Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 10, 2015

Berjaket Hitam, Berbaju Kelabu.


Salam,

Sabtu lepas aku pergi ke Ipoh balik hari.
Aku pergi dan balik naik keretapi ETS. Hohhooo!!
Itu adalah kali kedua dan ketiga aku naik keretapi,
kali pertama dulu naik keretapi masa balik dari Langkawi.

TERUJA BAQ HANG!!! Tak tidur aku sepanjang perjalanan!!
Malam sebelum tu pun tak boleh lelap sebab eksaited punya pasai.

Tapi keretapi elektrik ni feeling dia lain berbanding keretapi diesel.
Ada sesuatu yang kurang...erm...mungkin sebab kurang bunyi roda dan gandar yang berinteraksi antara satu sama lain, atau kurang bunyi geseran antara roda dan landasan yang seolah-olah mampu membentuk irama muzik yang takkan mampu didendangkan mana-mana ahli muzik yang ada, dan konduktor muziknya sudah tentulah si...
**uhuk uhuk batuk**

..okey. Okey. Control your orgasm.
Mari kita pulang ke landasan cerita yang sepatutnya.

Baiklah.
Ini cerita aku semasa di dalam perjalanan pulang.
Aku patut balik esok harinya (Ahad) tapi atas urusan kerja,
aku kena balik lebih awal dari yang dirancang.
Sorry Mar.
Sorry Ipoh. I'll be back. Soon.



Kisah Keretapi.





Just to be clear aku tak ada fetish terhadap bau.
Cerita ini langsung tidak melibatkan rangsangan seksual atau keberahian.
Seperti yang pernah aku cerita dalam entri ini,
disebabkan aku rabun dari kecil dan aku tak pakai cermin mata,
maka deria aku yang lain jadi sedikit tajam,
terutamanya deria bau, pendengaran dan sentuhan.

Kalian pun mesti pernah mengalaminya;
Bila terhidu emak masak rendang di dapur, kita terbayangkan hari raya.
Bila terhidu bau wangian tertentu, kita teringatkan bekas kekasih kita dan kita jadi rindu (atau benci).
Bila terhidu lavender, kita terbayangkan pengalaman ngeri semasa kita nyaris kemalangan di jalanraya.

Ini kerana bahagian yang memproses deria bau (dipanggil olfactory bulb) adalah sebahagian daripada limbic system
(susah sebenarnya nak BM-kan biologi sebab aku belajar dalam BI).
Bila sebut limbic system, kita akan berbincang mengenai memori dan perasaan.
Dalam limbic system kita juga ada amygdala yang memproses emosi,
dan kita juga ada hipokampus, yang pernah aku beritahu dalam entri ini,
juga berfungsi sebagai tempat memproses memori jangka pendek kepada memori jangka panjang.

Cut the bio facts short,
deria bau sangat rapat dengan fungsi memori dan perasaan (emosi).

Back to the story,
sebab itu bila aku mula bau sesuatu yang dikatakan 'mengingatkan saat manis',
tambahan lagi dengan suara yang 'menggamit memori indah',
aku jadi curious untuk memenuhi tuntutan suapan visual;
aku mahu melihat wajah dia.

Tapi seperti ada kuasa yang Maha Besar sedang menghalang aku,
walau bagaimana aku cuba, aku tetap tidak dapat melihat wajah dia.
Tanpa wajah, ianya seperti tidak lengkap.
It's like that missing final piece of a puzzle,
you can never see the whole picture without it.

Tapi aku optimis.
Bak kata orang, kalau ada jodoh tak ke mana.
Kalau ada jodoh aku untuk bau dan dengar lagi memori itu,
apa aku perlu buat ialah tunggu, kan?

Seperti keretapi yang sentiasa ke hadapan,
life must go on.




.


67 comments:

  1. Hmmm kalau gua jadi lu kan, gua tarik je rambut beliau. bukan setakat bau, dapat tengok rupa, malah dapat rasa penampar sekali, hahahaha worth it lah kan dalam kes di atas :p

    Indeed, bau berkait rapat dgn emosi. pernah satu waktu dulu masa tgh nak final exam second year, gua clash dengan bf pada MALAM final exam. Esoknya gua jawab exam dengan hari yag patah. Tengah sedap jawab exam tetiba makhluk mana entah yag pakai perfume yang sama dgn ex gua tersebut.

    Lalu gua pun bernasyid dalam hati: di hati ini hanya tuhan yang tahu~
    Tapi yang paling gua rindu adalah bau jerami yang terkena embun di awal pagi. Pagi minggu di kampung, bukak tingkap dan bau tersebut menerjah hidung, segar, nostalgik. priceless...

    Oh the good news is: gua tak perlu repeat mana2 paper.kahkahkah! Eh panjang pulak komen ni, boleh lah gua ambik buat entri nanti bila bosan, wkwkwkwkwkhdjfhsj

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahaha.. Bau ex aku lain dari yang lain. Aku rasa aku tak jumpa lg orang lain yang bau cam dia. Wow, now I kinda miss him. Thanks a lot Zyra..

      Delete
    2. aku ske idea tu. tarik rambut and buat tersalah org. ahahaha. pastu leh wat story yg dia mirip ex. AGAGAGA.. and the story continue to ravel.

      Delete
    3. maybe ex hang tu super something kot Dea Day, aku just teringat ex selama seminggu lepas clash lepastu tak ingat2 dah sampai harini. gagagaga maklumlah cinta monyet kut.

      lelaki sejati takkan clash dgn makwe malam final exam, take note guyssszh

      Delete
    4. Oit oit oit...
      Apa cerita pasal ex-ex nih?? Hehehe

      Tak berani plak aku nak tarik rambut dia. Lagipun tak terfikir plak nak buat macam tu. Aku ni jenis yg bukan spontaneous action punya. But I'll write that idea down. Maybe next time boleh guna. Hehehe

      Delete
  2. How sweet Cero! BTW, ko belajar Bio lam BI? Maksudnya ko lagi muda dari aku?! Wow, aku rasa veteran sangat.

    Aku rasa memori bau lebih kuat dari memori visual. Bagi aku la. Tak tau orang lain cane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cEro muda dari Dea dan Dea muda dari gua, habis gua ni apa? Makhluk purba sezaman dengan dino? Sniff..

      Delete
    2. Hey geng, apa kata korang disclose korang punya year of birth. Aku curious pulak nak tau omo masing-masing.

      Me first. 1989

      Delete
    3. (OAO) okay. u looks young la zyra roxx!! aku sebaya deaday. XD

      Delete
    4. nasib baik aku muda remaja lagi.. koh koh koh

      Delete
    5. Aku paling tua, lahir 1783. Ratus2 seh umo aku... steady je, kahkah...

      Delete
    6. @Dea Day
      Aku belajar dlm dua2 bahasa.
      BM masa sekolah, BI masa tertiary. Since bio masa sekolah tak berapa menyeluruh, so aku lagi dekat dgn bio dlm BI. Hehehe

      Delete
    7. Btw,
      aku tahu umur Zyra.
      Aku tahu plain lahir tahun berapa.
      Aku tau Day dgn Yus sebaya tahun 1989.
      Yg paling misteri ialah Abam Ojin kita...hehehe

      Delete
    8. eseymen.. Sorang pun taknak disclose tahun kelahiran.. Camni aa korang.. Camni aa..

      Delete
    9. @Dea Day
      Bukan tak nak Day, tapi segan laa...
      Dah berkedut muka berjanggut putih dah ni...nanti korang panggil pakcik plak...hahahah

      Delete
    10. Plain punyer year of birth dah terang2 kat situ.. XP

      Delete
  3. gila ah bio facts kau, satu level dengan neuroanatomy lecture hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Haaaahh. Perli laa tu...hehehe

      Delete
  4. nice flow weh cte nie. aku leh relate. XD

    Time sekolah dlu ske bau bedak dashing! boys yg pkai confirm aku label cool tanpa discrimination. LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yusro Yusoh
      Time sekolah dulu Dashing mmg trend ooo..
      Sape pakai memang kira hensem habis arr...hehehe

      Delete
  5. fuhh fuhh berkaca hati aku baca entry ni. kalau kau berani ko buat2 terlanggar je dia masa dia duduk depan kau. mesti otomatik dia akan toleh wahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. @EZAN IDMA
      Memang tak sempat nak buat apa-apa pun.
      Timing selalu tak kena.
      Last2 hilang dr pandangan macam tu je...
      Sedih~
      T_T

      Delete
  6. Aku faham perasaan cEro. Kalau aku tak dapat suapan visual pun, rasa macam menyesal gak.

    Aku selalu tergamit memori bila terbau hujan dan bunyi hujan atas atap zink. Dah bertahun aku tak dengar bunyi hujan atas atap zink. huhuhu...buatkan aku rindukan kampung halaman di mana rumah kampung aku berdindingkan kayu beratapkan zink.. huhuhu...



    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah balik kampung saya raya nanti *tetiba*

      Delete
    2. @Aujinz
      Waktu hujan memang selalu sangat teringat dekat memeori2 lama...heheh
      Tapi macam kau, aku pun terindukan bunyi hujan atas atap zink. Laa ni kampung aku dah upgrade, atap dah tak zink dah, tu yg bila hujan dah tak dengar dah bunyi air menghentam atap zink tu...huhu

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Nak ikut!
      **potong line Ojin**

      Delete
    4. Zyra Roxx: Baiklah... saya follow... koh koh koh

      cEro: rumah kampung aku dulu rumah lama. Dinding kayu pun lama tapi jenis kayu keras punya. Bila kena hujan dan basah, bau dia sangat sangat special... sampai sekarang aku boleh ingat lagi walaupun dah lama rumah tu upgrade jadi dinding batu.. wuwuwuwuwu

      Delete
    5. @Aujinz
      Sedih arr upgrade-upgrade ni...
      Buat hilang essence kampung je...huhu

      Delete
  7. Arggghhhh
    Emosi aku pun turut terdera baca. Curious gila nak tahu siapakah gerangan wanita tu. Kalau aku kat situ, aku dah marah suh hang kejar dia. Argghhhh kenapaaaa!

    Sorry cEro, ter emo pulak. Apapun semoga kau jumpa balik pemilik bau, dan suara tersebut.

    *lap air mata* Rasa macam drama tv pulak. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      In rare occasion kot baru aku boleh terjumpa balik.
      I don't know, luck never on my side...hehhee
      Tapi aku potimis, aku tak berputus harap. Hehehe

      Delete
    2. Hahahah jenuhla aku fikir potimis tu apa, pesimis + optimis ke XD
      -Star-

      Delete
    3. ahahahaha.. Anon win this round

      Delete
    4. I stand with my potimis...WAHAHAHAHAHA

      Delete
  8. Oh, ko kira gentleman gak la cEro. Bagus bagus. Percaya dak kalau aku cakap, ada sesetengah girls akan rasa annoyed bila dia notice kalau ada guy stranger yg dgn sengaja lalu depan/tepi dia dan kendian purposely toleh muka, utk tengok muka girl tu semata-mata? Akan jd lg awkward bila at that moment, pandangan mata bertembung, dan muka girl tu serious, dgn pandangan mata yg tajam membalas pandangan. Haha. Aku meluat dgn keadaan mcm tu. Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Ini kes selalu kena arr nih? Hehehe
      Aku takkan buat sesuatu yg aku sendiri tak suka kalau kena dekat aku.
      Kalau betul2 nak kenal ke hape, more proper ways kan ada.
      Lagi baik approach, lagi baiklah outcomenya, kan?
      Hehe

      Delete
  9. Replies
    1. @Boss of Noob
      Sabar, Boss.
      Kalau ada jodoh tak ke mana...hehehe

      Delete
  10. Kenapa ko tak tegur je.. Kalau salah orang, just say sorry..
    Ayat cliche nak mengorat kan?
    Hak3..

    Kes deria ko mengingatkan aku pd neuro linguistik programme & personality.
    Hurmm.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Gilo nak tegur takde sebab...hehehe
      Tak berani laa nak tegur2 takde sebab ni...
      Tak pandai sangat nak ngorat...hehehe

      NLP tu aku pernah dengar. Best ke belajarnye??

      Delete
  11. sedihnnya cerita kau ni cero. aku faham kekecewaan kau.....bila harapan x kesampaian....Bertabahlah cero, aku doakan kau jumpa dgn dia gak satu hari nanti.

    #pray4cero

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Alaa, no big deal pon sebenarnya.
      Cuma nak mention yg tak puas hati bila dapat bau, dapat dengar suara tapi tak dapat tengok muka...hehehe

      #pray4cero

      Delete
    2. I know that feel brudah.. sebab aku pon kalau dah tercium bau yang aku selesa, aku seboleh mungkin akan cari dari mana sumber dia. be it a person or a place or something else. deria bau aku memang lebih tajam berbanding deria yang lain. dan aku suka bau yang buatkan aku tenang & selesa.

      mana tau pasni ada jodoh, you got another chance to sniff that scent. #pray4cero #keepmovingforward

      Delete
    3. @Haryz Khairuddin
      finally ada yg faham tentang tuntutan suapan visual. Hehehe
      Pada aku at least biar aku nampak dari mana datang bau tu.
      Tapi malangnya tak berjaya nak tengok, so apakan daya...hehehhe

      Delete
  12. cerita ni terasa macam nak bersin, tapi bersin tu tak jadi..so kita frust..
    jadi mcm tak lepas..urghh..

    -kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kartunster
      Kannnnn???
      Perasaan dia macam tak cukup, tak puas, tak puas hati, tak boleh terima realiti...hahahahah

      Delete
  13. Ko ni mmg talented ek bila menulis cerita, ada flow yg buat org tertawan(?) (at least me) utk terus baca nak tau apa jadi seterusnya,tapi mengakula,part bio tu aku kinda fast forward =P. I wonder kalau bercerita secara verbal pun ko ckp cmni ke haha.
    Well,even if kau tak jumpa lagi bau n memori tu,i wish u'll find something even better. ^___^
    -Star-
    (maleh nak sign in gmail)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Star
      Bila dah lebih sepuluh tahun kau hidup dlm biology, semua benda kau nampak dr sudut sains. Hehehe.
      Aku akan keluar facts2 camtu bila aku berbual dgn orang yg aku rasa rapat dan boleh ngam je...
      But itulah, some people tak suka bila aku celah2 sikit fakta bio.
      Maybe aku kena kurangkan sikit kot...be more,....normal (?)

      Delete
  14. frustnyaaa xdapat tgk muka dia! sapakah gerangan orangnya ekk..tah tah adalah seseorang yang mmg menggamit memori awak....baca entri ni macam baca novel tergantung plak!sakit hati dengan endingnya!hahahha...

    salam kenal...singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sue sue
      Hai Sue,
      rasanya dia bukanlah seseorang yg aku kenal, or pernah datang dlm hidup aku dulu...
      Tapi disebabkan tak dapat nampak muka tu yg rasa sangat tak puas tu...hehehe

      Delete
  15. sweetnya.. macam cerita cinta je hehe.. insyaallah.. kalau ada jodoh, tak ke mana.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sabrina SA
      Rasanya cerita dia ni sampai kat sini je kot...
      Berapa peratusan boleh jumpa dgn orang yg sama di bawah keadaan yg berbeza? Mesti rendah kan?
      Hehehe

      Delete
  16. Think from a different side of the fence, kalau nampak muka nanti, takut terhampa plak...huhu..

    Bau sabun basuh mengingatkan aku ngan citer2 kartun yang aku selalu tengok pagi2 sabtu and ahad...buat aku rindu kat umah..hohohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Hahaha...Betul jugak tu. Maybe ada sebab tu aku tak dapat nak tengok muka dia...hehehe

      Pagi sabtu ahad selalunya aku diingatkan dengan bau roti canai. Heheh

      Delete
  17. cEro! terima kasih sudi datang majlis kitaorang dan maaf sebab tak sempat nak bersapa mesra! - Hana Ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hana Ahmad
      Hai Hana, terima kasih utk majlis yang best.
      Makanan sedap, hiasan lawa. Pengantin pun eye-catching...heheheh
      Yang paling penting ialah kicap jalen sbg doorgift memang 'rare'...hehehe

      Ada peluang nanti kita bersapa mesra lebih lagi.

      Delete
  18. Setujulah pasal kaitan bau dengan memori tu. Ada sekali tu terbau tomyam sebiji macam tomyam Mama saya masak. Walhal takde orang pun masak tomyam masa tu. Terus teringat dekat hari-hari yang Mama saya masak tomyam. Lepas tu, emo sorang-sorang kat sini dan mengidam tomyam yang Mama saya masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Alaaa, syahdu pulak aku baca Farah terkenangkan tomyam Mama.
      Takpe, simpan perasaan tu. Nanti bila dah balik sini pekena tomyam Mama sampai kembung...hehehhe

      Delete
  19. Pergh..adakah ini cinta? Walauweehh~

    See? Ada keberuntungannya ko p Ipoh last week Kan? Pasal terpaksa pulang awal tu takpelah. Nak buat gane. Kalo ko pulang dengan kami, ko akan sampai rumah pukul3 pagi weh. Jem giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Haha, confirm bukan cinta. Just tak puas hati tak nampak muka...hahhaha

      Tapi Mar, tak puas arr gi Ipoh. Kena panggil masuk kerja plak, geram betul aku. Baru fikir nak jalan2 sana. Kawan aku yg kata nak jumpa tu pon jumpa tak lama.

      Jom pegi Ipoh lagi, jalan2 :)

      Delete
    2. haha. jom! u set the date. aku suka je bab jejalan ni weh. asal ada member sekaki, semuanya on. InshaAllah.

      ^_^

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Nanti kita bincang lain.
      Yang pasti paling dekat pon lepas raya laa...hhehehe

      Delete
  20. laa... cero ke yg duduk blakang saya dlm ktm aritu? ahahahaha... k, gurau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Eeeehhh?? Amna ke yang duduk depan saya tu?? Hehehe

      Delete
  21. pergh dramatik~ suspen btl nk tau ending..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Sampai sini je rasanya...
      Tak ada ending pon...hehehhe

      Delete
  22. woahh lama betoi aku tak drop komen.
    amygdala.. hipokampus.. aku baru ni jumpa word tu cero =P

    mcm drama. apsal lah kan cenggitu endingnye tu?
    cer la kalo dpt tengok muka dia haaaaaaaaaaaaaa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Welcome back Ana.
      Selamat hari raya :)

      Rasanya takkan dapat tengok dah muka dia. Kalau nampak pun mesti tak tahu siapakah gerangan orangnya...heheheh

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License