Semalam 5 Mei.
Bila menghampiri tarikh tersebut, mood aku semakin menyusut.
Hujung minggu panjang aku, banyak dihabiskan merenung dinding putih kosong bilik.
Aku teringatkan satu kisah mengenai seorang kawan.
Dia suka berlari.
Seminggu paling kurang dua kali dia akan ambil masa ke taman tasik berdekatan hanya untuk berlari.
Hampir setiap maraton dan acara larian yang dianjurkan sekitar sini akan disertainya.
Bila ditanya apa hobi dia, tanpa tangguh dia akan menjawab, "berlari".
Satu hari aku terserempak dengan dia di pekan.
Bersalaman, bertegur sapa, lalu aku tanya,
"Tak berlari ke?"
Aku tahu itu soalan bodoh, sebab sudah nyata aku nampak dia depan mata berbaju kasual di pekan.
Sudah tentu dia tidak berlari.
"Tak. Dah sebulan aku tak lari dah."
Jawapan kawan aku itu membuatkan aku terkejut.
Ya, aku tak berlari hampir tiga tahun, tapi itu biasa. Aku pemalas.
Tapi kalau kawan aku ini yang dicop 'gila lari' tak berlari selama sebulan, siapa yang tidak terkejut.
Bertanyakan kenapa, ini jawapan dia:
"Kau pernah tak dengar satu lagu, dan kau rasa lagu itu sangat sedap sampai tahap kalau diulang main berkali-kali pun tak akan jemu? Ya. Sehari dua memang sedap dimain berkali-kali. Tapi selepas seminggu? Sebulan? Adakah lagu yang sama kau dengar tanpa henti itu kau masih berasa sama sedapnya macam pertama kali dimainkan?"
Dia sambung,
"Ini bukan soal bosan. Lagu itu tidak salah. Salahnya diri kita sendiri. Tak kira betapa sukanya kita dengan sesuatu, terlalu tumpu pada satu perkara itu tidak akan mendatangkan kebaikan."
"Aku mahu merasa semula perasaan keseronokan berlari pada pertama kali dahulu. Jadi buat masa sekarang aku hentikan dulu aktiviti berlari aku."
Sama seperti situasi aku sekarang.
Aku suka melukis. Sangat suka.
Aku masih ingat aku mampu bergelak ketawa hanya dengan melukis.
Aku melukis demi kepuasan diri sendiri,
tidak pernah peduli dengan mutu atau kecantikan lukisan aku.
Namun,
kebelakangan ini aku rasa aku melukis bukan lagi untuk diri aku.
Aku melukis demi orang lain, demi benda lain.
Kepuasan melukis sudah semakin surut hanya kerana matlamat menjadi berbeza.
Aku sudah tidak melukis demi kepuasan diri.
Sekarang,
aku hampir hilang motivasi untuk melukis.
Bukan sudah tidak suka melukis,
aku masih suka melukis.
Melukis sudah jadi sebahagian dari aku.
Tapi buat masa sekarang, aku perlu berhenti seketika dan mencari kembali kepuasan yang lama aku tidak rasai.
Kepuasan melukis untuk diri sendiri.
Mungkin aku kesunyian(?)
Maybe there's a void inside me that need to be filled.
I don't know.
Pernah seorang lagi kawan mengadu bahawa dia berada dalam keadaan 'slump' dalam kerjanya.
Aku nasihatkan dia supaya ubah sebentar persekitaran dan suasana sekeliling dia.
Pergi bercuti. Refresh diri.
Mungkin aku patut ambil nasihat itu untuk diri sendiri.
Tapi macam mana aku nak pergi bercuti?
Aku kena siapkan kerja aku sebelum boleh bercuti.
Tapi untuk siapkan kerja, aku patut bercuti.
Kalau tak bercuti, aku tidak dapat siapkan kerja.
Ianya seperti lubang berulang tiada henti.
Infinite loop. Möbius strip.
Apa patut aku buat?
Mungkin yang terbaik aku boleh buat sekarang
hanyalah merenung dinding putih kosong di bilik aku ini.
Sambil merenung, sambil aku kumpul kudrat untuk merempuh dinding yang menghalang jalan itu.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku ini.
Sebagai penutup,
biar aku berkongsi hasil trace-draw gambar random yang aku ambil dari internet.
Tracing (ataupun dalam BM 'tekap') adalah satu cara aku belajar melukis semasa aku masih budak berhati suci dulu.
Mungkin untuk mengembalikan kepuasan melukis yang aku cari,
aku patut mencarinya bermula dari awal dahulu.
Hehehe
Nevertheless, I never liked May 5th.
.
Try baca buku cerita pulak.tgk movie Love, Rosie.
ReplyDeletexpe rehat dulu kejap.. huhuhu
ReplyDeleteSpeechless jap baca entry ni bcz i can totally relate. To continuously be inspired to do something you love is really difficult.. You know yourself better.. Take a break. Just don't let the slump consume you entirely..
ReplyDeletepegi bercuti tu, kau kena buat in split second..bangun pagi, pack beg, dan blah. that way baru kau punya otak tak reject, atau tak fikir pasal pro and cons sebab otak sendiri belum siap proses. come on, yiu can do it~!! hahahaha
ReplyDeleteDemn..! Nice timing, dude..! Aku pun skarang tengah rasa idup aku dull and mundane.. Nothing can really cheer me up anymore...guhuhuhu.. Tapi aku tau apa yang aku perlukan sebenarnya, some outdoor activities macam panjat gunung ke, jungle trekking ke..guhuhu..
ReplyDeleteBetul2, kena menyimpang dari rutin seketika kooot...baru boleh keluar dari slump tu.. Good luck..! ^^
Mak cik zyra datang nyibuk ni ha chuolls, ada apa dgn may 5th tu? Putus cinta lettew. Hahahaha
ReplyDeleteIts ok bro, gua dah sepak mak cik zyra. Hm, gua pun sekarang dah takde mood nk membaca, sedangkan dulu boleh dikata sehari sebiji novel boleh gua habiskan. Mungkin gua patut mula dari bwh semual dgn membaca short stories, itsy bitsy spider misalnya :3
I guess sometimes all we need is a break. Or 5 hundred million dollars, weehuu
oh yisss... 5 hundred million dollars would definitely do the trick... kah! X3
Delete500 million dolar bebeyh. Kalau dapat, tolong derma kat aku barang sejuta dua.. *kenyit-kenyit mata
Deletederma gak kat aku sejuta dua, x luak 500 million dolar tuh.. >v<
DeleteWhat happened on May 5th?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemaybe you have to create one new hobby. so, when you bored of painting and drawing, you can do that new hobby to fill up the slump. :)
ReplyDeletelet's travel! >_<
may 5th pada tahun ini ada banyak angka 5... adakah anda benci dengan angka 5? I:V
ReplyDeleteoh laa tracing ka... baru tadi nak cakap waaa cEro dah dapat grip a good sense of drawing a gurly gurlll (sebab kau penah gitau dulu yg kau tak pandai nak lukis perempuan)... hahah, neway... semoga inspirasi dan semangat melukis anda kembali dengan selamat dan segera, aku cuma boleh cakap "Ganbatte ne, cEro-kun!" ;3
i can relate this entry. thats all. haha. sabar eh, maybe u need some short vacay macam jenjalan tepi pantai sambil melukis. all d best for ya. :)
ReplyDeletecero taw, kalo saya kupas isu ni, ia akan jd panjang berjela-jela. Saya lalui mcm ni. . da bnyk tahun da bnda ni menghantui saya. Kalo nk cter, panjng. Jd saya cuma leh ckp, jgn risau, cero x keseorangan. cari saya bebila kalo rasa nk sembng psl ni. :)
ReplyDeleteIni lagi smooth.. teach me master! >< hekhek JK Amna ;)
DeleteGroup hugs guys! Setuju ngan Amna.. dan Zyra. Hahaha
Deletenak join! nak join! Nak join!
DeleteAku agak dah mat lanun ni mesti nak enter frame kalau bab hug ni.. Hahaha. ke-smooth-an ko buat aku kagum, sohbat. lmao
DeleteOk..aku tunggu ramai sikit nak join..! The more the merrier.. *join group hug.* XP
Delete...dan aku tengok kat tepi je sambil minum neskepe ais (sebab aku bab2 skinship ni memang naturally kureng sikit sejak azali, dgn adik-beradik pun bila hari raya je baru nak salam2 hahahahah...) *awkward*
Deleteaku pun duduk tepi join plain je lah nampak gayanye. nk hug jugak karang lain lak jadinye hahaha
DeleteBetul betul.. aku dah seminggu tak sentuh drawing tablet mahupun sketch book aku. Ada masanya aku perlu mengumpulkan saki baki semangat melukis yang ada, lepas tu rasa membuak nak melukis tu datang dengan tetiba. Bukan sebab aku terpaksa melukis. Sebab tu sekarang aku rileks dulu dari melukis.
ReplyDeleteAku nak siapkan apa yang tertangguh sebelum aku kembali melukis untuk diri sendiri.
jadi bro, jom kita siapkan sesuatu yang dah kita mulakan, lepas tu kita rehat dan melukis untuk diri sendiri...
koh koh koh
Aku perasan satu benda. Bila aku kena dapat commission biasanya cukup lemah nak buat. Cuba melukis suka-suka. Mungkin subconsciously I reject that sense of responsibility? Aku setuju ayat ko yg last. Tak, bukan gelak koh koh tu tapi ayat ni
Delete"jadi bro, jom kita siapkan sesuatu yang dah kita mulakan, lepas tu kita rehat dan melukis untuk diri sendiri..."
**motivated**
sebab tu aku tak pernah ambik komisen... sekali jer laaa kot, itupun sebab aku tahu apa kastemer tu nak dan kerjanya straight to Ampang Point Blank.. wkwkwkkw
Deleteaku pernah bagitahu kawan aku, kau kena unwind ni. pergi bercuti, sama macam yang kau suggest kat kawan kau.
ReplyDeleteaku pun pernah lama jugak tak blog walaupun ada rasa cuma tak seperti masa mula-mula. sekarang rasa tu dah datang balik. =)
cheers, cero!
tu la ada apa dgn 5th may? apsal? apsal? aku dah la mcm lama je tertinggal tren T__T aku pun rasa lemau gak sbnrnye. pastu pulak partner keje aku skang dah pregnant 2 bulan. dia dah kawen. ada husben. ada rumah. bakal dpt anak. dan aku pulak...? terus rasa mcm aarghhh aku takmau ada kat sini dah la! nak lari bawak diri p tempat lainnnnnnn huwawawawawa huhhh~
ReplyDeleteaku dah tak mampu refresh diri utk menyukai kerja yg aku buat.
ReplyDeleteakhirnya aku buat keputusan utk berhenti.
tapi kau melukis, totally a different story.
takkan kau nak berhenti kan?
just pause je boleh kot.
doa banyak2 supaya perasaan minat melukis datang balik dlm hati kau dan dari hati kau sendiri, kerelaan kau sendiri. sebab hati, Dia yg pegang. kan.
pi la bercuti dalam mimpi.
ReplyDeletedalam mimpi ceruk mana pun leh pergi.
kenapa tak suka 5 mei?
musykil.
05.05.2015 kan cantik tu nombor dia.