Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 6, 2016

"Kelip Sahaja Mata. Jangan Melawan."



Salam.

Bertemu sekali lagi dalam Siri Angker.

Salah satu elemen utama cerita seram adalah suasana gelap. Suasana gelap selalu dikaitkan dengan waktu malam. Sebab itu kebanyakan cerita seram menjadikan waktu malam sebagai latar belakang kisah. Gelap dan malam selalu dikhabarkan sebagai menyembunyikan 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang tidak diketahui itulah yang menjadikan para audiens (pembaca) cerita seram tidak senang duduk.

Kali ini, aku ingin berkongsi satu cerita daripada seorang kawan yang juga menjadikan bilik study (bilik belajar) di waktu malam sebagai latar belakang cerita.

Umum tahu mengenai Doctor Who, satu siri TV dari Britain mengenai seorang alien pengembara masa. Salah satu spesis makhluk jahat di dalam siri tersebut dikenali sebagai Weeping Angel (Bidadari yang Meratap). Weeping Angel berbentuk seperti patung batu bidadari dengan wajah yang tenang dan bersayap. Tetapi jangan tertipu dengan wajahnya itu kerana dia akan 'makan' mangsa jika mangsanya berada dalam lingkungan dan kelip mata. Weeping Angel hanya akan bergerak dan menghampiri mangsa jika dia tiada di pandangan mangsanya. Untuk menghalang dari serangan Weeping Angel, mangsa perlu untuk tidak berkelip sehingga berada di jarak tertentu sebelum melarikan diri.

Satu hari di sebuah asrama, Faizal berniat untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Walaupun jauh lagi waktu musim peperiksaan, tapi sebagai pelajar berdisiplin, Faizal mahu bersedia lebih awal supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.

Malam itu, selepas jam sudah melepasi waktu wajib tutup lampu bilik iaitu pukul 12 tengah malam, Faizal terus bergegas turun ke bilik study.

"Huh!" Faizal mengeluh.

Sangkaan Faizal sangat tepat. Bilik study langsung tidak berpenghuni. Kesemua rakan sebaya dan pelajar tingkatan lain lebih gemar untuk ulangkaji pada saat akhir, paling tidak itulah anggapan Faizal. Padanya, lantaklah, tiada orang lagi bagus. Boleh fokus.

Faizal mengambil tempat di meja hujung sekali membelakangi dinding. Bilik study bersaiz gabungan tiga bilik dorm memanjang dengan 10 baris meja sebagai susunan. Dari tempat Faizal melabuh, pandangannya luas dapat melihat hingga ke hujung bilik.

Tanpa berlengah, Faizal membuka buku Fizik dan cuba memahami segala yang diajar gurunya siang tadi. Untuk memberi lebih fokus, dia mengeluarkan pemain mp3 miliknya dan menyumbat telinganya dengan fon telinga sambil memasang lagu-lagu pilihan. Trek pertama adalah lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' nyanyian Nash. Klasik, tapi masih menjadi kegemarannya.

Sedar tidak sedar, bilangan lagu silih berganti, jam sudah menunjukkan waktu pukul 2 pagi.

Faizal masih fokus dengan latihan fiziknya. Sekali sekala dia melihat keliling bagi menghilangkan penat tumpuan. Bila mata Faizal melihat ke hujung bilik study, dia ternampak seseorang sedang duduk di baris meja paling hujung.

"Eh, bila pula dia ada situ? Siapa tu?" ujar hati Faizal. Faizal kemudian melihat jam di tangannya. Dua lima minit pagi.

"Siapa yang baru nak mula study pukul 2 ni?" Faizal cuba mengecilkan matanya untuk memfokus wajah lelaki tersebut, manalah tahu kalau-kalau kenal.

"Eh, tak salah tadi dia duduk di meja hujung. Kenapa sekarang dia di meja tu?"

Kedudukan lelaki tadi sudah berada di meja baris kesembilan. Entah bila dia bangun dan berpindah meja.

"Kalau dia nak belajar, kenapa tak nampak ada bawa masuk buku? Duduk tegak je, apa dia nak buat?" Soalan demi soalan berlegar di fikiran Faizal.

Angin di luar bilik study bertiup menghasilkan bunyi desir di tingkap. Pandangan Faizal beralih ke langsir tingkap yang melayang-layang secara tiba-tiba.

"Uh, terkejut aku. Tiba-tiba ada angin, apakah?" Mata Faizal kembali ke arah lelaki tadi. Lelaki tadi kini berada di meja baris kelapan.

"Bangsat!" Menyedari lelaki itu semakin menghampiri, Faizal bertekad tidak mahu melepaskan pandangan mata darinya.

"Bila dia bangun dan ubah tempat? Dia saja nak kenakan aku ke? Adakah itu Sig? Sig saja yang rajin nak kenakan aku macam ni." Faizal mengecilkan matanya untuk melihat siapakah gerangan lelaki tersebut.

"Sig, kau ke tu?" Sig adalah teman baik Faizal di kelas.
"Sig. Jangan main-main, Sig. Pukul dua pagi ni..."

Lelaki itu diam seribu bahasa tidak menjawab. Dari pandangan mata Faizal, lelaki itu sedang tepat melihat ke wajahnya, tapi akibat pencahayaan lampu di atas kepala, Faizal gagal mengenalpasti siapa lelaki tersebut.

Faizal kelip mata kerana terlalu lama melihat jauh. Lelaki itu kini berada di meja baris ketujuh, selari dengan kedudukan Faizal.

"Celaka. Itu bukan manusia. Manusia takkan mampu bergerak sekelip mata macam tu."

Tanpa Faizal sedari, dia telah kelip mata sekali lagi luar kawalan. Lelaki itu berada di meja baris keenam.

"Dia bergerak menghampiri aku bukan sahaja waktu aku beralih pandangan, malah waktu aku kelip mata. Apa patut aku buat? Apa patut aku buat?"

Sekali lagi secara luar kawal, Faizal kelip mata. Lelaki itu kini berada di meja baris kelima.

Baris kelima sudah cukup dekat untuk Faizal meneliti wajah sebenar lelaki itu. Faizal memfokuskan bola matanya dan apa yang dia nampak ialah wajah seram seorang lelaki yang tidak dikenali sedang senyum lebar menampakkan gigi yang runcing diasah tajam.

Faizal terkejut. Dia mahu lari dari situ tapi badannya kaku. Matanya hanya tertumpu ke muka lembaga berwajah seram itu. Dia tidak mampu langsung menggerakkan sendi badannya akibat terlalu takut.

Hanya kelopak mata yang boleh bergerak.

"Aku tak boleh kelip mata. Nanti dia akan datang dekat lagi."

Merah mata Faizal menahan pedih tidak berkelip. Lembaga tadi masih keras tersenyum di meja baris kelima.

"Mata pedih. Kalau aku pejam sekali, dia akan bergerak ke depan..."
Baru sahaja mahu menyusun strategi, angin dari luar meniup masuk ke dalam bilik study menjadikan mata Faizal bertambah pedih. Dia terkelip tanpa disedari.

Lembaga tadi kini di meja baris keempat.

Peluh membasahi dahi dan leher Faizal. Perasaan sejuk datang menjengah seluruh badannya, mungkin itulah yang dinamakan seram sejuk rasanya. Dia panik, tapi kaku. Apa patut dia buat, itu yang bermain difikirannya.

"Kelip sahaja mata kau, Faizal. Jangan melawan."

Tiba-tiba ada suara datang entah dari mana membuatkan Faizal tersentak dari kerusinya dan terkelip beberapa kali.

Selepas itu, hanya jeritan memenuhi bilik study di awal pagi.




Esoknya, bilik dorm Faizal disinggahi Sig.

"Mana Fai? Kenapa dia tidak datang sekolah? Dia demam ke?" tanya Sig kepada salah seorang ahli dorm Faizal.

"Oh, kau tak tahu ke? Warden jumpa Fai pengsan di bilik study. Katanya belajar kuat sangat..." jawab salah seorang ahli dorm.
"Eh, pandai je. Kalau belajar kuat pun takkan sampai rambut jadi putih?"
"Orang kata malam tadi dengar jeritan dari bilik study. Jeritan Faizal kot?"

Sig garu kepala.
"Apa sudah jadi dengan kau, Fai?" ujar kecil Sig.



Selamat mengulangkaji pelajaran semua. Jangan kelip mata banyak sangat, takut ada yang mendekati.





Lagi di dalam Siri Angker #cerolian:

#1 Misteri Jiran Rumah Atas.
#2 Misteri Peristiwa Di Koridor Sekolah.
#3 Misteri Bilik Basuh Blok B.
#4 Misteri Bilik Study Jam Tiga Pagi.





24 comments:

  1. Pelik lah cite anker, tiap kali ada org asing dtg knp mesti tggu lagi, angkat kaki cecepat balik bilik, hahahaha. Sian faizal, terus blonde rambut mcm Storm, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahahaha. Kalau terus lari masa mula nampak, habis cerita laa jawabnya.

      Delete
  2. Apakah ini woiii amboi seram jugak baca pagi2 ni. Mana nak kontrol mata nak kelip. Kelip ke kedip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Itu main point dia. Bukan senang nk kontrol kelip mata. Hahaha.

      Kelip ke kedip? Nice question.
      Kelip, kerdip, gerlip, kedip, kerdip, kersip, kejap;
      Semua bawa maksud yg sama.

      Delete
  3. Masalahnya kenapa rambut putih? Tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Oh, kau tak tahu ke?
      Orang yang terkejut amat sangat boleh hilang pigmen gelap dalam rambut menjadikan rambut bertukar warna cerah?
      Huhuhu

      Delete
  4. weh seramnya kalau cmtu.. siapa yg ada habit sekali kelip mata 5x, mampuih hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Hahahaha. Sekali kelip je terus ke depan mata.
      Ngeri~~~!

      Delete
  5. aku bayangkan rambut die puih cam L..hehehe

    >pu3aan<

    ReplyDelete
  6. Lebih angker jika semua junior2 balik rumah. Senior yg exam je yg stay. Tapi terlihat kelibat junior di bilik yg tiada org. Dh bunyi2 yg sayup2 kedengaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe

      Wow! Plot tu boleh pakai utk siri yang lain.
      Memang seram pun kalau ternampk org yg sepatutnya tak ada. Hehe

      Delete
  7. baca sambil cuba tak kelip mata. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Sampai habis, merah bijik mata dan berair. Huhuhu

      Delete
  8. Mcm biasa nama watak cerita diambil sempena nombor.

    Btw, kali ni agak seram aku baca bila hantu main2 dgn kita. Kurang ajar betul. Penat kot nak tahan kelip mata. Asal si fai tu x main lawa mata je dgn hantu tu..haha...

    Mcm yg lain2 tanya. X faham kenapa rambut jadi putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow power ko analyze :D so aku baca balik siri angker memang ikot number hehe.

      Delete
    2. >Bro Ley

      Bruuhh! Don't spoil the best part. hahahaha
      Nak main lawan mata camne, aku lawan mata dgn manusia normal pun tak mampu lama, apatah lagi nak lawan dgn lembaga muka seram.

      Utk rambut putih, boleh rujuk reply komen aku di atas atas atas atas atas.

      Delete
  9. masa kat hostel aku paling penakut nak stay up, sampai nak tido pun kena pagi tu penat betul2.

    sebabnya baru 2 bulan masuk dah orang cite pasal cite seram HAHAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Aku minggu orientasi, senior dah bawak masuk bilik diorang cerita pasal lagenda keris emas. Siot punya senior. Hahahaha

      Delete
  10. Hmmm... secara umumnya, mata perempuan lagi kerap berkelip-kelipan berbanding mata lelaki. Agaknya sebab tu kot perempuan lagi banyak kes histeria? he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Walaupun memang betul perempuan lagi banyak kes histeria, tapi aku tak pernah dengar lagi lelaki histeria, seolah-olah histeria tu eksklusif utk perempuan.

      Delete
  11. hohohohohoho.... berapa lama boleh tahan mata dari tak berkelip?


    koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Kalau aku, bawah keadaan udara yg still, rasanya paling power pon sampai 30 saat je kot. Perit oo tak kelip mata. Hahahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License