Salam,
Tahu tak apa antara perkara yang aku paling tak suka?
Kaki spoiler filem.
Ianya bukan sesuatu yang dibanggakan
tapi sebagai terapi diri, aku memiliki satu buku kecil tertulis senarai perkara-perkara yang aku benci.
Tujuan buku itu ialah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri
di mana jika panjang senarai itu, maka banyaklah perasaan benci dalam diri aku.
Mana antara perkara yang dahulunya aku benci tapi sekarang sudah tidak benci,
aku akan garis panjang melintang di atasnya sebagai tanda ianya sudah keluar dari senarai benci itu.
Rasa benci makin bertambah hari demi hari,
tapi dengan masa, banyak juga perasaan benci yang sudah aku palang buang.
Matlamat aku ialah mengurangkan perasaan benci.
The less you hate, the more happy you'll be.
Antara perkara yang (masih) menghuni senarai tersebut adalah seperti;
- my ex
- my ex-boss
- orang yang tak pandai nak bagi signal di atas jalanraya
- orang yang tak pandai nak padam signal selepas selesai membelok di jalanraya.
- artis seorang ni yang aku tak boleh reveal nama dia
- KAKI SPOILER!
Yup.
Kaki spoiler juga ada dalam senarai benci aku.
Kaki spoiler ini termasuk kaki spoiler drama, kaki spoiler cerita, kaki spoiler game,
dan yang terutama sekali KAKI SPOILER FILEM.
Timeline Facebook dan Twitter aku sekarang penuh dengan pelapor spoiler untuk filem The Avengers: Age of Ultron.
Tak kurang hebat juga kawan-kawan lepak, tak habis-habis nak spoil filem itu.
Aku faham amat keterujaan menjadi antara yang pertama melaporkan sesuatu,
specifically, yang pertama menonton filem The Avengers itu.
Ianya hak individu. I respect that.
Tapi itu tidak bermakna anda ada hak untuk merosakkan keseronokan dan keterujaan orang lain untuk menonton filem itu.
Antara poin utama keterujaan menonton sesebuah filem ialah faktor kejutan, kekaguman terhadap grafik dan juga plot cerita filem itu sendiri.
Ianya antara sebab kenapa sesebuah filem itu mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
Pengalaman melaluinya di dalam pawagam yang gelap dengan sistem audio yang mampu memekakkan telinga sangat berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman menonton di TV atau komputer.
Pengalaman itulah yang berharga dan memberi nilai kepada tiket yang kita bayar.
Dan para kaki spoiler inilah yang merosakkan intipati pengalaman itu hanya kerana mereka mahu memberitahu orang ramai bahawa mereka sudah mengalaminya terlebih dahulu.
The ultimate level of douchebaggery.
Sebab itu bila ada filem baru keluar wayang dan aku berhasrat nak pergi tengok,
aku akan jauhi media sosial (dan beberapa kawan kaki spoiler) sebaik mungkin hanya kerana aku tidak mahu terbaca/terlihat/terdengar mana-mana spoiler yang golongan itu cuba sampaikan.
Untuk filem The Avengers: Age of Ultron,
aku tak berapa terasa hati sangat kalau ada D-bag yang nak spoil,
sebab aku lebih tahu jalan cerita Age of Ultron tu melalui pembacaan komik.
Tapi itu juga tak bermakna sesiapa pun berhak nak spoil.
Kalau nak spoil, aku boleh spoil jauh lagi, sampai The Avengers: Infinity War lagi.
Tapi aku pernah hilang keseronokan menonton filem The Lego Movie disebabkan ada minah ni sibuk nak bagi spoiler dekat aku.
**mengeluh**
Jadi aku tahu sangat betapa tak seronoknya bila keterujaan menonton wayang itu dirampas pergi oleh spoiler.
Semasa entri ini ditaip,
aku masih belum menonton filem The Avengers itu.
Tapi aku akan pergi menontonnya sebagai early bird pada satu hari selepas entri ini diterbitkan.
Pada sesiapa yang terasa dengan entri ini,
aku minta maaf.
Just next time don't be a douche. Just don't.
Tiada siapa suka spoiler.
Janganlah tersenarai di dalam senarai benci aku.
Let me be less hating, more loving.
So,
siapa yang dah tengok The Avengers: Age of Ultron?
Boleh bagi pendapat tanpa spoil?
Berapa bintang kalian bagi?
.
Unik. Pertama kali baca orang ada buku benda yang dibenci.
ReplyDeleteTak tengok lagi The Avengers: The Age of Ultron. So, tak boleh nak komen apa-apa. Hehehe :D
@Farah
DeleteBuku benci tu sebagai peringatan sebenarnya.
Nothing fancy. Bila baca balik, kena recall kenapa benci benda tu.
Kalau tak boleh recall, maka benci tu dah hilang so bolehlah dipalang buang...hehehe
Gi laa tengok The Avengers. Tapi dengar kata belah sana lambat tayang, 1 May baru keluar..hehehe
Sebelum komen dgn lebih lanjut, izinkan gua nagis dulu sbb komen sebelum ni yg pnjang lebar dah MIA
ReplyDeleteOkey, sekarang lu cakap betul2, nama gua ada tak dalam senarai benci lu???!! *Intonasi gengster*
Wahahaha gua cop golongan yg lu sebutkan ini sebagai "Attention seekers yg try too hard to be cool". Tak dinafikan, ada sestengah org yg pergi tonton filem based on komen2 yg diorang baca/dengar. Tapi pendapat dan taste manusia ni berbeza. Org ckp tak best tp bg gua best, vice versa. So, simpan jelah pendapat tu diam2.
Kalaupun nk jugak nampak cool, cakap je "aku dh tengok filem ni". Cukup.
Yang pasti, gua dah setahun tak tengok wayang :3
@Zyra Roxx
DeleteJangan laa nagis Zyra. Tak roxx arr nangsi-nangis ni...hehehe
Of coz laa nama lu tak ada dalam senarai gwa. Nama lu ada dlm senarai lain...hehehe
Aku selagi aku tak tengok sendiri, aku takkan percaya kata org best ke tak best tu...Betul, pendapat dan taste orang sangat berbeza...hehhee
Kaannnn??? Kalau nak inform jugak, just bagitahu je yang awak tu dah tengok, tak perlu panjang lebar elaborate plot cerita bagai..hehehe
Aku pon dah lama tak tengok wayang, tahun 2015 ni belum lagi rasanya...hehehe
Aku macam biasa, film yang high expectation macam ni, aku akan tengok bila semua orang dah reda. Takkan susah nak beli tiket ( walopon aku selalu beli tiket guna mobile apps), tak yah susah nak brebut, dan selalunya banyak seat kosong boleh pilih.
ReplyDeleteDan nak mengelakkan diri dari kaki spoil memang mencabar.
Tapi aku boleh handle.
Aku pun tak suka kaki spoiler. Macam dulu masa filem Captain America The Winter Soldier, ada laa malaun ni pergi cerita kat Twitter siapa sebenonya Winter Soldier tu.. terus hilangkan surprise surprise dalam filem tu.
Tapi aku tabahkan hati jugaklah nak tengok.
At least kalau nak tulis apa apa kat blog, sila bagi amaran SPOILER awal awal, so, kita boleh avoid.
@Aujinz
DeleteAku ada satu senarai pawagam yg aku tahu selalu kosong pd waktu-waktu tertentu, so aku akan target wayang tu kalau-kalau movie yg aku nak tengok tu high expectation.
Dan nak mengelak dari kaki spoil memang sangat susah,
sesetengah orang rasa macam puas bila dapat rosakkan keterujaan orang lain, but yet bila kena batang hidung sendiri tahu plak nak marah...hehehe
Aku dah berjaya membawa diriku mnonton Avengers dengan selesa. Sabtu lepas. Apa yang aku bolh kata, aku tak menyesal sebab tak percaya cakap cakap orang.. hahahahaha...
DeleteSila gie menontotn bro kalau belum tengok lagi.
Sebab ko tngok Lego Movie sama macam aku,aku rasa minat kita mungkin sama.
Aku nak bagi spoiler untuk ko...
tapi kereta aku pun takde spoiler dah kenapa aku nak bagi spoiler kat orang lain.. wkwkwkwkw
@Aujinz
DeleteBest kan best kan?
Aku tengok rasa nak tengok lagi sebab macam banyak sgt scene lawan aku terlepas nak perhati satu2...hahahaha
Oi oit, spoiler kereta pasang kat moto okey tak?? Hahaha
Aku nak bagi bintang tapi.. aku sendiri belum tengok lagi filem tu.
ReplyDeleteSo bintang tu aku simpan dlm poket dulu lah.
Yg penting, ko jangan buat spoil kat sini pas tengok.
Aku pulak yg pi bom blog ko.
p/s: I wonder berapa tebal buku kebencian ko tu. Huhu
@Gee Lion
DeleteHahaha...no worries. Sebab aku tak suka spoiler, jadi aku takkan spoil dekat orang pula.
Nanti macam cakap tak serupa bikin pulak...hehehe
p/s: Buku tu just buku nota kecil saiz A7 dengan 200 pages, tapi hanya terisi baru 10 pages je...hehehe
sapa artis tu? out of topic jap. jgn masuk senarai benci plis- orang yg suka out of topic
ReplyDelete@Razfira
DeleteNeehh! Just seorang artis suam-suam kuku yang acah-acah deep dan selalu kritik industri sana sini dalam twitter dia dan anggap diri dia sentiasa betul sampai tak boleh terima nasihat dan pendapat orang lain...hehehe
Azawan Ali ke? Kahkahkah
DeleteMungkin juga Zed Zaidi.. kakakaka
Delete@Zyra Roxx @Aujinz
DeleteSurprisingly, artis tu banyak followers setia dan kebanyakannya ialah perempuan2 yang rasakan dia tu hensem.
Kalau Azwan Ali dgn Zed Zaidi tu, dah memang ramai tak suka...hehehe
Wak dongok!! Kakakaka.
DeleteWak dongok!! Kakakaka.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete@Zyra Roxx
DeleteWak okey lagi nak banding dgn artis yg aku suka ni...hehe
Interesting... aku pun rasa mcm nak keep track of my 'hatefulness' la, tiru idea kau... kehkeh, banyak gak nih benda2 yg aku tak berkenan, but it's more to things n actions la instead of people ;3
ReplyDelete@plain83
DeleteBukuaku tu merangkup secara menyeluruh.
Kadang-kadang actions, kadang-kadang people.
Kalau action, susah sikit nak kena batal sebab action tu selalunya terus terkena ke dalam hati.
Tapi kalau people senang sikit nak batal. Once aku tak kisah dah dengan orang tu, so hate pun akan hilang dan nama dia pun terbatal dari senarai,,,hehehe
hahahaha..aku ada buku benci tu. warna merah lagi, kulit tebal, senang nak buat ketuk lipas..aku siap tulis sebab sebab kenapa benci, so nak cancel out something dr buku aku, mmg susah sbb selagi kau tak capai 5 sebab, aku tak masukkan lagi dlm list. kira susah masuk, lagi susah keluar.
ReplyDeletedah setahun aku tak tengok movie. dan aku tak percaya spoiler, mungkin sbb aku tak berapa affected sangat dengan orang lain. man of steel, aku tengok 3 kali, tiga tiga kali aku terkejut kat tempat yang sama, wow kat tempat yang sama hahaha
@mashy_entah
DeleteOh, aku takde plak sampai kena ada 5 sebab baru boleh cancel out.
Pada aku, bila baca balik dan rasa macam okey je dah tak benci dah, aku terus cancel out.
Tapi cancel out tak bererti dia takkan masuk balik dalam senarai...heheh
Kau buat apa sampai setahun tak tengok movie??? Hehehe
Man of Steel aku tak tengok lagi, walaupun dah berkurun tayang.
Mungkin sebab aku kureng sikit minat dekat Superman...hahaha
aku nak bagi spoiler...
ReplyDeleteiron man tu sebenarnya tony stark
@Prince of Noob
DeleteNOOO!!!
TIDAK!!!
Jangan spoil siapa Iron Man!!!
Hahahaha
aku kadang2 tak kisah pon kalau ada kaki spoiler yang reveal plot citer kat aku. sebabnya :
ReplyDelete1. aku bukan jenis kaki tgk wayang.
2. dalam satu2 citer tu, aku suka fokus pd action, sound effect & teknik yang dorang guna untuk create the whole movie.
3. aku lagi yakin pada judgement aku utk satu2 movie tu berbanding review orang lain.
menarik jugak tulis dalam buku benda2 yang aku benci. tapi takut x cukup je 1 buku. hahahaha...
besides, aku malas nak fikir benda yang aku benci. buat downkan je lagi mood aku nanti. (dah la aku jenis moody).
@Haryz Khairuddin
DeleteHahaha...
Aku rimas kalau jenis yang suka spoil masa-masa tengah filem tu hot je...
Kalau dah lama tayang tapi bari dia spoil, itu salah aku sebab aku sendiri tak nak pergi tengok masa filem tu tengah hot...hahaha
Tujuan buku benci aku tu sekadar nak keep track on berapa banyak benci dalam diri aku je...
Kalau nak dibincangkan, memang banyak.
Tapi yang mana aku boleh kompromi dan lepaskan, aku lepaskan.
Yang mana aku lepaskan tu, maka tak masuk laa dalam senarai aku, so senarai aku akan jadi pendek je...hehehe
memula saya x paham kenapa perlu tulis senarai yg dibenci tu. Tp lps baca 'the less you hate the more happy you'll be', tu, saya kagum. saya suka pemikiran camtu.
ReplyDelete@Amna Shark
DeleteHahaha...Thanks.
Sebenarnya pernah dulu ada cikgu bagi pesanan tu. Since tinggal dekat bandaraya yang penuh pancaroba ni tak boleh nak lari dengan perasaan benci, so the least I can do is to manage my hate, kan?
Hehehe
Movie is a big thing for me. I hate unwelcome spoilers. Maksud aku unwelcome spoilers ni macam bukan aku sendiri yang gigih cari. Sebab aku jenis yang suka tengok movie lama so bound to find lotsa spoilers. Kadang2 aku yg cari spoilers tu sebab taknak buang masa tengok cite yg tak best. Untuk cerita baru tayang memang a big no-no for me. Tak kira la spoiler tu best ke jahanam ke, boleh tak jangan cockblock orang punya excitement nak tengok movie. Deng.. Some people really need a punch on the throat.
ReplyDeleteAnyway, sabar jela Cero..
@Dea Day
DeleteKAAANNNNN???
Finally someone yang betul2 tahu erti sebenar tak sukakan spoilers.
Yes, kekadang kita nak info sendiri dan akan cari sendiri mana2 yang boleh dikira spoilers, but itu kita yang cari sendiri.
Yang kaki duk canang spoilers dekat orang ramai tanpa segan silu ni memang kekadang nak kena maki dulu baru faham...heheh
hmmmm, aku pun baru sedar aku tak suke spoiler.. sebab aku akan end up tak tengok langsung movie or apa2 citer kalau dah ada spoiler.. aku akan tengok bila semua orang dah lupe pasal cite tuh, contoh mungkin lepas 2-3 tahun..
ReplyDeleteyezzzaaa, the less you hate the more you'll be happy.. Good2..! UvUd
@Lee-kun
DeleteKenapa kau 'baru' sedar? Hehe
Aku pun kekadang terus tak jadi tengok kalau tetiba ada orang bagi spoiler sebelum aku tengok.
Pernah jadi banyak kali, tapi yang aku ingat sangat ialah movie Big Hero 6. Sampai laa ni aku tak tengok lagi walaupun aku sangat suka Disney Marvel animation macam tu...
TnT
Eheeeeee.....sebab aku tak pk sangat benda apa aku suka benda apa aku tak suka..bile baca entri ko ni baru aku sedar aku pun tak suka..akakaka..XP
DeleteMaaaan..! You really should watch it like RIGHT NOW..!
Disebab kan ak nk kawin bulan depan,bajet tgk wayang/bersosial dipotong 100%....
ReplyDeletesekian terima kasih..
-Petai / #BudakPerlop the lejen of COC.... kuikuiikuiii..
@Anonymous
DeleteAlaaa....apa barang bagitau nak kahwin je tapi tak jemput datang...hehehe
Good luck for your upcoming new ship :)
Kau punya imaginasi yg tinggi, dan kau gemar menjadikan sesuatu itu ekslusif (which is kau menghargai) jadi kau memang tak suka spoiler... pandangan aku je lah.
ReplyDelete-kudozu
@Kudozu
DeleteBetul betul...Dengan spoiler dah menjadikan sesuatu tu tak eksklusif. Jadi just plain macam benda lain...heheh
aku pun x suke jenis perosak keterujaan cenggitu. tapi aku jenis kureng sket tgk wayang. sbbnye jauh nk pegi. tu yg byk donlod movie je kejenye hehehe
ReplyDelete@anamizu
DeleteHahaha, aku pon kaki download jugak.
Aku pun memilih sikit nak tengok wayang cerita apa.
Selalunya yg nak tengok tu mmg dah tentu menarik dan best, so kalau ada yg spoil mmg jadi tak best laa nanti...heheh
kalau aku...
ReplyDeletebagus lah dia cerita,
tak payah keluar duit pi tengok.HAHAH
lagi-lagi kalau cerita tu tak best. Kan jimat.
@nanadhoi
DeleteHey hey hey!!
Kalau macam tu aku nak spoil cerita dekat kau laa...hehehe