Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 19, 2014

Pyrexia Manusia Biasa.


Minggu lepas aku bercerita tentang teman 15 tahun,
minggu lepas juga, aku demam.









Trait jarang demam membuatkan sekali ianya berlaku, seluruh badan aku umpama lumpuh dan tidak bermaya.
Selalunya bila tekak rasa kering dan bila mahu telan air liur pun rasa perit, maknanya dalam antara 24jam hingga 48jam kemudian aku akan demam.
Itu petanda awal yang selalu aku dapat ramal tentang diri sendiri.
Selain buang air, isi air, dan isi perut, waktu demam aku akan habis di atas katil berselimut tebal.
Aku tak mampu untuk jadi produktif sewaktu demam melanda.

Cikgu biologi aku dulu cerita,
demam adalah tanda kita manusia normal.
Pesta proses suap-balik negatif yang berlaku di seluruh badan untuk mengembalikan diri ke keadaan normal.
Badan panas, kepala pening, sendi lemah, semua itu hanyalah proses sementara semasa badan berusaha untuk kembali berfungi normal.
Sebab tu jangan merungut dengan demam.
Demam perlu untuk kembali normal.
Demam itu petanda kita manusia.

Namun,
demam juga satu cara untuk aku mengenali diri aku sendiri.
Seharian terlantar di atas katil dengan sensasi dan perasaan yang bercampur baur memberikan aku masa yang panjang untuk muhasabah diri.
Apa yang penting, apa yang tidak.
Apa paling nak dibuat, apa yang sekadar membuang masa.
Siapa dalam ingatan, siapa sekadar di pinggiran.
Demam membuatkan aku kembali pertimbangkan semula landasan kehidupan yang sedang dan bakal aku lalui.

Tapi bila badan terlalu lemah dan akal masih ligat,
separa sedar, aku seolah-olah berada dalam halusinasi sendiri.
Aku nampak sesuatu yang tidak ada.
Aku dengar sesuatu yang tidak wujud.
Malah, aku nampak diri aku sendiri sedang memandang aku.

Bagi setengah orang, itu pengalaman yang menakutkan.
Tapi bagi aku ianya hanya petanda aku normal.
Aku suka jadi normal.
Aku suka normal.
Normal itu hebat.

Bagi setengah orang, demam itu perkara remeh.
Makan ubat, berehat, kemudian sembuh.
Sedangkan banyak perkara yang boleh dipelajari dari demam.
Terutamanya tentang diri kita sendiri
dan itulah yang aku belajar dari demam aku.

Trait juga mengatakan demam aku tak lama.
Selalunya 24jam terlantar, jam ke-25 aku sudah boleh menari salsa.

Demam aku minggu lepas membuatkan aku tekad nak sambung belajar...
...dan aku sangat nak makan aiskrim.



.


22 comments:

  1. Demam selama 24 jam je sekali kena? Wah... U sure u human bro? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Aku harap aku half human half super-awesome mind-bending badass superhero,
      tapi apakan daya, i'm stuck in 100% human flesh. Hehe

      Delete
  2. wahh i almost 3 to 4 days dah demam. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Iris Jasmine
      Ye ke? Get well soon!
      Orang kata petua nak cepat sembuh demam ialah makan aiskrim...hehehe

      Delete
  3. huii tudia la 24jam demam pastu dah boleh menari salsa?
    ni dah mcm symptom2 adiwira je nih. konfem ko normal ni cero?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      24 jam pon 24 jam yang totally off, nak bangun katil pon tak daya...pandang siling bilik je mampu...

      Delete
  4. aku pun tengah demam ni cero.
    tapi tak sampai 12 jam ni dah rasa boleh berlari dah..
    aku tak faham badan sendiri.. ~.~'

    aku pernah baca, demam ni dapat menghilangkan dosa-dosa kita.. and kepanasan demam tu sendiri berpunca dari panas api neraka, so kalau nak padam kena guna air. dalam erti kata lain kena mandi selepas subuh & sblum matahari naik; consistently.

    kalau ko larat buat, cepatlah sembuh macam aku ni.. hehe..

    p/s : tak tahulah dari mana datang sumber mengatakan kalau demam tak boleh mandi.. macam salah je kenyataan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Ramai demam ni...Musim demam ke sekarang?
      Rasanya betul dah tu, kalau demam kena mandi...tp bukannya kena mandi selalu..mandi bila perlu je sbb takut badan yg panas jadi terkejut bila kena air sejuk. Demam akan jadi makin teruk nanti...
      Jam ke-13 lepas demam nanti jom berlari...heheheh

      Delete
  5. Demam sebab berpisah secara tidak rela dgn naruto kot kau niii.
    Selalunya lepas demam elok minum yakult, dia bg booster utk immune bacteria kicks up and play; merujuk kpd bakteria aku lah, bakteria kau aku tak pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Hahaha...kebetulan je laa sama dgn Naruto habis...hahaha
      Aku dr dulu lagi tak boleh minum yakult dan mana2 minum berkultur yg ada...
      sbb lepas minum mesti sakit perut gila babas tapi tak terberak pon...
      Perut aku tak elok kot...

      Delete
  6. aku taktau la aku manusia ke apa. sebab aku jarang dapat demam. sangat la jarang. kalau sakit pun kejap je pastu rehat jap. dah okay.

    aku rasa aku ada darah vampire nie. agak tak suka ngan cahaya matahari. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Hahaha...aku rasa kau bukan manusia ni...
      Vampire pon boleh jadi jugak...cuba try check dekat hospital...mana tau boleh buat ujikaji utk generasi antibiotik seterusnya selepas penicillin...hehehe

      Delete
  7. Demam tu tanda ko normal ;)
    Demam jugak tanda Allah sayang kita. Sebagai kafarah dan buat kita muhasabah diri ingat balik waktu senang kita ingat Dia atau tidak.

    Aku jarang demam tapi sekali demam pasti suhu lebih 40 pastu doc pun amek darah konon suspek denggi. Padahal itu memang suhu normal aku bila demam. Banyak kali dah berlaku. Haha.

    Btw, asal ko terer lukis kartun ea? Seronok tengok macam2 gaya. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Betul-betul-betul...
      Bila demam memang byk masa muhasabah diri yg diberi...
      Sia-sia je siapa yg demam tapi tak muhasabah...

      40? Panasnya badan kau??
      Kau makan apa ni yg panas sangat ni???

      Terima kasih sbb kata aku terer..Aku masih belajar melukis dan akan terus belajar :)

      Delete
    2. aku kan susah demam. so suhu tu aku kumpul banyak2 sampai 40 baru declare demam. kahkahkah.

      Delete
    3. @Hikayat Seorang Budak
      Oooh...gitu...
      Bahaya tau kalau suhu badan tinggi ni...aku pon tak pasti kenapa tp kena jaga pemakanan rasanya

      Delete
  8. genetik kita berhubung di 1 titik ke cero?
    sebab aku pun macam ko jugak pasal kes demam ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Hahaha...agaknya kita ni kembar yg terpisah dr kecik kot?
      Hehehe

      Delete
  9. Orang kata demam penghapus dosa. Kalau aku demam, aku jenis kena gerak, keluarkan peluh. Mak aku kata nanti cepat baik. Berkesan la gak kat badan ni.

    woh sambung belajar? all the best, bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Betul tu...kalau bergerak nanti peluh keluar dan demam cepat kebah...

      Terima kasih, tapi sambung belajar bukan mudah rasanya...byk nak kena fikir dan rancang balik ni...

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License