Salam.
"Kau tahu Tinder?"
Alif (bukan nama sebenar) memecah atmosfera sunyi. Aku kenal Alif bukanlah rapat, tapi cukup untuk aku gelar dia sebagai seorang kawan. Makan bersama pada waktu rehat selalunya diisi dengan perbualan ringan dan tidak menyentuh emosi, tapi kali ini aku dapat rasa Alif perlukan satu kekuatan kuat hanya untuk membuka perbualan. Isu yang bakal dia ceritakan merupakan satu isu berat, paling kurang, untuk dirinya.
Aku tahu Tinder. Malah aku pernah buat kajian santai mengenainya tentang bagaimana Tinder berfungsi dan algoritma yang diguna pakai. Ringkasnya, Tinder adalah satu aplikasi mobil yang dilabel sebagai 'dating apps'. Semua pengguna harus meletakkan gambar yang kemudian akan digunakan sebagai rujukan kepada pengguna lain. Jika kita suka akan pengguna itu, kita akan calit (swipe) ke kanan, dan jika tidak, akan calit ke kiri. Jika pemilik gambar yang kita calit ke kanan itu juga calit ke kanan gambar kita, ini dipanggil 'match' dan kedua-dua pengguna boleh mula berinteraksi di bahagian mesej. Tinder adalah satu aplikasi mencari jodoh, walaupun pada asasnya 'jodoh' yang kita maksudkan itu adalah penampilan dalam gambar (dengan bantuan kapsyen diri di bahagian profil).
Ya. Tinder seperti satu katalog, cuma itemnya adalah mereka yang berpotensi menjadi jodoh.
"Aku tahu Tinder, tapi tak tahu sangatlah. Kenapa?"
Sengaja aku jawab sebegitu supaya memberi peluang Alif untuk lebih banyak bercerita.
"Begini. Aku sertai Tinder dengan harapan dapat cari jodoh."
Alif batuk buat-buat, aku tersenyum.
"Walaupun aku tahu banyak orang kata Tinder dipenuhi dengan orang yang hanya mahu mencari keseronokan, tapi aku rasa tak salah mencuba, kan?"
Ya. Aku setuju. Tinder sama seperti aplikasi lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Tujuan utamanya adalah menjadi wadah permulaan kepada pertemuan, tapi para pengguna yang selalu salah guna. Banyak yang sertai Tinder dengan niat mahu memuaskan nafsu, sehinggakan ada orang yang malu untuk mengaku mereka sertai Tinder.
"Minggu pertama aku guna Tinder, aku dapat satu 'match'. Aku begitu teruja. Macam tiba-tiba muncul bayangan masa depan yang cerah di mana aku akan berumahtangga, berkeluarga dan bahagia. Perasaan dapat tahu at least ada seseorang yang 'swipe right' aku punya gambar walaupun muka aku macam ni, rasanya seronok sekali."
'...walaupun muka aku macam ni' sedikit mengganggu aku. Alif ni kacak kot. Kalau dia kata macam tu, aku ni kategori apa pula?
"Jadi nak nampak gentleman, aku mulakan perbualan."
Alif kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan buka aplikasi Tinder. Dia ke bahagian mesej dan skrol ke atas mencari perbualan dia dengan 'match' pertamanya itu bernama Ba (juga bukan nama sebenar).
"Aku mulakan dengan beritahu aku tak pandai Tinder, jadi aku minta maaf kalau mesej pertama itu bukan seperti yang dia jangka. Aku rasa, aku patut jadi lebih 'cool' dan 'funny'." Alif bercerita sambil tunjukkan mesej pertamanya.
"Lepas tu dia balas. Aku jadi sangat teruja. Excited. Dapat bermesej dengan orang baru yang langsung kita tak kenal tapi anggap kita layak untuk di'swipe' ke kanan, bukankah itu satu yang mengujakan?"
Aku faham maksud Alif. Itu namanya 'increasing self-worthy'.
"Lama-lama, aku perasan sesuatu." Alif tunjukkan mesej Ba yang seterusnya.
"Setiap soalan aku, dia hanya akan jawab pendek dan selamat. Contohnya ini; aku tanya apa hobi dia, dia hanya balas 'saya tak ada apa-apa hobi'. Kemudian ada aku tanya apa makanan kegemaran dia, dia hanya balas 'saya makan apa-apa saja'. Ada satu soalan ni, aku punyalah cerita panjang tentang hujung minggu aku, lepas tu dia hanya balas 'oh, ye ke?' macam tu saja."
"Aku dapat rasakan yang dia bukan sahaja tak berminat nak tahu tentang aku, malah dia juga tak berminat nak ceritakan tentang diri dia sendiri. What's the point of having a conversation kalau hanya sebelah pihak sahaja yang memberi?"
Ya. Alif betul. Aku baca mesej-mesej balas si Ba tu pun dapat rasa yang dia tak berminat. Apa sebenarnya yang si Ba ni mahu pun kita tak dapat nak tangkap.
"Kemudian beberapa hari kemudian datang 'match' yang kedua..." sambung Alif sambil menunjukkan perbualannya dengan seorang lagi 'match' yang bernama Ta (masih bukan nama sebenar).
"Dari profil Ta, dia tunjukkan hanya separuh muka dia dalam satu-satunya gambar yang dia letak. Dia jenis yang aku suka. Putih dan gebu. Jadi bila dapat 'match' dengan dia, aku rasa seronok sangat."
Dalam benak kepala aku berkata, 'Dude! Itu baru separuh muka je...'
"Macam biasa, aku yang mulakan perbualan. Ia macam satu 'unspoken code' pula dalam Tinder yang mesti lelaki yang harus mulakan perbualan padahal dua-dua pihak swipe ke kanan."
"Ta best sikit. Dia banyak bercerita tentang diri dia. Dia nak tahu apa cerita aku. Nampaklah dia memang nak berkawan. Pada masa itu, memang dah tergambar dah dalam kepala aku yang kami bakal bersolat jemaah bersama-sama di rumah kelamin kami nanti."
Dude. Too fast dude.
"Tapi yang indah hanya sementara. Topik perbualan kami hanya berkisar tentang perkara yang sama; buat apa hari ini, sihat tak, makan apa dan sebagainya. Kami makin lambat membalas mesej masing-masing dan at one point, kedua-dua kami diam. Aku tunggu balasan dari dia sebab aku yang paling akhir meninggalkan mesej, tapi sampai sudah dia tidak balas. Jadi, aku rasa, Ta pun sudah tak berminat. Jujurnya, aku sendiri pun sudah makin tawar sebab 'hubungan' dan perbualan kami terlalu stagnant dan tak berkembang."
"Jadi, ada yang ketiga?" Aku tanya.
"That's the main problem. Tak ada. Hanya dua sahaja."
"Sudah beberapa minggu sudah berlalu, beratus gambar sudah aku 'swipe right', tapi masih tak ada yang match. Ada beberapa user yang pada aku sangat menepati citarasa (penampilan) aku dan aku swipe ke kanan dengan harapan tinggi akan mengena, tapi tetap tak ada." Muka Alif mula bertukar suram.
"Sedikit demi sedikit, aku dapat rasakan self-esteem aku menurun. Nilai aku rendah. Bayangkan dalam ramai-ramai yang aku sudah swipe ke kanan, tak ada satu pun yang membalas. Aku cuba turunkan jangkaan (expectation) aku dengan swipe ke kanan gambar perempuan yang tidak jatuh ke dalam 'type' pilihan aku, tapi masih tak ada siapa pun yang jadi match."
Ini masalah utama dan berterusan dalam manusia, termasuk diri aku.
Kita secara berterusan akan menilai diri kita sendiri. Self-worthy.
Hampir setiap masa, sama ada sedar atau luar sedar, kita menilai diri kita sendiri.
Pada satu tahap, kita menilai diri atas penilaian orang lain.
Kita rasa seronok bila gambar kita dalam instagram dapat 'like' banyak.
Dan bila 'like' yang kita dapat tak sebanyak yang kita anggap, kita jadi sedih.
Kita rasa seronok bila status atau gambar kita di Facebook mengundang reaksi yang banyak,
tapi bila satu masa reaksinya sedikit, kita rasa jatuh.
Kita rasa bangga bila tweet kita mendapat RT yang banyak, fav yang banyak,
tapi bila masa kita langsung tidak dapat sebarang RT atau fav, kita keluh.
Macam aku juga.
Aku menilai 'bagusnya' satu entri dalam blog ini dengan jumlah bilangan komen.
Banyak komen, banyaklah yang datang komen, maka post itu bagus.
Sedangkan aku sendiri tahu, banyak lagi entri lain yang isinya jauh lebih bagus
tapi sebab tak dapat komen sebanyak yang sepatutnya, aku pandang enteng tentang kebagusannya.
Sedar tak sedar kita banyak menilai diri kita berdasarkan penilaian orang lain,
padahal orang lain itu langsung tak mengenali kita seadanya.
Macam mana kita boleh beri kuasa menilai kepada orang yang tak kenal kita?
Ya.
Kita hidup dalam masyarakat sosial yang berkomuniti.
Malah beruk di hutan pun ada komuniti mereka sendiri.
Memang tak salah menilai diri dari sudut pandangan orang lain,
Tapi,
jangan jadikan penilaian itu sebagai tunjang penilaian diri.
Berapa nilai diri kita, kita sendiri tahu.
Apa yang orang lain nilai, sama ada ambil sebagai iktibar, atau tinggalkan sahaja.
"Nampaknya perkara ni macam makan diri kau," tanya aku kepada Alif.
"Aku rasa. Kalau hal Tinder ini membuatkan kau rasa nilai diri kau rendah, apa kata tinggalkannya. Kau boleh tinggalkan terus atau sekadar berehat dan cari alternatif lain yang boleh naikkan balik self-esteem kau tu."
"Macam apa?"
"Macam duduk berborak dengan orang sebenar, buat melalui aplikasi. Duduk di taman menikmati permandangan dan bila ada orang berselisih, sapa dengan senyuman. Mana tahu ada yang punya sama tujuan, dapat duduk bersama berbual hal-hal yang kalian suka."
Lol, I'm so good at giving advices, I don't even follow my own words. SEMBANG!
"Betul juga tu. Aku patut tinggalkan Tinder sekejap. Tak sangka benda macam ni pun boleh makan diri, kan?" Alif kembali tersenyum. Aku sedikit lega walaupun rasanya tidak membantu banyak mana pun.
Tinder merupakan satu tempat yang menarik untuk melihat perangai manusia.
Bak kata Oscar Wilde;
"Man is least himself when he talks in his own person.
Give him a mask, and he will tell you the truth."
Mungkin Tinder (seperti rangkaian media sosial yang lain) juga adalah 'topeng' kepada manusia.
.
bestnyaaa cara penulisann cero <3
ReplyDeletebaru ku tahu tinder ape.. heheh
>MisDiarios
DeleteHi MisDiarios. Terima kasih.
Saja nak tukar angin tulis sedikit dramatik hahaha.
kalau dia betul2 serius nak cari jodoh cuba suruh dia try www.myjodoh.net. orang2 kat sini pun nampak macam memang serius nak cari jodoh bukan nak main2.
ReplyDelete>Boss Noob
DeleteAku pernah tahu pasal myjodoh.net tu tapi sebab dia web based so susah sikit aku nak selidik. Nanti aku cuba suruh kawan aku try website tu :)
Terima kasih :)
tinder? seriously?
ReplyDeleteport org cari one night stand kot
>Anonymous
DeleteSama macam WeChat tempah mat rempit cari chikaro murahan.
Sama macam Facebook tempat orang sebar fitnah.
Sama macam Telegram tempat pengganas sebar fahaman.
Aku rasa isunya bukan aplikasi tu, tapi isunya adalah pengguna. Pisau boleh digunakan untuk potong sayur, dan juga bunuh orang, bergantung kepada siapa yang pegang.
:)
Dudeeee facebook wechat telegram mmg di salah guna. Tapi tinder MEMANG diciptakan utk flirt dan cari one night stand
DeleteKau dgn kawan kau tu sama je tak faham mcmna nk guna lepastu meroyan org tak layan. Get a life please lol
>Anonymous
DeleteHahah It's okay kalau kau dah anggap macam tu. Apa pun yang aku kata takkan dapat ubah pandangan kau pun kalau kau dah fikir macam tu.
Tapi ingatlah, banyak dah pasangan dapat bertemu jodoh dari Tinder. Aku tak nafikan one night stand apa benda semua tu memang ada, tapi kalau mata kau dah nampak negatif je, aku tayang benda positif sebesar gajah pun kau takkan boleh terima.
And this is me getting a life, by writing a blog just as same as you getting a life by posing as a rude anonymous. So, in other words, we both SHOULD get a life. LOL
banyak pasangan temu jodoh kat tinder? you are joking right? dah berapa lama kau guna tinder?
Deletekau dgn member kau tu sama tak faham tujuan apps tinder tu.
kau tahu tak dah memang dekat barat sana org buat tinder tu untuk tujuan macam tu. kat sini takkan la korang cuba utk buat islamic kan benda mcm tu dengan tujuan cari jodoh.
kau tak fikir ke nanti ada visitor baca entry ni nanti dia ingat tinder tu utk betul2 cari jodoh pastu nanti kalau ada benda tak baik jadi kat dia , kau tak rasa bersalah ke?
kau ada ke fikir semua tu ?
dear visitor. PLEASE STAY AWAY FROM TINDER !
nak cari jodoh tak salah but please not on tinder!
tolonglah . especially yg perempuan
>Anonymous
DeleteAku dapati kegigihan kau datang sini dan nekad nak tegakkan pendirian kau ni sesuatu yang mengagumkan. Good for you.
Ok. Ok. Calm your horse down. You're right.
Clearly kau sendiri tak pernah tengok Tinder dan tak tahu macam mana dia berfungsi, jadi sangat understandable bila kau berfikiran sedemikian.
And yeah. You're right.
Para pembaca, sila jauhi Tinder. Ikut nasihat Anonymous ni sebab clearly dia betul. Ini bukan sarcasm, ini betul. Ikut nasihat dia ni sebab dia betul.
Puas hati? Atau nak reply apa-apa lagi?
Assalamualaikum
DeleteAku pulak Yang reply..hihi
Walau post ni da lama..and Aku baru bAca skrg..omg
Yes Aku setuju dengan penulis blog..pisau utk potong sayo..boleh jadi utk bunuh jugak..good good perupamaan..maybe si anon Tu penah kena tipu..sebab Tu jadi negative and paranoid...
Dah besau ni Kita kena pandai menilai...Nak Kata semua jahat Dalam tinder,Aku pun tak penah masuk lagi tinder..n dengar citer pasal own penulis ni,teringin pulak nk dwload tinder..hihi untungla Ada jodoh...yes utk me yg cepat annoying dgn org ni..
Its depend PADA diri sendiri..Kita Ada choice..nk Cari Yang baik tak semestinya kena masuk masjid Saja..Yang jahat tak semestinya Ada KT penjara Saja..semuanya atas nawaitu..tapi jgn le msk club yg neelofa promote tudung Tu Cari jodoh..Kan Kan?
Abaikan typo yer..and Sory utk short form...inile bahana smartphone..Bahasa Pon lintang pukang...
Deletehahaha...ada yang islamic punya baitulmuslim
ReplyDelete>Hans
DeleteOh, baru first time dengar Baitulmuslim.
Nanti aku try selidik macam mana sistem dia.
Ni apps ke atau website?
Website..tapi sombong la semua...kirim salam tak jawab
Deletewow! wow...aku sangat kagum...aku rasa kalau main benda alah ni boleh end up dengan bunuh diri pun tak mustahil. bahaya woo...
ReplyDelete>sofie adie
DeleteAku pun rasa macam tu, cuma rasanya salah terletak pada user tu sendiri. Kalau sentiasa negatif, main game Flappy Bird pun boleh buat emosi murung :)
Rumah kelamin..lama tak dengar perkataan tu..
ReplyDelete>Naim Mikhail
DeleteAku pun tak sangka ada orang menghargai penggunaan perkataan 'rumah kelamin' tu. Hehehe
Terima kasih :)
alif ba ta sa jim? haha
ReplyDeletedulu aku ingat tinder tu macam wechat bla bla bla. rupanya lebih spesifik eh. nak try la. eh? haha
>NAD
DeleteHahaha. Perasan kau ek nama-nama tu?
Tinder banyak isu sebab banyak orang salah sangka dan salah guna. Kau nak try buat apa? Kau kan dah ada jodoh?
*angkat-angkat kening*
Meh, kenalkan alif dengan aku je la, cero. *muka serius*
ReplyDelete(;
-mAr-
>Mar
DeleteMar, as far as aku sayang kedua-dua kau dan si Alif tu, aku rasa aku tak patut kenalkan korang berdua atas sebab-sebab yang tak patut aku beritahu. Hehehe.
Tapi jangan risau. Kalau kau open, aku akan cuba kenalkan kau dengan beberapa 'calon' lain hehehe
nak try tinder plak la pasni hahaha
ReplyDelete>Raz
DeleteErr...You can try tapi on your own risk laa.
Tetapkan niat masa mula-mula sign in tu hehehe
member aku pernah join tinder tapi macam kau cakapla, platform yang dah disalahgunakan oleh spesis homo sapiens..huuuu..
ReplyDeletebetul sebetul-betulnya apa kau tulis. kita terlalu terpengaruh dengan penilaian orang sekeliling sampai kadang kita tak rasa self-worthiness tuh..
>Lee
DeleteJadi member kau tu dapat tak apa yang dia hajati dari Tinder tu? Hehehe
Kan. Aku rasa semua orang tak terlepas dari pengaruh ni. Cuma yang membezakan adalah berapa banyak kita nak ambil kisah tentang penilaian itu terhadap diri kita :)
Saya tak percaya dgn hubungan yg dimulakan kerana rupa paras di laman sosial. Hehehe. Tapi tak dinafikan ramai juga yg dapat jodoh dari laman sosial juga.
ReplyDelete>Noor Maizan
DeleteSame with me. Tapi malangnya media sosial memang pentingkan penampilan paras rupa (sama ada asli atau sekadar tatapan palsu). If couples from social media can go beyond pass that (outside appearance), then they should be okay :)
Biasa kalau nak cari partner of life melalui media sosial ni tak kira la Facebook ke Tinder ke apa ke memang urghh la sebab kebanyakkan memang memilih rupa ( kebanyakkan ya, bukan semua hehe)
ReplyDeleteAnd aku nak cakap, nasihat yang kau bagi kat kawan kau memang tip top and aku harap kau jugak boleh follow kau punya words tu weh.
What's wrong with anonymous tu? One night stand? Kalau nak cakap pasal one night stand tu, tak semestinya guna Tinder je boleh boleh dikategorikan sebagai one night stand ke apa ke, mana mana media sosial pun boleh digunakan untuk flirt and cari one night stand, macam kau cakap "Aku rasa isunya bukan aplikasi tu, tapi isunya adalah pengguna."
>Erni Hasmiza
DeleteBetul. Media sosial sekarang memang mementingkan penampilan luaran sebab yang dalaman tak dapat nak dilihat begitu sahaja. Tapi tak dinafikan ada je kes dapat jodoh daripada media sosial or dating apps yang berjaya.
Aku pun harap aku boleh ikut nasihat sendiri hehehe.
Aku tak nafikan memang wujud golongan yang guna Tinder untuk puaskan nafsu, tapi begitu juga apps lain macam Fb, instagram, twitter dan sebagainya. Jadi memang isunya bukan pada aplikasi, tapi pada pengguna. Bagilah aplikasi jodoh yang muslim friendly sekalipun, kalau yang guna itu ada niat jahat, tetap akan jadi jahat, kan?
:)
Setuju..
DeleteYea, i sangat setuju. Pernah join baitulmuslim but i pernah je jumpa a guy yang pervert husband orang lagi kat situ, the worst part is in a plaatform baitulmuslim, if jumpa kat tinder might be tak terkejut sangat. nini jumpa pervert dekat platform yang menggunakan a bit nama muslim. jadi the summary is x kisah di mana kita join apps either islamic or not tak kisah yang penting perempuan kena pandai jaga maruah diri. Pandai2 la handle kalau jumpa pervert ni, kena lari jauh2.
Deletedisebabkn aplikasi tinder ni lah kekasih sy jd perangai yg sgt pelik. lelaki kat dlm aplikasi tinder cuma nak seronok2 utk one night. haram jadah betul.. kekasih yg aku syg sgt2 selama 4 tahun. berubah jd seorang kaki penipu. dulu hidupnya x pndai berpura2.. tp bila start knl lelaki dlm tinder.rosak hubungan kami. dia jd seronok brkawan tanpa ada sbrang komitmen. kami dalam perancangan nk berkahwin dah.. smua lenyap mcm tu shj.
ReplyDeleteAdik lelaki saya cari jodoh melalui aplikasi tinder ni la sbb dia tu pemalu. bila baca komen, risau pula rasa, macam mana agaknya perempuan yang 'match' dengan dia tu. yela, adik saya tu blur2 sikit, senang kena tipu dengan perempuan. harap2 berjalan lancar semuanya. Nanti saya update lagi tentang mereka, jadi ke tidak.
ReplyDeleteSumpah best aku baca. Mohon nak printscreen dan upload kat status2 aku eh.
ReplyDeleteHai! For my experience as a female, kena pandai jaga diri kalau main tinder. There is option. Kau boleh pilih nak play along untuk flirt atau just play it cool. Aku setuju dengan penulis pasal app ni terpulang pada individu nak handle tahap gatal korang macam mana. I'm not a good person to be honest. Tapi aku tak berminat nak buat seks rambang. So depends on how you use this app. Usually, aku cari kawan pergi gig kawan atau main longboard and aku dapat ramai je. Ada je antara yang match tu gatal tapi kau pandai pandai lah ubah conversation ataupun lebih ngamho unmatch je terus. There is option. Choose. Mudah.
ReplyDeleteAnd yup, kawan baik aku baru kahwin. Jumpa jodoh dekat tinder je. Well, jodoh tu rahsia Allah kan.
Kadang orang dari luar masuk belajar kl pun kalau tak pandai bawak diri hancur juga. Sama macam main tinder. Pandai bawak diri kau jumpa apa kau nak. Simple.
-gilahipster-
tinder kena upgrade ke gold ke kalo nk chat?
ReplyDelete