Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 17, 2015

Diari Ramadhan Aku : Lapuk


Salam,

Kalau kalian baca entri ini bukan pada hari rabu,
aku mahu menyucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436h.
Puasa tak?
Jangan terhabis dua bungkus nasi lemak pula nanti...hehehe

Seperti tahun-tahun sudah,
semasa Ramadhan, aku sediakan pengalaman Ramadhan aku.
So, enjoy!





Komik di atas adalah exact parody daripada entri asal blog ComicStriper di entri ini.
Kalau kalian buka link itu dan baca,
komik tersebut diterbit pada tahun 2012,
bermakna sudah EMPAT kali Ramadhan kita lalui.
Namun, masih ada juga yang jadikan lawak bisik Yusof Taiyoob sebagai lawak Ramadhan tahun ni.

Entahlah, pada aku, macam roti, yogurt dan penantian,
lawak juga ada tarikh expired dia.
Empat tahun tu rasanya macam dah lama sangat dah lawak ni diguna-pakai.
Tak pasti aku nak gelak sebab lawak itu ke,
ataupun nak gelak sebab kesian tak mampu nak buat lawak lain.

Tapi aku cukup kagum dengan masyarakat Malaysia kita ni.
Saban tahun ada saja lawak yang menjadi 'in' di kalangan kita.

Tapi lately lawak Ramadhan agak kurang menyerlah sangat.
Paling power pun aku rasa yang Thor punya pickup line tu.
Mungkin Ramadhan belum panas lagi kot...




Jadi,
lawak Ramadhan mana yang kalian rasa kelakar hingga gelak sampai keras perut kalian?
Cuba kongsi sikit...


Lari topik sikit dari Ramadhan,
tapi sampai laa ni aku tak faham lawak 'Mak kau hijau' tu.
Sesiapa boleh terangkan secara ringkas dari mana origin dan penggunaan lawak tersebut?






.


44 comments:

  1. melayu kan tak kreatif, recyle je lah mana yg ada.
    lawak hijau tu takyah cari punca, buang masa dan kuota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La....korang yg lukis2 kat blog ni bukan melayu ke? Asal aku tgk kreatif semacam je. Hebat dowh korang suma boleh taip entri bahasa melayu tapi bukan melayu. hahaaha...

      Delete
    2. Gua mana ada melayu. Gua mix acheh thailand filipino.. kahkahkah!

      Delete
    3. Gua mana ada melayu. Gua mix acheh thailand filipino.. kahkahkah!

      Delete
    4. Moyang gua cindian n malay, jd gua mix cina, india n malay.. keskes ;p

      Delete
    5. @Zyra Roxx
      Hahaha...
      AKu tak pasti aku ada keturunan luar ke tidak.
      Yang aku pasti, datuk nenek moyang aku semuanya melayu tulen...hehehe

      Delete
  2. Safia..wasem...
    safina...ajwa... sedapnya.. sahur kalo xsempat masak, makan kurma je.. tahan sampai berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Betul. Betul.
      Masa study dulu, makan kurma je waktu sahur sebab malas masak.
      Tahan sampai ke berbuka oo...
      Magis sungguh :)

      Delete
  3. "KEDAI", "BUANGMASA", "HAHAHA". Ok... Sebelum ni aku ada je perasan words di rambut si baju biru tu, saja je kali ni aku tulis kat komen sebab aku takde idea ramadhan jokes nak share. Hahah... anyway, selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh rahmat dan keampunan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cEro bagi subliminal messages tu... cuba hang kumpulkan semua perkataan yang ada kat kepala si baju biru tu... kakakaka

      Delete
    2. Pergh, jinz... hg siap ada kumpul ka? Share la sikit apa yg hg discover, pm aku kat hangout... kahkah X3

      Delete
    3. @plain83 @Aujinz
      Kalau korang perasan, bukan dia je yg ada subliminal messages,
      banyak lagi tmpat lain aku sesaja letak hint-hint sesuka hati aku...
      Lagipun misi aku kan nak tawan dunia, subliminal messages ni memang selalu orang pakai, macam Hydra nak brainwash agent dan Black Widow project...hehehe
      (letak Marvel punya reference dan berharap ada yg cukup dork utk memahaminya...)

      Delete
    4. aku baca komen2 depa ni baru aku perasan ada subliminal messages kat rambut dia. kalo tidak aku mmg jujur dan tulus ikhlas je baca mcm takde nampak apa-apa kat rambut dia. hahaha

      Delete
    5. @anamizu
      Waah!
      Rupanya ramai jugak yg tak perasan kan?
      hehehe

      byk lagi subliminal message lain kalau perasan. Hehe

      Delete
  4. Selamat berpuasa cEro. Minum banyak-banyak hari ni. Nanti sebulan takleh minum time matahari terpacak atas kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Selamat berpuasa Day.
      Baiklah. Akan minum banyak-banyak air...tapi bukan waktu matahari terpacak atas kepala laa...hehehe

      Delete
  5. ade budak2 gaduh kat taman permainan,

    ade sorang cakap.. mak kau itam, bapak kau kel***g

    Pastu budak tu balas, mak ko hijau.. bapak ko hijau..

    biase je video tu, x paham knape viral

    OK SELAMAT BERPUASA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Baru tgk video tu dkat blog Buasir Otak.
      Rasanya dia jadi viral sbb penggunaan perkataan 'Mak kau hijau' tu kot, sebab secara logik, macam mana boleh terkeluar cerita mak dia hijau?
      To be frank, rasanya tak berapa nak offensive sgt tang hijau tu, tp tang kel**g lagi offensive kot...hheheh

      Delete
  6. Aku lagi laa tatau mak kau hijau tu mende.mungkin aku busy dengan real life aku.lolzzz tadek kaitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Orang dah kahwin memang macam tu...ooppss...heheheh

      Delete
  7. Replies
    1. @Prince of Noob
      Baru klik dan baca...
      Nak sangat jumpa budak2 tu dan tanya apa rasional di sebalik 'mak kau hijau' dan bagaimana mereka boleh imply benda itu sebagai satu hinaan, sedangkan ianya terang2 benda yg tak masuk akal...hehehe

      Delete
  8. hahaa...lawak usoopp taiyoob tu memang dah lama sgt dah. Lagi satu lawak yousoof taiyoob pickup line:

    "Yousoof taiyoob choose Safina n Safiya as soulmate, I choose you"

    Ok..x lawak...nasib baik lawak ni bukan aku yg buat... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Gah gah gah!!!
      AKu pernah dengar lawak tu tapi versi lain...
      and yes, lawak tu sangat lama...hehehe

      Delete
  9. penat betei taip pepanjang lepas tu tak keluar.. kah kah kah... siot betei Google... lenkali kalau nak suruh orang login dulu sebelum komen, tak payahlah keluokan kotak komen...

    Mak Kau Hijaulah Google!
    phuii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Aku tau masalah tu.
      Itu sebab kau guna mobile utk komen, kan?
      Masalah tu universal utk semua pengguna blogger.com.

      Selalu aku buat, aku copy dulu komen berjela aku tu sebelum tekan publish. Kalau dia suruh sign-in, at least aku dah copy awal2...heheheh

      Delete
    2. Sama la...aku pun memang copy dulu kalau dh taip komen panjang2. Giler nak taip balik kalau hilang tu...xde idea terus campur dgn rasa menyirap lagi...heh.

      Delete
    3. @Bro Ley
      Betul. Betul.
      Kadang2 kalau terlupa copy lepas tu dia hilang, terus hilang motivasi nak komen balik...hehehhe

      Delete
  10. Terjumpa pasal Thor punya pick up line tu dekat twitter. Kelakar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Kaaaannnnn??
      Kreatif betul sape yg mula2 cipta lawak tu...
      Tak terfikir langsung bab if-thor tu...hahahhaha

      Delete
  11. KTC pun tak paham sampai sekarang dari mana mak kau hijau tuu. Kekeke
    Apa apa pun, Salam Ramadhan, Cero :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Salam Ramadhan juga utk KTC.
      Hehehe :)

      Delete
  12. If-thor tu meme tahun lepas juga. Bagi aku da basi sikit.
    mak ko hijau tu sbb..kalau cite kat sini buang masa je. hehe.

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Tahun lepas ekkk?
      Tak perasan pun. Sebab aku baru tengok, tu yg rasa fresh tu...hehehhe

      Baru tau pasal 'mak kau hijau' tu...
      Yes, sangat buang masa dan tak berbaloi...hahhaha

      Delete
  13. aku rasa yang ni takde kena mengena dengan lawak Ramadhan kot,
    tapi ada kena mengena dengan Yusuf Taiyoob,
    terbaca komen ni dekat Oh Media!


    Keenakan Nasi Goreng dari Pontian Tengah..
    Ahmad Maslan.....
    ..Kelazatan tiada GST yang tiada bandingannya..
    Ahmad Maslan.....
    Tanpa GST, GAS, Minyak dan banyak lagi..
    Ahmad Maslan.....
    Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..
    Ahmad Maslan.....
    Pilihan eksklusif..
    Ahmad Maslan.....


    lolss

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Aku baca komen kau ni dlm suara iklan Yusoof Taiyoob...
      Tergelak aku.
      Punya laa kreatif orang nak troll Ahmad Maslan...

      Yang penting, cili jangan potong tangkai dan kena susun selang-seli dgn timun...hahahahah

      Delete
  14. apa jer yang lawak yer? entah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hans
      Kalau selalu layan twitter byk org buat #RamadhanPickUpLine...
      Tapi kekadang macam hambar sikit laa...hehehhe

      Delete
  15. lawak tak kot, tapi aku suka pickup line ramadhan LOL konon2 bajet islamk dan syariah compliant aa kalau guna ramadhan pickup line.

    baru ni aku try satu yang aku paling suka, tapi tak berjalan seperti dirancang hahaha..

    ni pickup line nye,

    Apa kurma dalam bahasa inggeris?
    Date?
    Ok, esok I free, nak buka puasa dengan you.

    LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      That's actually a good one.
      Tergelak aku baca, macam mana boleh taj berjalan seperti dirancang?
      hehehe

      Delete
  16. mak ko ijo tu tak lawak lgsg...tapi... xpaham kenapa org buat bahan gak...

    Salam ramadhan boss! semoga amalan di bulan ramadhan ni jadi saham akhirat kita!

    singgah blogwalking!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sue sue
      Part video ori mak kau hijau tu memang tak lawak.
      Tapi kalau bukak youtube, ramai orang siap buat remix lagi utk 'mak kau hijau' tu...
      Rajin bebenor diorang buat remix...hehehe

      Delete
  17. mak saya pesan, berbuka disunatkan dengan benda manis. saya nak berbuka dengan awak boleh?
    #pastu aku muntah hijau sebaik pickup line ni digunakan. batal puasa sbb muntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anasyg
      Hahahaha... ini WIN!
      Perempuan bukan suka ke ayat2 win macam ni? Hehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License