Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 27, 2015

Bukan Marimo.


Salam,

Asalkan manusia, dia mesti ada kelemahan.
Aku manusia, maka aku pun ada kelemahan.
Inilah salah satu kelemahan aku...






Okey,
bukan silap Festival Belia yang susah nak jumpa.
Tapi salah aku yang tak mampu nak jumpa Festival Belia.
Hahaha.


I am self-proclaimed great map reader.
Aku boleh baca peta tanpa masalah. Kacang je. Petik jari.

Tapi bila masuk bab mengingat arah dan jalan, aku GAGAL.

Bayangkan,
sehingga ke hari ini, beratus kali sudah aku berulang dari Kuala Lumpur ke Shah Alam selaku rumah kedua aku.
Tapi sampai sekarang, aku susah nak hafal jalan ke sana.
Aku boleh sampai ke Shah Alam hanya kerana adanya papan tanda.
Cabut papan-papan tanda itu, maka tak sampailah aku.

Ianya lebih mencabar bila tempat tu guna sistem nombor untuk seksyen (seperti di Shah Alam dan Petaling Jaya) atau presint (seperti di Putrajaya).

Secara logik,
selepas 13 mestilah 14,
maka Seksyen 13 sepatutnya bersebelahan dengan Seksyen 14.
Pergi ke Shah Alam dengan pemikiran itu, kalian akan digelak.
Di Shah Alam,
nak ke Seksyen 14 dari Seksyen 13, kita kena lalu Seksyen 9 dan Seksyen 10 dulu.
Itu belum cerita berapa banyak roundabout yang perlu ditempuh.

Sama macam Putrajaya.
Cuma Putrajaya kurang bulatan, tapi banyak lampu isyarat.

Memang dari kecil lagi aku sedikit lemah dengan arah dan jalan.
Kanan dan kiri pun selalu keliru, ambil masa untuk loading.

Ada satu bahagian dalam otak kita yang dipanggil hippocampus (BM = hipokampus).
Di situ terdapatnya sel neuron yang dipanggil grid cells dan place cells.
Kedua-dua sel neuron ini bertanggungjawab dalam simpanan memori berkenaan arah dan jalan.
Mereka yang kerap menggunakan sel neuron ini akan menjadi sangat hebat dalam mencari arah dan mengingati jalan.

Maknanya,
penyelesaian untuk si kaki sesat macam aku adalah dengan kerap menggunakan grid cells dan place cells ini.
Dengan kata lain,
aku kena kerap keluar berjalan-jalan.

Tapi...
kalau aku kerap keluar berjalan-jalan,
maka aku juga akan kerap sesat.

So, macam mana?
Ada sesiapa nak keluar dengan aku? **tetiba**




.


62 comments:

  1. lah, apasal ko tak ambil jalan belah kanan tu cEro? hehehe..

    kelemahan mengingati jalan selalunya, lazimnya penyakit orang perempuan. entah banyak angin kus2 kot. yg ko ni biar betik.. takpelah, maybe nanti ko dapat partner yg sifatnya opposite dgn ko kot. haaa camtu senanglah ko nak bawak jalan2, ye dop? eh ke situ pulakkkk..

    ko tak try tengok belon angin dia yg besar tu ke? dari jauh boleh nampak terawang2 kat udara tu.. itulah, taknak bertanya kan dah sesat jalan.. *tazkirah tetiba*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Nak cari signboard ke 'syurga' tak jumpa lagi...
      Tak cukup amalan...hahaha

      Tak salah aku, perempuan dah memang hard-wired secara biologi utk tak boleh ingat jalan sbb dr segi evolusi memang itu bukan peranan utama perempuan. Mungkin dlm hal aku ni, aku tak berapa nak selalu guna kemahiran tu jadi akan tumpul bila nak guna. Harap2 partner aku kaki jalan...hahaha

      Memang ada belon angin tu, tapi dah sampai baru aku perasan.
      Sebab bila bawak moto, darjah pandangan jadi sempit, mana nak nampak dah belon atas kepala...hehehe

      Delete
  2. gua pun lemah bab jalan ni especially malam. tapi kalau dh selalu lalu gua akan ingat. tp kalau kat kl gua rasa gua akan berhenti tetengah jalan dan tido sbb i hv no idea waht i'm doing, guhu.

    kalau g kl pun abg ipar gua yg ambik, gua cuba ingat jln ke rumah dia. kanan kiri kanan kanan lagi kiri flyover kiri kanan.. arghh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa cam dah komen tadi tp x kluaq plak..

      jomla berjalan2 beramai2, bak kata cEro untuk mengatasi problem inii.. Hahaha, sebab aku pn ada masalah yg sama..

      Delete
    2. haha gua okey je. tp memandangkan gua warganegeri penang, tak dpt la membantu satu hapa pun melainkan jln2 semata-mata UvU

      Delete
    3. Zyra duk Penang.
      Lee-kun duduk mana?
      Jom outing KL jom!
      Zoo!

      Delete
    4. Malangnya......aku duk kelantan.. QAQ

      Best tuh, x pernah lg sampai Zoo negara.. QAQ

      Delete
    5. @Lee-kun
      Alaaa, Kelantan-KL kan 45 minit je (flight)...hehehe

      Delete
  3. Aku dulu pernah mengalami masalah yang sama, tapi sejak ada kewujudan GPS ia telah menyelesaikan masalah aku. Cuma kalau bawak motor susah sikitlah nak pakai GPS huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh. 3 orang komen pada minit yang sama.

      mindblown.

      Delete
    2. @Prince of Noob
      GPS masa naik moto selalunya aku pakai earphone dari henfon, dengar arahan direction je.
      Dulu pakai henfon Nokia, dia punya GPS pakai satelit, so feed dia laju dan on time.
      Laa ni pakai Samsung, GPS dia a.k.a Google Maps kena pakai data network, so kalau pergi tempat terpencil memang lembab laa data nak connect.
      Waze tak instal, sebab memori phone dah penuh...huhuhu

      Delete
  4. Y U no tell me you wan to join dis FB. hahahaha.... jangan kate ko bro, aku yg tinggal tak berapa jauh dari Pj pun tak berapa nak ingat precint mana precint mana. Tapi kalau sesat tetengah Putrajaya aku boleh keluar, masalahnya kalau aku sesat kat pinggir Putrajaya, memang aku marimo laa kat situ.. kakakakaka...

    by de wei, dari dulu lagi aku tak minat tempat crowded.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeeyyyhh, aku pun x suke tempat crowded..hahaha..

      Delete
    2. sama la, aku pun tak suka tempat crowded. aku akan elakkan selagi boleh ;3

      Delete
    3. cer hempa perati paper yang cEro tgh baca tu. Kakaka

      Delete
    4. Hahahaha, Aujinz smooooothhhh..! Nampaknya, ada benda cEro x puas hati ngan Aujinz neyh..! XP
      May the best man win.. UvU

      Delete
    5. @Aujinz
      Actually, tempat yg aku boleh sampai dekat Putrajaya ialah Alamanda je. Tu pon sebab dia ada signboard. Hahaha

      Aku pon tak minat crowded place, tapi hari tu datang jugak FBP ni sebab nak kena jumpa orang, turns out orang yang nak jumpa tak ada di tempat perjumpaan. Awkward jugak tgk anak-anak muda terlompat2 keliling aku...hahahaha

      Delete
    6. @plain83
      Crowded place ni, aku suka perhati gelagat dari jauh je. Nak campur memang bukan aku. Hehe

      @Zyra Roxx
      Hahahaha, perasan jugak korang kan?
      Sebenarnya dah banyak dah hidden messages aku selit dlm lukisan aku sebelum2 ni, tapi sangat sikit orang yg betul2 perasan...hahaha

      @Lee-kun
      Hehe, mana ada laa. Friendly rivalry je pun. Aku tahu Aujinz orang macam mana...hehehe

      Delete
  5. Aku pergi shah alam arituh utk interview..hmmmmm...xyah r citer malas..

    Hahahaha, samela ngan aku tambah2 kalau sistem jalan raya kotak2 macam new york.. Aku pun survived sbb papan tanda..kalau takdak, mungkin aku akan berpusing2 jela di tempat yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngahaha haritu gua pergi hantar anak buah ke uitm s.alam.
      memang susah dan hanya ikut waze semata, kakak gua area damansara je cekap. Gua tanya betui ke jln ni? Dia jawab ikut je la cakap bf adik tu? BF??

      (BF gua adalah waze yang bersuara jantan) lalu kami pun berhuhuhuhu

      Delete
    2. @Lee-kun
      Memang nasib baik Shah Alam banyak signboard dan signboard dia jenis yg mudah faham, kalau tak menangis aku tak dapat keluar dari Shah Alam...hehehe

      Laaaaa, cerita laa cerita interview!!

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Aku tak pernah guna Waze.
      Some say waze kekadang sangat tak membantu, terutamanya bila masuk kawasan luar bandar.

      Cuba cik adik review sikit waze secara ringkas supaya kita berhuhuhuhu

      Delete
  6. btol tu..kdg guna map dan real punya lain.. lagi2 klu jalan banyak cabang..area kl ok lg klu shah alam putrajya mmg xsmpai kot klu drive sndri..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Noorsha Muhamad
      Betul!
      Guna map lain, even pandu kereta dan tunggang motosikal pun rasa lain jalannya.
      KL at least pusing2 akan datang tempat sama, tp kalau Shah Alam or Putrajaya, salah pusing maka jauhlah kita terpesong...hehehe

      Delete
  7. hoho yang duk area sendiri pun leh sesat.
    aku yg jarang balik tmpt sediri ni cmna la agak2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Hahaha...
      Aku yang duduk lama pun boleh sesat jugak,
      yang baru nak datang rasanya mesti lagi sesat dibuatnya...heheh

      Delete
  8. aku rasa zaman sekarang ni dah hampir semua orang yang tinggal di bandar2 besar yg pesat berkembang plus sibuk memang bergantung pada GPS... lagi2 orang luar yg kena kerja dan menetap di sana, kalau takdak GPS memang boleh sesat punya... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Macam yg aku reply dekat Boss Noob di atas,
      GPS dgn rider sekarang tak berapa nak friendly.

      Dulu GPS pakai satelit feed, so ianya on time feed.
      Laa ni GPS pakai data network, so kekadang bila speed telco provider tak berapa nak mantap, maka beacon kita dlm maps tu boleh jauh menyimpang dari yang sepatutnya dia tunjuk.

      Sebagai rider, aku guna GPS pakai arahan suara je,
      so on-time punya arahan sangatlah penting.
      Jadi, GPS utk aku sekarang tak berapa nak membantu...hehehe

      Delete
  9. nak ingat bulatan kat shah alam, ingat pokok yg dia tanam..tetiap bulatan dia ada specific pokok.
    aku cuma jumpa alamanda je masa awal aku ke putrajaya, presint lain hampeh nak ingat jalan, kalau bawak sendiri lagi teruk, kalau jadi co driver tu boleh laa lagi ingat. dalam pada duk ingat pun boleh lagi pusing lima eman tujuh kali sampai muak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Gah gah gah!
      Tak ada kerja plak Cik Mashy oi kau nak menghafal pokok dekat bulatan Shah Alam ni...
      Sifir lapan pun aku tak hafal, tekan kalkulator je...heheh

      Macam aku, pergi 100 kali pun tak tentu lagi aku hafal jalan...hehehe

      Delete
  10. hahaha. first time datang blog ni.

    btw, saya kalau duduk shah alam atau area kolumpo.. konfem stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Izzati Amira
      Selamat (first time) datang sini. Singgah laa selalu.

      Kuala Lumpur area Damansara memang selalu kasi stress...Jalan dia sangat tak membantu, terutamanya signboard...hehehe

      Delete
  11. hahahah ayat last skali best... aku plak senang ingat jalan.. bagus x? *bragging* kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Ayat last tu ayat cuba nasib...hehehe #BroCuba

      Alaaaa....jangan laa brag senang ingat jalan dengan aku yang tak berapa nak senang ingat jalan ni...hehehe

      Delete
  12. pehh confirm sesat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Afiqah
      Sesat jumpa jalan pulang tak apa lagi.
      Jangan sesat tak jumpa-jumpa jalan sudahlah...hehehe

      Delete
  13. Hahaha...aku pun ada weakness ni jugak. Ape2 hal gps je la skrg ni. Aku kalau nak ingat jalan memang kena kerap lalu jalan tu. Takat sekali dua memang blur la.

    Memang nak kena selalu jalan la nak atasi weakness ni? Aku memang malas skit jejalan xde benda nk buat. Lg byk jalan lg la byk kali sesat kan. So, kau nk jalan dgn aku x? Boleh sesat sama2. Ada member.....kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      GPS dengan penunggang moto agak tak friendly. Voice direction dia tak berapa nak on-time, lagipun laluan motosikal tak berapa nak masuk sgt dlm maps kebanyakan GPS...hehehe

      Tu masalahnya.
      Nak atasi weakness ni, kena selalu keluar jalan.
      Tapi kalau selalu keluar jalan, maka akan selalu sesat.
      Bila sesat takut ooo...
      Tapi kalau ada member sesat kurang sikit arr takutnya...hehehe

      Delete
  14. Aku senang ingat arah dan jalan kalau tempat tu dah hari2 lalu dan tempat tu aku suka pergi so mmg sng ingat lah kan.lagi pun aku jenis suka drive sorang2.boleh mengelamun.boleh tgk byk kete.boleh maki siapa yg x bg signal but at the same time tak lupa jalan dan arah.lol panjang aku komen k bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Memang rare kalau ada perempuan yg tak ada masalah sesat2 ni...hehehe
      Aku pon suka kalau drive sorang2, sebab kalau ada orang rasa macam nak kena memandu dgn berhemah, kalau sorang2 boleh je nak maki hamun siapa-siapa yg buat taik atas jalan....hehehe

      Delete
  15. Aku tak konfiden nak jalan area Shah Alam/KL tgk signboard je,mesti on gak Waze utk keselamatan. Walaupun dah banyak kali gi rumah kakak aku kt Ampang dr Shah Alam,tetap tak ingat haha.
    Waze sgt membantu,esp dia tolong cari jln paling tak sesak. Dan henfon aku boleh set nak track location pakai GPS,wifi n mobile data. Selalu GPS jelah nak save battery.
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      Hahaha...Naik kereta boleh laa nak GPS ke waze ke...
      Aku naik moto ni payah. Nak cucuk earphone pon kekadang tu dengar angin je kuat. Hehehe

      Delete
    2. Aku suggest Waze sebab tu jelah yg aku pakai haha. Tak terfikir utk penunggang motosikal pulak,selalu jd pembonceng je utk motor. So,memang caranya kena selalu lalulah kot? Kena ajak org lain utk tunjuk jalan. Good luck! lol
      -Star-

      Delete
    3. @Star
      Hahaha...
      Nampak gaya kena polish skill merantau aku ni kasi tajam-tajam...heheh

      Delete
  16. Saya suka baca dialog komik yang dlm gmbr tu lawak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nabihah Arrose
      Saya pun suka baca dialog komik sendiri....ehh???

      Delete
  17. hahaha..kenapa ko tak rajin nak bertanya orang? FBP itu hari dekat depan PICC tu ha. ko p cari PICC, cari deretan bendera, jumpalah FBP di seberangnya.

    jom p jalan Ipoh, wiken ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Hahaha...Aku ada tanya, tapi macam aku cakap laa, spatial skill aku tak berapa nak mantap sangat...Orang kata kanan aku pusing kiri...hehehe
      PICC aku dah nampak dah, tp aku ada dekat seberang jambatan yang dia tutup bahagian PICC tu. Utk masuk ke FBP, aku kena pusing dua presint, so dekat situlah aku sesat sampai balik tu..huhuhu

      Delete
  18. tetiba nampak ada Aujinz Smooth dalam paper.

    Laa, naik public transport je pi Putrajaya, naik LRT , ERL konfem tak jam. Pastu naik bas shuttle, mesti tak sesat. Kesian pulak hang cEro, semangat tu dah ada, tak pe lah next year ada lagi, #kipidap.

    Boleh je kuar jalan sengsorang, asal rajin bertanya tak de la sesat. Tapi best jugak kalau sesat. Aku rasa bila sesat tu kita akan rasa lebih independent, and tahap kebergantungan kat diri makin tinggi dan bila jumpa jalan keluar kita akan rasa puas hati and rasa bersyukur and at the same time "Pehh, imma survivor!".Eh?

    Tapi kan, zaman teknologi ni, orang selalu guna Waze je. Unless jenis tak langgan internet pasai handset cikai, macam aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Naik public macam tak fefeeling sangat...hehehe
      Lagipun semangat ad hoc tu yg buatkan aku naik moto je tu...hahaha

      Tapi memang betul, bila dapat keluar dari 'kesesatan', rasa macam dah tak ada halangan yg tak boleh aku tempuh dah...hehehe
      Tapi esoknya sesat balik...hahahha

      Waze susah laa nak guna masa naik moto...huhuhu

      Delete
  19. aku ni pon manusia yg jenis akan sesat kalau kena masuk area yang aku tak familiar. dan aku rasa aku je manusia yang x pandai guna waze , GPS atau yg seangkatan dengannya. selagi boleh elak, aku mmg akan elak kena pegi tmpat2 yg aku tak biasa. tapi tu la hurmm aku teringin nak pergi Floria Putrajaya! tapi nanti konfem aku sesat :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      AKU PON.
      Tapi selalunya sebelum keluar ke tempat yg aku tak biasa, aku akan study dulu guna Google Maps sebab almaklumlah kemahiran abaca peta aku sangat tip top...hehehe
      Floria Putrajaya ada dekat tempat yg sama dgn tapak FBP tu kan??
      Nak gi laa nanti...hehehe

      Delete
  20. Jalan kat Putrajaya memang pusing-pusing sikit kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Betul!
      Bila masuk kiri dekat simpang empat, kita akan keluar dekat belah kanan simpang empat yang sama...heheh

      Delete
  21. kalau kita keluar bersama, kita sama2 sesat. hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Tapi kalau kita keluar bersama, kita sesat sama-sama berdua, still a win.
      Hehehe

      Delete
  22. tetibe aku nak komen last skali tu je. pikap line nampak? bahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ye pun puan Ezan, janganlah komen sampai 2x. kikikiki

      Delete
    2. @EZAN IDMA
      Hehehe...Tapi takde sape mengena pon ezan...wahahahah

      @~* chirpy_chummy *~
      Hahaha, itu namanya semangat!

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Mana jual mahal Mar...
      Jual murah pun tak laku...hehehe

      Delete
  23. tetibe aku nak komen last skali tu je. pikap line nampak? bahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License