Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 28, 2016

Apakah Aku Terlalu, Terlalu Banyak Berkelana?



Salam.

Tiap hari adalah hari baru.
Tiap hari baru, mesti ada pelajaran (pengajaran) baru.
Maka, baru-baru ini aku baru tahu satu lagi perkara baru tentang diri aku.






Ya.

Aku baru tahu satu lagi kelemahan aku.
Selain daripada tak pandai bersiul, tak cam muka orang dan senang sesat,
aku juga cepat lupa hutang dengan orang.
Sama ada orang hutang aku atau aku hutang orang.

Baru-baru ni seorang kawan minta hutang dekat aku.
Mengenal diri dia, aku tahu mesti susah nak kuatkan tekad untuk minta hutang dekat aku.

Jangan salah sangka, aku bukan macam orang tipikal yang buat-buat lupa bila berhutang dengan orang (masuk bakul angkat sendiri), tapi aku betul-betul lupa.
Jenuh kawan aku itu terangkan apa jenis hutang aku pada dia.

Kalau memori aku tak mengkhianati,
ada juga rasanya orang lain berhutang dengan aku.
Tapi malangnya (atau bertuahnya), aku tak ingat siapa dan berapa banyak.
Aku boleh ingat nama cikgu darjah satu aku dulu, **Cikgu Salmi**
tapi hutang baru minggu lepas aku tak boleh nak register dalam otak.

Maka,
sesiapa yang rasanya ada aku berhutang kepadanya, bagitahu aku.
Kalau nak halalkan pun bagitahu juga senang sikit aku nak kenang budi.
Tapi pada sesiapa yang berhutang dengan aku,
anggap je laa aku halalkan.
Tapi kalau banyak, gantikan dengan sebiji iPhone 7 pun aku terima dengan dada berbulu terbuka.

Tapi lepas baca ni,
kalian jangan pula tetiba bagitahu aku ada hutang pula.
Tapi aku tahu, pembaca blog ni mana suka ambil kesempatan, kan?
Kan? Kan? Kan? **goyang-goyang kening**

Okaylah, soalan penamat entri;

Bagaimanakah cara terbaik untuk meminta kawan membayar hutang anda? (5 Markah)







.


29 comments:

  1. kalau cara aku kalau dia pinjam duit aku, bebila pergi makan dengan dia ke apa ke aku biar dia bayar dulu then aku ckp éh tolak hutang last week eh' setakat ni berhasil hahaha.

    aku akan tulis hutang aku pd orang sbb takut lupa. hutang bkn benda main kan. tergantung roh nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Wow! Trick kau ni macam power laa. Aku nak try laa nanti hahahaha. Tapi kalau hutang dia beratus-ratus, susah gak nak buat berkali-kali, kan? Hahahaha

      Aku pun kekonon nak tulis hutang, tapi selalu tak tertulis pun sebab suka menangguh. Hahaha

      Delete
  2. Dear Diary,
    Remember to borrow some money from cEro and never speak of it again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Day, burn your diary afterwards..XP

      Delete
    2. >Mona

      Mon punya pasal, aku akan dengan gigihnya tulis hutang dekat setiap buku catatan yang aku ada wahahahaha

      Delete
  3. Aku ada berhutang jugak dan aku terus menerus mengingatkan diri aku dan juga orang yang memberi hutang..sampai orang yang bagi hutang tu plak naik fedap.. tapi buat masa ni aku belum mampu lagi nak bayar..wuwuwuw..

    Kalau hutang orang kat aku, aku halalkan aje..biasanya sikit2 jek sebab aku sendiri takde duit nak bagi hutang banyak2..haha.. XP

    Haah, cEro, tulisla kat mana-mana as reminder, macam Nadia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Aku pun kalau kecik je jumlah yang dipinjam, aku buat lupa je. Dia nak bayar alhamdulillah. Dia nak lupa pun takpe.

      Aku pun rasanya kena buat buku hutang laa. Takut nanti ada yang menuntut pulak dekat akhirat sana #ewah

      Delete
  4. - cik belon

    macam saya, saya akan mesej kepada mereka yang 'buat-buat' lupa bayar hutang dengan menghantar mesej di telefon, email dan sebagainya dengan menggunakan ayat:-

    "Hai awak! jika saya ada berhutang dengan awak, sila menghantar nilai hutang saya dan nombor akaun awak. jika awak ada berhutang dengan saya, sila bayar by end of this month. ini nombor akaun saya - 1XXX XXXX XXXX. sekian, terima kasih."

    ini yang saya lakukan. setakat, no heart burn laa.. hewhewhew~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >cik belon

      Bagus idea ni. Kalau yang betul2 terlupa boleh diingatkan.
      Takut nanti ada yang buat-buat lupa, bila diingatkan terus melenting hahahaha. Tapi takpe, bakal simpan trick ni di masa hadapan. Hehehe

      Delete
    2. Haha...menarik gila idea cik belon ni. Macam boleh pakai je...

      Delete
    3. Kan?
      Mantap oo idea ni. Hehehe

      Delete
  5. Tulis C, tulis... kalau aku, apa2 hal penting, aku taruk reminder dalam digital calendar aku. Kalau lagi penting, double backup dengan tulis dalam buku catatan (bukan diari). Huhuh~

    Salah satu cara mintak hutang, tanya je soalan kau ni pada orang tu, tengok apa jawapan dia. Lepas tu pandang dia sambil angkat2 kening. Semoga berjaya mengutip hutang. Keh... jawapan aku ni lebih kurang macam strategi mamat botak dalam komik kau la C... X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Ye la. Mungkin mulai sekarang aku kena start tulis kot. Nak tulis digitally selalunya aku ignore je lebih hahaha.

      KAlau dengan kawan rapat rasanya takde masalah nak tanya direct. Tapi kalau kawan yang jenis celup-celup, jumpa pun tak selalu tu yang payah sikit tu hahahaha

      Delete
  6. Saya ni masa ada duit lupalah semua, masa dah poket kering baru teringat semua yang ada hutang dengan saya walaupun 20sen.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Noor Maizan

      Hahahaha.
      Untung laa boleh ingat lagi. Kalau jenis lupa semedang susah jugak, kan? Hehehe

      Delete
  7. dengan member rapat senang nak mintak hutang. bleh cakap direct. tapi dengan kwan basa-biasa ni susah. lagi-lagi jenis yang tak makan saman

    ReplyDelete
    Replies
    1. >rasya

      Setuju sangat. Dengan member rapat kekadang mintak je lebih tapi bila dia bayar tak amik pun hahahaha

      Delete
  8. BV pun kekadang jenis mudah lupa bayar hutang, sebab tu malu nak berhutang. hahahhaa. kalau berhutang kena cepat2 bayar takut lupa. XD kekadang sampai orang yg berhutang dgn BV pun, dorang terlupa, BV terlupa dan halalkan je la kalau takbanyak :3

    segan sebenarnya nak mintak hutang ngan orang nie. termasuk la kawan2. kalau ngan adik2 boleh la mintak tiap saat. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Untung laa BV bila ada yang lupakan je hutang BV tu. Hehehe

      Memang segan. Banyak dah kes putus kawan sebab hutang punya pasal. Yang minta pula dimarahi padahal sendiri yang tak reti bayar hehehee

      Delete
  9. aku memang tak pernah bagi hutang kat orang tapi kat adik beradik sendiri selalulah. itupon aku halalkan aje. no big deal. sebab time aku susah, dorang pon banyak tolong aku..

    aku sebolehnya akan mengelak bagi orang berhutang dgn aku sebabnya aku bukanlah jenis individu yg suka berkawan dgn orang yg suka berhutang. takut nanti, bila aku tak redha sebab si dia tu buat-buat lupa (pergi melancong boleh pula, hutang lupa nak bayar) mahu aku menyumpah seranah kang. tak pasal-pasal hilang member.

    so aku tak pastilah cara terbaik nak minta kawan bayar hutang kita camne.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Gee

      Aku pun bukanlah orang yang senang berhutang dan senang bagi hutang, mungkin sebab tu kot susah nak ingat. Hahaha

      Tapi dengan adik-beradik kekadang buat lupa je, lagipun macam Gee, diorang sendiri pun banyak dah tolong huhuhu

      Delete
  10. ikut aku..aku suka direct je...kalau ada hutang, tu terus je cakap..dan tanya balik kat diorang samada aku ada ke tak hutang dengan deme...pastu kalau ada, kita settle 0-0..
    kalo kawan tu tadak duit, aku akan remindkan dia masa dia berbelanja besar...

    dan aku takkan kasi org pinjam duit, atau pinjam duit dekat org yang aku belum kenal betul2 lebih dari 6 bulan atau setahun....
    kalau aku terpaksa pun, aku dengan segeranya akan terus membayar dalam masa sehari.

    kalau dia stranger, nak pinjam seposen dua tu, aku halalkan jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Bagus kau ni. Kalau kau kawan aku mesti aku takkan berhutang dengan kau hahahaha.

      AKu rasa patut amik tips kau supaya kasi pinjam dekat yang betul2 kenal lebih 6 bulan ke setahun ni. Baru kenal lebih sikit.

      Delete
  11. Replies
    1. >At-Tarmizi

      Ada. Tapi dah berkurang banyak dah alhamdulillah hehehe

      Delete
  12. Aku pun tak tahu macam mana nak jawab soalan akhir tu. Selalu aku buat adalah berdoa kawan aku ingat yang dia ada berhutang dengan aku. Nak tanya, rasa segan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Kann. Susah kan nak berurusan dengan situasi macam tu.
      Masyarakat kita dah ada budaya malu nak minta hutang, nak berhutang tak malu pula hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License