. Ajarlah aku.

      Delete
  4. Tak tahu la jika saya dikira parasit untuk cero ke tak. Tapi nak cakap pendapat saya. Tahu kelemahan diri tu, ok. Tapi, Selalu lihat kelemahan diri tu pula, tak bahagia la hidup. Lg satu, asyik fikir tentang orang suka kita ke tak, tu pun buat tak bahagia. Kenapa tidak hidup dengan cara, lihat kelebihan diri, dan kira orang yang suka kita pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Jangan risau. Amna bukan parasit.
      Parasit ni jenis yang berniat jahat untuk jadi baik, Amna tak kan?

      Susah sebenarnya untuk tidak asyik fikir tentang orang lain ni, sebab tak mahu jatuh dalam dunia syok sendiri. Tapi Amna cakap tu betullah. Terlebih fikir pun susah juga hehehe

      Thank you Amna :)

      Delete
  5. Kawan ni senang, kalau diorg jenis yang bawa kebaikan, teruskanlah. Kalau diorg bawa keburukan, tinggalkanlah. Mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Betul. Malangnya, sebelum kita sedar mereka bawa keburukan, mereka sudahpun buat tahi kepada kita. Acaner?

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Aku delete comment aku.
    Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku.
    Aku cuma someone yg follow blog kau je, & wish your wellbeing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >firdaus_m

      Err...camne nak kata ek. Apa yang kau komen dekat komen mula-mula tu sudah masuk dalam notification inbox email aku, so walaupun kau dah delete, aku still boleh baca dalam email.

      Pada aku, tak ada yang perlu didelete pun komen tu. Apa kau kata tu betul-betul belaka. Terima kasih sebab ingatkan aku :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License