Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 30, 2017

Kain yang Dicat Warna Merah, Kuning, Putih dan Biru.



Salam.

Entri ini aku jadualkan pada 30 Ogos 2017,
maknanya sehari sebelum negara aku yang tercinta menyambut kemerdekaan ke-60.

Namun,
gambar di bawah sudah lama aku simpan,
semata-mata menanti hari rabu yang paling hampir dengan tarikh sambutan merdeka.

Ini gambarnya.


Mungkin sekali pandang itu hanya satu gambar biasa.
Aku ambil sendiri gambar ini dari atas sebuah jambatan di satu taman tasik yang berlokasi di sebuah bandaraya terkemuka dengan bulatan-bulatannya.
Kalau kalian perhati dengan teliti,
kalian tahu apa subjek utama gambar itu, kan?

YA. Bendera.
Lebih tepat lagi Jalur Gemilang kebanggaan kita.
Jalur Gemilang itu sedang terendam di dalam air tasik bersama dedaunan yang gugur.

Agak sedih melihat situasi begini.
Sewaktu ada, kita kibar dengan megahnya.
Habis peranan, menjadi objek bertaraf sampah.

Gambar ini diambil BUKAN pada bulan kemerdekaan.
Gambar ini diambil pada Mei 2017.
Aku tak pasti bagaimana Jalur Gemilang itu boleh berakhir di dalam air di bawah jambatan, tapi situasi sebegini menjadi lebih kerap bila masuk bulan kemerdekaan kita.

Permandangan seperti bendera yang dilanggar lenyek di atas jalanraya mesti pernah disaksikan kalian, kan?
Mungkin terjatuh dari kereta yang 'kononnya' penuh semangat merdeka dengan menyahut seruan kerajaan supaya mengibarkan Jalur Gemilang.
Persoalannya, macam mana boleh jatuh?

Aku selaku penunggang motosikal selalu sangat nampak bendera kita di tengah jalanraya.
Mana yang mampu aku berhenti dan kutip, aku buat.
Tapi kalau berada di lorong tengah lebuhraya yang laju berdesup,
aku memang tak mampu buat apa-apa.

Pendapat aku secara peribadi,
walaupun semangat menyibarkan Jalur Gemilang memang nampak semakin menular di kalangan rakyat kita belakangan tahun ini, tapi rasanya kita masih kurang rasa cintakan bendera kita.

Sebagai contoh,
aku pernah bertanya kepada seorang kenalan yang keretanya hanya tinggal tiang bendera di atas bumbung.
Tanya aku,
"Mana pergi bendera tu?"
Dia jawab,
"Jatuh entah dekat mana aku pun tak tahu. Tak apa. Bendera itu hanya 5 ringgit. Nanti aku beli lain."

Soalnya di sini bukan pada harga.
Soalnya, macam mana boleh tercabut?
Memanglah boleh kata tak sengaja,
tapi bendera tiang putih yang lekat pada bumbung kereta tu,
walaupun tapaknya ada pelekat dua hala,
tapi tiangnya hanya sekadar diselit di dalam lubang.
Pada kelajuan perlahan seperti 30 km/j pun sudah boleh buatkan bendera itu tertanggal.
Common sense kot.
Secure laa tiang dia dengan benda lain.
Gam ke, ikat ke, ataupun panaskan hujung tiang supaya boleh tercantum dengan tapak plastiknya.

Kekadang aku fikir,
bendera itu dicipta senang tercabut supaya bila tercabut, kita akan pergi beli baru.
Maka untunglah pembekal bendera di kedai-kedai luar sana.

Tidak kisahlah bendera itu hanya RM5,
atau bendera plastik yang batangnya berisi gula-gula berharga RM2,
ataupun sekadar bendera lukis dengan tangan pada kertas A4,
tapi paling tidak hormatlah bendera kita.
Tunjukkan rasa hormat tersebut dengan menjaganya betul-betul.
Kalau nak dibawa usung bersama kereta, pastikan tidak senang tercabut.
Kalau nak dibawa dengan tangan, jangan letak di punggung.

Bendera bersepah-sepah di tepi jalanraya disebabkan kita hanya anggap itu sebagai kain yang dicat warna merah kuning putih dan biru.
Bila ditanya, kita tahu itu Jalur Gemilang.
Bila disuruh hormat, kita kata hormat.
Tapi kita tidak menjaganya dengan betul.

Aku tidaklah kata aku bersemangat patriotik.
Aku sendiri gagal sejarah dan tidak pasang bendera di kenderaan.
Tapi pada aku,
kalau rasa tak mampu nak jaga dengan elok,
rasa-rasa akan melayang jatuh tercabut di tengah jalan,
rasa-rasa bakal berakhir di longkang seterusnya ke tasik,
baik dari awal tak payah kibarkan.

Kadang-kadang aku jatuh sedih bila tengok bendera di tiang-tiang bangunan kerajaan dan sekolah-sekolah menjadi lusuh, koyak dan tidak terjaga.
Pada aku, baik jangan kibarkan daripada kibarkan bendera sebegitu keadaannya.
Buat malu sahaja bila ada pelancong asing tengok bendera lusuh, kotor dan koyak.
Pasti mereka anggap kita pandang enteng dengan bendera sendiri yang sepatutnya dihormati.

Berbalik kepada cerita bendera terendam di air tasik awal tadi,
aku berusaha cari kayu yang cukup panjang untuk aku capai kutip bendera itu.
Malangnya tiada kayu yang cukup panjang kerana jambatan itu tinggi.
Namun bila kayu reput yang aku pegang patah sebahagiannya dan jatuh menimpa bendera itu,
bendera itu tenggelam ke dalam tasik dan tidak timbul kembali.

Tenggelamnya sama macam Jack Dawson tenggelam ke dalam Lautan Atlantik dalam cerita Titanic.
Walaupun sedih melihatnya,
tapi dalam hati aku sedikit gembira kerana paling tidak Jalur Gemilang itu tidak lagi menjadi tatapan umum tentang kebiadaban rakyat kita yang tak tahu menghargai bendera sendiri.

Near, far, wherever you are.
I believe that the heart does go on.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60.
Negaraku. Sehati Sejiwa.





4 comments:

  1. bendera memang penting.sebab itu rakyat indonesia marah bila bendera negara mereka dipapar terbalik.apa pun, selamat hari Merdeka cero!ikhlas dari aku yang tak pasang bendera jugak pada kereta. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Pada aku, baik tak pasang bendera pada kereta daripada pasang tapi asyik tertanggal dan jatuh tepi jalan sahaja, kan? Huhuhu

      Delete
  2. hermm aku setuju part psg bendera pada kenderaan tu. mungkin skrg ni semangat kibarkan bendera semakin bertambah tp semnagat utk menghormati bendera tu sendiri mcm makin tipis.

    aku pernah nak pasang jugak bendera kecik tu pada bumbung kereta tp tetiba aku terfikir psl kelajuan & angin pastu nti mesti tercabut (aku fikirkan nti kalo kayu plastik bendera tu tercabut pd kelajuan angin yg tinggi & kena pada kenderaan lain mcm mana) & disbbkan itu aku batalkan je niat utk psg bendera kat bumbung kereta. aku kibarkan kat atas meja kaunter ofis aku je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hahaha itu comel. Kibar bendera atas meja ofis itu comel. Hehehe. Rasanya tak ada keperluan pun kibar beriya dekat bumbung kereta tapi pada dasarnya sekadar nak ikut kempen sahaja tanpa ada betul-betul rasa hormat.

      Susah orang Malaysia ni. Karang tegur karang terus sentap kata kita tak ada semangat patriotisme :(

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License