Seminggu lepas aku bercerita tentang
menari salsa.
Minggu ini, aku akan berkongsi cerita tentang bulu.
Siapa yang rajin mengembara dalam internet macam aku pasti pernah tahu apa itu
'Movember' dan
'No-Shave November', kan?
Secara asasnya, ianya adalah satu trend yang menyuruh supaya para peserta untuk tidak memotong misai dan/atau sebarang bulu di muka sepanjang bulan November setiap tahun. Biarkan ia tumbuh satu bulan November.
Tapi 'Movember' dan 'No-Shave November' ada sedikit beza.
Menurut
wikipedia,
Movember (gabungan dari
moustache dan November) berasal dari Australia bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat bagi lelaki dan menyebarkan kesedaran tentang isu kesihatan yang berkaitan dengan lelaki seperti kanser prostat dan beberapa kanser khusus lelaki.
Setiap peserta Movember (yang dipanggil
Mo Bro) perlu tahu tentang segala isu tentang kesihatan lelaki.
Movember Foundation juga mengutip derma kebajikan untuk perkembangan kempen kesedaran kesihatan lelaki.
Manakala,
'No-Shave November' pula lebih berasaskan atas talian. Setiap peserta haruslah tidak bercukur bulu di muka sepanjang November dan semua perbelanjaan untuk tujuan bercukur yang dapat dijimatkan itu boleh didermakan kepada American Cancer Society.
Tapi,
bagi warga internet pula, sama ada 'Movember' atau 'No-Shave November', kedua-duanya hanya untuk berseronok dan bermalas-malasan untuk tidak bercukur. Dengan kata lain, November ialah 'bulan malas bercukur'.
Aku selalu trim misai dan janggut setiap hari jumaat.
Trim, dengan kata lain, tidak tebas habis.
Sebab kalau aku tebas habis, muka jadi muda sesangat macam budak sekolah. Hehehe.
Tapi,
sepanjang November ini, aku tidak trim dan cukur langsung bulu di muka,
kekonon nak join 'Movember' dan 'No-Shave November' ni.
Dengan harapan nak laa berjambang ala-ala Wolverine ke, atau ada sikit-sikit shade gelap di rahang supaya nampak macho dan lebih lelaki...
Tapi malangnya, yang lebat hanya misai dan janggut.
Jambang di rahang dan pipi langsung tak nak panjang.
Bagi yang belajar biologi akan tahu bahawa
facial hari (bulu di muka termasuklah misai, janggut, jambang, kumis dan lain-lain) akan tumbuh bila ada
DUA syarat ini:
- hormon
testosteron ; dan
-
gen yang tepat.
Testosteron bertanggungjawab atas semua pertumbuhan ciri-ciri sex sekunder lelaki seperti otot badan yang besar, bulu di seluruh tubuh badan dan pembesaran halkum di tekak.
Testosteron dihasilkan lebih banyak pada lelaki berbanding perempuan. Sebab itu lelaki lebih sasa dan berotot, lebih berbulu dan suara lebih garau berbanding perempuan.
Gen yang tepat pula memberi maksud bahawa bulu di muka hanya akan tumbuh bergantung kepada genetik dan keturunan lelaki tersebut.
Dengan kata lain, boleh jadi juga seorang lelaki itu melimpah ruah testosteron dalam badan dia tapi tidak bertumbuh juga misai, janggut dan jambang hanya kerana gen dia tidak tepat.
Dah keturunan tak berbulu, nak buat macam mana, kan?
Maka,
untuk memudahkan cerita, aku yang hanya tumbuh misai dan janggut tapi tak tumbuh jambang ni kemungkinan besar tidak mempunyai gen yang tepat untuk jambang.
Dengan kata lain, kemungkinan besar sampai ke tua laa aku hanya mampu berangan nak jadi Wolverine.
**tekup muka di bantal dan menangis teresak-esak**
Dan biar aku bagitahu dulu,
aku yang hanya lebat misai dan janggut sangat tak kacak.
Sangat macam walrus....
Aku berharap sangat aku dapat tumbuh jambang.
Bagi tujuan rujukan, inilah walrus.
Sumber Wikipedia
Disebabkan November pun bakal melabuhkan tirai,
mari kita sama-sama ber-'Movember' pada November tahun hadapan pula.
Yaay...
Aku macam berminat nak kongsi info tentang kanser prostat,
mungkin akan datang aku akan buat satu entri khusus.
Agak-agak ada yang nak baca tak?
.