Salam.
Sebenarnya,
aku sudahpun schedule satu entri lain untuk minggu ini.
Tapi aku terpaksa reschedule sebab aku nak cerita sesuatu.
Sesuatu yang pada aku penting.
Jenis kisah sedikit peribadi macam ni selalunya aku kongsi di blog satu lagi, tapi kali ini aku buat pengecualian.
Begini.
Bayangkan kau suka pelangi. Dari waktu kecil lagi kau selalu menonton kartun di televisyen di mana karakternya dapat memegang pelangi, menggelongsor menuruni pelangi, malah ada yang bermandikan cahaya pelangi. Kau juga mahu begitu. Kau juga mahu menikmati keseronokan bersama pelangi. Disebabkan itu, setiap kali kau nampak pelangi, kau menjadi begitu teruja.
Kau berimpian mahu menjadi teman pelangi.
Namun kau sedar sesuatu. Pelangi dengan kau sentiasa jauh. Setiap kali kau nampak pelangi, mesti ada jarak yang memisahkan. Bagaimana mahu jadi teman pelangi kalau sentiasa ada jarak? Bagaimana mahu pegang pelangi, gelongsor turun pelangi dan bermandikan cahaya pelangi kalau pelangi sentiasa jauh?
Jadi, kau buat keputusan untuk menjadi pengejar pelangi.
Tiap kali kau nampak pelangi, kau mesti akan sedaya upaya menghampiri. Kau bersiap fizikal supaya kau boleh berlari laju untuk mengejar pelangi. Kau anggap kalau kau lagi laju daripada pelangi, maka lama kelamaan kau pasti akan dapat kejar juga pelangi tersebut.
Namun kau sedar sesuatu perkara lagi; pelangi muncul terlalu sekejap. Bila kau bersemangat mengejarnya, sedar tidak sedar kau sudah kehilangannya. Makin dekat, makin malap dan seterusnya hilang dari pandangan. Bagaimana kau mahu kejar pelangi kalau kemunculannya terlalu sekejap untuk kau tangkap?
Jadi, kau buat keputusan untuk memahami pelangi sepenuhnya sebelum kau terus mengejarnya.
Dengan gigih kau belajar semua ilmu yang ada berkenaan pelangi. Mekanismenya, sifatnya, keadaannya. Demi impian kau untuk memegang pelangi, bermain bersamanya, dan mandi dengan cahayanya, kau rasa tidak mengapa untuk mengambil masa, bukan sedikit, untuk memahaminya.
Kini kau tahu semua perkara tentang pelangi. Tiba-tiba kau juga tahu tentang satu kebenaran. Kau baru tahu bahawa untuk pelangi wujud, bukan sahaja perlu adanya titisan air di udara dan cahaya putih di persekitaran, malah satu faktor terpenting juga perlu supaya pelangi dapat wujud.
Faktor itu adalah diri kau sendiri. Lebih tepat, mata yang melihat.
Kau mula sedar, selama ini kerja kau mengejar pelangi adalah sia-sia. Pelangi sentiasa berjarak jauh kerana ia perlukan sudut tertentu untuk kelihatan. Kalau kau bergerak, apatah lagi mendekati, sudut akan terganggu dan pelangi akan hilang. Tidak kira betapa hebat fizikal kau, kau tidak akan mampu memendekkan jarak antara kau dan pelangi.
Pelangi juga mempunyai hayat yang pendek kerana mediumnya adalah titisan air di udara. Jika titisan itu berlalu disebabkan angin, ataupun jatuh dek kerana graviti, atau hilang disebabkan kepanasan matahari, maka pelangi juga
tidak akan kelihatan lagi. Dengan atmosfera yang sentiasa berubah, adalah mustahil mengekalkan sesuatu yang sangat tidak senang untuk dikawal.
Juga, tanpa diri sendiri, tanpa mata sendiri, pelangi juga tidak akan wujud. Kerana adanya diri kau, mata kau, barulah cahaya putih yang tersebar dek biasan titisan air dapat masuk ke retina mata dan menjadi pelangi. Tanpa kau yang melihat, pelangi juga tidak akan dapat dilihat.
Kini, kau sedar kau tidak akan boleh menjadi teman pelangi. Ia adalah mustahil. Kau hanya boleh selamanya menjadi pengejar pelangi.
Aku juga begitu.
Aku ada impian. Lelaki seperti aku, apa yang aku ada adalah impian. Namun, baru-baru ini aku dapati satu kebenaran. Kebenarannya, aku tidak akan mampu capai impian aku itu. Ada satu faktor menjadikannya mustahil untuk aku kecap impian tersebut. Ia tiada kaitan dengan berapa banyak aku usaha, tapi tentang norma dan semulajadinya kehidupan bahawa aku tidak akan langsung mampu untuk merealisasikan impian aku itu.
Seperti kau mustahil menjadi teman pelangi, aku juga mustahil untuk mencapai impian aku itu. At least not on this timeline, in this universe.
Tapi secara logiknya aku akan bersedih, kan?
Manakan tidak, impian yang sudah lama aku kejar tapi akhirnya ada satu realisasi bahawa ia adalah mustahil. Secara logik pemikiran manusia, mesti aku akan rasa kecewa, sedih dan murung yang teramat sangat, kan?
Tapi secara jujurnya, aku tak rasa sedih.
Sebaliknya, aku rasa lega.
Aku tidak pasti sama ada aku masih di dalam peringkat penafian, tapi aku betul-betul rasa lega. Selama ini, setiap hari aku akan persoalkan diri sendiri sama ada aku mampu atau tidak untuk mencapai impian aku itu. Boleh dikatakan setiap hari aku memikirkan untuk putus asa, tapi aku tangguh dulu putus asa itu dan terus berusaha. Namun dengan kebenaran tentang kemustahilannya ini, aku sebaliknya rasa lega.
Seolah-olah aku melepaskan tali yang tergantung dan memakan tangan. Lega dari kesakitan bergantung kepada sesuatu. Aku kita seperti jatuh bebas di udara tanpa nampak kelihatan dasar yang pasti. Perasaannya amat lega. Aku tidak perlu lagi berpenat memikirkan jalan menuju ke impian, tidak perlu lagi meronta dengan kegilaan permintaan duniawi yang tidak pernah masuk dek akal. Dapat lepas dari segala lelah yang ada, siapa tak rasa lega, kan?
Kalau aku tahu melepaskan adalah sebegini lega, sudah lama aku lakukan.
It's a closure.
It feels like a closure.
It's a closure.
.
I feel you cEro... dulu aku juga ada impian... banyak impian... ada yang boleh dicapai dengan usaha dan nasib, ada yang memang mustahil untuk dicapai... aku berjaya capai sebahagian impian aku dan ada juga yang aku dah lepaskan dan move on... sehingga sampai satu tahap... asalkan aku gembira dalam hidup aku... itu sudah cukup bagiku.
ReplyDelete>Boss Noob
DeleteThanks Boss.
Ralat ada rasa tapi lega lagi kuat rasanya sebab aku tak perlu lagi bersusah memikirkannya. Yes, aku gembira....rasanya.
It's a good thing to be able to see the positive side of every event, my friend :)
ReplyDelete>plain83
DeleteThanks P. Being positive is easy. Stay positive, is another story. Hehehe
panjang lebar benor analogi kau, cero...
ReplyDeletetapi aku nak komen pendek je..
kau let go something dalam hidup kau,
inshaAllah mungkin jalan akan jadi lebih mudah utk kau gapai pula impian yg lain.. mustahil kita cuma satu impian je dalam hidup ni kan.
>Gee Lion
DeleteSaje je tulis panjang lebar supaya dapat beza dengan orang baca dengan tak baca. Hehe
Harap-harap begitulah.
Dengan tamatnya struggle kali ini, harap-harap ada kebaikan selepasnya :)
Seven degree of separation... hard to face it..tHOUGH cheer up bro..at least u did ur best in chasing ur dream.. better faith will belong to u..
ReplyDelete>Anonymous
DeleteThanks.
Did I do my best? I would like to think so, but i think i just don't be in the right time and at the right place, it's like destiny don't want me to succeed.
Maybe it's time for a new dream..
ReplyDeleteI'm glad that you're not being too hard on yourself. Having a dream is one thing, but being thankful and continuously strive for the best even when nothing seems to go according to your planning is what makes you a strong person.
>Mona
DeleteMaybe. Tapi bukan sekarang kot. Nak lapangkan kepala jap.
hehehe
Thanks Mon. Reality seems so hard to grasp sometimes. I believe in destiny, but destiny seems always not agree with me. Hopefully I'll stay strong until I can think of a new dream :)
kenapa serasa macam sedang melaluinya T__T
ReplyDeleteimpian yang terpaksa dilepaskan sebab sedar mustahil utk digapai...
>sofie adie
DeleteSedang lalui?
Kalau nak berkongsi, aku sudi mendengar (or maybe membaca) :)
impian berubah mengikut masa. Mungkin cero akan jumpa impian baru. Buatlah apa yang cero suka.
ReplyDelete>Amna
DeleteHahaha.
Kalau tak jumpa lagi impian sebenar, bila agaknya nak jumpa ye? Sebab usia dah makin lanjut ni hahahaha
wahh hebat. metafora pelangi sebagai impian. agaknya memang quote 'nothing impossible' tak boleh apply kat impian tu ke? takpe lah. kekadang benda nie bagus supaya sedar kemampuan diri. maybe impian yg satu nie tak terdaya nak mencapai dan akan ada impian lain yg mungkin mampu dicapai.
ReplyDeletekeep moving on~
>BV
DeleteSebenarnya 'nothing impossible' tu true dalam sense satu kelompok masyarakat, tapi sebagai individu agak tak tepat.
Macam yang BV cakap, pointnya ialah sedar kemampuan diri.
Lets moving forward together~~!
aku suka cara kau kaitkan benda. kena.
ReplyDeletebetul, ada benda yang kita tahu mustahil nak dapat yet we still live in denial tetiba mungkin kekuatan baru datang untuk melepaskan. kita takut nak lepaskan sebab kita takut lepas ni takde apa dah yg boleh digenggam. melepaskan mmg memerlukan kekuatan, daya dan strong faith.
i feel you. inshaAllah ada yg lebih besar yg menunggu yang blh digapai.
>NAD
DeleteSuka cara aku kaitkan benda je? Aku tak suka? #eh
Tapi betul sangat. Melepaskan pun perlukan kekuatan.
Lebih kepada perlu hati redha. Kalau tak redha memang susah.
Thanks Nad. InsyaAllah :)
dalam maksud penulisan dan analogi ni =)
ReplyDelete>At-Tarmizi
DeleteHarap bermanfaat :)
Bila kau dah cuba sesuatu dan belum mencapainya, kau berhenti sekejap. Bukan bermaksud kau mengalah, cuma kau berundur seketika. Tapi sekiranya, ia memang mustahil untuk dicapai atas sebab sebab penting, lepaskanlahh ia.
ReplyDelete>Aujinz
DeleteDeepnya Ojin. Hahaha
Tapi betullah. AKu cuma harap tindakan aku melepaskan impian tu satu tindakan yang betul dan tepat.
Buat masa sekarang aku rasa tepat lagi, tapi tak pasti akan datang camne hahahaha
Bila kau dah cuba sesuatu dan belum mencapainya, kau berhenti sekejap. Bukan bermaksud kau mengalah, cuma kau berundur seketika. Tapi sekiranya, ia memang mustahil untuk dicapai atas sebab sebab penting, lepaskanlahh ia.
ReplyDeleteSangat faham isi hati penulis. Saya pernah rasa macam tu. kejar sangat2 sampai terlalu banyak halangan. so ,pengajaran sy leh sampaikan dr pngalamn is even sebelum pelangi, pasti ada hujan, panas, kdg2 ribut.kemudian baru pelangi. pelangi apa? xpasti.
ReplyDeletekita nampak pelangi as we can, tp warna pelangi tu sendiri, dah memang sedia ada. cth-nampak 4 warna. tp sbnrnye ada 7. samalah macam perancangan tuhan.. Dia lebih tau.ada yang dah tertulis tk kita. stay Positive . huhu.
>just Yana
DeleteFaham. Dan sangat setuju.
Perancangan manusia ni, walau sehebat mana sekalipun takkan boleh tandingi apa yang sudah direncana Yang Maha Mengetahui.
Sebagai manusia, nampaknya, kena terbuka dan positif dengan setiap ujian yang mendatang :)