Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 14, 2016

Selagi Hobi Aku Melukis...



Salam.

Nothing interesting minggu ini.
Tapi sebelum terlambat, biar aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Sedap tak makan daging korban? Daging fresh memang terbaik, kan?





Macam ayat kedua aku di atas,
nothing interesting happened minggu ini
tapi kali ini, aku nak kongsi cerita tentang hobi melukis aku.

Beberapa bulan lepas aku sudah ada satu graphic tablet.
Graphic tablet adalah gadget tambahan untuk melukis di komputer.
Jangan keliru dengan alat komunikasi tablet.
This kinda tablet bukannya boleh hantar whatsapp pun.

Bagi yang sudah lama baca blog ini akan tahu bahawa aku pernah ada graphic tablet sendiri satu ketika dahulu.


Malangnya sebab aku malas untuk praktis, tablet itu rosak begitu sahaja.
Semuanya sebab aku ni lebih suka melukis atas kertas guna pen dan pensel,
maka tablet yang dibeli tak digunakan sebaiknya dan terabai sampai rosak.
Hilang satu harta.

Tapi baru-baru ini aku ada beli tablet terpakai daripada seorang kawan.
Sahaja tak nak beli yang baru.
Tujuannya supaya aku dapat serap essence dari tablet terpakai itu.
Tuannya sebelum ini adalah seorang pelukis/artist yang aku minati, kagumi dan hormati, jadi dapat guna tablet yang pernah dia guna dahulu adalah satu penghormatan.

Yes, I'm that superstitious.
I believe in objects carrying essences of past owners.
I recommend you all to read 'The 7 Laws of Magical Thinking' by Matthew Hutson.


Jadi,
ini adalah lukisan pertama aku menggunakan tablet itu.


Rujuk entri Aku dan 3 Anak Kucing.


Lukisan ini betul-betul first time.
Keluar dari kotak terus plug in.

Stroke pun ketar-ketar sebab noob.
Pada mulanya macam malu nak share dekat blog ni,
tapi for the sake of records and improvement, aku tebalkan muka.
Lantak laa orang nak kata buruk ke apa,
tapi aku nak satu hari nanti aku tengok balik lukisan ni dan tergelak.
Gelakan betapa jauhnya sudah aku improve dari lukisan ini.

Tapi disebabkan lukisan ini juga aku teringat balik faktor utama kenapa aku tak gigih praktis masa ada tablet sendiri dulu.
Sebabnya,
laptop aku purba. Lama.
Masa aku cuba melukis dengan tablet, dia jadi lagging.
Kita tarik satu strike, beberapa tika kemudian baru muncul dekat skrin.

Kalau kalian pelukis digital, kalian akan tahu lagging sangatlah annoying.

Tapi,
aku tak boleh putus asa lagi macam dulu.
Aku gigih kurangkan lagging yang ada dengan pelbagai cara.
Bila sudah optimum, apa yang aku buat adalah biasakan diri dengan lagging tersebut.
Conditioning. Itu bukan perkara mudah.

Lepas tu aku prktis dan praktis dan praktis lagi.
Banyak sudah lukisan buruk yang aku lukis tapi aku delete sahaja sebab aku sendiri malu dengan lukisan tu.
Hahahaha.

But then aku decide nak tackle satu demi satu skill yang ada.
Muncullah lukisan di bawah yang aku lukis daripada lukisan aku dahulu.


Ini lukisan komik satu panel yang aku lukis untuk page Buasir Otak The Komik
hasil lukisan semula dari lukisan di bawah.


Rujuk entri lama bertarikh 3 Julai 2012 Sebab Kenapa Aku Rasa Interview Itu Buang Masa.

Kalau kalian perasan, walaupun nampak lebih baik dari sebelumnya
tapi jelas garisan aku masih ketar-ketar.
Itu sesuatu yang sangat payah untuk aku baiki memandangkan tangan kanan aku pernah hilang dexterity satu ketika dahulu.

Tapi dalam lukisan ini, apa yang aku nak tekankan adalah fungsi dalam aplikasi melukis yang aku guna. Aku cuba fahami apa fungsi setiap tools yang ada dan sesuaikan dengan style lukis sendiri. Aku juga cuba biasakan diri dengan melukis dengan tekanan rendah sebab aku dah biasa lukis tekan kuat di atas kertas. Hahaha.

But at least aku cukup berani nak share dengan orang ramai.
Sedikit improvement di situ. Hahahaha **ketawakan diri sendiri**


Diri sudah rasa naik seronok dengan tablet.
Aku praktis lagi dengan menghasilkan lukisan di bawah:


Ini lukisan yang aku share di Instagram @cerolian

Ramai kagum dengan lukisan ini, tapi biar aku beritahu satu rahsia,
THIS IS NOT ORIGINAL.
Lukisan ini aku lukis guna reference dari satu panel dalam komik kegemaran aku.
Aku tukar design watak, tapi scene-nya masih sama.
So, aku tak dapat dan tak mahu ambil kredit untuk segala pujian yang orang lontarkan.

Dalam lukisan ini, aku cuba belajar guna toning.
Sebelum ini aku tone guna warna kelabu,
tapi dalam lukisan ini aku cuba guna screentone.
Maknanya, lukisan ini totally warna hitam dan putih, tiada kelabu.


Selepas itu aku cuba nak step up the game dengan melukis lukisan di bawah:




Lukisan ini aku lukis dari reference kepada gambar sebenar.
Kitagawa Keiko (aku ada mention dia dalam blog ini tapi tak ingat entri mana)
Gambar sebenar dia aku rompak dari IG dia, dan aku cuba lukis se'manga' yang boleh.
If you wonder dia pakai seluar ke tidak,
jawapan dia bahagian putih di kaki itu adalah kulit,
tapi di bawah baju besar dia tu mungkin ada seluar kecil yang tersorok.

Yes kalian boleh kata aku pervert or gilas or something else,
tapi aku yakin masa aku lukis ini tak tertimbul langsung nak bernafsu serakah,
jadi mari kita persoalkan otak siapa yang kuning sebenar-benarnya.
Hehehe

Dari lukisan ini aku belajar, guna screentone sangat tricky.
Sebab aku suka lukis dalam saiz besar, kemudian dikecilkan.
Jadi banyak screentone yang digunakan di imej besar akan hilang bila aku resize.
Ini disebabkan nature screentone tersebut dan bergantung kepada berapa peratus pixel hitam dalam design pattern dia, so adalah lebih baik untuk resize dulu sebelum apply screentone.

At least itu apa yang aku belajar.





Ini pula komik yonkoma (4 panel) pertama aku lukis guna tablet.
Diterbitkan baru-baru ini di entri Kini, Semua Orang Mampu Menyumbang Kepada Negara.

Yang perasan akan nampak jelas perbezaan dengan komik aku yang lain.
Ada yang kata lebih kemas, tapi secara peribadi aku tak suka.
Aku dapat rasa identiti lukisan aku hilang dalam komik ini.
Tapi aku tak benci komik ini.
Tapi aku tahu apa patut aku buat dan apa patut aku tak buat akan datang.
Dalam melukis komik, identiti adalah penting.
Lukisan lawa atau kemas itu satu perkara bonus sahaja.


Latest lukisan aku menggunakan tablet (setakat entri ini ditaip) adalah lukisan lembu di muka entri tadi, bersempena Hari Raya Qurban 2016 yang lepas (beberapa hari lalu).

Lukisan itu juga guna reference dari image lembu yang aku kutip dari internet, tapi melalui lukisan itu aku dapat simpulkan yang aku makin selesa menggunakan tablet.

Tablet ni,
yang bestnya bukan sahaja dapat potong banyak masa melukis, malah dapat menjimatkan logistik sebab aku tidak perlu lagi sediakan kertas A4 untuk melukis kemudian di-scan ke dalam komputer kemudian diedit.
Bila guna tablet, terus lukis. Dan kalau tak puas hati boleh edit terus tak payah guna liquid or pemadam.

Tapi hati aku masih lagi ke arah melukis atas kertas.
Perasaan melukis atas kertas sangat lain.
Kepuasan dia lain. Keseronokan dia lain.
Orang yang pernah rasa sahaja tahu perasaannya.

Dari awal aku melukis masa kecil dulu, ia hanya sekadar hobi.
Sampai sekarang, masih sekadar hobi.
Walaupun sudah disarankan berkali-kali,
tapi aku tidak ada rasa mahu maju ke depan dengan menjadikan hobi melukis ini sebagai sumber pendapatan.
Bukan aku pandang rendah kepada orang lain yang melukis sebagai kerjaya,
sebaliknya aku pandang tinggi mereka.
Aku sedar dengan tahap aku sekarang, aku masih belum layak untuk dibayar dengan melukis.
Skil, stroke dan kreativiti aku belum ke tahap layak.

Bukan merendah diri, tapi realiti.
Please don't sugarcoat aku dengan pujian sebab aku sendiri tahu tahap diri.

Macam yang pernah aku petik entah dalam entri mana entah dahulu,
aku tak pernah anggap dan label diri aku artist, or comic artist, or pelukis komik, or even pelukis.
Melukis hanyalah hobi aku sekarang ini.
Sebab itu blog, facebook dan instagram aku penuh dengan komik dan lukisan.

Tapi mana tahu esok lusa hobi aku bertukar ke bercucuk tanam pula,
maka pada waktu itu, blog, facebook dan instagram aku akan penuh dengan gambar tanaman pula.
Hehehe.

Tapi yang aku pasti, selagi hobi aku melukis,
selagi itu aku mahu terus maju dalam memperbaiki skil dan kemahiran melukis.
Dan dengan adanya tablet, aku rasa aku boleh lebih maju
(jika dan hanya jika aku tak malas. Hahahaha)



Majulah cEro untuk negara.







.


28 comments:

  1. what method you're using just continue drawing because I enjoy every little bit of it.

    tapi betul lah, bak menulis pun aku lagi minat coret dalam buku nota sebenarnya walaupun tulisan buruk kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Thanks Nad sebab enjoy dengan drawing aku.
      Menulis pun camtu jugak. Kekadang saja je simpan resit sebab nanti nak tulis-tulis conteng-conteng kat belakang dia yang kosong. Hehehe

      Delete
  2. wooow. manga abes bruh.

    tunjuk ajar pls senpai

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Hahaha. Tak yah nak sempai sangat.
      Kau pun apa kurangnya. Power.

      Delete
  3. pernah tengok drama korea W yang trend sekarang? Pelukis dia guna tablet,dan tablet tu berhantu (watak yang dilukis jadi hidup) haha.

    Btw untuk last part tu, baru2 ni sy pergi bukit bendera,dan ada pelukis karikatur. Caj dikenakan RM10 untuk lukisan selama 5minit. Kalau berwarna, RM30. Lepas saya beratur nak turun dengan memegang lukisan tersebut,petugas tren menegur.Berapa harganya. Katanya dulu RM40-60 untuk satu lukisan. Tapi sebab mahal,ramai yang complain. Hmm perasaan bercampur baur. Bukan semua boleh melukis (I'm one of them) dan pelukis tak boleh letak harga mahal, kalau tak, takde orang nak beli.So menyara hidup dengan lukisan tu..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. >udez huda

      Tak pernah tengok W tapi orang kata best. Hehe

      Aku tak berani nak komen bab bayaran pelukis sebab semuanya bergantung kepada mutu. Mungkin pada pelukis tu harga dia bagi itu berbaloi dengan lukisan, bahan, tenaga, idea yang dia gunakan. Maybe ada pelanggan yang nak lagi murah sebab tak tahu struggle di belakang sesebuah lukisan. Tapi ada je yang sanggup bayar mahal sebab mutu yang dia dapat itu berbaloi, kan?

      Last-last bergantung kepada skil pelukis juga :)

      Delete
  4. peh. gigih aku baca setiap baris ayat tu.
    aku boleh rasakan kegigihan melukis kitagawa keiko. Rasanya fav aku sampai sekarang masih lagi maki horikita.
    entahlah dah lama tak tengok drama jepun.
    apa-apapun memang hebat giler lukisan kau.


    tunjuk ajarku sifu cEro :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Hoshii

      Thanks Hoshii sebab rajin dan gigih baca setiap baris :)
      Horikita best juga, cun pun cun, tapi Kitagawa lagi cun. Huhu
      Aku pun dah lama tak tengok J-Drama. Malas nak download. Hehehe

      Nak tunjuk ajar apa? Main batu seremban? Hehehe

      Delete
  5. tetiba teringat kat sorang member lama yg gemar melukis...buku dia penuh dengan lukisan..dah macam komik aku tengok...cuma dia versi pensel n kaler biasa...lepas tu, dah lama tak jumpa dia..last dia bagi, lukisan kitaorang ala2 manga gitu.... (mata besar, bersinar...huhuhuuhu)

    ha'ah..lukis ni ada persamaan dengan tulis...biar canggih mana pun gadget boleh menggantikan kertas, feel dia takkan pernah sama...dua2 perlukan idea...

    majulah cero untuk negara!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Kenalkan laa kau dengan member lama kau tu. Mana tau boleh jadi best friend hehehehe.

      Betul. Canggih cemana pun teknologi, pegang pensel dan lukis/tulis atas kertas feeling dia tak boleh lawan. Hehehe

      Majulah aku untuk semua!!!

      Delete
  6. Lukisan pertama kau dengan tablet baru tu lagi elok dari lukisan aku masa menceburkan diri dalam bidang digital.. hahhahaha... aku pun ada post lukisan digital aku pertama guna tablet... wkwkwkwkw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Hahahaah.
      Lukisan buruk tu pun amik masa lama nak siapkan.
      Ada masa aku rasa nak give up je sebab tak pandai lagi.
      Nasib baik tak give up lagi hahahahaha

      Delete
  7. Bukan nak cuba bodek tau. Tapi, bagi saya, garisan2 dalam lukisan cero, bukan terketar-ketar. Itu cuma salah satu jenis stroke lukisan je. Teruskan je melukis. InsyaAllah akan makin cantik. Sekarang pun dah cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      hahaha. Ni bodek ni. Hehehe
      Ketar-ketar tu makin hilang. Walaupun lukisan nampak makin kemas, tapi dalam lubuk hati lagi suka yang ketar-ketar dulu huhuhuhu

      Delete
  8. i believe setiap pelukis memang ada identiti untuk lukisan dia sendiri. macam bila orang nampak lukisan tu, terus teringat kat pelukisnya. pelukis macam nie special sebab orang kenal stroke/bentuk lukisan2 yg dihasilkan. so cEro, keep doing good job okay dan rasanya ramai dah kenal bentuk lukisan yg dihasilkan cEro sekarang.

    pernah tengok webcomic one punch man karya ONE? ONE nie ada website jugak dan melukis sebagai hobi. lukisan dia memang simple sangat, tapi sebab storyline hebat sampai boleh remake n jd anime. :3

    so keep upgrading~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Yup. Setuju.
      Identiti develop ikut masa. Asalkan jangan berhenti lama, maka boleh laa nak improve.
      Thanks sebab menyokong.

      ONE memang misterius. Idea dia yang mahal walaupun semua orang setuju yang lukisan dia bukanlah kekuatan dia. Hahahaha

      Delete
  9. ha'ah cero,
    lukisan 3 ekor kucim tu memang buruk..
    hahahahaha..
    #okaytaklawak

    aku memang salute orang yg boleh melukis ni tak kiralah dia lukis pakai apa pon. bukan semua orang ada gift utk melukis tau. so kau tak payah malu okay. dan aku harap suatu hari nanti, kau akan improve skill ko lebih daebak dari sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Gee Lion

      Hahahahaha. Jangan laa jujur sangat sampai cakap buruk. Hahaha

      Thanks Gee. Aku pun selalu kagum dengan orang yang pandai melukis. Kekadang bila tengok yang power-power tu, rasa dengki pon ada hahahaah

      Delete
  10. Aku value improvement.. Sebab tu skang aku jadi malas nak layan sebab aku dah tak rasa aku ada improvement..*sigh.*


    Dan aku prefer digital sebab cost-effective and environmental friendly.. tapi tula, aku sangat setuju bila ko kata digital hilangkan identity.. aku rasa sebab function boleh edit and undo sukahati..huhu..

    Don't stop drawing, cEro..! >v<9 Semoga ko menjadi sebati dengan tablet..! Untunglaaaaa, tablet bekas artis yang dikagumi.. and aku suka kucing2 tuh, comel.. UvUd

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Apsal kau rasa dah tak ada improvement?
      Maybe perlu pelbagaikan medium, barang dan style?
      Copy style orang dan incorporate dalam style sendiri?

      Lukis tradisional memang makan barang. Kertas, pen, ink, ruang, masa, semuanya. Tapi sebab kepuasan dia lain macam so aku okay je hehehe.

      Kau pun sama, Lee. Don't stop drawing.
      Betul ke kau suka kucing-kucing tu? Ke perli? Hehehe

      Delete
  11. Kalau aku beli graphic tablet ni aku boleh jadi power lukis macam kau tak? Haha...

    Kau punya lukisan yang paling buruk tu aku rasa lebih cantik daripada lukisan aku yang paling cantik walaupun aku tak pernah compare lagi. haha..

    Teruskan melukis cEro. Kau punya identiti lukisan memang ada. Boleh agak kau yang lukis sekalipun ada orang rembat lukisan kau tak bagi kredit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Boleh Bro. Boleh. Cubalah beli. Hehehe

      Hahahaha. Jangan laa kata macam tu. Kau ni merendah diri sangat ni. Aku tahu kau pun ada bakat melukis juga, kan?

      Thanks Bro Ley. Nak kekalkan identiti tu yang susah sikit tu sebab banyak terpengaruh dengan lukisan orang lain.
      hehehe

      Delete
  12. Nice recap of your drawing journey C, nicely put :D

    And yes... pasal kelebihan graphic tablet yang dapat membolehkan kita menghasilkan 100% digital drawing tu, aku pernah mention pasal kelebihan dia ni dalam salah satu entry blog aku. Jimat masa, jimat traditional drawing tools, dan tak renyah - juga menyumbang kepada penjimatan masa (tak perlu gi godek2 scanner, scan dan edit pulak secara digitally lepas tu... n kalo scanner tetiba rosak pun, boleh watlek watdek je).

    Tapiii... identiti lukisan "lama" kita akan kelihatan berubah, jadinya kita develop 2 identiti: the traditional self, and the digital self. Let us embrace both identities, for the both of them are ours. No one can say otherwise (well to me that is the case) ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Thanks P.

      Aku setuju dengan develop 2 identiti tu. Lebih kepada dua style: satu tradisional, satu digital. Kalau dapat samakan dua-dua identiti ni, mesti lukisan akan jadi lagi kuat.

      Jom strive to victory!

      Delete
  13. What a journey.. Graphic tablet memang banyak mengubah cara aku melukis. Aku still suka melukis secara tradisional. Pokoknya, melukis masih satu kesukaan aku tak kira tradisional ataupun digital.

    Awesome improvement bro.. Aku suka tengok perubahan stroke over the years. keep up the good work

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Sama la. Aku tak boleh cerita banyak pasal digital sebab aku baru lagi, tapi lukis tradisional memang sentiasa dalam hati #ewah

      Thanks Mon. Sama-sama laa kita improve. Hehe

      Delete
  14. banyak improvement artwork ko cEro. teruskan berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Thanks Boss.
      Sama-samalah kita majukan industri komik tanahair
      #ecewah

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License